Showing posts with label rawatan atasi slip disc. Show all posts
Showing posts with label rawatan atasi slip disc. Show all posts

Tuesday, July 11, 2017

Rasa Kebas Kaki, Sakit Belakang Doktor Kata Angin, Rupa-Rupanya Slipped Disc



Assalam , Selamat Hari Raya semua .

Since Nana masuk hospital kena slip disc . Ramai sangat-sangat yang call msg whatsapp tanya punca Nana kena slip disc . Penyakit ni kadang kita tak tahu punca . Nak kata jatuh tak jatuh . Tapi menda Allah da tetapkan . Jadi redha & ikhtiar . Meh Nana nak share macam mana Nana boleh tahu kena slip disc . Moga boleh jadi pengajaran pada semua .

Sakit Belakang Dan Kaki Kebas

Pada permulaan dia bertahun Nana dpt sakit belakang yang nak kata teruk tu tak . Tapi sekali kena memang sakit . Masuk awal tahun ni Nana rasa kebas dekat kaki belah kanan sahaja . 3 bulan jugak merana kebas ni . Asal kul 3,4 pagi terjaga . Jirus kaki dengan air la . Amik ais tuam kat kaki la . Mandi la . Bila pergi office asyik tanya kawan . Nana ni kenapa asyik kebas je . Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa . Duduk biasa pun kebas baring pun kebas . Boleh kata 24 jam ada je rasa kebas tu . Memang langsung tak selesa . Kemudian merebak sakit belakang & tongking ( bahagian atas punggung ) . Nak gelak pun terasa kadang-kadang . Sampai tahap nak bgun kena tekan tepi kerusi sebab nak support badan sendiri . Pergi klinik tu takyah cakap la . Asyik cakap kita ANGIN . Ayat yang sama .

Sah Slip Disc Lepas Buat MRI

Sampai la 1 masa , seminggu sebelum raya . Keadaan makin teruk . Tgh jalan kaki nak pergi kerja . Tak terasa langsung kaki kanan ni pijak jalan . Okay seram dah masa tu 😩 . Then naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki . Esok hari pergi klinik & minta surat untuk refer pakar .

Sampai pakar doc minta buat MRI . Sebenarnya ni kali ke 3 Nana MRI dalam tempoh 5 tahun ni sejak sakit belakang . Dan resultnya yea Nana kena slip disc . Ada beberapa disc da terkena pada urat saraf belah kanan . Sebab itu kaki kanan je yang kebas . Doc minta buat injection kalau tak makin teruk sebab kita ni manusia kalau doc suh jaga makan ke apa ke bukan nak dengar sangat bila sihat kan ?

Lakukan 12 Suntikan

Nana pun balik bincang dengan keluarga . Dan pilih jalan dengan mendengar nasihat doktor . DOKTOR TAK PAKSA UNTUK BUAT INJECTION TAU . Nana yang pilih . Nana buat 12 injection dekat belakang & tempoh 2 tahun ni kena jaga diri tak boleh angkat benda berat . Ramai yang sarankan untuk urut . Bukan tak percaya . Tapi buat la tulang tu makin lari . Yang tanggung sakit kita . Orang yang tak rasa sakit . Lain orang lain cara . Tapi yang penting USAHA untuk jaga diri . Orang tak kena memang tak akan tahu rasa n derita dia macam mana . Nak duduk tk boleh nak berdiri lenguh nak baring kebas .

Punca slip disc ni sebenarnya bukan pada jatuh sahaja .

1- cara duduk kita atas kerusi ( rapatkan kerusi pada meja supaya keadaan tak membongkok)
2-cara drive / bawa motor
3-angkat benda berat tapi cara angkat tu tk betul ( bengkokkan kaki bukan bongkokkan badan)
4-duduk atas kerusi wallet letak dekat punggung ( tak stabil kan ) boleh menyebabkan jugak
5-keadaan kita bila membongkok
6- bangun dari tido mengiring dahulu jangan terus bangun sahaja
6-pelbagai simptom lain

Banyak juga la sebab dia . Jangan anggap kita buat sesuatu tu da betul keadaan badan . Sebenarnya tak . Jaga la diri . Kalau rasa sakit tu cepat-cepat la tanya doktor . Sakit sekarang tak kira umur . Kita tak minta sakit tapi sekurangnya apa yang Nana share ni kawan-kawan boleh berhati lepas ni . Jangan sampai kritikal baru pergi check .

MAJORITI MASA NANA BUAT PHYSIO RAMAI ANAK MUDA . ALLAHU MEMANG TERKEJUT . SEBAB INGATKAN KITA SEORANG . YANG DAH TUA HANYA BEBERAPA KERAT SAHAJA .

Alhamdulillah Nana da keluar wad . Tapi masih kena berehat & physio lagi . Luka injection tu masih terasa . Untuk 2 tahun ni bersukan boleh tapi nak angkat benda berat kena simpan dalam hati .

Terima kasih mak abah , adik , saudara mara yang datang , keluarga yang bagi sokongan , DR YONG YUAN SHYH Hospital Colombia Asia Setapak-sangat ramah & baik , nurse dekat hospital yang super duper baik , dan kawan kawan semua . Doakan Nana cepat sihat & boleh bekerja semula .

Tanda-tanda awal slip disc

1. Sakit belakang, tengkuk atau bahagian atas pinggang.

2. Kadangkala terasa kebas pada bahagian atas badan dan di bawah kawasan yang terjejas (kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu). Lama-lama ia boleh membawa kepada lumpuh.

3. Sesetengah kes, bahagian atas pinggang akan terasa lemah dan ia menyebabkan anda sukar untuk berdiri.

4. Pesakit juga mungkin mengalami sakit semasa bersin, batuk, berjalan dan lain-lain.

Sumber: Facebook Noor Farhana

Apa Kata Pengguna Vivix  Dalam Membantu Atasi Slipped Disc?





 
Ketahui Maklumat lanjut Vivix di SINI


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order   Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Sunday, July 9, 2017

Cara Selamat Atasi Slipped Disc Tanpa Pain Killer Untuk Ibu Menyusu

Slipped disc merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang atau saraf akar tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, biasa di sebut sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).

Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.

Kisah Puan Shida Atasi Sakit Belakang Berulang Akibat Slip Disc Lama

Puan Shida pada suatu ketika dulu pernah mendapat slip disc ini. Dah lama juga katanya.Suatu hari tu, beliau tunduk nak angkat baby nya, tiba-tiba belakang rasa tertarik sampai tak boleh jalan. Selepas ke hospital, berurut sikit, Alhamdulillah dah lega.

Walaupun dah boleh jalan macam biasa, belakang beliau masih terasa tidak selesa. Ada ketika sakit belakang tu datang balik. Keadaan tambah sukar apabila beliau tidak boleh duduk lama ketika bekerja.

Painkiller Tidak Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Puan Shida masih lagi menyusukan anaknya. Oleh sebab itu, beliau tidak memilih untuk mengambil painkiller yang kuat untuk mengatasi sakit belakang yang kerap dialaminya. Alhamdulillah, Puan Shida start ambil Vivix untuk atasi sakit belakang beliau ni sekitar awal Ramadhan baru-baru ni.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order   Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 
Share:

Tuesday, November 3, 2015

Anda Sakit Belakang, Adakah Angkara "Slipped Disc"?

Seorang sahabat saya memberitahu dia mengalami sakit dibahagian belakang disekitar pinggangnya. Katanya lagi dia mengalami masalah "slipped disc". Bagi mengatasi masalah kesakitan nya dia telah menjalani pembedahan.

Sebenarnya saya pun tak berapa nak faham masalah penyakit tu dan apa puncanya. Tapi yang merisaukan saya ialah saya sendiri dah lama mempunyai masalah seperti yang diceritakan oleh sahabat saya tu. Disaat saya menulis blog ini kesakitan di bahagian sekitar pinggang saya terasa berdenyut2. Jadi saya pun tanya Encik Google, jap jer Encik Google ni bagi  artikel yang sangat bagus untuk saya sendiri pelajari dan suka untuk saya kongsikan bersama dengan anda semua.

APA ITU ‘SLIPPED DISC’?

back_slip_disc
Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Dalam kata mudah, ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.

Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut seperti agar-agar dan bahagian luar yang keras. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. 
Jika cakera ini menekan salah satu saraf tulang belakang, anda mungkin mengalami rasa kebas dan sakit di sepanjang saraf tersebut. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut.
SLIP DISC                               

Punca berlaku Slip Disc

Di bawah ni saya kongsikan beberapa punca berlakunya Slip Disc. Jadi, kita boleh pantau  diri kita dan insan tersayang  untuk jauhi punca ini bagi mengelakkan terkena Slip Disc.

1. Angkat benda berat dan besar

Jika kita melakukan satu-satu pekerjaan, kita mesti menitikberatkan posisi kita semasa mengangkat benda yang berat dan besar. Contohnya ketika sedang berpusing atau ketika mengangkat dan mengalihkan objek berat. Apabila kita mengangkat objek berat dan besar, kita meletakkan satu tekanan atau beban pada tulang belakang kita dan ini boleh menyebabkan kecederaan.

cara angkat benda berat
cara angkat benda berat yang betul

2. Berat Badan Berlebihan

Tulang belakang menyokong berat badan kita. Cakera secara khususnya sememangnya akan terkesan seandainya berat badan berlebihan. Jadi, kena jaga berat badan kita supaya berada dalam berat yang ideal.

Terlebih berat badan

3. Usia 35 hingga 45 tahun

Cakera kita akan alami kekurangan bendalir perlindungan apabila usia meningkat. Terutamanya mereka yang berusia antara 35 hingga 45 tahun. Slip Disc lebih kerap dan mudah berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita.

4. Aktiviti Lasak

Mereka yang sering terlibat dengan aktiviti lasak atau mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar kekuatan fizikal juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat ‘slipped disc’.

APAKAH SIMPTOM ‘SLIPPED DICS’?

slip disc 6

Simptom slipped disc termasuk : 
  • kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
  • kesakitan yang meliputi lengan dan / atau kaki
  • kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
  • sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
  • sakit apabila berjalan jarak dekat
  • kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • kesemutan, sakit , atau radang di kawasan yang terjejas

CARA MENCEGAH ‘SLIPPED DICS’

Berikut adalah perkara yang boleh diamalkan untuk mencegah kecederaan tulang belakang:
  • Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
  • Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
  • Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
  • Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak. Penggunaan pendakap tulang belakang atau korset semasa mengangkat berat adalah dinasihatkan. Ini penting bagi memastikan tubuh dan tulang belakang kita berada dalam posisi yang betul semasa mengangkat barang. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul.   

    slip disc 7 

slip disc 3 slip disc 5   
slip disc 4

CARA RAWATAN YANG SESUAI?

  1. Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit
  2. Steroid – suntikan steroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
  3. Fisioterapi –  Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
  4. Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang

Supplement Vivix  Shaklee Membantu Masalah Slip Disc  

Vivix adalah ramuan botanikal semulajadi dari:
  • Anggur muscadine
  • Elderberry Eropah
  • Lobak ungu
  • Knotweed Jepun
Vivix mengandungi resveratrol beberapa lagi gabungan polifenol lain, antara yang terbaik dalam membantu meningkatkan kesihatan pada tahap sel.Terdapat dalam kajian di luar negara yang dibuat ke atas tikus, mendapati bahawa, resveratrol mampu memberikan kesan anti-inflammation @“pain-killer” hampir sama seperti morphine, sejenis dadah yang biasa digunakan untuk merawat kesakitan yang dialami pesakit kronik.

Saintis-saintis mengkaji kehadiran resveratrol ini banyak terdapat dalam wine merah kerana pada kulit anggur mengandungi resveratrol.

Selain membantu atasi kesakitan, resveratrol juga didapati terbaik dalam ant-aging atau melambatkan proses penuaan.

Berbanding pengambilan painkiller dari dadah, Vivix adalah pilihan yang lebih baik,selamat digunakan terutama untuk kesan jangka panjang.

Apa Kata Pengguna Vivix  Dalam Membantu Atasi Slipped Disc?





Ketahui Maklumat lanjut Vivix di SINI 


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order   Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels