Showing posts with label perut buncit. Show all posts
Showing posts with label perut buncit. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Punca Perut Buncit Macam Mengandung 5 Bulan

Anda wanita yang ada masalah perut buncit macam orang mengandung? Bila jumpa orang mesti orang akan tanya, nak dapat pulak ke?" Sambil tangan tunjuk ke arah perut...tak pun diorang tanya "dah berapa bulan?". Tentu anda rasa sedih sangat kan? Namun apakan daya, dah memang perut buncit macam orang mengandung 5 bulan..uwaaa!!

Tahukah anda apa punca perut buncit macam tu terutama untuk wanita yang dah beranak ramai?
Diastasis recti adalah punca mengapa perut boleh menjadi buncit seperti orang mengandung. Diastasis recti terjadi apabila otot abdomen yang selari telah terpisah ke kiri dan ke kanan disebabkan tisu penghubung (rectus abdominis) yang meregang dan lemah. Apabila tisu penghubung lemah, ia akan tertolak ke luar menyebabkan perut kelihatan membonjol.


Semasa hamil, rahim yang membesar telah memaksa tisu penghubung untuk meregang. Sebab tu kebanyakan wanita yang pernah hamil beberapa kali lazimnya memiliki perut buncit macam orang mengandung. Ini kerana mereka mengalami diastasis recti.

Kecenderungan untuk mengalami diastasis recti adalah dikalangan:
● Wanita yang berusia 35 tahun ke atas
● Bayi dalam kandungan yang terlalu besar
● Kehamilan kembar
● Kehamilan yang kerap
● Senaman yang salah semasa dan selepas kehamilan

Bagi mengenal pasti sama ada anda juga mengalami diastasis recti, jalankan pemeriksaan di klinik atau buat pemeriksaan sendiri. Anda boleh ikuti cara ini.


Ikut langkah berikut:
1. Baring dengan lutut dibengkokkan
2. Angkat sedikit kepala dan tekan hujung jari-jari tengah melintangi bahagian atas pusat. Anda akan dapat rasa ada ruang kosong.
             ♢1-2 jari ~ normal
             ♢3-4 jari ~ diastasis recti

perut buncit selepas bersalin
Untuk memperbaiki semula otot abdomen yang telah lemah dan terpisah ni serta kempiskan semula perut yang buncit macam orang mengandung, senaman yang betul WAJIB dilakukan secara konsisten dan berbengkung supaya otot abdomen kuat dan kembali ke tempat asal. Pemakanan juga perlu dititikberatkan..

Pantang larang
ELAKKAN dari melakukan senaman otot perut seperti sit-up, crunch, planks kerana ia boleh menyebabkan diastasis recti menjadi lebih teruk! Ini kerana senaman diatas akan menolak otot perut keluar sedangkan diastasis recti perlu diatasi dengan menarik otot-otot ke dalam.

ELAKKAN juga dari mengangkat benda-benda berat

Dibawah adalah salah satu video senaman bagi mengatasi diastasis recti.

           
Jom sama-sama kita atasi masalah perut buncit macam orang mengandung dan kembali ramping seperti dulu-dulu.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Wednesday, September 24, 2014

6 Cara Hilangkan Perut Buncit.

Perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik, bahkan adakalanya ia juga boleh mendorong perasaan rendah diri kepada sesetengah individu.
Untuk mengelak daripada perut terus buncit, di sini dikongsikan beberapa panduan untuk mengempiskan perut atau menghilangkan perut buncit untukmendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya.

1.Minum air
Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat  membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.

2.Makan dengan tertib
Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.

3.Kurangkan garam
Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4.Hindari sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

5.Pilih serat yang sesuai
Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).

6.Senaman
Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
Jika Anda berminat Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels