Sunday, December 11, 2016

Kenali Apa itu PCOS Dan Cara Mengatasinya



Ramai sebenarnya di kalangan wanita di Malaysia mengalami PCOS. Malah ada juga yang tidak tahu mereka menghidapi PCOS. Secara umum PCOS adalah Sindrom Ovari Polikistik, juga dikenali sebagai  Polycystic Ovary Syndrome.

Ianya merupakan salah satu daripada gangguan hormon yang biasa di kalangan wanita. Membimbangkan.PCOS telah dikenali sebagai "Pembunuh Senyap".

Apakah itu PCOS ?

GLA Complex shaklee vitamin untuk wanita mengidap PCOS

Masalah kesihatan wanita yang memberi kesan ke atas:
  • Kitaran Haid (Oligomenorea atau Amenorrhea)
  • Kesuburan wanita
  • Hormon
  • Jantung
  • Salur darah
  • Rupa atau penampilan diri.
Dengan adanya PCOS, wanita kebiasaannya :
  • Mempunyai lebih banyak hormon endrogen ( lebih dikenali sebagai hormon lelaki). 
  • Tiada atau haid tidak menentu.
  • Banyak sista kecil (cyst) iaitu kantung berisi cecair di dalam ovari mereka.

Punca PCOS

Ianya boleh berlaku seawal gadis berumur 11 hingga 13 tahun ( sejak mengalami haid yang pertama). Punca PCOS tidak diketahui secara jelas. Kebanyakan pakar mengatakan ianya berpunca daripada banyak faktor termasuklah faktor genetik. Seorang ibu yang mengalami PCOS, kebarangkalian anaknya juga boleh mengalami masalah yang sama.

Kesan PCOS Kepada Wanita?

Masalah yang paling utama berkaitan dengan PCOS ini adalah ketidakseimbangan hormon. Wanita yang mengalami PCOS,ovarinya menghasilkan lebih banyak endrogen melebihi paras normal. Endrogen merupakan hormon lelaki yang juga dihasilkan oleh tubuh wanita. Paras hormon yang tinggi ini memberi kesan kepada perkembangan telur dan pengeluarannya semasa ovulasi.

Kajian mendapati rintangan insulin juga dikaitkan dengan PCOS. Insulin adalah hormon yang mengawal atur gula,kanji dan makanan lain menjadi tenaga yang digunakan oleh badan atau disimpan. Ramai wanita PCOS mempunyai kandungan insulin yang tinggi kerana bermasalah untuk menggunakannya.Jadi, ia menjadi penyebab kepada peningkatan hormon endrogen. Peningkatan endrogen ini akan menyebabkan:
  • Jerawat yang kronik
  • Pertumbuhan rambut yang berlebihan ( contohnya di bahagian kaki,lengan dsb).
  • Pertambahan berat badan
  • Masalah ovulasi (masalah haid)

Simptom-simptom PCOS 

Simptom PCOS adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Gejala ini boleh berlaku bermula seawal kali pertama haid (kebiasaannya umur 11 -13 tahun) dan juga boleh berlaku setelah kelahiran anak pertama atau bila-bila sahaja dalam keadaan tertentu.

Antaranya ialah:
  • Kemandulan (disebabkan tidak berlakunya ovulasi)
  • Haid tidak teratur atau tiada haid
  • Hirsutism (pertumbuhan rambut di muka, dada, perut, belakang, ibu jari, atau jari kaki)
  • Sista pada ovari
  • Jerawat,kulit berminyak atau kelemumur
  • Penambahan berat badan (biasanya berat badan berlebihan di pinggang)
  • Kebotakan rambut seperti lelaki
  • Tompokan tebal coklat gelap atau hitam pada kulit (leher,lengan,dada atau paha)
  • Kutil pada kulit (skin tags)
  • Skin tags
  • Sakit di bahagian pelvis
  • Kebimbangan dan kemurungan
  • Sleep Apnea ( Behenti bernafas dalam jangka masa yang pendek semasa tidur)

Mengapa wanita yang mengalami PCOS mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka dan kesuburan?

Secara ringkasnya, ovari (kilang telur yang menghasilkan telur atau ovum), mempunyai kantung yang berisi cecair yang dipanggil folikel atau sista.Semasa telur berkembang, folikel akan membina cecair dan apabila telur matang,folikel akan pecah dan telur akan dilepaskan. Telur tadi akan bergerak melalui tiub fallopio ke rahim untuk persenyawaan. Ianya dipanggil ovulasi.

Apa yang terjadi kepada wanita yang mengalami PCOS,ovarinya tidak menghasilkan hormon yang diperlukan untuk mematangkan telur sepenuhnya. Folikel juga boleh berkembang dan membina cecair, tetapi ovulasi tidak berlaku.Sebaliknya, folikel akan tinggal sebagai sista.

Atas sebab-sebab ini, ovulasi tidak akan berlaku dan hormon progesteron tidak dirembeskan. Tanpa progesteron, kitaran haid tidak akan teratur atau tiada haid. Ditambah pula, ovari menghasilkan hormon endrogen yang berlebihan yang menghalang ovulasi.

Adakah PCOS akan berakhir setelah monopouse?

Ya dan tidak. PCOS memberi kesan yang banyak kepada sistem badan. Simptom itu tetap kekal walaupun fungsi ovari dan paras hormon berubah apabila monopous.Sebagai contoh, pertumbuhan rambut berlebihan yang berterusan, kebotakan atau penipisan rambut seperti lelaki menjadi lebih teruk selepas monopous.

Selain itu, risiko masalah kesihatan daripada PCOS seperti diabetes,serangan jantung dan strok akan meningkat seiring dengan umur wanita.

Bagaimana cara untuk mendiagnos bagi mengenal pasti sama ada anda mengidap PCOS atau tidak?

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan cara:
  • Menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap hormon testosterone dalam badan
  • Ujian ultrasound

Rawatan Alternatif Untuk PCOS

Sekiranya anda tidak gemar atau pun pernah membuat rawatan di klik kesuburan namun tidak mendatangkan apa-apa hasil, saya secara peribadi sangat menggalakkan anda mencuba Set PCOS Shaklee yang mengandungi GLA dan ESP Shaklee.

ESP bertindak sebagai CLOMID yang memberi isyarat untuk mematangkan folikel dan rembesan estrogen.

GLA Complex pula membantu menyeimbangkan hormon dan meningkatkan tahap kesuburan wanita.


Apabila hormon seimbang, dan rembesan estrogen berlaku, telur akan mula membesar dan apabila tiba masanya, folikel akan terbuka dan membebaskan telur wanita bagi tujuan persenyawaan.

Gabungan hormon yang seimbang, telur yang matang dan sperma yang berkualiti meningkatkan peluang kehamilan pada kadar yang sangat tinggi.

Testimoni PCOS dan Cyst

 

 


Jangan risau jika anda hadapi masalah PCOS. Teruskan berusaha kerana ramai pengidap PCOS yang berjaya hamil di luar sana.

Berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     
 
Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/         

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment