Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Wednesday, October 19, 2016

Cara Mudah Untuk Suami Isteri Subur


Vivix Shaklee bukan sahaja membantu atasi masalah penyakit kronik tetapi juga membantu dalam masalah kesuburan. Selain pengambilan Set kesuburan Shaklee, dengan pengambilan Vivix juga dapat mencerahkan lagi peluang anda untuk hamil kerana Vivix merupakan supplement untuk kesihatan menyeluruh.

Gangguan pada sistem reproduktif wanita dan penurunan kualiti dan kuantiti sperma dikatakan menjadi punca masalah kesuburan.Pasangan yang dikatakan mengalami masalah kesuburan ialah pasangan yang telah berkahwin lebih 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat sedangkan mereka tidak menggunakan sebarang alat pencegah hamil.

Masalah kesuburan bagi wanita adalah seperti:
  • Masalah sistem reproduktif (fibroid, cyst, kanser rahim dsb) 
  • Masalah kitaran haid yang tidak teratur 
  • Masalah telur tidak matang 
  • Obesiti 
  • Lanjut usia
Masalah kesuburan bagi lelaki adalah seperti:
  • Pra-testikular iaitu hormon terganggu mengakibatkan testis tidak teransang dan bermasalah menghasilkan sperma. 
  • Testikular iaitu sperma yang sihat tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.
  • Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
Peluang untuk hamil lebih tinggi dengan mengamalkan vivix shaklee. Vivix membantu suami isteri dalam usaha mendapatkan cahaya mata di mana peranan Vivix adalah bertindak dari Sel DNA seseorang.

Bagaimana Vivix memperbaiki masalah KESUBURAN ?




Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN. Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

Lagi perkongsian yg menggumbirakan hati... alhamdulillah positif hamil.

Customer ni dah jadi duta kehamilan dgn vivix plak, sampai cadangkan sape2 yg belum rezeki anak elok amalkan vivix.

Salah satu cara ikthiar utk stabilkan hormon, kuatkan rahim.

Bg yg dah lama mencuba takda hasil lagi, apa kata ambil ambil vivix. Insyallah mungkin rezeki anak anda dgn asbab vivix...macam puan ni.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Friday, May 6, 2016

Kos In Vitro Fertilisation (IVF) di Malaysia Kenapa Mahal?


Kebanyakan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan berpendapat bahawa rawatan IVF adalah mahal.Tambahan pula, rawatan IVF juga bukanlah 100% yang akan berjaya. Ini menyebabkan ramai pasangan yang menolak rawatan IVF.
Secara amnya, kos IVF di mana-mana hospital atau pusat fertiliti adalah mahal.

Secara puratanya harga keseluruhan IVF adalah dalam anggaran RM5,000 – RM20,000

Ini menyebabkan setengah-tengah pasangan tidak mampu untuk melakukan rawatan tersebut dan terpaksa mengumpul duit terlebih dahulu. 

Kadang-kala mereka mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan wang tersebut. Tanpa disedari, semakin lama umur pasangan wanita itu juga akan meningkat. Umur wanita adalah salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan rawatan IVF.   

Di samping itu, duit untuk rawatan kesuburan perlu dikaut dari poket sendiri dan tidak dapat di’claim’ dari insurans kesihatan ataupun menggunakan ‘guarantee letter’ bagi yang bekerja dengan kerajaan. Buat masa ini, duit EPF juga tidak boleh digunakan untuk membayar kos perbelanjaan untuk rawatan kesuburan.

Kenapakah kos IVF mahal?

a) Kos ubat-ubatan yang terlibat di dalam rawatan IVF

  • Ubat-ubatan yang digunakan unyuk meransangkan telur adalah dalam bentuk suntikan yang perlu diberikan setiap hari. Kebanyakan adalah sensitif kepada haba dan tidak tahan lama.
  • Ubat-ubatan ini adalah diimpot dari luar negara
  • Ubat-ubatan juga diperlukan selepas ’embrio transfer’ untuk menguatkan rahim

b) Rawatan IVF memerlukan pemantauan yang teliti semasa rangsangan telur dan prosedur-prosedur perlu dilakukan 

  • Imbasan scan kerap perlu dilakukan untuk memantau pembentukan folikel-folikel di dalam telur
  • Suntikan ubat-ubatan ubat rangsangan oleh jururawat kadang-kala perlu dibuat
  • Prosedur pengambilan telur dilakukan di dalam dewan bedah dan kadang kala memerlukan bantu pakar bius
  • Prosedur pemindahan telur
IVF2

c) Kos Makmal IVF

  • Peralatan yang diperlukan di dalam makmal IVF adalah penting bagi memastikan embrio yang terhasil berkualiti tinggi. Ini memerlukan teknologi yang canggih dan mahal.
  • Peralatan yang kerap digunakan juga adalah ‘pakai buang’ bagi setiap pesakit untuk memastikan tiada kontaminasi berlaku.
  • Bahan media yang diperlukan adalah diimport dan tidak tahan lama.
  • Pembekuan embrio juga memerlukan penyelenggaraan makmal yang ketat

d) Kepakaran dari pakar perubatan dan embriologis

  • Kepakaran dan pengalaman khusus dalam bidang kesuburan diperlukan dan ini mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi
  • Pelaburan tenaga sumber manusia penting bagi memastikan kadar kejayaan sesuatu pusat fertiliti sentiasa berada di tahap yang tinggi

Adakah Anda Mencari Tips Cepat Hamil

Kalau kita google, kita akan jumpa bermacam-macam petua cepat hamil. Tapi adakah petua-petua tersebut terbukti selamat dan berkesan ? Bagaimana pasangan ini berjaya hamil tanpa melakukan IVF dan jimat sehingga puluhan ribu ringgit

VIVIX untuk KESUBURAN

Rasa bersalah pulak bila tak kongsi mengenai produk promo bulan ni iaitu > VIVIX
Vivix ni antara supplement Shaklee yang jadi fav nana forever and ever,. Sebabnya ofcourse Vivix dah banyak beri kesan pada kesihatan nana dan keluarga.
Buat diri nana sendiri, seperti semua sedia maklum, nana sendiri sudah berkahwin hampir 3 tahun tetapi belum dikumiakan zuriat.. Dan nana diberi satu tips oleh seorang rakan dalam Shaklee untuk amalkan Vivix secara konsisten dengan dose tertentu untuk tujuan memperbaiki sel tubuh badan supaya bila sel badan sihat, organ sihat (rahim sihat) dan seterusnya InshaAllah mudah untuk conceive.
Dan Alhamdulillah, setelah beberapa lama amalkan Vivix secara konsisten,ahirnya sampai jugak rezeki kami suami isteri.
Thats why untuk customer nana yang sedang cuba untuk hamil, nana sentiasa kongsikan akan kebaikan Vivix ini untuk kesuburan..
Kerana ianya bertindak untuk memperbaiki sel dan DNA badan kita. Bila sel sihat, organ pun sihat.. Dan InshaAllah lebih tinggi peluang untuk hamil..
Bagi nana, ikhtiar dengan Vivix jauh lebih murah berbanding rawatan kesuburan seperti IUI, IVF dan sebagainya.
Biarlah kjta usaha yang terbaik untuk mendapat zuriat sebagai tanda kita sendlri bersedia menerima tanggungjawab dan amanah Allah ni..
Untuk mereka yang masih menanti kehadiran zuriat, cubalah ikhtiar dengan Vivix..InshaAllah dengan izin Allah, tak lama lagi anda juga bakal terima khabar gembira ini.. InshaAllah aminn.

Antara testimoni lain mereka yang telah berjaya hamil dengan Vivix.



Berminat Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!        
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Friday, March 4, 2016

Tingkatkan peluang anda untuk Hamil dengan Vivix

Mungkin ada dikalangan kita yang kurang bernasib baik, walaupun telah bertahun-tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahayamata. Pastinya sedih dan terkilan jika ada saudara mara ataupun mertua seringkali menyindir mengatakan diri anda mandul dan kurang subur.  

Janganlah anda bersedih dan berduka lara, pastinya Allah swt telah merencanakan pelbagai rezeki lain buat anda atau DIA hanya mahu menguji 'sedikit' pada diri anda bagaimana menghadapi dan berikhtiar. 

Anda pernah mendengar Set Kesuburan Shaklee sebelum ini ?
Mungkin pernah atau mungkin ini pertama kali anda mendengarnya. Okay tak mengapa, kebiasaanya vitamin yang terdapat didalam set kesuburan terdiri daripada B-Complex lengkap dengan asid folik, GLA Complex, Vitamin C, ESP, Alfalfa, Vitamin E, dan Zinc. 

Sebenarnya, satu lagi vitamin yang boleh anda ambil untuk meningkatkan dan memperbaiki masalah kesuburan ialah dengan mengamalkan Vivix! Ehh..betul ke Vivix bantu kesuburan ? Hehe... betullah tu, takkan saya nak kongsi perkara tak betul pulak.

Bagaimana Vivix memperbaiki masalah KESUBURAN ? 

Apa yang penting untuk anda tahu, ialah kenali apa itu vivix. Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.  

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKANVivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal. 

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.



Berminat Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!        
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6  

Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852   
Share:

Thursday, July 30, 2015

Boleh Ke Menyusukan Anak Bila Hamil?

 
Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?
Ramai ibu yang hamil walaupun masih lagi menyusukan bayi mereka yang masih kecil. Insya Allah mereka akan melahirkan anak yang sihat tanpa masalah. Penyusuan sebegini tidak perlu dihentikan asalkan ibu mendapat rehat dan nutrisi yang cukup.

Secara amnya jika seseorang wanita yang baru melahirkan anak, dan telah kedatangan darah haid, maka beliau telah memasuki fasa kesuburan semula. Jadi janganlah hairan jika seorang wanita hamil semula setelah mula melakukan jima’ bersama suami. Apabila wanita itu mengalami kelewatan haid, maka segeralah melakukan ujian UPT atau ultrasound untuk mengesahkan kehamilan.

Namun ada juga wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap, selepas melahirkan anak. Jika berasa letih, sakit pada payudara, rasa loya dan muntah, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Selain itu ibu yang menyusukan mungkin juga mengalami tanda kehamilan apabila mengalami kekeringan dan sakit pada puting payudara secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun ia bukanlah tanda kehamilan yang pasti.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.

Bayangkan menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak dari tubuh wanita itu. Dicampur dengan kehamilan pula, yang mana setiap makanan yang diambil oleh ibu akan dikongsikan bersama anak dalam rahem. Anak kecil pula sedang aktif dan perlu dipantau aktivitinya menyebabkan wanita ini kepenatan. Ditambah lagi dengan kepenatan akibat pekerjaan di tempat kerja. Sungguh mujahadah wanita-wanita ini.

Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahem (uterine contractions) namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormone oxytocin ketika menyusukan bayi, bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahem mengecut. Namun rahem hanya akan mengecut sepenuhnya oleh hormone oxytocin selepas umur kehamilan 37 minggu. 

Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan.

Doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :
  • mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan dari vagina 
  • pernah mengalami kelahiran anak pra matang 
  • pernah mengalami keguguran ketika hamil
Ini kerana wanita ini mempunyai rahem yang sangat sensitif terhadap hormone oxytocin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormone itu akan dikeluarkan dan merangsang rahem untuk mengecut.

Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu payu dara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan. Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolustrum agak berlainan, ramai anak-anak yang menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.

Nasihat Pemakanan
Bagi ibu yang bekerja dan terpaksa menjaga anak yang sedang membesar, mungkin berasa penat ketika pulang ke rumah. Kepenatan sebegini akan mengurangkan pengeluaran susu. Mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja, dan melayan anak yang sedang membesar ketika pulang dari rumah. Selain itu mereka juga memerlukan lebih tenaga untuk pengeluaran susu dan membesarkan anak yang berada dalam rahem.

Wanita yang hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahem dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan dalam sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi
daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran. Jika tidak, wanita itu akan berasa lemah kerana mereka baru saja menghabiskan nutrient yang disimpan semasa kehamilan yang lalu dan terpaksa menghabiskan lagi baki simpanan nutrient untuk kehamilan seterusnya di samping untuk penghasilan susu.

Benarkah Kehamilan Kerap Menjejaskan Tulang???
Pemakanan mereka harus kaya dengan zat besi, folic acid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam rahem dan pengeluaran susu. Jika tidak, mereka harus mengambil supplemen berbentuk pil bagi menampung keperluan ini.

Tahukah Anda Kepentingan Asid Folic kepada Wanita Hamil?
Pastikan cukup rehat ketika kehamilan berusia beberapa bulan pertama dan beberapa bulan terakhir, sebelum melahirkan. Kalau mampu mintalahbantuan jiran atau saudara bagi menjaga anak kecil yang aktif untuk beberapa jam agar dapat berehat.

Wallahu a’lam.
kredit to :
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (270811)

Perkara yang IBU HAMIL WAJIB tahu!!!
 
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE, boleh hubungi saya SMS/whatapps: 013-4505852  , ibu-ibu layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

Thursday, April 9, 2015

Waktu Terbaik Melakukan Ujian Kehamilan?

Buat pasangan yang baru berkahwin, anda mungkin kurang pengetahuan asas tentang perkara ini kerana masih lagi belum berpengalaman. Jom baca sedikit info tentang ujian kehamilan yang harus anda ambil tahu bagi anda yang merancang untuk mendapatkan anak.
 
Salah satu tanda bagi wanita yang hamil adalah lewat datang haid pada waktu yang sepatutnya. Jadi, waktu yang terbaik bagi anda untuk mengetahui samada anda hamil atau tidak adalah dengan menunggu dalam 2 minggu dari tarikh sebenar anda sepatutnya datang haid. Itu adalah waktu terbaik berbanding dengan melakukan ujian kehamilan selepas 2-3 hari. Jika dalam masa 2 minggu masih juga belum didatangi haid, anda bolehlah melakukan ujian air kencing UPT samada di rumah atau melakukan ultrasound di klinik.
 
Jika melakukan ujian UPT, bagaimanakah ianya membantu bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik? 
Secara normalnya, badan kita akan menghasilkan hormon hCG atau human chorionic gonadotrophin di mana ianya dihasilkan apabila plasenta terbentuk. Keadaan ini berlaku apabila ovum atau telur telah disenyawakan dan pada masa ini, ujian air kencing yang digunakan untuk mengesan kehamilan dapat mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah ovulasi berlaku. Hormon hCG ini dihasilkan untuk merangsang korpus luteum pada ovari untuk menghasilkan progesteron.

Penggunaan test kit UPT sememangnya dicipta untuk mengesan kehadiran kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh mengesan hCG di dalam urin pada masa sehari selepas anda lewat datang haid yang sepatutnya. Tetapi, anda harus memastikan bahawa haid anda adalah normal dan teratur. Ianya akan memudahkan lagi proses mengesan kehamilan anda. Jika haid anda adalah tidak teratur, mungkin keadaan akan lebih sulit sedikit. Anda perlu merujuk pada kitaran haid yang paling panjang di mana anda perlu gunakan angka itu sebagai pengukur. Ujian seeloknya dilakukan sehari selepas tarikh anda sepatutnya datang haid merujuk kepada kitaran haid yang paling panjang. Jika kesannya masih negatif dan anda masih kurang jelas, ujian boleh dilakukan sekali lagi seminggu selepas  ujian pertama.

Jika anda melakukan ujian UPT di rumah, pastikan anda melakukannya pada awal pagi kerana pada masa ini, kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin dan ini akan memberikan hasil yang lebih jelas dan tepat lagi. Namun begitu, jika anda kurang kesempatan melakukannya pada awal pagi selepas bangun tidur, anda masih lagi boleh melakukannya pada waktu lain asalkan anda tidak membuang air kecil 4 jam sebelum melakukan ujian UPT. 

Di samping itu, antara keadaan terbaik semasa melakukan ujian kehamilan UPT adalah dengan memastikan bahawa anda tidak minum banyak air. Ini kerana dikhuatiri kandungan hCG menjadi cair dan akan turut memberi kesan kepada hasil ujian UPT.

Ini adalah antara tips dan waktu sesuai untuk anda melakukan ujian kehamilan anda di rumah. Jika ujian UPT adalah positif, anda masih perlu merujuk kepada doktor untuk mengesahkan lagi bahawa anda hamil. Begitu juga jika keputusan adalah negatif. Jika anda masih tidak berpuas hati dan ragu-ragu dengan ujian UPT sedangkan janin sudahpun berada pada rahim, anda boleh terus rujuk pada doktor untuk melakukan ujian ultrasound.
  
Positif UPT tidak bermakna hamil jika:
Wanita yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon hCG seperti /Profasi, Pregnyl /atau/Novarel/ haruslah menunggu 7-14 hari selepas disuntik. Hormon yang disuntik itu tentunya akan diproses dan akan dikeluarkan semula melalui air kencing.

Jika mereka melakukan ujian UPT terlalu awal, hormon hCG yang dibekalkan melalui suntikan itu yang akan dikesan, bukannya yang dikeluarkan dari uri janin dalam rahem. Ujian UPT akan memberikan keputusan false positif, iaitu ujian itu menunjukkan keputusan positif, padahal wanita itu tidak hamil.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, dinasihatkan agar tunggulah sedikit masa. Tanyakan kepada doktor yang memberikan suntikan tentang ubat suntikan itu dan dosnya. Ini kerana ada ubat kesuburan yang mengandungi hormone hCG dan mengganggu ujian UPT, dan ada juga ubat kesuburan yang tidak memberi kesan pada ujian itu.

Untuk suntikan yang mengandungi hCG 10 000 mIU, harus menungu selama 14 hari, sementara suntikan yang mengandungi 5,000 IU, harus menunggu 10 hari dan bagi 2,500 IU harus menunggu 7 hari. Jadi janganlah terlalu ’/excited/’ dengan terus membuat ujian UPT apabila /missed period/.
 
Jika anda disahkan Hamil dan ingin mendapatkan Supplement Set Kehamilan yang terbaik,  anda boleh terus klik link di bawah dan order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Tuesday, September 23, 2014

9 Ganjaran Pahala Ibu Yang Mengandung

Buat wanita yang pernah hamil dan yang sedang hamil pasti tahu betapa peritnya ketika hamil dan sang suami hanya mampu melihat betapa sukarnya isteri mereka ketika hamil...tapi buat wanita yang hamil jangan risau kerana anda amat beruntung kerana Allah telah menjanjikan betapa besarnya pahala yang anda dapat. Antara pahalanya:
1. Dua (2) rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan pahala beribadah di malam hari.

3. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala seperti 70 tahun solat dan puasa manakala setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah akan memberi pahala sekali haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin dia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang memberi minum anaknya dari susu badannya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

6. Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

7. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah akan memberi pahala seperti setahun solat dan puasa.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akan memberi pahala seperti 12 tahun beribadah.

Wallahu'alam
Untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 

Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Sunday, September 21, 2014

9 Perubahan Yang Berlaku Kepada Wanita Hamil

Bagi wanita yang kali pertama mengandung mungkin akan tertanya-tanya normal kah perubahan yang berlaku pada tubuh dan fisiologi badannya. Sesetengah wanita mengalami pelbagai perubahan dan ada sesetengahnya merasakan seperti biasa.
                                    
9 perkara yang berlaku kepada wanita hamil 
Masalah mual atau muntah pada pagi hari sewaktu hamil, tentu sudah banyak yang tahu. Bagaimana dengan perkara lain yang berlaku, pasti ramai yang tidak tahu. Berikut adalah masalah yang dialami ketika wanita mengandung:
 
1. Masalah penglihatan
Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tidak selesa bagi perempuan yang menggunakan kanta lekap. Ini disebabkan penumpukan cairan yang menyebabkan kornea menjadi bengkak. Supaya lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan cuci mata dengan lebih kerap.
   

2. Payudara ngilu
Ini mungkin masalah pertama yang akan dialami oleh wanita mengandung, bahkan sebelum menstruasi berhenti. Payudara akan bersiap lebih awal untuk kelahiran anak dan mungkin terasa lembut jika disentuh. Belahan dada juga akan terlihat lebih lebar saat mengandung.
 
3. Rambut lebih lebat  
Banyak wanita hamil rambutnya akan berkilau dan lebih lebat. Tidak hanya pada rambut kepala, rambut di seluruh tubuh juga lebih lebat. Namun jangan khuatir, rambut yang tumbuh banyak di tubuh saat mengandung akan gugur dengan sendirinya setelah melahirkan anak.
 
4. Gusi berdarah  
Gusi berdarah sering terjadi sewaktu kehamilan. Sangat penting untuk menjaga kebersihan mulut sewaktu mengandung.
 
5. Lupa
Masalah ini hanya sementara sahaja tapi ada sesetengah kes masalah ini berkekalan. Gejala mengulang pembicaraan dan lupa akhir kata sendiri merupakan salah satu masalah yang mungkin dialami.
 
6. Kulit hitam  
Ketika mengandung dan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari, wanita tersebut mungkin mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenali sebagai chloasma atau melasma dan sering disebut sebagai 'topeng kehamilan' dan disebabkan oleh hormon yang mengacau pigmentasi kulit. Hal ini memang tidak berbahaya tetapi mungkin akan mengubah penampilan diri.
 
7. Tangan kejang
Masalah lain yang terjadi sewaktu hamil adalah mengalami kejang tangan sewaktu bangun tidur. Hal ini terjadi disebabkan nadi yang tertekan sehingga terasa seperti ditusuk jarum dan kebas. Ada sesetengah kes kaki juga akan mengalami masalah kejang baik ketika tidut mahupun ketika bangun tidur. Walaupun perkara ini menyebabkan ketidakselesaan namun sama seperti masalah lain, lasalah ini akan hilang setelah melahirkan bayi.
 
8. Perut terasa panas  
Perut terasa panas adalah derita umum bagi setiap wanita mengandung, terutama pada akhir-akhir bulan kehamilan. Hal ini sering terjadi kerana makan atau minum sebelum tidur.
 
9. Sembelit  
Masalah sembelit sering dialami oleh wanita yang mengandung. Banyakkan makan makanan berserat dan minum air putih yang banyak. Jika tidak berhasil, anda boleh mencuba mengambil supplement ostematix shaklee.

Jika anda ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Saturday, June 7, 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

  

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?  
Anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
             
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya? 
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan? 
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
Anda juga boleh memilih Set Mighty 3 Germs iaitu terdiri dari pada minuman Performance Shaklee, mealshakes dan ESP. Ianya dapat membantu anda daripada keletihan dan dihidrasi sepanjang anda berpuasa disiang hari. 
Semoga tips ini dapat membantu ibu hamil diluar sana kekal sihat dan bertenaga sepanjang berpuasa.

Untuk mendapatkan Set Mighty 3 Germs ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852
 
Share:

Sunday, December 15, 2013

Keputihan Semasa Hamil

Keputihan sewaktu hamil, menyebabkan vagina terasa gatal-gatal dan tidak selesa. Ramai ibu-ibu hamil yang menghadapinya dan malu untuk berjumpa dengan doktor.
Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dan membahayakan anak dalam kandungan. Terdapat 3 kesan utama iaitu:
1. Kelahiran bayi pra matang
2. Berat bayi yang lahir kurang dari 2.5kg
3. Air ketuban pecah sebelum waktunya (boleh menyebabkan bayi lemas)
Bagaimana mengenalpasti bahawa keputihan yang dialami adalah tidak normal?
Berikut adalah ciri-ciri lelehan faraj yang tidak normal
  • Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju 
  • Terasa gatal, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung
  • Terasa sakit ketika bersama suami 
  • Terasa sakit apabila membuang air kecil. 
Kenapa keputihan terjadi ketika hamil?
Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
Selain itu, perubahan hormon semasa hamil juga boleh menyumbang kepada keputihan. Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

Ikuti tips di bawah apabila berlaku keputihan semasa hamil 
  • Pakai pakaian yang longgar dan serap peluh bagi mengelakkan bakteria dari peluh berkumpul terutamanya panty. 
  • Pemakaian panty liner setiap hari adalah tidak digalakkan 
  • Pastikan kawasan vagina benar-benar kering setelah mandi atau membuang air kecil dan besar
  • Kurangkan makan makanan yang manis dan berkafein
  • Jangan gunakan Douche (ini dapat mengganggu keseimbangan PH normal dan mengakibatkan infeksi vagina)
Tips dari saya, boleh cuba *GARLIC COMPLEX SHAKLEE. Garlic Complex keluaran Shaklee adalah  diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
Garlic Shaklee merawat keputihan
Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Kelebihan GARLIC kepada wanita hamil boleh disimpulkan seperti di bawah 


Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels