Showing posts with label Jaundice. Show all posts
Showing posts with label Jaundice. Show all posts

Monday, June 13, 2016

Persediaan Set Berpantang dan Penyusuan Ibu Bagi Bayi G6PD

 

Baru-baru ini sepupu saya melahirkan anak sulongnya dan anaknya menghidapi penyakit G6PD deficiency. Sepupu saya telah membeli set berpantang berasaskan jamu akibatnya ibu ini takut untuk mengambilnya bimbang memberi kesan kepada bayinya. 

Memang agak susah nak memilih set berpantang yang terbaik sebab kebanyakan yang ada dipasaran berunsurkan jamu. Jadi, saya cadangkan ibu mengantikan jamu atau herba dengan set berpantang yang berunsurkan vitamin atau makanan tambahan.

Maka hari ini saya nak share serba sedikit mengenai Set Berpantang Dan Set Penyusuan Shaklee yang sesuai untuk bayi yang menghadapi masalah G6PD.

APA ITU G6PD Deficiency?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU. Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalah : 

SET BERPANTANG DAN PENYUSUAN BAYI G6PD


 
VITA LEA- MULTIVITAMIN
  • Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
  • Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
  • Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
  • Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh. 
B COMPLEX
  • B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik.
  • Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.
  • Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik.
  • Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
  • Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
  • Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
VITA C
  • Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
  • Menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C
  • Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.
OSTEMATRIK
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan, sakit-sakit badan serta lenguh-lenguh badan.
  • Memberi sumber kalsium yang mencukupi kepada ibu-ibu dan juga anak yang disusui..
  • Kalsium, magnesium dan vitamin D juga membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.
ZINK
  • Membantu proses pemulihan dan baiki luka dalam selepas bersalin. 
  • Pengambilan zink bAgI ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
  • Selain itu, mengurangkan masalah rambut gugur dan 
  • Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin
TANDA-TANDA APABILA ANAK TERSALAH MAKAN ATAU AMBIL UBAT?
  • Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
  • Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
  • Air kencing berdarah atau berwama teh pekat.
  • Letih lesu dan tidak bermaya
  • Demam dan pucat.
Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibi-ibu yang menyusui anak G6PD untuk mendapatkan makanan tambahan yang sesuai untuk mereka. Sila beritahu pengedar Shaklee bahawa anda mempunyai anak G6PD agar tidak berlaku kesilapan dalam memilih makanan tambahan.

Untuk mendapatkan Set Berpantang dan Penyusuan Bayi G6PD ini,, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Apa itu G6PD Dan Kesannya Kepada Bayi Anda

Pertama kali saya mengetahui mengenai G6PD adalah ketika menjadi pengedar Shaklee. Seriously sebelum tu tak pernah pun dengar atau tahu apa itu G6PD. Masalah G6PD timbul apabila si ibu perlukan supplement untuk membantu penyusuan dan perlu elakkan supplement yang boleh memberi masalah kepada bayi G6PD.


Apa itu G6PD?

G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase. Ia adalah penyakit genetik dan kebiasannya berlaku pada lelaki. Ia bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi. Sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu di seluruh badan.

Jika sel darah merah tak cukup enzim G6PD, ia takkan mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau bila terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang, ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis. 
Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan dan lebih cepat daripada badan boleh menggantikannya.
Sel darah merah yang pecah akibat kekurangan enzim G6PD
Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria sebab kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel darah merah pesakit G6PD. Penyakit kekurangan G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit. Penyakit ini tiada penawarnya. Langkah terbaik adalah menghindari makanan dan ubatan yang boleh mencetuskan hemolisis.

Diagnosis@ Cara mendapat tahu seseorang itu 'G6PD defiency'??

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Penyakit G6PD ni tak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tapi ianya diwarisi secara genetik. Struktur G6PD dibawa oleh kromosom X. Perhatikan gambarajah di bawah untuk lebih senang faham bagaimana kromosom X yang kekurangan G6PD diwarisi. 

Punca G6PD

Gejala atau simptom G6PD

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat daripada kekurangan darah
  • kelihatan pucat 
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)  
  • pening  
  • degupan jantung yang laju  
  • sukar bernafas  
  • sakit dada

    Jaundis pada kanak kanak G6PD akibat kacang parang
    Akibat daripada hemolisis
    • jaundis (kekuningan) - boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
    Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera. Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak

    Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

    Pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

    Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

    Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

    Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

    Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan

    Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis


    Ingin mengetahui Pemilihan Set Berpantang Dan Penyusuan Yang Sesuai Untuk Bayi G6PD anda boleh rujuk dalam Entri INI

    Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
    SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
     

    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

    Share:

    Monday, December 9, 2013

    Punca Dan Cara Mengatasi Jaundice

    Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

    APA ITU JAUNDICE (KUNING)?
    Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

    Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ya... sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING!!).. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu (Ya.. sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-keKUNING-kuningan!!)..


    MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN?
    Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama.

    1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.

    2. Hati bayiHati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.

    Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.


    APAKAH PENYEBAB LAIN JAUNDICE?

    Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).

    Antara penyebab lain :-
    • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
    • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
    • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
    • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
    • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
    • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
    • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
    • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
    ADAKAH JAUNDICE MERBAHAYA?
    Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
    Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.

    APAKAH PERAWATAN UNTUK BAYI KUNING?
    1. Phototherapy (Terapi lampu)

    Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
    Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :-
    • Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi
    • Buka semua baju bayi kecuali lampin
    • Tutup matanya
    • Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
    • Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
    • Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
    • Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
    • Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.
    2. Exchange Transfusion (ET)
    ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.

    CAHAYA MATAHARI VS PHOTOTHERAPY?
    Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?
    Ada yang berkata, "kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun... " atau
    "Buat apa kau nak siksa budak kecik tu... masuk hospital... letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini... letak je bawah matahari.... "
    Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.
    Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibu-bapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.

    Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
    • Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
    • Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
    • Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
    • Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.
    • Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah.
    • Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.
    SUSU KAMBING VS SUSU IBU?
    Terdapat pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialami oleh bayi. Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban. Tidak ada penjelasan secara saintifik. Malahan, petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing. Diharapkan ia bukan taktik penjual susu kambing untuk meraih keuntungan.
    • Apa yang ada pada susu kambing menjadikan ia begitu ajaib? Jika ada kajian tentang susu kambing, saya yakin ia tidak ada perbezaan yang besar dengan susu ibu atau susu lembu. Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi. Malahan, susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi.
    • Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak!. Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi.

    • Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu. Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing? 
    • Secara fisiologi, kekuningan bayi akan hilang selepas 5-6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing. Sekiranya bayi diberi minum susu kambing pun, kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus. Jadi tidak ada bezanya secara perbandingan. 

      Apa yg ibu perlu buat? 

      Melalui pengalaman saya,bayi yg kena jaundice/demam kuning ni memang suka tido.Buat la macamana sekalipun dia tetap akan tido. Elakan memberi makanan dan minuman selain dari SUSU IBU, ini kerana dia masih kecil dan buah pinggang dia masih belum matang. Jadi ubatnya hanyalah kerapkan penyusuan susu ibu..setiap 30 min atau sejam kejutkan bayi anda dan susu kan dia..makin kerap ia menyusu maka makin kerap ia kencing & menbuang so dari situ kuning dalam badan dia akan di nyah kan...so ibu2 jangan berputus asa.
      Satu cara untuk membanyakan susu ibu  ialah dengan mengamalkan set penyusuan Shaklee.
      Untuk info lanjut tentang set penyusuan Shaklee boleh klik link ini set peyusuan Shaklee
       
      Untuk mendapatkan Set 3M( Set B + Ostematrix + ESP) ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
      https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
      Atau  
      Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
      Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
      SMS/whatapps: 013-4505852
    Share:

    Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

      Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

    Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

    VIVIX The Best Antiaging

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Followers

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Free Auto Malaysia Backlinks
    My Ping in TotalPing.com

    Labels