Anda wanita yang ada masalah perut buncit macam orang mengandung? Bila jumpa orang mesti orang akan tanya, nak dapat pulak ke?" Sambil tangan tunjuk ke arah perut...tak pun
diorang tanya "dah berapa bulan?". Tentu anda rasa sedih sangat kan? Namun
apakan daya, dah memang perut buncit macam orang mengandung 5
bulan..uwaaa!!
Tahukah anda apa punca perut buncit macam tu terutama untuk wanita yang dah beranak ramai?
Diastasis recti adalah punca mengapa perut boleh menjadi buncit seperti orang mengandung. Diastasis recti terjadi apabila otot abdomen yang selari telah terpisah
ke kiri dan ke kanan disebabkan tisu penghubung (rectus abdominis) yang
meregang dan lemah. Apabila tisu penghubung lemah, ia akan tertolak ke
luar menyebabkan perut kelihatan membonjol.
Semasa hamil, rahim yang membesar telah memaksa tisu penghubung untuk
meregang. Sebab tu kebanyakan wanita yang pernah hamil beberapa kali
lazimnya memiliki perut buncit macam orang mengandung. Ini kerana mereka
mengalami diastasis recti.
Kecenderungan untuk mengalami diastasis recti adalah dikalangan:
● Wanita yang berusia 35 tahun ke atas
● Bayi dalam kandungan yang terlalu besar
● Kehamilan kembar
● Kehamilan yang kerap
● Senaman yang salah semasa dan selepas kehamilan
Bagi mengenal pasti sama ada anda juga mengalami diastasis recti,
jalankan pemeriksaan di klinik atau buat pemeriksaan sendiri. Anda boleh ikuti cara ini.
Ikut langkah berikut:
1. Baring dengan lutut dibengkokkan
2. Angkat sedikit kepala dan tekan hujung jari-jari tengah melintangi
bahagian atas pusat. Anda akan dapat rasa ada ruang kosong.
♢1-2 jari ~ normal
♢3-4 jari ~ diastasis recti
Untuk memperbaiki semula otot abdomen yang telah lemah dan terpisah ni
serta kempiskan semula perut yang buncit macam orang mengandung, senaman
yang betul WAJIB dilakukan secara konsisten dan berbengkung supaya otot
abdomen kuat dan kembali ke tempat asal. Pemakanan juga perlu
dititikberatkan..
Pantang larang
ELAKKAN dari melakukan senaman otot perut seperti sit-up, crunch, planks
kerana ia boleh menyebabkan diastasis recti menjadi lebih teruk! Ini
kerana senaman diatas akan menolak otot perut keluar sedangkan diastasis
recti perlu diatasi dengan menarik otot-otot ke dalam.
ELAKKAN juga dari mengangkat benda-benda berat
Dibawah adalah salah satu video senaman bagi mengatasi diastasis recti.
Jom sama-sama kita atasi masalah perut buncit macam orang mengandung
dan kembali ramping seperti dulu-dulu.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852