Tuesday, June 20, 2017

Ubat FARMASEUTIKAL 62,000 kali lebih berkemungkinan MEMBUNUH dari suplimen dan herba - ANH International

Bismillah,

Betul ke pengambilan suplimen dan herba merbahaya? Cuba baca dulu ye....

Alliance for Natural Health International (ANH-Intl),kumpulan antarabangsa yang berpusat di UK, baru baru ini mendedahkan paparan data-data yang membandingkan dengan suplimen atau makanan tambahan seseorang individu:

Data menunjukkan bahawa tindak balas negatif kepada ubat farmaseutikal:

  • Ubat farmaseutikal 62,000 kali lebih berkemungkinan membunuh daripada suplimen(makanan tambahan)
  • 7,750 kali lebih berkemungkinan membunuh daripada ubat herba.Selain itu data juga menunjukkan perkara lain yang boleh menyebabkan kematian berbanding suplimen
  • 900 kali lebih berkemungkinan mati akibat keracunan makanan
  • Hampir 300,000 kali lebih berkemungkinan mati akibat kecederaan yang sepatutnya boleh dicegah semasa ditahan di wad hospital UK.Setanding dengan risiko seseorang individu tentera yang aktif mati dalam perang di Iraq atau Afghanistan

Data-data dari sumber rasmi di UK dan EU, menunjukkan bahawa suplimen dan ubat herba berada dalam kategori 'super safe ' dari risiko kemungkinan membawa kematian,ini bermaksud dari penggunaan keduanya,kematian hanya 1 dalam 10 juta dicatatkan.

Selain ubat dan kecederaan di hospital, kemungkinan mati akibat dipanah petir atau tenggelam dalam tab mandi juga lebih tinggi daripada tindak balas suplimen atau herba.
Menurut artikel pilihan di NewHope360.com

Eksekutif Anh Intl dan pengarah saintifiknya, Robert Verkerk PhD, mengatakan bahawa ini adalah suatu petunjuk baru tentang soal keselamatan suplimen dan herba.

"Angka-angka ini meletakkan perspektif sebenar risiko kematian yang ditimbulkan oleh makanan tambahan dan ubat herba pada saat ketika kerajaan mewar-warkan ianya merbahaya kepada kesihatan umum.

Menurut Dr Verkerk lagi, bukti baru ini bakal membantu kami untuk memberi tekanan di UK dan pihak-pihak berkuasa Eropah supaya mengurangkan regulasi yang ketat dan membebankan untuk produk-produk kesihatan semula jadi."
Semoga Bermanfaat

0 comments:

Post a Comment