Monday, September 28, 2015

Kekeliruan Tekanan Darah Rendah Dan Hb Rendah

 
Tahukah anda tekanan darah rendah (HIPOTENSI) dan kurang darah (ANEMIA) adalah dua perkara yang berbeza. Mesti ramai yang menganggap tekanan darah rendah (HIPOTENSI) dan kurang darah (ANEMIA) adalah satu perkara yang sama. Sebenarnya tekanan darah rendah (HIPOTENSI) dengan kurang darah (ANEMIA) adalah dua perkara berbeza walaupun simptom-simptom yang dialami adalah mempunyai kesamaan.

Jom kita tambah ilmu dengan mengetahui lebih lanjut perbezaan tekanan darah rendah dan kurang darah.

Kurang Darah (ANEMIA)
Kurang darah (ANEMIA) adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak mempunyai sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia turut dikaitkan dengan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah.

Hemoglobin adalah komponen darah merah yang membawa oksigen, dan sangat penting peranannya dalam mengedarkan oksigen ke sel-sel di seluruh tubuh. Banyak faktor yang dapat menyebabkan berkurangnya haemoglobin pada anda. Antara lain adalah pendarahan, kekurangan zat besi, vitamin tertentu, sel darah yang menghancurkan sendiri dan banyak lagi.

Kurang darah dalam badan boleh dikesan melalui ujian darah, seperti yang biasa dibuat ke atas ibu hamil. Bagi ibu hamil, paras hemoglobin (Hb) yang normal adalah 12mg/dl.
Antara tanda-tanda yang anda mengalami kekurangan darah adalah letih dan lesu. Gejala lain juga seperti sakit kepala, sulit berkonsentrasi, sampai emosional. Bagi kes anemia yang teruk, ia boleh membuat anda pucat, kuku rapuh, pusing, bahagian putih mata anda menjadi kebiruan, sesak nafas.

Tekanan darah rendah (HIPOTENSI)
Tekanan darah rendah dapat diukur melalui bacaan tekanan darah. Tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. 

Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.

Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.

Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. 
Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.

Adalah sukar untuk bezakan antara Kurang darah (ANEMIA) dan Tekanan darah rendah berdasarkan simptom-simptom yang dialami semata-mata. Adalah terbaik untuk merujuk kepada pakar perubatan supaya ujian yang sepatutnya dapat dilakukan bagi mengenalpasti sama ada anda mengalami anemia atau tekanan darah rendah. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan mendapatkan produk shaklee. Anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive