Thursday, June 15, 2017

Benarkah Mealshakes Shaklee Tidak Selamat Penyebab Berak Berdarah?

Gambar sekadar hiasan

Lama saya berfikir sama ada nak buat posting atau tidak. Saya berkira-kira adakah bermanfaat atau tidak perkongsian saya nanti. Dan akhirnya saya memutuskan untuk menulis jua. Sekadar perkongsian pengalaman sendiri, tiada kena mengena dengan mana2 pihak.

Semua orang tahu, tiga bulan lepas anak saya, Hana Humaira telah dimasukkan ke hospital 50 hari lamanya. Saat pertama dia dikejarkan ke hospital, keadaannya sangat mencemaskan. Hampir-hampir kehilangan nyawa. Malam pertama masuk icu, esok paginya saya dipanggil oleh doktor untuk memberi penjelasan. Saya boleh ingat dengan jelas,

'Puan, keadaan anak puan sekarang sangat-sangat kritikal. Anak puan berak berdarah tak berhenti.' Doktor mulakan penerangan.

'Sehingga sekarang kita tak tahu apa punca. Boleh kami tahu sama ada puan ada bagi apa2 ubat pada anak?'

Seminggu sebelum masuk hospital Humaira sudah batuk-batuk. Berpanjangan. Beberapa buah klinik sudah dibawa untuk mendapatkan rawatan. Ubat-ubatan itulah yang saya bagi pada anak.

'Cuba puan ingat betul-betul. Bila puan mula bagi anak makan ubat? Ikut dos yang betul tak? Klinik mana puan pergi? Puan boleh sebut nama ubat-ubat tu semua?' Kata tuan doktor sambil matanya tak beralih dari komputer dihadapannya sambil menaip setiap butir maklumat yang saya berikan.

Bertubi-tubi soalan diberikan. Saya disoal bagai pesalah. Seolah-olah sayalah penyebab anak saya terlantar di sini.

'Macam ni lah doktor, petang ni saya bawa semua ubat yang saya beri pada anak.' Saya akhiri perbualan apabila saya sendiri tak dapat berikan secara detail nama-nama ubat.

Petang itu saya lambakkan segala ubat yang pernah diberi kepada Humaira.

'Doktor, ini semua ubat. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan ubat-ubat ni?' Saya aju soalan pada doktor.

'Ubat ni semua tidak mengakibatkan pendarahan. Untuk kes macam ni kita perlu hantar ke HKL. Sebab di sana ada kepakaran dan kelengkapan cukup,' kata doktor sepintas lalu.

Hanya selepas beberapa hari barulah saya teringat bahawa saya ada memberi Humaira makan Mealshake Shaklee. Betul-betul baru habis satu tong 2 3 hari sebelum masuk wad. Belum sempat saya order tong kedua, Humaira sudah pun masuk wad. Dah menggigil kaki tangan bila rasa yang saya dah letakkan anak dalam bahaya. Saya nekad untuk dapatkan penjelasan. Saya takkan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan aduan kepada kkm jika perlu. 


Saya usulkan perihal Mealshake Shaklee tersebut pada doktor. Mereka minta saya panjangkan ke HKL memandangkan kes Humaira akan diambil alih oleh pakar di sana. Saya juga hubungi saudara saya yang merupakan antara orang tertinggi dalam Shaklee Malaysia.

'Macam mana ni Kak Long? Doktor minta sample Mealshake Shaklee.'

'Takpe. Kita bagi kerjasama. Apa-apa yang doktor perlukan, kita ikut je. Kes ni dah dalam pengetahuan wakil Shaklee di U.S. Kalau perlu, wakil Shaklee dari U.S akan datang Malaysia untuk bagi kerjasama,' balasnya menerusi whatsapp.

Saya bawa Mealshake Shaklee kepada nutritionist di hospital. I passed it by hand. Hari berganti. Tong Mealshake Shaklee dipulangkan kembali pada saya.

'Macam mana doktor? Ada apa-apa yang tak kena ke?' Saya bertanya untuk mendapatkan kepastian.

'Takde apa-apa. Produk ni selamat. Takde apa-apa yang bahaya dengan Mealshake ni,' jawab nutritionist berkenaan.

'Maksudnya anak saya sakit bukan disebabkan mealshake ni kan?' Saya tanya lagi.

'Bukan. Penyakit ni kalau dia nak jadi, dia akan jadi.' Jawabnya.

'Jadi kalau saya nak continue consume produk ni, kira selamatlah kan?' Tambah saya lagi.

'Ya, takda masalah. Asalkan awak ikut saranan yang betul. Lagipun produk ni dah lama. Kalau bahaya, dah lama kita buat aduan kepada kkm dan saman syarikat ni,' panjang lebar doktor beri penerangan.

Lega sungguh hati bila nutritionist sendiri yang cakap macam tu. Dah macam-macam andaian dah saya fikir masa tu. Risau kalau-kalau anak sakit disebabkan kecuaian sendiri.

Begitu serba sedikit kisah saya dengan Mealshake Shaklee. Agak mengejutkan bila banyak dakwaan berkenaan Shaklee baru-baru ini. Sebab saya sendiri dah pun bawa dan serahkan Mealshake tersebut pada nutritionist. Kalaulah bahaya, confirm mereka dah ambil tindakan. 

Macam-macam kita dengar sekarang ni. Apapun tindakan, biarlah kita bertindak sewarasnya. Dapatkan dulu kepastian dan kesahihan. Tak perlu hentam guna emosi. Niat tak menghalalkan cara. Menegur jangan sampai menghina. Mengkritik jangan sampai mengaibkan.

Terima kasih sudi membaca. Saya percaya kita semua bijak belaka. Nilailah dengan akal. Jangan biar dikawal emosi. Kita semua tengah puasa ni..😊

Oh ya.. saya tak jual shaklee. 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive