Showing posts with label Menyusu hanya dengan ALFALFA. Show all posts
Showing posts with label Menyusu hanya dengan ALFALFA. Show all posts

Monday, August 10, 2015

Dah Ramping Kenapa Masih Tetap Ambil Set Kurus???

Dibandingkan dulu memang Saya ternyata berbeza. Apa yang beza sgt tu?
Saya berjaya menurunkan berat bdn hampir 20kg selepas melahirkan anak ke4 dalam tempoh berpantang.

Ada yang tanya saya lepas dah kurus masih ambil set kurus shaklee tu lagi ke?
Jawapan saya yer. Jadi mereka hairan kenapa nak ambil lagi kan dah kurus membazir jer...nanti jadi makin kurus macam mana...tak bahaya ke? Soalan bertalu2 ditanya so kat sini saya nak bagi jawapan nyer.

Matlamat nak kurus dah capai alhamdulillah, tapi pada masa yang sama set tu bukan utk kurus sahaja tapi ada kebaikan lain yg luar biasa utk kaum hawa terutama yang dah beranak 4 macam saya ni.

Tahukah anda Alfalfa mempunyai kebaikan seperti Kacip Fatimah? 

Inilah rahsia kecantikan dalaman untuk Keintiman Wanita. Mesti macam tak percaya kan wahai para isteri sekalian. Kali pertama saya ambil Alfalfa dengan hanya satu tujuan " Milk booster". Alhamdulillah susu badan memang banyak Allah limpahkan untuk kedua-dua anak saya. Walau pun susu dah banyak badan dah kurus saya tak serik2 teruskan pengambilan Alfalfa. Dan akhirnya blh terasa perbezaan bila bersama suami tercinta. 
Bila tanya dekat kawan2 senior memang mereka mengakui dan tak menafikan tentang ni. AISHHH, kalau dibincangkan rasa blushing pulak baca time tu.

Antara Manfaat luar biasa Alfalfa adalah :
  • merawat keputihan yang di alamai oleh para wanita. Keputihan yang teruk boleh menjejaskan kebersihan kawasan miss'V' wanita dan lagi teruk andai keputihan tu mengeluarkan bau.
  •  merapatkan serta mengetatkan lagi miss 'V'. Rata-rata testimoni menyatakan kehebatan sebegitu. Si suami akan memuji-mujilaa si isteri ni sebab rasa kehangatan seperti malam pertama dulu. Alfalfa mengetatkan lagi tisu-tisu miss 'V' isteri dan kuasa grip akan jadi lebih power.
  • bagi yang mempunyai masalah bau badan Alfalfa sgt membantu dengan bertindak sbg detoksifikasi dan melawaskan usus anda.
Alfalfa dinobatkan sebagai raja herba. Apatah lagi Alfalfa Shaklee adalah dipilih dari sumber yang paling sempurna dan melalui pemprosesan yang tidak menjejaskan kualitinya. Semua khasiat ada dalam tu. Ia bukan sahaja untuk perapat wanita sahaja. 1001 kebaikan Alfalfa dapat diperolehi jika diamalkan secara konsisten.

Ini bukan omongan kosong nak jual barang....tapi ini sekadar perkongsian yang telah saya perolehi manfaatnya dan rasa teruja untuk dikongsikan kebaikan Alfalfa untuk kita kaum hawa khasnya dan kaum adam amnya.

Tahukah Anda supplement apa lagi  yang terdapat dalam Set Kurus yang saya ambil ni selain Alfalfa?

Lecithin


Jom kita bako jer..bako. ni ayat dalam drama "Hantu Kak Limah" Kalo anda nak tahu saya ambik lecithin untuk bakar lemak. Ditambah dengan penyusuan susu badan kalori yang dibakar berlipat kali ganda. Manfaat lain yang saya dapat dengan pengambilan lecithin ni adalah:
  • Sangat terkenal dalam membantu menurunkan berat badan. Pengambilan supplement lecithin dalam kuantiti yang banyak iaitu maksimum 6 biji sehari dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang. Lecitin juga mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian 
  • melembabkan dan menghaluskan kulit, menjadikan kulit lebih cantik dan gebu, mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan. Juga bagus untuk mencegah eczema
  • bertindak mengelmulsi kolestrol berlebihan yang menjadi punca kepada 90% kes batu karang dan dapat menyekat kejadian batu karang.
  • Kolina yang terdapat dalam soya lecithin membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang penyakit nyanyuk dan juga meringankan stress.
ESP 
 

Bila minum ESP ni perut jadi cepat kenyang...kenyang berpanjangan pulak tu. Tapi tujuan saya ambik ESP bukan untuk kurus tapi untuk memekatkan susu badan.
Pengambilan protein ESP ini bagus juga untuk membina otot dan mengelakkan dari kulit menggeleber. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.
Side effect lain memang sangat bombastik terutama untuk kulit....apa yang penting kena konsisten k.

Disamping itu sebagai tambahan untuk para isteri dijadikan amalan utk kekal muda jelita dari pandangan suami boleh amalkan petua ini.

Doa dibawah ini pula boleh dibaca sesudah solat mohon Allah pemilik yang memiliki dan memegang segala hati agar menjaga hati suami kita utk sentiasa sayangkan kita
.
 
 
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Tuesday, January 21, 2014

Menyusu hanya dengan ALFALFA, apa kesannya?

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan “life balance”terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.
Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan.  

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?
Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali.  

NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap…iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak…maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten…sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

 
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak…contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg…Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

 b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)…so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

 
c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari …dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh…satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
 
d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.

Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri Si ibu hanya concern on quantity….

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.

Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style. Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa…so tak perlu supplement memang betul :) 

Untuk mendapatkan Set B( Penyusuan Basic) ini anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels