Wednesday, December 7, 2016

Cara Mengenali Produk Kosmetik Anda Bebas Merkuri



Krim pemutih wajah merupakan salah satu produk kosmetik yang paling dicari oleh kaum wanita. Ramai wanita yang berpendapat bahwa putih itu cantik, sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kulit wajah yang putih tanpa mengetahui produk yang digunakan mungkin mengandungi MERKURI yang boleh memudaratkan kesihatan.

Risiko Menggunakan Merkuri

Menggunakan merkuri secara kita sedari atau tidak boleh menjejaskan kesihatan. Terdedah kepada merkuri untuk jangka yang lama juga boleh membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan. Apabila merkuri digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi adalah:
  • Gatal-gatal
  • Ruam pada kulit
  • Hilang warna kulit (skin discoloration)
  • Parut.
WHO memberi amaran penggunaan merkuri untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang dan gangguan Sistem Saraf. Merkuri yang tinggi dalam badan juga menyebabkan perkara berikut:
  • Gangguan emosi
  • Tekanan perasaan
  • Psikosis
  • Mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.

Bagaimana Ingin Mengenali Produk Tersebut Mengandungi Merkuri?

Berikut saya kongsikan beberapa cara untuk mengenali krim rawatan wajah yang mengandungi merkuri secara ringkas dan mudah. Untuk hasil yang lebih tepat, pemeriksaan di makmal adalah kaedah terbaik.

  • secara umumnya, krim pemutih wajah yang ada kandungan merkuri berbau agak keras. Kadangkala ada pengeluar yang menggunakan haruman yang agak kuat bagi menutupi bau logam merkuri tersebut.
  • Krim yang mengandungi merkuri agak berkilau warnanya. Jika kita buka penutup krim berkenaan, bahagian bawah penutupnya agak berkilauan / hologram. Cuba oleskan di hadapan cermin dan perhatikan pada wajah anda, ada atau tidak kesan kilauan. Krim yang bagus sepatutnya berwarna putih dan tidak berkilau.
  • Dapat memutihkan kulit wajah dalam masa yang sangat singkat. Semakin tinggi kandungan merkuri, semakin singkat ia memberi kesan pemutihan (bukan pencerahan). Kulit pengguna akan jadi putih pucat seperti mayat dan bukannya cerah semulajadi dan berseri-seri.
  • Pada peringkat awal penggunaan, kulit akan mengalami iritasi dan sangat sensitif kepada cahaya matahari hinggakan apabila anda berada di bawah panas terik mentari, kulit akan terasa pedih dan kemudiannya merah seperti udang dibakar.
  • TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Awas yer...ini bukan petanda bahawa krim itu telah memulihkan wajah anda 100% tetapi sebenarnya ia merupakan satu petanda awal lapiasan epidermis kulit kita telah ROSAK, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran radiasi.
  • Bakteria adalah antara punca jerawat, tetapi apabila kulit telah dicemari merkuri, bakteria pun tak nak singgah di kulit kita...BAKTERIA PUN TAHU TAKUT PADA KESAN KERACUNAN MERKURI, kenapa kita pula harus menggunakan merkuri demi kecantikan yang seketika?
Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit dan merata wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan akhirnya kehitaman...KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya....

UJIAN RINGKAS

Selain itu ini pula tips yang pernah diberikana oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk mengenalpasti produk itu berbahaya atau tidak.

Kalau ingin tahu sama ada produk kosmetik itu mengandungi kandungan merkuri yang tinggi , boleh sapu sedikit krim produk itu pada cincin atau gelang emas .

Jika warnanya bertukar menjadi kelabu , itu tandanya ia mengandungi banyak merkuri . Ini bukan sihir atau silap mata . Ini sains kimia . 


Nak Kulit Putih cara Selamat Pilihlah penjagaan luaran dengan Set Skin Care Nutriwhite serta penjagaan dalaman dengan Set Kulit Shaklee. 

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 

0 comments:

Post a Comment