Showing posts with label kos ivf di malaysia. Show all posts
Showing posts with label kos ivf di malaysia. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

Perbezaan IUI dan IVF.Mana Satu Pilihan Yang Tepat?

Bagi pasangan yang dah lama berkahwin tentu sekali inginkan kehadiran anak kecil bagi menyerikan lagi rumahtangga. Segala ikhtiar secara tradisional dan petua-petua dah dicuba tapi belum menampakan hasil. 
 
Kini anda boleh beralih kepada rawatan secara moden melalui kaedah IUI dan IVF. Sudah pasti anda di luar sana keliru samada nak lakukan IUI atau IVF. 

Apa itu Kaedah IUI

IUI adalah teknik memasukkan sperma (yang lazimnya dicuci dulu) terus ke dalam ruang rahim. Air mani yang dikeluarkan menggunakan masturbasi akan dicuci untuk mengasingkan sperma yang elok. 

IUI meningkatkan peluang kehamilan secara mendekatkan jarak perjalanan sperma yang asalnya dari bahagian hujung faraj (jika secara hubungan seksual dan ejakulasi ke dalam faraj).

Kini, sperma hanya perlu memulakan pergerakan dari ruang dalaman rahim menuju kedua-dua belah tiub falopio untuk sampai ke telur anda (jika berlaku ovulasi dan masuk ke bahagian penghujung tiub terbabit).

Lazimnya, sebelum IUI dilakukan, doktor akan meningkatkan peluang tambahan secara merangsang pembesaran sebilangan telur menggunakan ubat kesuburan yang bersesuaian (sama ada pil atau suntikan).

Apa itu Kaedah IVF

IVF menggunakan teknik membiarkan telur yang dicampurkan bersama sperma di dalam bekas khas dan dieram di dalam inkubator makmal, ini bermakna persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam bekas uji, bukannya di dalam tiub falopio.

Telur ini disedut dari ovari menggunakan jarum panjang yang dimasukkan menembusi faraj menggunakan bantuan imbasan ultrabunyi dan secara pembiusan penuh atau sedasi. Bagi menghasilkan telur yang banyak, rangsangan ubat kesuburan lazimnya diberikan mengikut protokol tertentu.

Sperma pula diperoleh secara masturbasi (sama seperti untuk prosedur IUI). Embrio yang terbentuk akan dieram untuk beberapa hari sebelum dimasukkan (lazimnya tidak melebihi empat berdasarkan usia anda) ke dalam ruang rahim (sama dialami seperti IUI namun dilakukan di dalam bilik bedah bersebelahan makmal IVF).

Prosedur Rawatan Kesuburan

Pada kebiasaanya, setiap pasangan yang mendapatkan rawatan dimana2 klinik infertiliti akan melalui pelbagai perkara:
  • Diambil riwayat sejarah - untuk mengetahui samada benar2 dikatakan 'infertile' (tinggal bersama lebih dari 1 tahun), untuk mengetahui samada isteri atau suami yang bermasalah dan juga apakah punca infertility (kene ingat 60% punca infertile adalah tidak diketahui).
  • Dilakukan pemeriksaan fizikal dan juga ultrasound
  • Diambil darah untuk mengetahui punca infertiliti
  • Diberi ubatan untuk memastikan kitaran haid tetap
Setelah dipastikan punca infertiliti dan kitaran haid sudah tetap, barulah diberi ubat kesuburan. Dimulai dengan ubat kesuburan bentuk pil (Clomiphene Citrate) dan jika masih tidak membuahkan hasil, isteri akan diberi ubat kesuburan dalam bentuk suntikan subcutaneous (Gonal-F atau Puregon).
 
Sementara itu, hasil kesuburan isteri akan dipantau melalui ultrasound, samada folikel dapat matang dengan baik atau tidak. Ia dinamakan 'follicular tracking', pemeriksaan ultrasound melalui vagina (transvaginal) secara selang sehari semenjak hari ke-6 haid. Pada kebiasaanya, folikel matang (saiz melebihi 20 mm) pada hari ke-14 hingga ke-16. Follicular tracking biasanya dilakukan bagi pasangan yang akan melalui IUI atau IVF.
 
Perlu diingat, tidak semestinya doktor terus mencadangkan IUI atau IVF. Pasangan perlu berjimak seperti biasa pada hari subur iaitu hari ke-12 hingga ke-16, semasa pengambilan ubat kesuburan. Saya dan suami hanya melalui prosedur IUI selepas hampir 2 tahun mencuba dengan cara 'normal conception'.
 
Selepas itu, barulah diteruskan kepada IUI. Ada sesetengah kes, terus dicadangkan kepada IVF. Jika beberapa kali gagal dengan IUI, barulah dicadangkan kepada IVF. Kepada pasangan yang mempunyai kemampuan kewangan, boleh saja terus kepada IVF di hospital swasta yang menyediakan perkhidmatan ini.
 

Apa lagi beza antara IUI da IVF?

 
IUI
IVF
Pregnancy rate
5 - 10%
30 - 35%
Cas bayaran
RM38
Kadang2 tak bayar pun sbb guna GL
Kene prepare at least RM5,000
(Di hosp. kerajaan. Jika di hosp. swasta, perlu sediakan sekurang2nya RM25,000)
Seminal fluid collection
Perlu
Perlu
Follicular tracking
Perlu
Perlu
Cara prosedur
Mudah sahaja. Apabila folikel matang, sperma akan dimasukkan ke dalam rahim isteri
Susah sedikit.
Perlu menjalani pelbagai prosedur (OR - ICSI - ET)
Bius tak?
Tidak
OR - bius
ET - tidak
Sakit?
Tidak. Yang penting perlu ikut arahan dan jangan lawan,
Tidak kerana semasa OR diberi bius (tapi tanpa bius, memang suatu prosedur menyakitkan)
Selepas prosedur
Rehat atas katil 15 - 30min
 
Rehat atas katil sekurang-kurangnya 30 min - 1 jam
Kene datang balik?
Tidak perlu. Datang pada hari temujanji sahaja
Lepas 3 hari OR kene datang semula utk ET
MC
Isteri - 2 hari
Suami - 1 hari
Isteri - 2 minggu
Suami - 1 hari
Pantang-larang
Takde sangat
Digalakkan utk 'bersama' dgn suami
Banyak!
 
 
Bagaimana keputusan anda dan pasangan?  
 
Tahukah anda, terdapat juga  supplement yang tertentu dapat membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk hamil. Walaubagaimana, sebagai seorang muslim kita teruslah berdoa dan merayu semoga Allah memberikan kita rezeki anak ini asbab atas kita berikhtiar.
 
Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement       
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Share:

Friday, May 6, 2016

Kos In Vitro Fertilisation (IVF) di Malaysia Kenapa Mahal?


Kebanyakan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan berpendapat bahawa rawatan IVF adalah mahal.Tambahan pula, rawatan IVF juga bukanlah 100% yang akan berjaya. Ini menyebabkan ramai pasangan yang menolak rawatan IVF.
Secara amnya, kos IVF di mana-mana hospital atau pusat fertiliti adalah mahal.

Secara puratanya harga keseluruhan IVF adalah dalam anggaran RM5,000 – RM20,000. 

Ini menyebabkan setengah-tengah pasangan tidak mampu untuk melakukan rawatan tersebut dan terpaksa mengumpul duit terlebih dahulu. 

Kadang-kala mereka mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan wang tersebut. Tanpa disedari, semakin lama umur pasangan wanita itu juga akan meningkat. Umur wanita adalah salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan rawatan IVF.   

Di samping itu, duit untuk rawatan kesuburan perlu dikaut dari poket sendiri dan tidak dapat di’claim’ dari insurans kesihatan ataupun menggunakan ‘guarantee letter’ bagi yang bekerja dengan kerajaan. Buat masa ini, duit EPF juga tidak boleh digunakan untuk membayar kos perbelanjaan untuk rawatan kesuburan.

