Monday, December 1, 2014

Haid Tidak Teratur Selepas Bersalin

Haid ialah darah alami yang keluar dari perempuan yang sihat. la adalah tanda seseorang wanita itu sihat dan normal dan menunjukkan bahawa seseorang wanita itu subur dan sudah bersedia untuk hamil. Namun, wanita yang mengalami kitaran haid tidak normal selepas bersalin, ia menjadi igauan kerana jika tidak berhati-hati, mungkin berlaku ‘ter accident’ hamil semasa bayi masih kecil.  
 
Ini kerana apabila kitaran haid normal iaitu tetap dan teratur, mudah untuk anda merancang keluarga secara semula jadi. Dengan ini, anda boleh menjangka waktu subur dan berhati-hati semasa melakukan hubungan intim bersama suami.
 

Bagaimanapun ada segelintir wanita mengalami kitaran haid tidak sempurna seperti sebelum hamil iaitu mengalami haid dalam tempoh masa yang panjang, singkat malah tiada langsung mendapat haid. Selain itu, ada juga mendapat haid keadaan yaang sedikit atau banyak. Namun gangguan haid tidak normal selepas bersalin adalah perkara biasa dan tidak bahaya jika tidak berpanjangan. Situasi ini biasanya kembali normal selepas bayi berhenti menyusu susu ibu atau mulai makan makanan pejal antara enam sehingga 12 bulan. 
 
Bagi wanita selepas bersalin yang tidak melakukan penyusuan susu ibu, haid akan datang antara tiga dan 10 minggu selepas bersalin (secara purata 45 hari). Jika anda menyusukan secara eksklusif, anda mempunyai tempoh masa yang panjang tanpa ketiadaan haid. Haid tidak normal berlaku selepas bersalin antaranya puncanya adalah: 
  • penyusuan susu ibu
  • berlebihan hormon prolaktin 
  • pengambilan pil perancang.  
Penyusuan susu ibu
Normal jika anda tidak mendapat haid semasa anda melakukan penyusuan susu ibu. Keadaan ini berlaku kerana badan ibu menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya haid. Gangguan kitaran haid berlaku kerana hormon prolaktin yang tinggi semasa penyusuan. Dalam tempoh ini, ada juga ibu mendapat haid dalam tempoh masa yang singkat, panjang dan haid yang banyak. Namun ia boleh dianggap normal jika berlaku dalam satu tempoh kitaran haid yang tidak lama, Tetapi tidak normal jika ia berlarutan dan proses penyusuan sudah berhenti dan masih tidak mendapat haid sekurang-kurangnya dua atau tiga kali kitaran. Segera berjumpa pegawai perubatan untuk mendapat pemeriksaan lanjut. Malah dalam tempoh ini juga ada wanita yang melakukan penyusuan susu ibu tetap hamil! Jadi berhati-hatilah!

Berlebihan hormon prolaktin
Lazimnya, selepas melahirkan si manja, anda akan mengalami tempoh masa keluarnya darah nifas antara masa 40 sehingga 60 hari. Berakhirnya tempoh nifas bermakna organ pembiakan seseorang wanita itu telah pulih. Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid anda kembali normal di mana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas berhenti.
Apabila wanita itu melahirkan bayi, badan akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai prolaktin. Hormon ini akan merangsang pengeluaran susu ibu dan pada masa yang sama menyekat pengeluaran jumlah hormon astrogen dalam badan yang memainkan peranan untuk kitaran haid anda.
Penyusuan badan dikatakan mampu mengelakkan kehamilan dalam masa empat hingga enam bulan selepas kelahiran (jika penyusuan secara eksklusif) Selepas tempoh ini, anda mungkin terdedah kepada kehamilan.

Ada segelintir ibu mengalami, haid tertunda, putaran haid lebih lama atau kurang serta tidak mengalami haid selepas melahirkan si manja sepanjang tahun. Malah ibu ini juga tidak menyusui bayi secara eksklusif. Kajian ada menunjukkan 10 sehingga 30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus-menerus meskipun darah nifas sudah berhenti. Gangguan hormon ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid.

Situasi ini dikenali sebagai hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan tertundanya masa haid, situasi ini juga menyebabkan amenorrhea iaitu suatu keadaan apabila ibu tidak mengalami haid sepanjang tahun. Bahkan ada juga wanita yang mengalami masalah ini turut mengalami oligomenorrhea (putaran haid lebih lama daripada 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang daripada 21 hari).

Pengambilan pil perancang
Ibu yang mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan atau implan mengalakkan peningkatan hormon prolaktin. Bagaimanapun perlu diingat, gangguan haid boleh terjejas akibat pengambilan pil yang tidak mengikut peraturan betul. Perlu berjumpa berjumpa doktor untuk memastikan pengambilan pil yang betul. Namun, jika sepanjang tahun anda dapati haid masih belum ada, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Lazimnya pegawai perubatan akan melakukan serangkai pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi dan Iain-Iain. Setelah memperoleh diagnosis ke atas gangguan. kitaran haid anda akan diberi suplemen zat besi dan ubat-ubatan untuk menstabilkan hormon anda supaya kitaran haid anda kembali normal.

Apabila haid kembali, bermakna kesuburan sudah kembali pulih. Ketika ini berhati-hati dan elakkan hamil dalam tempoh masa yang terdekat. 

Vitamin Shaklee Membantu Haid Teratur! 
Shaklee ada vitamin yang dapat membantu masalah ibu ibu yang mengalami masalah haid yang tidak teratur selepas bersalin. Segelintir ibu-ibu tidak datang haid sehingga dua atau tiga tahun! dan ianya tidak normal kerana sepatutnya haid datang setiap bulan bagi memastikan rahim anda mengeluarkan darah yang kotor!
Ibu-ibu boleh mencuba GLA Complex yang famous di kalangan wanita di Malaysia sekarang. Sebabnya GLA Shaklee lebih baik daripada EPO! Anda mungkin biasa mengenali produk yang mengandungi EPO (Evening Primrose Oil) yang banyak dijual di Farmasi atau di kedai-kedai ubat.EPO yang mengandungi GLA dapat membantu dalam pembinaan fungsi dalam tubuh.Shaklee juga mempunyai produk yang serupa seperti EPO,iaitu GLA Shaklee yang hasilkan dari minyak borage yang mengandungi Asid Gamma Linolenik,Asid Linolenik selain diperkayakan dengan vitamin E dan juga minyak bunga matahari. Selain aturkan haid, kulit pun cantik tau.. flawless jeee.. kulit lembab.. sebab ada Vitamin E tue! 

Selain itu GLA Shaklee popular di kalangan mereka yang ingin mengandung dan mereka yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.Alhamdulillah ramai yang mendapat kesan yang positif selepas mengambil GLA Shaklee bersama-sama Zinc yang diambil oleh suami mereka.
Jom kita lihat testimoni, Alhamdulillah. Sejak amalkan GLA Shaklee lebih mudah nak merancang.  

Testimoni 1

Testimoni 2
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive