Saturday, September 30, 2017

Penyakit Selaput Mata Boleh Menyebabkan Mata Buta


Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.

Tanda & gejala


Gejala yang biasa dialami oleh pesakit katarak termasuk :

  • Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
  • Silau (lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang).
  • Kerap menukar preskripsi cermin mata.
  • Penglihatan berganda pada sebelah mata.
  • Rabun ayam (malam)
  • Warna kelihatan pudar

Komplikasi yang berlaku akibat katarak yang tebal seperti glaukoma atau radang mata yang berlaku akibat kataral yang terlalu matang Keadaan ini boleh menyebabkan kebutaan kekal (tidak boleh dipulihkan).

Rawatan


Sekiranya sedikit sahaja penglihatan terjejas, pembedahan tidak perlu dilakukan. Dengan hanya menukar preskripsi cermin mata dapat membantu pesakit melihat dengan lebih baik untuk sementara waktu. Sesungguhnya, tiada ubat-ubatan, ubat titis mata, senaman atau cermin mata yang boleh mengubati katarak. Hanya pembedahan sahaja yang boleh merawat katarak.

Pencegahan


Kebanyakan katarak terjadi disebabkan faktor umur. Walaubagaimanapun, katarak juga boleh disebabkan oleh:

  1. Faktor kongenital,
  2. Penyakit seperti diabetes,
  3. Faktor persekitaran seperti kecederaan mata,
  4. Pengambilan ubat-ubatan seperti Prednisolone (steroid) atau
  5. Kekurangan zat makanan.
Sehingga kini, tiada lagi kaedah yang diketahui untuk mencegah dari berlakunya katarak. Walaubagaimana pun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.

LANGKAH-LANGKAH yang mungkin dapat menghindar atau melewatkan kejadian katarak.

  • Pemakanan yang seimbang
  • Senaman yang berkala (boleh menurunkan tahap gula dalam darah)
  • Diabetes yang terkawal
  • BERHATI-HATI dan amati isi kandungan, jika menggunakan ubatan tradisional yang mungkin mengandungi STEROID.
  • Lindungi mata anda dengan penggunaan kacamata hitam yang mempunyai perlindung UV.
  • Lindungi mata anda dengan alat pelindung mata bila melakukan aktiviti bahaya (memaku, membawa bahan kimia dan lain-lain)

Pemakanan yang seimbang terutamanya, bahan anti oksida mungkin berupaya mencegah katarak. Disamping itu, perlindungan daripada cahaya ultra ungu dengan menggunakan cermin mata gelap yang disalut lapisan anti ultraungu mungkin boleh membantu.

Carotomax Antioksidan Membantu Penjagaan Mata Bebas Katarak Dan Rabun


ubat hilangkan selaput mata




Bagaimana Carotomax Membantu Menjaga Kesihatan Mata Anda?

Carotomax memberikan anda perlindungan antioksida yang sangat tinggi. Ini kerana, ianya mengandungi 6 jenis karotenoid yang sangat diperlukan oleh badan, yang TIDAK terdapat dalam produk-produk kesihatan yang lain, dalam hanya 1 kapsul sahaja.


Secara puratanya, manusia hanya mampu memperolehi sebanyak 8mg karotenoid lutein, likopena dan beta karotena dari sumber makanan, sebaliknya badan kita memerlukan lebih dari itu. Akan tetapi, dengan adanya Carotomax, badan kita mampu mendapatkan sehingga 15mg karotenoid dari hanya sebiji kapsul sahaja!!

Berikut adalah jenis-jenis nutrisi yang terdapat dalam Carotomax dan fungsinya.

Manfaat utama Carotomax antaranya adalah :


  1. lebih selamat dari vitamin A : pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti, seperti yang ditemui oleh saintis pada tahun 1912.
  2. mempertingkatkan penglihatan : ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. mempertingkatn masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, gegelung hitam di bawah mata dan sebagainya.
  3. meredakan penyakit kulit : pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti kulit kering, kulit gugur, jerawat, acne dan lain-lain.
  4. melawan kanser dan oksidasi : pengambilan kerap beta karotena membantu mengukuhkan sistem imunisasi, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser serta menghalang pembentukan sel-sel kanser yang baru.
  5. menghalang infeksi : merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti batuk, hepatitis, asma dan selsema.
 Setiap hidangan sebiji Carotomax adalah bersamaan dengan....


 
Baguskan....adakalanya kita tak mampu nak makan kesemua ini setiap hari. Akan tetapi, hanya dengan sebiji Carotomax, kita mampu membekalkan nutrisi yang lengkap untuk badan kita. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau    
   

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852 ( Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com   
Facebook: /Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 
Share:

Thursday, September 28, 2017

Cyst Mengecut Tanpa Pembedahan

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 11 : ASIAH ANUAR

CYST HILANG SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalammu’alaykum. Saya Asiah Anuar yang berumur 24 tahun, bekerja sebagai Admin di Yume Sports iaitu kedai menjual peralatan memanah di kawasan Bintulu Sarawak.

Saya ni memang selalu mengalami masalah period yang tidak teratur. Dari remaja lagi mengalami nya. Pernah dalam tahun 2010 , period saya boleh dikira sebanyak 3 kali sahaja dalam setahun. Sehingga lah pada tahun 2017 ni period saya masih tidak teratur.

Start awal tahun 2017, period tak datang selama 4 bulan. Risau lah jugak kan sebabnya dulu tak pernah-pernah jerawat tumbuh banyak kat muka terutamanya kat dahi dan pipi, hormon tak stabil, kulit muka rasa kusam. Jadi 10/5/17 saya pergi ke klinik. Dulu pernah jugak doctor bagi ubat perancang untuk period tu datang tapi untuk diamalkan selalu sangat tak elok lah kan. Jadi kali ni pergi ke klinik lain dan doctor buat scan. Yup scan macam orang check baby tu. So dekat situ lah doctor bagitau, saya ni ada cyst. About 3cm.

Then doctor tu recommend saya tuk ambik Evening Primrose Oil(EPO) dan search sedikit tentang PCOS iaitu Polycystic Ovarian Syndrome. Ok saya pun study lah sedikit tentang PCOS and EPO. Setelah membaca saya tak ambik EPO tapi saya ikhtiar consume GLA Complex Shaklee. Sebabnya GLA Complex Shaklee lebih kuat daripada EPO. Selama 3 bulan lebih saya amalkan GLA Complex ni.

Pada 8/9/17 saya pergi ke klinik untuk check semula cyst dan Alhamdulillah doctor kata cyst dah takda. Syukur sangat rasanya. Jerawat dekat muka pun dah kurang . Jadi saya nak sentiasa konsisten amalkan GLA Complex Shaklee ni sehingga saya boleh mengandung pulak. In shaa Allah..
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Nikmat kesihatan yang Allah bagi harus disyukuri..

Jadi bagi sesiapa yang ada masalah yang sama, saya suggest cuba ikhtiar dengan GLA Complex Shaklee ye.. Tak perlu risau tentang bahan terlarang dan side effect sebab Shaklee ni 100% selamat.

Ini lah #shakleeeffect saya.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 ( Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
 
 
Facebook: /Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.
Share:

Wednesday, September 27, 2017

Berak Berdarah Kesan Buasir Atau Kanser?




Buasir benda biasa terjadi kepada lelaki dan wanita tetapi ramai yang masih malu malu untuk mendapatkan rawatan doktor. Bila dah parah baru sibuk mencari penawar.

Bahaya tak Buasir ni? Boleh Jadi Kanser ke?

Menurut Pakar Bedah Kolorektal, Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul, ramai pesakit yang tidak mengendahkan untuk mendapat rawatan.

“Apa yang membimbangkan adalah simptom buasir menyamai simptom kanser kolorektal atau gabungan kolon dan rektum iaitu pendarahan.

“Namun, pendarahan bagi pesakit kanser kebiasaannya keluar bersama najis dan kadangkala diselangi dengan lendir,” katanya.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan ketika membuang air besar, seelok-eloknya berjumpa doktor bagi menentukan masalah sebenar

sumber

Perbezaan Buasir Dan Kanser Kolorektal

Walaupun terdapat beberapa tanda-tanda kanser rektum dan buasir mungkin sama, namun kedua-duanya mempunyai keadaan yang sangat berbeza.

1. Punca Berlaku

Rektum anda adalah beberapa inci terakhir usus besar anda. Kanser kolorektal berlaku apabila sel-sel kanser terdapat dalam rektum atau kolon. Pertumbuhan sel kanser akan menyebabkan rektum tesrsumbat. Kanser rektum boleh menjadi sangat serius atau mengancam nyawa.

Buasir berlaku apabila urat yang mengelilingi dubur anda menjadi bengkak dan radang. Ianya berlaku disebabkan kerap menahan dari membuang air besar, mengandung, penuaan, atau sembelit kronik dan cirit-birit. Dan biasanya tidak mengancam nyawa.


2. Gejala

Gejala kanser rektum termasuk cirit-birit atau sembelit yang tidak hilang, darah gelap dalam najis, najis sempit, mengalami gastritis dan kekejangan, penurunan berat badan, keletihan, dan muntah. 

Gejala yang paling biasa buasir darah meliputi najis anda, darah di atas kertas tandas apabila
anda lap, sakit semasa membuang air besar atau ketulan keras sekitar dubur anda.

3. Rawatan

Untuk merawat kanser rektum anda boleh menjalani pembedahan untuk membuang tumor atau bahagian-bahagian yang rosak usus, terapi radiasi, terapi kimo atau gabungan ketiga-tiganya. 

Buasir dirawat untuk melegakan gejala. Terdapat banyak  krim dan suppositories yang boleh digunakan untuk melegakan tekanan dan kesakitan. Jika buasir yang kronik rawatan yang diambil adalah melalui pembedahan.

Langkah Pencegahan

Bagi memastikan najis lembut adalah penting mengambil makanan yang tinggi dengan serat dan air yang mencukupi dalam diet anda. Mengambil langkah-langkah untuk hidup gaya hidup yang sihat untuk membantu mencegah kanser. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).  

Buasir, Berak Berdarah Kini Tiada Lagi


OsteMatrix

Magnesium dalam OsteMatrix bantu melancarkan sistem penghadaman, melembutkan najis, melawaskan pembuangan air besar, sekaligus mengatasi masalah buasir.

OmegaGuard

Anti-keradangan. Membantu mengurangkan bengkak akibat tekanan otot dubur ke atas salur darah vena dan sekitarnya, sehingga menyebabkan pembuangan air besar amat perit. OmegaGuard membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.

Vitamin C 

Membantu menyembuhkan luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat. Pengambilan Vitamin C amat disarankan terutama buat pesakit buasir yang mendapati keluar darah ketika membuang air besar

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Buasir, anda boleh klik link di bawah dan terus order   Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 


Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Friday, September 22, 2017

Kanser Hati Tidak Kenal Usia


Serangan kanser hati tidak mengira sesiapa. Golongan muda atau tua semuanya berisiko mendapat penyakit kanser hati. Kanser hati ni boleh dicegah sebenarnya. Namun, masyarakat kita ni kebanyakannya tidak ambil peduli terutamanya orang muda.

Ramai yang tidak tahu penyakit kanser hati merupakan antara 10 kanser utama di negara kita. Tapi kebanyakan masyarakat Malaysia kurang ilmu pengetahuan tentangnya dan menyebabkan bilangan pesakit kanser hati semakin bertambah setiap tahun.

Hati adalah organ penting yang merangkumi pundi hempedu dan duktus hempedu. Hati organ kedua terbesar di dalam badan manusia kaya dengan darah.

Kanser hati boleh dicegah. Apa yang berlaku hari ni kebanyakan pesakit yang mendapat kanser hati lambat dikesan kerana tidak ada gejala dan tanda awal yang muncul.

Gejala Awal Kanser Hati 

  • kurang selera makan dalam tempoh yang lama
  • berat badan turun tanpa sebab
  • berat badan yang berlebihan (obesiti)
  • badan terasa penat yang luar biasa
  • loya
Selain itu, tanda lain bagi pesakit kanser hati ialah rasa tidak selesa pada bahagian kanan abdomen, sakit sekitar sebelah kanan tulang belikat atau kulit menjadi kekuningan (jaundis).

Siapa yang berisiko mendapar kanser hati

  • perokok
  • kaki botol
  • penghidap kencing manis
  • obesiti
  • penghidap Hepatitis B dan C 

Rawatan

Rawatan bagi hepatoma terbahagi pada beberapa peringkat. Pengesanan awal hepatoma adalah sangat penting kerana rawatan yang akan ditawarkan juga boleh menyembuhkan pesakit tersebut. Andaikata pesakit di kesan pada peringkat akhir, rawatan yang ada akan menjurus kepada rawatan palliatif sahaja. Berikut adalah modaliti bagi rawatan hepatoma (bergantung kepada peringkat hepatoma) :
  • Pembedahan hepatektomi atau pembedahan sebahagian hati yang diserang sel kanser. Cara ini mempunyai kadar sembuh yang tinggi bagi pesakit hepatoma, bergantung pada peringkat hepatoma dan juga keadaan keseluruhan pesakit serta kepakaran yang ada.
  • Pemindahan hati perlu dipertimbangkan sekiranya terdapat hanya satu kancer hati yang berukuran kurang dari 5cm atau kurang dan sama dengan 3c yang tidak boleh dibedah
  • Radiofrequency ablation – penggunaan haba secara radio-frekuensi terus kepada sel kanser di hati yang di jalankan oleh pakar radiologi.
  • Suntikan ethanol secara terus kepada sel-sel kanser yang di jalankan oleh pakar radiologi
  • Kemotherapi – ubatan kemotherapi di suntik terus kepada sel tumour melalui salur darah pesakit oleh pakar radiologi atau dikenali juga dengan istilah TACE (Transarterial chemoembolisation)

Apa cara terbaik nak cegah kanser hati?

Pencegahan awal yang boleh kita lakukan ialah dengan mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan amalan pemakanan yang seimbang, sihat dan berkhasiat. Jauhi tabiat merokok dan minum arak serta kawal berat badan.

Selain itu kita boleh mencegah penyakit kanser hati dengan konsisten mengambil suplemen (vitamin / makanan tambahan) yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti Vivix Shaklee.

Bagaimana Vivix Shaklee berfungsi sebagai pencegah kanser hati?


  1. Vivix mengandungi resveratrol yang mampu bertindak untuk memperbaiki DNA manusia. Jadi Vivix boleh membantu dalam pembentukan semula sel-sel yang telah rosak akibat kanser.

  2. Vivix juga boleh membantutkan perkembangan sel-sel kanser dan bertindak mematikan sel-sel kanser itu sendiri (apoptosis).

  3. Vivix juga boleh merawat luka dan tisu yang rosak akibat dari proses rawatan seperti pembedahan kimoterapi, radioterapi dan sebagainya.

  4. Vivix juga boleh membantu meningkatkan ketahanan tubuh peakit untuk melawan sel-sel kanser dari merebak. Sekaligus dapat membantu pesakit mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan kanser hati.

Testimoni pesakit kanser hati yang mengambil Vivix Shaklee 

Ibu kepada Farrah Syuhaida disahkan menghidap kanser hati. beliau dan ibunya berikhtiar dengan mengamalkan suplemen Shaklee iaitu VIVIX, NUTRIFERON & DTX COMPLEX. Alhamdulillah dengan izin allah mak Farrah semakin sihat. Dan masih meneruskan menganbil Vivix dan nutriferon.







Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

Thursday, September 21, 2017

9 Tanda Berlakunya Kerosakan Pada Hati Anda


Hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh manusia atau haiwan lain. Hati juga adalah satu-satunya organ yang mudah diganti apabila tisunya rosak. Ia terletak di bahagian atas abdomen dan dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Hati mempunyai 2 lobus (cuping) yang utama, yang dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik (membekalkan darah ke hati yang dipam dari jantung) dan vena portal.

Di antara fungsi vena portal di hati ialah:
  • Membekalkan hati dengan nutrien dari usus dan limpa.
  • Membenarkan bahan kimia dari saluran penghadaman memasuki hati untuk dinyahtoksikkan dan ditapis sebelum ia memasuki sistem peredaran darah ke seluruh badan. 
  • Menghantar bahan kimia dan protein yang diperlukan oleh sel hati bagi menghasilkan protein, kolesterol dan glikogen untuk keperluan badan.
Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh kita, dari penghasilan protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol, glukosa dan zat besi (ferum). Hati juga merupakan organ yang berfungsi sebagai kelenjar kerana ia menghasilkan air hempedu. 

Penyakit hati ialah sebarang gangguan terhadap fungsi (hepa) yang menyebabkan sakit atau hati gagal berfungsi dengan normal. Selalunya lebih 75% kerosakan tisu hati barulah ia gagal berfungsi

Menurut Yayasan Hati Amerika, hati boleh rosak disebabkan oleh virus, tabiat makan yang buruk dan kesan kimia. Hati adalah organ utama yang menapis darah serta menyediakan peruntukan kuasa untuk keseluruhan tubuh badan. Jika hati anda tidak dapat berfungsi dengan baik, anda akan dapat melihat kesan-kesan tertentu. Jangan abaikan salah satu di antara tanda-tanda ini:

1. Sering rasakan kekejangan atau sakit di perut

Organ hati ada di bahagian dada sebelah kanan di atas perut. Apabila terganggu, bahagian itu akan merasakan kekejangan dan sakit. Tanda-tanda ini boleh berulang bahkan semakin parah apabila tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

2. Sembelit

Kerana sistem pengeluaran hempedu terbantut boleh mengakibatkan sembelit. Apabila sembelit ramai akan mengambil makanan yang mempunyai serat dan minum ubat pelawas biasanya akan sembuh. Tetapi, apabila organ hati ada masalah, sembelit berlaku sehingga beberapa minggu.

3. Nafsu makan berkurang

Satu diantara manfaat hati iaitu menghasilkan hempedu yang bertugas untuk memecah sisa-sisa makanan serta mengakibatkan perasaan lapar. Apabila hati ada masalah, tentu pengeluaran hempedu terhad menyebabkan metabolisme lambat dan menyebabkan rasa kenyang di perut. Ini menyebabkan, pesakit yang hatinya rosak bakal kehilangan nafsu makannya yang dan berat badan akan mengalami penurunan.

4. Sering terasa mual dan muntah

Apabila organ hati terganggu, tubuh akan perlihatkan tanda-tanda hati seperti loya dan muntah yang berulang. Hal ini kerana ada pengumpulan racun pada tubuh terutama pada saluran pencernaan.

Oleh demikian, untuk meneutralkan ini tubuh perlu merangsang rasa mual hingga semua racun dimuntahkan. Bila anda sering rasakan muntah tanpa ada alasan, dapatkan pemeriksaan diri ke doktor secepat mungkin.

5. Berlaku pertukaran warna air kencing dan najis

Pesakit hati biasanya alami perubahan warna air kencing. Sebab, kandungan bilirubin yang di buat oleh organ buah pinggang tidak boleh lagi ditapis oleh hati. Perkara ini menyebabkan warna air kencing bertukar jadi lebih gelap dari biasanya. Selain itu, warna najis juga ikut beralih jadi lebih kuning atau kelabu.

6. Perut merasa kembung

Waktu keadaan hati semakin bertambah kronik, perut akan terasa kembung dan kelihatan lebih mengembang. Ini lantaran ada pengumpulan cecair hati di dalam perut. Keadaan seperti itu mengisyaratkan tanda-tanda hati yang berisiko dan perlu rawatan segera.

7. Kaki dan tangan jadi bengkak

Tidak cuma ada timbunan di perut, cecair yang dihasilkan akan merebak ke bahagian tubuh yang lain seperti kaki dan tangan. Itu iaitu ciri yang sering dihadapi oleh pesakit hati. Tidak cuma bengkak tetapi akan merasa lembik waktu disentuh.

8. Mudah lelah

Apabila hati sudah tidak dapat lagi untuk mengolah serta membuang toksin dalam tubuh. Racun merebak ke darah, tisu otot dan organ yang lain. yang menjadikan metabolisme terhalang sehingga mengakibatkan perasaan lelah yang tidak dapat di hilangkan walaupun sudah berehat.

9. Kulit lebih peka

Tanda-tanda hati yang terakhir iaitu kulit lebih sensitif. Kulit penderitanya bakal terasa gatal-gatal lantas memerah dan urat-urat kelihatan lebih menonjol.

Itu 9 tanda-tanda hati yang perlu anda tahu, sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi masalah yang terjadi pada organ hati.

Vitamin Untuk Detox Hati. Nyahkan toksin Dalam Hati

Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’. Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri. Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.
Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.

Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu

Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit

Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan

Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung

Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin

DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!

Testimoni DTX Mengembalikan Fungsi Hati

Bacaan sebelum mengambil DTX Complex Alkaline Phosphate 319





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Sunday, September 10, 2017

Bahaya Jering Mentah Punca Buah Pinggang Rosak

BAHAYA JERING TAK DIREBUS BETUL

Kes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda.

“Aduh…doktor, tolong..sakitnya..” rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya.
Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat.

Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi.

“Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!”

Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam.

Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa bahagian pundi kencing beliau, ianya tidaklah terlalu cekang atau besar. Saya meminta Penolong Pegawai Perubatan untuk memasukkan tiub kencing, sedang saya meneruskan pemeriksaan.

Sebaik sahaja tiub kencing dimasukkan, air kencing bercampur darah keluar. Namun jumlahnya sedikit sahaja. Lelaki tersebut masih dalam kesakitan, lalu saya meminta agar ubat penahan sakit, IV Tramadol segera diberikan. Dalam tempoh beberapa minit, kesakitan lelaki tersebut pun berkurangan.
Sampel darah diambil, dan lelaki tersebut diletakkan di ruang pemerhatian. Saya meneruskan proses mendapatkan sejarah pesakit dengan bertanya kepadanya.

“Encik, ada makan apa-apa pada malam tadi?”
“Ya, doktor. Saya makan nasi bersama keluarga seperti biasa.”
“Ada makanan yang dibeli dari luar? Atau ulam-ulaman?” saya bertanya lagi.
“Makanan berlauk, tak ada pula. Cuma petang tadi memang saya ada ke pasar malam, membeli jering rebus untuk dijadikan ulam.” Ujar beliau.

Jawapan beliau membuatkan hati saya terdetak. Sangkaan saya tepat, rupanya. Namun saya mahu tunggu keputusan ujian darah terlebih dahulu.

Rawatan drip intravena segera diberikan. Lelaki tersebut tidak lagi dalam kesakitan, namun air kencingnya masih bercampur darah. Ultrasound buah pinggang dibuat, menunjukkan tiada batu karang meskipun kedua-dua buah pinggangnya sedikit bengkak.

Hampir setengah jam kemudian, keputusan ujian darah sudah siap. Seperti yang dijangka, fungsi buah pinggangnya merosot secara mendadak. Bacaan creatinine nya mencecah 400, sedangkan paras normal bagi orang sihat biasanya tidak melebihi 100.

“Encik, penyakit encik ini namanya Jering Nephropathy. Maksudnya, kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh pengambilan jering.”

Bundar mata lelaki tersebut tatkala saya memaklumkan kepadanya penyakit yang beliau hidapi.
“Dalam buah jering, ada sejenis bahan yang dinamakan djenkolic acid. Bahan ini, bersifat toksik kepada buah pinggang manusia. Adakalanya pesakit yang memakan jering terlalu banyak, terutamanya jering yang tidak direbus betul, akan mendapat masalah ini.”

Saya meneruskan penerangan. Beliau mengangguk, tanda faham.

“Sekarang, fungsi buah pinggang encik agak terjejas. Kita akan mulakan rawatan awal, iaitu IV Drip bagi memastikan buahpinggang encik terus berfungsi dan saki baki Djenkolic Acid dalam darah encik dapat keluar melalui air kencing.

“Namun, kita akan terus pantau keadaan encik didalam wad. Sekiranya dengan rawatan yang kita berikan ini pun fungsi buah pinggang encik tidak bertambah baik, atau bertambah lebih buruk, encik mungkin terpaksa dirujuk ke hospital besar. Kita khuatir encik mungkin memerlukan prosedur pembedahan atau dialisis untuk menyelamatkan fungsi buah pinggang.”

Penjelasan panjang lebar saya membuatkan pesakit tersebut termenung. Setelah berbincang dengan ahli keluarga, lelaki tersebut bersetuju dimasukkan ke wad untuk tujuan rawatan dan pemantauan.

Ini adalah kali keempat saya menjumpai kes Jering Nephropathy. Tiga kali sebelumnya, adalah ketika saya menjalani latihan siswazah di hospital besar.

Kes jering nephropathy, atau djenkolism, tidak banyak terdapat didalam buku-buku teks perubatan. Ini kerana kejadian ini jarang berlaku (low incidence), dan hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara. Agaknya disebabkan adat dan budaya penduduk kita yang biasa menjadikan jering sebagai makanan ulaman.

Namun, penyakit jering nephropathy ini, selain menyebabkan kesakitan yang teruk ia juga boleh membahayakan nyawa. Menurut sebuah literature review oleh Bunawan et al (2014), daripada 96 kes Jering Nephropathy yang dilaporkan oleh jurnal-jurnal perubatan, empat daripadanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Majoriti pesakit akan sembuh dengan rawatan hidrasi IV Drip, namun terdapat kes yang mana memerlukan rawatan pembedahan. Dalam sebuah laporan kes oleh Wong JS et al (2007) di Hospital Umum Sarawak, pesakit terpaksa melalui sebuah prosedur “stenting” ke kedua-dua buah pinggangnya.

Apabila “stent” dimasukkan, didapati terdapat bahan berupa jeli berwarna seperti sos menyumbat salur ureter pesakit. Hanya setelah stent dimasukkan, barulah pesakit dapat kencing semula dan fungsi buah pinggang pesakit bertambah pulih.

Sebenarnya sebelum kes Jering Nephropathy dilaporkan didalam jurnal-jurnal perubatan, orang-orang tua kita sudah lama mengenalpasti penyakit ini yang disebut sebagai “terkepit jering”. Ini kerana berdasarkan pemerhatian mereka, terdapat individu yang sakit bagaikan dikepit setelah memakan jering.

Dari situlah lahirnya petua orang tua-tua, bahawa jering perlu direbus sehingga berjam-jam lamanya sebelum dimakan. Ada yang menasihatkan untuk direbus dengan pelbagai bahan seperti daun kunyit, akar pokok kelapa, bahkan abu dapur, paku dan rantai basikal!

Keberkesanan dan keselamatan bahan-bahan yang dicampurkan ini agak sedikit meragukan, namun kita memahami rasionalnya adalah untuk menyahneutralkan djenkolic acid yang terdapat dalam biji jering tersebut.

Apapun, nasihat dan saranan saya kepada mereka yang gemar memakan jering,
  1.  Elakkan dari memilih jering yang tua, kerana jering yang tua berkemungkinan mengandungi kepekatan djenkolic acid yang lebih tinggi.
  2. Elakkan dari memakan jering yang mentah.
  3. Elakkan memakan jering dalam kuantiti yang besar.
  4. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang kronik, tidak dibenarkan memakan jering.
  5. Banyakkan meminum air setelah memakan jering.
  6. Jika berlaku sakit perut atau kencing berdarah, dapatkan rawatan di hospital segera.
********************************************************************************
“Ha, encik, apa khabar hari ini?
Saya menyapa lelaki berkenaan yang sedang berehat. Hari tersebut adalah hari keempat beliau di wad. Alhamdulillah, paras creatinine beliau sudah turun ke normal, menandakan buah pinggang beliau telah bertambah baik. Beliau juga sudah tidak perlu memakai beg kencing dan air kencingnya juga sudah tidak bercampur darah.

“Alhamdulillah, bertambah baik! Terima kasih banyak-banyak, doktor.” jawab beliau kesengihan.
“Nak makan lagi jering lepas ni, encik?” saya cuba bergurau. Beliau tertawa sambil berkata,
“Eh mestilah doktor, kalau dah minat, ulam jering cicah cabai tak boleh tinggal!”
Lantas kami sama-sama ketawa.

Dr. Mohd Syamirulah Rahim,
Pegawai Perubatan
http://facebook.com/dr.syamirul
Artikel ini diterbitkan di Majalah iSihat Ogos 2017
Share:

Sunday, September 3, 2017

Telinga Berdesing Pulih Setelah Amalkan Cara Mudah Ini


Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .

Sebab-sebab

Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes, punca utama gagal dikenalpasti Antara punca-punca yang dikenalpasti:
  • Saluran darah tidak normal
  • Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
  • Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
  • Kecederaan kepala
  • Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
  • Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
  • Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
  • Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
  • Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
  • Angin ahmar
  • Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.

Rawatan

Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya. Masalah telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.
  • Ubat-ubatan

    Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.
  • “Masking”

    • Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
    • Tinnitus “masker” untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
    • Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas
    (rawatan ini di berikan oleh pakar pemulihan pendengaran(audiologist)
  • Pembedahan 

Tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini kecuali di dalam kes tumor di telinga

Pencegahan

  • Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
  • Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
  • Elakkan merokok
  • Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
  • Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
  • Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
  • Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu

Testimoni Vivix Membantu Pengidap Vertigo

cara hilangkan bunyi telinga berdesing dengan cepat

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive