Monday, October 19, 2015

Perbezaan Foremilk & Hindmilk Yang Wajib Ibu Menyusu Tahu

Khasiat susu ibu memang tidak dapat dinafikan lagi kerana terdapat pelbagai manfaat yang menakjubkan. Ada bayi yang menyusu susu ibu mempunyai badan yang sangat montel, sihat walafiat. Ada juga bayi yang kelihatan kurus sedangkan dia menyusu susu ibu.
Dimanakah silapnya? Salah satu faktornya adalah berkait dengan foremilk dan hindmilk. Sebab itu para ibu perlu untuk mengenal dan mengetahui perbezaan diantara foremilk dan hindmilk untuk mudah kita memastikan anak-anak kita tidak menghadapi masalah dalam pertambahan berat badan.

Perbezaan Foremilk Dan Hindmilk
 

Foremilk
Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan diawal proses penyusuan. Apabila mulanya sesi penyusuan secara direct feeding, bayi kita akan menerima susu foremilk ini terlebih dahulu. Foremilk ni lebih cair dan warnanya kehijauan dan kebiruan. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein.

Foremilk mengandungi rendah lemak yang hanya mampu menghilangkan dahaga bayi kita bukan mengenyangkan. (sebab tu bayi yang menyusu tak perlu diberikan air ye, dalam susu ibu dah mempunyai air secukupnya) yang penting ibu tahu konsep penyusuan sebenar.

Hindmilk
Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu 'belakang ini lebih pekat & mengandungi kalori juga lemak yang tinggi & membuatkan bayi kenyang. Warnanya pula berbeza, ia kelihatan pekat dan 'rich'.
Sekiranye ibu-ibu memerah keluar ke dalam bekas jernih yang berbeza untuk dua kali perahan, pertama & perahan kedua, ibu-ibu akan lihat perbezaan warna susu tersebut seperti dalam gambar.

Oleh itu, pastikan bayi kita menerima kedua-dua kandungan foremilk & hindmilk seperti yang saya nyatakan tadi yakni protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya, maka susukanlah bayi, sehingga ibu benar-benar yakin payudara telah kosong sepenuhnye.

Kesan ketidakseimbangan Foremilk Dan Hindmilk
Bila bayi kita tak dapat cukup khasiat foremilk,bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan) & kalau kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang, tumbesaran bayi juga turut terjejas.
Pentingnya seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan secra direct feeding. Menurut teori, semakin sedikit susu yang berada payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia makin pekat. Tak hairanlah sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa. Sekiranye ibu membiarkan payudara bengkak dan lebih suka tunggu 'susu penuh' akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, kandungan khasiatnya tidak seimbang = lebih banyak foremilk. 

Untuk kenali bayi kita menerima lebih foremilk berbanding hindmilk, bayi akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:
✔ Bayi selalu meragam
✔ Bayi kembung
✔ Najis bayi menjadi kehijauan
✔ Bayi tak kenyang
✔ Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
✔ Bayi kerap sangat berak
✔ Bayi alami ruam lampin (disebabkan najisnya yang bersifat asidik serta cirit birit)

Apabila ibu sedari keadaan di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:
✔ Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
✔ Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
✔ Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
✔ Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?
✔ Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
✔ Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
✔ Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
✔ Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
✔ Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang normal.

Fakta Tambahan 

Tahukah ibu-ibu, penghasilan susu banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti suhu persekitaran. Selain itu, kandungan nutrisi susu juga turut berubah mengikut umur bayi kita.

Contoh : Keadaan cuaca yang panas mempengaruhi penghasilan susu, bagaimana? Secara logiknya kita akan cepat dahaga apabila cuaca panas.
Ibu akan mendapati hasil perahan mengandungi lebih foremilk berbanding hindmilk.
Keadaan malam pula, lebih sejuk. Jadi susu yang dihasilkan lebih pekat.

Jadi ibu-ibu terutama sekali ibu baru, jika hadapai situasi bayi seperti di atas, jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, meragam macam tak cukup susu, tambah lagi berat badan tak naik, kerap kembung, poo poo asik hijau dan sebagainya..itu bukan tanda ibu tak boleh hasilkan susu yang berkhasiat @ susu tak cukup tapi foremilk terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat nak dapatkan hindmilk sebab perut bayi dah penuh dengan foremilk dalam kuantiti yang lebih.

Untuk membantu ibu-ibu kekal cergas dan bertenaga dalam meneruskan penyusuan susu ibu, atau bagi ibu yang mempunyai masalah penghasilan susu, dapatkan Set Penyusuan Shaklee beserta tips istimewa tambah susu serta tips untuk meningkatkan berat badan bayi kesayangan anda. 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

0 comments:

Post a Comment