Kenapakah kos IVF mahal?

a) Kos ubat-ubatan yang terlibat di dalam rawatan IVF

  • Ubat-ubatan yang digunakan unyuk meransangkan telur adalah dalam bentuk suntikan yang perlu diberikan setiap hari. Kebanyakan adalah sensitif kepada haba dan tidak tahan lama.
  • Ubat-ubatan ini adalah diimpot dari luar negara
  • Ubat-ubatan juga diperlukan selepas ’embrio transfer’ untuk menguatkan rahim

b) Rawatan IVF memerlukan pemantauan yang teliti semasa rangsangan telur dan prosedur-prosedur perlu dilakukan 

  • Imbasan scan kerap perlu dilakukan untuk memantau pembentukan folikel-folikel di dalam telur
  • Suntikan ubat-ubatan ubat rangsangan oleh jururawat kadang-kala perlu dibuat
  • Prosedur pengambilan telur dilakukan di dalam dewan bedah dan kadang kala memerlukan bantu pakar bius
  • Prosedur pemindahan telur
IVF2

c) Kos Makmal IVF

  • Peralatan yang diperlukan di dalam makmal IVF adalah penting bagi memastikan embrio yang terhasil berkualiti tinggi. Ini memerlukan teknologi yang canggih dan mahal.
  • Peralatan yang kerap digunakan juga adalah ‘pakai buang’ bagi setiap pesakit untuk memastikan tiada kontaminasi berlaku.
  • Bahan media yang diperlukan adalah diimport dan tidak tahan lama.
  • Pembekuan embrio juga memerlukan penyelenggaraan makmal yang ketat

d) Kepakaran dari pakar perubatan dan embriologis

  • Kepakaran dan pengalaman khusus dalam bidang kesuburan diperlukan dan ini mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi
  • Pelaburan tenaga sumber manusia penting bagi memastikan kadar kejayaan sesuatu pusat fertiliti sentiasa berada di tahap yang tinggi

Adakah Anda Mencari Tips Cepat Hamil

Kalau kita google, kita akan jumpa bermacam-macam petua cepat hamil. Tapi adakah petua-petua tersebut terbukti selamat dan berkesan ? Bagaimana pasangan ini berjaya hamil tanpa melakukan IVF dan jimat sehingga puluhan ribu ringgit

VIVIX untuk KESUBURAN

Rasa bersalah pulak bila tak kongsi mengenai produk promo bulan ni iaitu > VIVIX
Vivix ni antara supplement Shaklee yang jadi fav nana forever and ever,. Sebabnya ofcourse Vivix dah banyak beri kesan pada kesihatan nana dan keluarga.
Buat diri nana sendiri, seperti semua sedia maklum, nana sendiri sudah berkahwin hampir 3 tahun tetapi belum dikumiakan zuriat.. Dan nana diberi satu tips oleh seorang rakan dalam Shaklee untuk amalkan Vivix secara konsisten dengan dose tertentu untuk tujuan memperbaiki sel tubuh badan supaya bila sel badan sihat, organ sihat (rahim sihat) dan seterusnya InshaAllah mudah untuk conceive.
Dan Alhamdulillah, setelah beberapa lama amalkan Vivix secara konsisten,ahirnya sampai jugak rezeki kami suami isteri.
Thats why untuk customer nana yang sedang cuba untuk hamil, nana sentiasa kongsikan akan kebaikan Vivix ini untuk kesuburan..
Kerana ianya bertindak untuk memperbaiki sel dan DNA badan kita. Bila sel sihat, organ pun sihat.. Dan InshaAllah lebih tinggi peluang untuk hamil..
Bagi nana, ikhtiar dengan Vivix jauh lebih murah berbanding rawatan kesuburan seperti IUI, IVF dan sebagainya.
Biarlah kjta usaha yang terbaik untuk mendapat zuriat sebagai tanda kita sendlri bersedia menerima tanggungjawab dan amanah Allah ni..
Untuk mereka yang masih menanti kehadiran zuriat, cubalah ikhtiar dengan Vivix..InshaAllah dengan izin Allah, tak lama lagi anda juga bakal terima khabar gembira ini.. InshaAllah aminn.

Antara testimoni lain mereka yang telah berjaya hamil dengan Vivix.



Berminat Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!        
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels