Showing posts with label Tips atasi senggugut. Show all posts
Showing posts with label Tips atasi senggugut. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

Sengugut Bertahun-Tahun Sampai Letak Seterika Akhirnya Hilang.

Nama Pengedar : Iza Eyza 

Tetiba teringat masa promo vivix yang lalu, ada sorang akak nie citer tentang masalah cystnya. Dah 9 tahun kawin Tapi belum dikurniakan baby lagi jadi dia dah Cuba macam2 alternative tapi belum berjaya conceive lagi.

Aku pun bukalah citer. Akak Cuba amik vivix ramai yang dah berjaya tau. Dengan IzinNya Insyaallah ada lekat nanti.😍 Orang kanser pun ada yang baik pas amik vivix ini secara konsisten. Allahuakbar aku tak sangka sangat dengan citer aku Tue, akak nie terus nak beli vivix. Korang tau dia amik satu batch terus beli 7 botol.

Belum abis sebotol pun dia amik vivix, dia datang citer kat aku. Senyum Sampai telinga cakap Ya Allah Adik Terima kasih rekemen kan akak vivix nie. Dia sambung lagi, akak dah bertahun2 bila datang period sengugut teruk dik.Alhamdulillah ini first time akak period tak sakit.Ya Allah nikmatnya kata dia.

Aku rasa cam nak nangis Allah Terima kasih bagi kesembuhan kat akak ini. Dia cakap baby belum dapat Tapi takper janji badan sihat. Tak dapat nak citer nikmat sihat ini katanya. Bayangkan bertahun2 bila period nak kerja tak leh nak jalani hidup pun rasa tak selesa.Siap amik seterika letak kat perut katanya sebelum ini.

Baru2 ini jumpa akak Tue, siap cakap orang cakap dia awet muda. Nampak muda jer walau umur nak dekat 40tahun. Hihi...tersengih aku dengan citer akak nie.

Haaa...inilah satu kepuasan dan bestnya dapat tolong orang lain sihat tau.

Aku doakan akak nie cepat2 dapat baby. Korang tolong doakan jugak yer.

Note : kesimpulannya bila amik vivix ini konsisten tau korang bukan sekadar dapat kesihatan terbaik Tapi dapat awet muda jugak.Mana Tak nya abis sel2 dalam badan Tue jadi sel2 baru tau.muda remaja lah jadinya😍 Kalo ada yang nak grab offer Vivix bulan nie Roger tau.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/     


Share:

Thursday, April 21, 2016

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan

 

Senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil oleh wanita semasa datang bulan

1. Daging berlemak

Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.

2. Ais Krim

Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?

Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

 3. Snek dan kerepek

Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung

 4. Cokelat, biskut dan kek

Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.

 5.Kopi

Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.

Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

 6. Minuman tenaga

Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut. 

Jika anda mempunyai masalah senggugut ketika datang bulan, anda boleh mencuba Set Senggugut Shaklee.
Ketahui cara melancarkan darah haid anda di SINI

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang:
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852 
 
Share:

Thursday, November 14, 2013

Atasi Senggugut Secara Semulajadi

Apakah itu Senggugut?
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". 

Terdapat dua jenis senggugut.
Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Cara Mengatasi Senggugut Tanpa Ubat.
Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit. 

    Cadangan Vitamin Atasi Senggugut
    set senggugut shaklee

     
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels