Sunday, November 29, 2015

Punca Perut Buncit Macam Mengandung 5 Bulan

Anda wanita yang ada masalah perut buncit macam orang mengandung? Bila jumpa orang mesti orang akan tanya, nak dapat pulak ke?" Sambil tangan tunjuk ke arah perut...tak pun diorang tanya "dah berapa bulan?". Tentu anda rasa sedih sangat kan? Namun apakan daya, dah memang perut buncit macam orang mengandung 5 bulan..uwaaa!!

Tahukah anda apa punca perut buncit macam tu terutama untuk wanita yang dah beranak ramai?
Diastasis recti adalah punca mengapa perut boleh menjadi buncit seperti orang mengandung. Diastasis recti terjadi apabila otot abdomen yang selari telah terpisah ke kiri dan ke kanan disebabkan tisu penghubung (rectus abdominis) yang meregang dan lemah. Apabila tisu penghubung lemah, ia akan tertolak ke luar menyebabkan perut kelihatan membonjol.


Semasa hamil, rahim yang membesar telah memaksa tisu penghubung untuk meregang. Sebab tu kebanyakan wanita yang pernah hamil beberapa kali lazimnya memiliki perut buncit macam orang mengandung. Ini kerana mereka mengalami diastasis recti.

Kecenderungan untuk mengalami diastasis recti adalah dikalangan:
● Wanita yang berusia 35 tahun ke atas
● Bayi dalam kandungan yang terlalu besar
● Kehamilan kembar
● Kehamilan yang kerap
● Senaman yang salah semasa dan selepas kehamilan

Bagi mengenal pasti sama ada anda juga mengalami diastasis recti, jalankan pemeriksaan di klinik atau buat pemeriksaan sendiri. Anda boleh ikuti cara ini.


Ikut langkah berikut:
1. Baring dengan lutut dibengkokkan
2. Angkat sedikit kepala dan tekan hujung jari-jari tengah melintangi bahagian atas pusat. Anda akan dapat rasa ada ruang kosong.
             ♢1-2 jari ~ normal
             ♢3-4 jari ~ diastasis recti

perut buncit selepas bersalin
Untuk memperbaiki semula otot abdomen yang telah lemah dan terpisah ni serta kempiskan semula perut yang buncit macam orang mengandung, senaman yang betul WAJIB dilakukan secara konsisten dan berbengkung supaya otot abdomen kuat dan kembali ke tempat asal. Pemakanan juga perlu dititikberatkan..

Pantang larang
ELAKKAN dari melakukan senaman otot perut seperti sit-up, crunch, planks kerana ia boleh menyebabkan diastasis recti menjadi lebih teruk! Ini kerana senaman diatas akan menolak otot perut keluar sedangkan diastasis recti perlu diatasi dengan menarik otot-otot ke dalam.

ELAKKAN juga dari mengangkat benda-benda berat

Dibawah adalah salah satu video senaman bagi mengatasi diastasis recti.

           
Jom sama-sama kita atasi masalah perut buncit macam orang mengandung dan kembali ramping seperti dulu-dulu.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Sunday, November 22, 2015

Psoriasis : Bagaimana saya menghadapinya?

Pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri.

Ada yang tahu saya menghidap psoriasis. Namun ada juga yg belum tahu. Jadi, di sini saya nak buat pengumuman. Ya, saya seorang pesakit psoriasis. Menjadi pesakit psoriasis bukan mudah. Saya telah didiagnos pada tahun 2001. Masa itu, baru sahaja memulakan kuliah di UKM. Tetapi, rasanya sakit itu sudah saya dapat sejak dari matrikulasi lagi.

Semasa di matrikulasi, ada satu peta di pipi saya. Nasib baik saya ni bukan jenis penyegan sangat. Jadi saya buat tidak tahu sahaja bila ada yang asyik melihat peta di muka. Yang lebih mencabar, peta itu bukan satu warna. Ada 3 lingkaran warna padanya. Yang paling dalam berwarna kemerahan seperti terbakar. Ramai yang mengatakan ia panau. Saya hanya mengiyakannya. Malas nak layan.

Mak mana yang tidak risau dengan keadaan anaknya. Sudahla anak dara, muka tidak cantik pula. Dibawanya saya ke mana sahaja untuk mendapatkan rawatan. Sampai sekarang, masih juga bergitu niatnya. Tetapi disebabkan saya berdegil tidak mahu, dipendamkan sahaja hasrat hatinya itu. Bukan apa, bukan setakat ke klinik kulit, bahkan ke dukun mana, pawang mana tah dibawanya. Saya bukan tidak percaya pada alam ghaib. Tapi setiap kali berjumpa dengan 'doktor-doktor pakar' ni, diagnosis penyakit saya pasti berbeza!

Saya pernah berpantang selama satu semester di matrikulasi. Ia telah menyebabkan berat badan saya turun sebanyak 5kg. Syukur ia tidak mengganggu pembelajaran saya. Ya lah, saya hanya mendapat sumber protein dari sayuran dan karbohidrat dari nasi. Vitamin pula dari buah-buahan. Masa itu, manalah pikir cukupkah, tak cukupkan keperluan nutrisi dalam badan saya. Saya hanya fikir untuk cantikkan muka! hahahaha

Selepas mengenali Shaklee pada tahun 2008, keadaan psoriasis saya masih terkawal. Saya masih lagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Namun sejak dari 2001, rawatan yang  diberikan ialah lotion dan ointment dari steroid. Walaupun kita hanya apply sedikit sahaja pada badan, tapi kalau dah hari-hari letak, lama-kelamaan ia akan memudaratkan. Jadi sejak dari tahun lepas, saya sudah berhenti berjumpa doktor. Pada masa itu saya hanya menyapu lotion yang mengandungi Vitamin E pada badan saya.saya masih belum betul-betul mengamalkan Shaklee untuk keadaan psoriasis saya. Hanya selepas melahirkan Azrie pada tahun 2010. 

Kenapa selepas itu? Selepas melahirkan Azrie, keadaan kulit saya begitu teruk! Sesuai dengan keadaan yang baru melahirkan, hormon dalam badan macam roller coaster gamaknya. Dari atas ke bawah, depan ke belakang, keadaan kulit saya memang teruk. Nak menyusukan pun payah. Jadi, untuk mengurangkan rasa sakit, rasa ketidakselesaan, saya makan Nutriferon setiap hari. Biasanya saya ambil Nutriferon bila saya mengalami selsema teruk.  Alhamdulillah ada nampak kurang. Tapi ia tak bertahan. Sebabnya, psoriasis ialah penyakit auto-imun. Jadi, saya perlu buat pendekatan lain.

Antaranya ialah :
1. Saya cuba untuk kurangkan stress. Tidak terlalu memikir mengenai kesihatan saya. 
2. Memastikan diri saya sentiasa tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah
3. Minum air secukupnya.

Selain Nutrifeon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan Bcomplex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex.

Vit C - mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas.
Bcomplex membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang.
Performance Drink - untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi.

Saya gunakan juga Herbal Cream. Produk ini saya belum ceritakan lagi dalam blog ni. Nanti saya akan update mengenai ia. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula.

Alhamdulillah, atas usaha yang dibuat sedikit sebanyak membantu juga. Perlu diingat, psoriasis tidak dapat sembuh sepenuhnya. Tapi usaha ini adalah untuk membantu untuk mengawal dari ia berlaku lebih teruk. Ada penyakit berkait lain yang pesakit psoriasis akan dapat sekiranya ia mengawalnya seperti arthitis, heart problem dan multiple sclerosis.

Usaha akhir ialah bertawakal dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Saya menganggap penyakit ini adalah hadiah dariNya. Bahawa saya sentiasa dalam peliharaanNya. InsyaAllah. Alhamdulillah, suami juga tiada masalah mengenai ini.
 
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Psoriasis Penyakit Berjangkit Ke?

Masa saya belajar kat universiti dulu, saya ada seorang roomate yang menghidap sejenis penyakit kulit. Dia selalu menyikat rambutnya sebab gatal dan berkuping-kuping kelemumur yang keluar bersama dengan rambut. Saya yang tak tahu apa-apa pun tanya dia naper kelemumur dia lain macam sangat berkuping-kuping macam kulit yang mengelupas. Dia pun bagitau saya, yang ni bukan kelemumur tapi psoriasis. Terngaga saya apa tu???

Psoriasis sebenarnya adalah keadaan di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja. Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

psoriasis1

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. 

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Pesakit yang mengalami Psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu malahan mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Selain faktor genetik terdapat beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan:
  • Stress atau tekanan 
  • Jangkitan 
  • Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan 
  • Kecederaan pada kulit 
  • Cuaca 
  • Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol
Tips bagi pesakit psoriasis:
  1. Ubah tabiat pemakanan iaitu lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang mengandungi carotenoid seperti tomato, mangga, lobak merah, dan sayuran hijau. 
  2. Tambah aktiviti senaman ke dalam jadual harian atau mingguan anda. 
  3. Elakkan tekanan. Tambahkan aaktiviti yang meningkatkan amalan kerohanian dan juga meningkatkan ketenangan diri. 
  4. Akupuntur. 
  5. Pengambilan suplemen yang bersesuaian.
Shaklee menyediakan suplemen kepada pesakit psoriasis, ianya ia bukanlah ubat, tetapi hanya suplemen yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Apakah set yang sesuai untuk penghidap psoriasis? Ini adalah sebagaimana cadangan Dr Weil dalam artikelnya Psoriasis:
 
1. Nutriferon untuk meningkatkan pertahanan badan seseorang.
2. Omega Guard bertindak sebagai terapi kepada penyakit autoimmune seperti SLE, psoriasis dan lain-lain.
3. GLA untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. GLA juga terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah pada pesakit ekzema, psoriasis dan chronic inflammation. Ia juga dapat membantu memberikan kesihatan kepada kulit dan rambut.
4. Vita E untuk menentang radikal bebas yang merosakkan sel badan. Membantu memudarkan parut akibat psoriasis.
5. B Complex untuk anti stress
6. Vivix untuk memperbaiki sehingga ke tahap DNA badan yang telah rosak akibat daripada radikal bebas. 

Testimoni psoriasis – tiada lagi gatal dan kurang kulit kemerahan 

Testimoni psoriasis tiada lagi kulit bersisik
Saya nak kongsikan pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya. Untuk Ketahuinya boleh baca di SINI. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Monday, November 16, 2015

Muka Kusam Selepas Bersalin Apa Perlu Buat?


cara serikan wajah selepas bersalin

"Thanks kak . memang nak terus consume shaklee jer pas ni... insya allah... :) sume org tego faizah berseri2 je pas bersalin neh... yela byk sgt mkn vitamin kot...ahaha...kulit pun da xberjerawat dah... :) alhamdulillah...."

Puan faizah..antara ibu2 yang setia dengan shaklee mengambil MULTIVITAMIN, B-COMPLEX, VITAMIN-C, ALFALA dan juga ESP (energizing soy protin)

Masalah kulit yang dihadapi semasa hamil dan selepas bersalin bukan alasan untuk anda "goyang kaki" tanpa melakukan apa-apa. Bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak,tentunya mengalami perubahan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Secara umumnya ia berlaku akibat pengaruh hormon-hormon semasa kehamilan. Antara perubahan yang berlaku ialah penambahan berat badan, rambut gugur, dan masalah kulit terutamanya kulit yang KUSAM

Kenapa kulit wajah kita kusam?

Kulit kusam adalah akibat daripada sel-sel mati. Sel mati akan bertambah seiring usia sekiranya tidak dibuang dan dibiarkan berkumpul di permukaan kulit. Faktor usia,sinaran matahari, nutrisi tidak seimbang,radikal bebas  ataupun pengunaan kosmetik mempercepatkan lagi berlaku sel mati. Kehadiran sel
mati menyebabkan punca berlakunya jeragat, jerawat, whitehead ataupun blackhead. Sebagai wanita, kulit kusam seperti mimipi ngeri dan terasa malu nak berhadapan dengan orang lain. Umpama tua sebelum usia..aishh, sedihnyaaa!!

Jadi ada tak caranya untuk tangani masalah kulit kusam?

Cuba tengok Puan Faizah dia mengatasinya dengan hanya mengambil Set Berpantang Shaklee tapi bonus yang puan Faizah dapat  kulit kusam tak membelenggu diri Puan Faizah. Jom kita tengok apa yang istimewa dalam set berpantang ini yang menyebabkan kulit tidak kusam.

Tahukah anda dalam dalam Set berpantang Puan Faizah ada juga Set Kecantikan Kulit Shaklee Ianya terdiri dari Supplemen yang sama cuma terdapat penambahan Vitamin E dalam Set Kulit. Jom kita lihat Set Berpantang Puan Faizah:
  • MULTIVITAMIN, 
  • ALFALFA
  • B-COMPLEX -Penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Penting untuk mengelakkan pertumbuhan JERAWAT 
  • VITAMIN-C - Menggalakan pembentukan kolagen supaya kulit lebih kenyal. kekurangan kolagen dalam tubuh membuatkan anda mudah lebam dan kering serta bersisik. Kolagen yg cukup menjadikan kulit anda lebih bersinar dan gebu. Selain itu juga Vitamin C ini mampu mencerahkan kulit anda secara semulajadi dan sekata.Vitamin C juga membantu mengurangkan kesan sunburn jika terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama. .Ia turut dikenali sebagai vitamin yang memberi  kesan ala-ala blusher pada pipi jika di buat masker.dan juga
  • ESP (energizing soy protin)- ESP dapat membantu menghasilkan sel-sel kulit yang baru.Setiap 21 hari, sel kulit lama akan mati, dan akan digantikan dengan sel kulit yang baru.  Sel kulit yang baru, akan menyalin sel kulit yang lama. Kulit kita kusam adalah disebabkan oleh sel-sel kulit  yang baru men-duplicate sel kulit mati yang kusam.Bayangkan, sepatutnya sel kulit yang baru nampak fresh dan cantik. Tapi oleh kerana sel yang lama tu kusam, sel baru duplicate je lah apa yang ada. Jadi, keperluan protein yang berkualiti sangat penting supaya sel-sel kulit yang dihasilkan adalah sel-sel yang berkualiti dan kulit kita akan kelihatan gebu, bersih dan licin. So, ambil peluang ni untuk baiki sel-sel kulit anda.

Jadi kerana itulah Kulit Puan Faizah cantik berseri-seri selepas bersalin.Kesemua vitamin dalam set cantik shaklee ini sangat membantu untuk memulihkan semula tekstur kulit anda dan anda tidak boleh mengharapkan ia memberikan kesan dalam beberapa hari sahaja.

Jika anda berminat untuk dapatkan Set Kulit Kusam Selepas Bersalin Shaklee ini daripada saya, hubungi saya. Saya akan berikan konsultasi TERBAIK untuk anda. 

 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  


Share:

Sunday, November 15, 2015

Bahaya Minuman Berkarbonat Terhadap Kesihatan

 
Memang telah diketahui umum bahawa air berkarbonat yang juga disebut sebagai minuman bergas adalah bahaya terhadap kesihatan kita. Tapi kini ramai yang mengambil minuman ini sebagai minuman harian. Mungkin disebabkan harganya yang murah, rasa atau warna yang menarik membuatkan seseorang itu suka dan ketagih dengan air ini.

Ketagih dengan air berkarbonat? Ya, memang ada yang ketagih dengan air ini. Diingatkan sekali lagi, air berkarbonat bahaya terhadap kesihatan. 

Apa yang membuatkan minuman berkarbonat ini memberi kesan buruk kepada kita?
  • Minuman berkarbonat mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. 
  • Minuman berkarbonat juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit. 
  • Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman berkarbonat yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut. 
  • Minuman berkarbonat juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.
Mungkin ada yang berkata, "Tak mati pun minum air bergas ni, kalau nak mati tu, dah ajal kan". Apabila bercakap soal mati tiada siapa yang boleh menghindari perkara ini. Semua yang hidup pasti merasai mati. Apa yang penting adalah mencegah sebelum terlambat.

Awas jika ketagih dengan air berkarbonat ini. Pelbagai penyakit datang tanpa kita sedari. Berfikirlah sebelum membeli. Cegah sebelum terlambat. Banyak makanan sihat yang lain lagi boleh kita ambil.

Tahukah anda jika anda mengambil supplement, 
anda perlu mengelakan mengambil air berkarbonat? 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Friday, November 13, 2015

Kenapa Badan Mudah Lebam???



Anda pernah ada kesan lebam cenggini? Dulu masa saya kecik-kecik, orang selalu cakap kesan lebam ni akibat kena gigit hantu/palesit atau pun sebab ada terlanggar kat tempat mana-mana yang kemudian akan muncul la kesan lebam ni. 

Apa itu LEBAM?

Lebam berlaku akibat kebocoran pada salur darah di lapisan kulit. Lebam sering dialami oleh kanak-kanak semasa melakukan aktiviti seharian mereka. Mereka kerap jatuh semasa bermain, terlanggar sesama sendiri atau terlanggar perabot. Lebam yang membimbangkan adalah lebam yang berlaku secara spontan atau lebam yang berlaku lebih dari sepatutnyadan hanya disebabkan oleh kecederaan ringan. 

Tahukah Anda?

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan LEBAM, dan bintik kecil merah (petechiae). Keadaan ini juga dipanggil Skurvi dan berpunca daripada kerosakan bahan dalam sel yang membina saluran darah
Kalau kita bangun tidur, terperasan ada tanda lebam kecil di badan, bukan di gigit hantu yer.. itu tanda anda kekurangan Vitamin C.

Fakta


Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan manusia. Kita perlu mencukupinya dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi Vitamin C. Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren.

Hampir 3tahun, setiap pagi saya amalkan 7 1/2 biji oren. Hebat kan saya?
Nak join saya? Murah je.. jangan risau 7 1/2 oren hanya RM0.50. 


Sebiji Sustained Release Vita-C Plus Shaklee bersamaan dengan 7 1/2 biji oren. Ini cara paling mudah untuk kita mencukupkan keperluan Vitamin C.

Antara petanda lain tubuh kekurangan vitamin C yang adalah:

  1. Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah. 
  2. Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal). 
  3. Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail-beds). 
  4. Penyakit kulit - Kulit menjadi lebam kebiruan. 
  5. Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi 
  6. Masalah penghadaman 
  7. Sukar mengawal stress 
  8. Selalu selsema, letih dan demam 
Selalu orang cakap, Eh bukan ke vitamin C tu untuk cantik je? Sebenarnya vitamin C ni ada banyak fungsi kepada tubuh badan kita. Selain daripada untuk kecantikan kulit. Kebaikan Vitamin Cadalah

1. Melawan jangkitan kuman

Vitamin c hanyalah vitamin tetapi ia di perlukan sebagai sokongan untuk interferon, antibodi dan sel darah putih melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Bekalan vitamin c yang mencukupi akan menguatkan sistem pertahanan badan kita secara tidak langsung. 

2. Mengawal serangan asma dan alergi

Jika kia ni jenis yang selalu alami masalah asma dan histamin, ambillah vitamin C. Vitamin C akan bertindak sebagai anti-histamin di mana ia mengurangkan risiko anda daripada terkena serangan yang di sebabkan alergi. Untuk asma pula, vitamin C menghalang radang pada tisu paru-paru daripada terjadi. Namun, perlu diingat Vitamin C bukanlah ubat di mana kita akan segera sembuh selepas mengambilnya. Kita perlu ambilnya secara konsisten dan sedikit demi sedikit badan kita akan jadi kuat untuk melawan serangan asma dan alergi.

3. Mengurangkan risiko sakit jantung

Menurut kajian, jantung kita ni senang sakit jika bekalan vitamin C di dalam badan kita kurang. Vitamin C akan menghalang lemak-lemak yang berada di dalam darah daripada berkumpul di saluran arteri di mana ia adalan punca pada serangan jantung. 

4. Mengimbangi kesan stress

Seperti yang kita tahu, stress adalah punca kepada banyak penyakit mental dan fizikal. Bekalan vitamin C yang cukup akan imbangi kesan stress di mana ia akan neutralkan toksin ia terhasil ketika diri sedang stress. 

5. Mengawal penyakit Gout 

Gout terjadi di sebabkan lebihan asid urik di dalam badan. Vitamin c boleh mengurangkan asid urik di dalam badan.

6. Batu hempedu

Vitamin c membantu menghalang pembentukan batu hempedu. 

7. Memelihara kesihatan mata

Vitamin C akan melindungi mata daripada terkena katarak dan gloukoma.

Panduan Mengambil Supplemen Vitamin C untuk kesan yang optimum.

  • Ambil vitamin C selepas makan. Vitamin C yang di ambil bersama makanan akan memudahkan ia untuk di cerna dan lebih cepat memasuki darah. 
  • Untuk penyerapan iron pada tahap optimum, anda ambil ia bersama dengan vitamin C. Gabungan iron dan vitamin C akan menguatkan lagi badan kita.  
  • Untuk kesan lebih optimum, ambil vitamin C yang mempunyai ciri-ciri ‘ sustained release’ di mana vitamin C hanya akan di lepaskan jika badan kita tidak cukup vitamin C. 
  • Jangan ambil dos yang tinggi sekaligus, ambil ia secara berperingkat.

Vitamin C  Shaklee Pilihan Terbaik

Perbezaan Vita-C Shaklee berbanding jenama lain di pasaran

  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam. 
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. 
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. 
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dari cepat teroksida dan merosakkan sel) 
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan. Iaitu dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan. 
  • Bagi mereka yg susah menelan tablet atau kanak-kanak, Shaklee ada satu lagi Vitamin C yang boleh dikunyah iaitu Chewable Vita-C 100mg
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau    

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Minum Air Kosong Sangat Menyeksakan!

 
Tips Dan Cara Paling Berkesan Minum Air Kosong 
Pernah anda berjumpa orang yang sangat susah minum air kosong atau memang dia tak pernah minum air kosong? Mesti anda akan terkejut kan. Saya tersangatlah terkejut sebab saya pulak jarang minum air manis, saya lebih suka minum air kosong. Tak tahu kenapa bila tengok air manis, saya seolah-olah boleh nampak kandungan gula yang banyak tu. 

Seorang sahabat saya juga merangkap "new customer" saya, ada membeli alfalfa bagi mengatasi masalah resdung yang sangat teruk. Seperti biasa saya akan menasihatkan supaya pengambilan air putih mestilah mencukupi terutama bila ambil alfalfa yang bertindak sebagai "water retentaion".Kata sahabat saya dia tak minum air putih. Memang dia tak boleh nak minum. Jadi saya paksa dia suruh minum juga kalo nak ambil alfalfa dan nak atasi masalah resdung tu, ini penting untuk tujuan detox.

Bagi saya seseorang yang tidak mengambil air putih yang secukupnya akan mempunyai masalah kesihatan yang besar kerana badan kita perlukan sejumlah air untuk organ, sel dan sendi berfungsi dengan baik. 

Apa Jadi Akibat Kekurangan Air Dalam Badan?

√ sakit kepala
√ air kencing kuning
√ badan terasa panas
√ sakit-sakit badan

Saya nak kongsikan cara  minum lebih 3liter setiap hari.

Tips 1 - Waktu Solat 5
Sebagai orang Islam, kita solat 5x sehari.
Kita boleh guna waktu solat sebagai panduan untuk minum air dan satu peringatan supaya tidak lupa.
Sebelum solat, minum 500ml dan selepas solat minum lagi 500 ml.
Kalo solat 5 waktu, dah dapat 5 liter. Banykkan?
Tapi, tak payah la minum banyak tu, boleh adjust mana yang patot tapi menggunakan format yang sama. 

Tips 2 - Beri Perisa Pada Air Anda
Cara ni lebih kurang macam infused water. 
  • Anda boleh gunakan buah lemon. Masukan air perahan lemon dalam air minuman, terutama air masak.  
  • Anda juga boleh gunakan sayur timun. Sedap jugak...sejuk je rasa dan air bau timun yang wangi & fresh. 
  • Mengguna herbakan. Paling menjadi kegemaran daun pudina & rosemary. Pudina tu diletakkan setangkai-setangkai bersama-sama buah lemon yang dipotong. Lepas tu, biar semalaman dalam peti sejuk. Esok dah boleh minum. 
  • Penggunaan buah kurma atau kismis. Rendam semalaman. Air Nabeez ni katanya menjadi kesukaan Rasulullah kita suatu masa dulu.
Jadi, bagi yang anti minum air putih, ikutilah kaedah di atas bg menggalakkan anda minum air kosong. Selain tu, infused water ni bagus untuk yang nak detoks toksin dari badan & bagus untuk yang nak mengurangkan berat badan.

Tips 3 - Guna straw atau corong botol air
Ni tips yang memang sangat berguna. Ada beza tau bila kita minum menggunakan straw atau pon terus minum dari cawan. Dan jugak minum dari air botol bercorong lebih mudah daripada air botol bermuka luas.
Ni adalah kuasa psikologi. Bila kita minum air menggunakan botol air bermuka luas, kita rasa kita minum sangat banyak air dengan sekali teguk. Tapi sebenarnya, kita baru jer minum beberapa ml air.
Sebaliknya apabila minum menggunakan straw atau botol air bercorong, tanpa sedar kita dah hampir habis minum air kosong.

Tips 4 - Minum Air secara berkala
Selain anda boleh mengikut format solat waktu di atas, anda juga boleh minum air kosong secara berkala.
Contohnya
Minum 1-2 gelas air selepas bangun tidur
Minum 1 gelas sebelum tidur
Minum 2 gelas semasa ambil vitamin atau ubat
Minum 1 gelas sebelum makan.
Dan setiap tindakan, seperti membasuh baca, membaca atau pun melakukan kerja rumah, selang selikan dengan pengambilan 2 gelas air kosong.

Tips 5 - Minum air mengikut berat badan anda.
Disarankan setiap 2.5kg bersamaan 1 liter. Jadi, jika berat anda 50kg, maka anda perlu minum 2 liter air sehari. Pengiraan ini sangat penting untuk menentukan jumlah air yang ssesuai dengan badan. Air yang berlebihan dalam badan pun tidak elok. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Thursday, November 5, 2015

Tips Untuk Suri Rumah Atasi Keletihan.

Rutin seorang surirumah seperti saya, seawal 5.00 pagi saya dah bangun untuk menguruskan persiapan anak-anak dan suami kesekolah seperti menyediakan kelengkapan pakaian, menyediakan sarapan pagi dan bekal untuk anak.

Selepas siap tugasan tu, task seterusnya kat laundary. Syukur ada "anak dara" Jepun sorang yang membantu meringankan beban saya untuk membasuh segala pakaian kotor. Thanks "Miss Panasonic".

Macam mana pula dengan rutin harian anda, para ibu-ibu yang gojes? Mengapa gojes? Kerana anda adalah ibu-ibu pilihan yang diberikan kekuatan untuk menguruskan rumah di samping bekerja dari rumah macam saya, yang tak semua orang mampu melakukannya! Jadi, bagaimana nak mengatasi keletihan melampau menguruskan rumahtangga buat ibu yang bekerja dari rumah?
 

Tips Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga dan bekerja dari rumah:

1. Pastikan anda susun jadual waktu supaya tersusun perjalanan harian anda 
Perjalanan hari kita sebenarnya boleh diuruskan dengan baik dengan cara menyediakan jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat mengoptimakan pengurusan masa supaya semuanya seimbang antara keluarga dan kerja masing-masing. Eh, daripada kita tak ada jadual waktu, kejap teringat nak sapu sampah, pastu teringat nak layan pelanggan, nak update rekod, tiba-tiba teringat belum masak, kan kucar kacir hidup dan memenatkan? 

2. Berikan anak-anak aktiviti yang boleh mereka buat semasa anda bekerja di tepi anda. 
Sediakan aktiviti untuk anak-anak semasa anda buat kerja sendiri supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan ini akan membantu anda fokus dalam bekerja dan tidak memenatkan badan sendiri.

3. Dapatkan tidur yang berkualiti setiap malam. 
Untuk dapatkan tidur malam yang lena, bersihkan diri sebelum tidur, sebaik-baiknya mandi dengan air panas, tapi jangan terlalu lama mandi malam ya, dan makanlah 4 biji ostematrix yang mengandungi potassium, magnesium dan Vitamin D yang membantu kita tidur lena. (Jangan lupa kunci jam pula ya!) :)

4. Jangan lupa detoks diri
Detoks adalah satu proses pembuangan toksin dari dalam badan yang sangat penting. Jika terlalu banyak toksin di dalam badan, anda akan selalu letih dan kelesuan. Detoks yang cepat dan selamat boleh dilakukan dengan mengambil :
  1. Alfalfa: Detoks lembut yang bagus diambil oleh wanita setiap hari (psstt...ia juag baik untuk keintiman miss V anda )
  2. Herblax : Detoks pada bahagian usus yang membantu melawaskan pembuangan air besar
  3. DTX Complex : Detoks hati yang akan membuang segala toksin-toksin yang masuk ke dalam badan melalui mulut (makan) ataupun hidu (asap pencemaran dan sebagainya)
Bila anda cukup detoks, anda akan lebih bertenaga untuk menjalani kegiatan harian setiap hari! 

5. Supplement pagi 
Kebiasannya sebelum saya menyiapkan sarapan untuk anak-anak dan suami tentu sekali terlebih dahulu saya akan minum ESP soy protein. Protein yang mencukupi di dalam badan, membantu badan untuk lebih bertenaga. 

Saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP kerana kandungan protein yang cukup dengan asid amino yang diperlukan dalam badan mempengaruhi tenaga anda untuk bekerja dengan bertenaga di rumah :)

Bukan itu sahaja anda juga boleh menurunkan berat badan dengan hanya ambil ESP kerana ia memberikan kesan kenyang yang lama. Bonus lain anda mendapat kulit yang cantik dan anjal.
 
Sebagai seorang surirumah saya amat memahami apa yang anda lalui dan masalah-masalah ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Dengan kain yang menimbun belum berbasuh, atau sudah berbasuh belum berlipat, rumah berselerak kerana anak-anak setiap masa beraktiviti, keperluan untuk memasak paling kurang 2 kali sehari, belum kira anak nak makan secara tiba-tiba, anda wajib memastikan diri anda kekal bertenaga dan keletihan melampau harus dihapuskan secepat yang mungkin!
 
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Wednesday, November 4, 2015

Rahsia Awet Muda Cara Orang Dulu-Dulu.



Nak tahu kenapa orang kampung dahulu kulitnya mulus tak berjerawat, sihat tak banyak sakit dan panjang umur ? Rahsianya adalah mereka mengamalkan memakan ulam-ulaman termasuklah daun pegaga. Daun pegaga dijadikan ulam dan juga minum air rebus pegaga (jus pegaga). Masyarakat Melayu khususnya amat yakin pegaga berkhasiat untuk memanjangkan umur dan awet muda.

PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar. Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.  Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati

Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei

Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi dan ianya kaya dengan nutrien seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A, vitamin C, asid asiatik, kalsium, potsium, fosforus, beta karotin, tiamin, niasin, dan riboflavin..

Diantara khasiat pegaga adalah:

1. Serikan Wajah Anda. 
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

2. Kecutkan Peranakan 
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

3. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka  
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. 
Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

4. Mengubati Sakit Kepala 
Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

5.Mengubati penyakit sengal-sengal badan 
Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

6. Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid 
Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi. 

World Health Organization turut mengesahkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan  tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan  menolong badan dari bahan toksid.

Ternyata banyak khasiat pegaga di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya. Selamat mencuba!

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive