Showing posts with label vivix dan darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label vivix dan darah tinggi. Show all posts

Thursday, November 10, 2016

5 Kesan Buruk Akibat Darah Tinggi



Penyakit darah tinggi tidak boleh dipandang mudah, kerana banyak kesan buruk yang boleh terjadi kepada keseluruhan sistem badan kita. Antara organ yang mengalamai kesan itu adalah:

1. OTAK

Ianya boleh menyebabkan salur darah di dalam otak pecah dan mengakibatkan perdarahan dalam otak. Angin ahmar / strok – lemah atau lumpuh sebahagian anggota badan dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut.

Tekanan darah yang tinggi di dalam salur darah mengakibatkan dinding salur darah menebal dan menyempitkan salur darah. Apabila darah tidak mengalir lancar atau tidak sampai ke bahagian tertentu di dalam otak juga mengakibatkan strok

Kolesterol yang tinggi menambah sempitkan lagi salur darah, usia tua juga berisiko tinggi untuk strok kerana dinding salur darah yang tebal.

2. MATA

Salur darah di dalam mata juga boleh sempit dan pecah yang boleh mengakibatkan buta.

3. JANTUNG

Darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan jantung kembang dan lemah jantung. Pesakit darah tinggi juga berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung kerana salur darah kecil yang membekalkan oksigen ke otot jantung – sempit atau tersumbat dan boleh mengakibatkan kematian mengejut.

4. BUAH PINGGANG

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyempitkan salur darah yang membekalkan darah ke buah pinggang. Akibatnya buah pinggang boleh mengecil saiznya dan merosakkan sistem tapisan darah di dalam buah pinggang.

Racun “urea” yang hasil metabolism makanan yang bersumber protin yang sepatutnya dibuang sebagai bahan toksin di dalam kencing tidak mampu lagi ditapis keluar oleh buah pinggang yang rosak. Akibatnya seseorang itu akan terpaksa menjalani dialysis buah pinggang demi untuk menyambung nyawa untuk membuang racun “urea” yang terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal isipadu air di dalam badan kita. Akibat kegagalan buah pinggang juga menyebabkan seseorang yang gagal buah pinggangnya – sembab atau bengkak air – keliling mata, muka, di dalam abdomen, skrotum, kedua-dua kaki dan juga di dalam paru-paru kerana buah pinggang yang gagal berfungsi tidak mampu lagi untuk membuang air yang berlebihan di dalam badan seseorang.

5. SALUR DARAH DI DALAM ABDOMEN

Tekanan darah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan salur darah besar “aorta” di dalam abdomen bocor atau pecah – boleh menyebabkan kematian secara mengejut.

Salur darah di hujung kaki boleh menyempit dan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki. Sehingga ke satu tahap, warna kulit akan bertukar biru dan hitam akibat aliran darah tidak sampai ke hujung kaki. Akhirnya, kaki boleh “mati” dan demi untuk menyelamatkan nyawa, pesakit terpaksa dipotong kakinya; samada pada paras di bawah atau di atas lutut.

Merokok dan kolesterol yang tinggi menambahkan lagi risiko untuk menghadapi keadaan ini.

Setelah anda faham akan risiko bahaya seperti diterangkan tadi, bertindaklah dari sekarang untuk mencegah daripada berlakunya segala bahaya yang diterangkan tadi.

AMBILLAH SEGALA LANGKAH YANG BERIKUT

  • Makan ubat darah tinggi yang teratur dan mengikut arahan dos yang ditetapkan.
  • Berjumpa doktor secara berkala / temujanji
  • Kurangkan berat badan dan kurangkan makanan berkalori tinggi.
  • Elakkkan makanan berkolesterol tinggi
  • Kurangkan garam
  • Kurangkan stress
  • Lakukan senaman harian
  • Berhenti merokok
Share:

Saturday, September 24, 2016

Kafein Penyebab Darah Tinggi?

Disebalik nikmatnya kopi dan kesan kafein 


Ramai pelajar apabila bakal menghadapi peperiksaan, mereka akan mengulangkaji pelajaran hingga larut malam berbekalkan sekole kopi. Adakah anda mengetahui apakah yang telah membuatkan anda segar dan dapat berjaga hingga ke pagi? Tahukah anda bahan kimia apakah yang terkandung dalam kopi? Jika anda seorang peminat minuman berkafein, fakta ini mungkin akan meranjatkan anda.

Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.

Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit. Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.

Kafein boleh ditemui dalam :
  • biji kopi (Coffea Arabica) , 
  • daun teh (Theasinensis)
  • biji koko (Theobrama cacao)
  • digunakan terutamanya dalam minuman ringan seperti minuman berkarbonat kola yang lebih buruknya kandungan gulanya juga tinggi
  • digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.  

Kesan Pengambilan Kafein

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.

Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.

Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.

Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.

Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.

Kesan jangka panjang

Ulser

Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser.

Masalah Jantung

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih

Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.

Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

* maklumat diatas diperolehi dari www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/sun/1996/sun35.html 

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Monday, August 22, 2016

Rahsia Elak Buah Pinggang Rosak Walaupun Mengambil Ubat Diabetes dan Darah Tinggi.



Rasanya semua orang tahukan bila disahkan mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, doktor mesti akan bagi banyak bekalan ubat untuk dimakan bila dah disahkan mengidap penyakit tersebut.

Saya teringat masa arwah jiran sebelah rumah saya ada dulu, sekali datang appointment kat klinik kerajaan, diberinya terus stok ubat untuk berbulan-bulan terus. Sekali dah makan, seumur hiduplah kena makan tu. Naknya bila tiap kali datang appointment, dipesan berkali-kali jangan lupa makan ubat, nanti. Rasa diugut pun aderr… Yelah.. sapa tak takut mati kan? 

Tapi, yang anehnya…walaupun dah makan ubat hari-hari, penyakit tak baik-baik juga. Malah bertambah-tambah pula dosnya. Lepas tu, bertambah-tambah pula penyakit lain yang dapat. Maka, bertambah-tambah jenislah ubat yang kena dimakan. Orang kata, ibarat makan ubat dah macam makan nasi sama banyaknya. 

Can you imagine? Gilerr..apa? Tu pasal ramai orang yang dah penyakit kronik macam kencing manis atau darah tinggi ni, bila sampai satu masa dapat penyakit buah pinggang pulak. Sebabnya diorang terlalu banyak kena makan ubat sampai buah pinggang pun dah tak larat nak cuci darah yang kotor dengan segala bahan kimia daripada ubat tu. Dan akhirnya kena buat hemodialisis atau cuci buah pinggang sebab buah pinggang dah gagal berfungsi. 

Kesian kan? Sudah jatuh ditimpa tangga. Buah pinggang yang rosak Itu cerita yang biasa kita dengar. Tapi korang tahu tak, tak semua orang bila dah sekali terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi ni, dos ubat mereka akan semakin bertambah tau! Buktinya, saya ada satu kisah benar dari Ida, rakan seperjuangan , yang mana ibunya berjaya buat perkara yang biasanya orang lain tak dapat buat, iaitu… Doktor sendiri kurangkan dos ubat dan insulin ibu Ida setelah sekian lama mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. 

Haaa…menarik kan? Jarang sungguh kita mendengar kes-kes begini, betul tak? Kalau saya jadi Ida pun, pasti saya akan bersyukur dan gembira kerana ibu kesayangan semakin kurang kebergantungan kepada ubat. Dan ibunya juga pasti semakin sayang dengan anaknya yang solehah atas tindakannya yang mengesyorkan supplemen yang betul dan berkesan untuk mengawal paras gula dan tekanan darahnya. Proud mother and happy daughter – Ida dan ibunya 

Nak tahu macam mana mereka berjaya melakukannya? Nahhh..baca sendiri screenshot pengakuan Ida 



Itulah dia PENANGAN VIVIX yang mak si Ida ni ambil. Lepas 3 botol..Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya telah menjadi semakin normal. 

Kalau dulu ibu Ida kena pergi jumpa doktor tiap-tiap bulan untuk check up, lepas 3 botol Vivix, doktor suruh datang 4 bulan sekali je… 

Kalau dulu ibu Ida inject insulin tinggi dosnya, lepas konsisten amalkan Vivix, doktor kurangkan dos insulin dia.. 

Dan yang PALING BEST, kalau dulu ibu Ida kena makan ubat sampai 20 biji sehari, lepas 3 botol Vivix, doktor suruh makan 7 biji sehari je!!!

Jadi, semakin kuranglah beban buat buah pinggang mak si Ida ni untuk bekerja untuk cuci darah yang pekat dengan bahan kimia yang terdapat dalam ubat. Alhamdulillah… syukur kepada Allah SWT. Bukan saja dos ubat kencing manis dan darah tinggi semakin berkurang, malah ibu Ida juga semakin kuat dan bertenaga untuk berjalan selepas mengamalkan Vivix. 

Kalau dulu, Ida perlu pimpin ibunya supaya beliau tak jatuh, kini ibunya boleh bergerak sendiri seorang diri dengan bebasnya! Subhanallah…. Anak manalah yang tak gembira melihat ibu menjadi kuat dan sihat semula kan? 

Jadi, itulah rahsia mak Ida untuk jaga buah pinggangnya dari terkena kesan sampingan ubat. Walaupun dia dah ambil Vivix, dia tetap mengambil ubat hospital untuk merawat penyakitnya sehingga doktor sendiri memutuskan untuk mengurangkan dos ubat yang diambilnya setiap hari. 

Siapalah yang tak sayangkan buah pinggangkan? Dan siapa pula yang tak sayangkan mak ayah? Mereka sentiasa berikan kita yang terbaik semasa kita kecil, jadi bila dah dewasa ni, inilah masanya untuk kita berikan yang terbaik kepada mereka pula. 

Macam Ida. Dia dah buktikan kasih sayangnya dengan berikhtiar memberi kesihatan terbaik untuk ibunya melalui pemberian Vivix.

Kalau anda juga ingin selamatkan buah pinggang anda dari terkena kesan sampingan ubat dengan mengamalkan Vivix seperti mak Ida anda boleh hubungi saya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Wednesday, August 3, 2016

Ketahui Tanda-Tanda Darah Tinggi Dan Cara Rawatan Tanpa Ubat.


PERNAH hasil kajian yang dijalankan kira-kira lapan tahun lalu menunjukkan 30 peratus dari rakyat Malaysia berusia melebihi 30 tahun adalah penghidap penyakit darah tinggi.

Dan lebih membimbangkan apabila separuh darinya tidak tahu yang mereka mempunyai penyakit tersebut dan senario ini turut berlaku di negara-negara lain.

'Hypertension' atau darah tinggi boleh digelar sebagai pembunuh senyap ekoran ketiadaan simptom atau tanda-tanda awal pada sesetengah pesakit.

Hanya pada peringkat akhir barulah kesannya dirasai dan ketika itu sudah terlalu lewat untuk diubati terutama selepas komplikasi rentetan seperti penyakit jantung menjadi teman pesakit.

Apakah itu darah tinggi?

Menurut seorang pakar perunding kardiovaskular tempatan, darah tinggi sebenarnya berlaku apabila kenaikan darah tubuh seseorang.

"Dalam pembuluh darah ada dua tahap tekanan iaitu apa yang dipanggil bacaan atas dan bacaan bawah.
"Bacaan atas dapat menggambarkan sejauh mana keadaan arteri kita dan sebab itu golongan berumur bacaan atasnya tinggi kerana apabila semakin tua arteri manusia menjadi semakin keras
"Bacaan bawah pula adalah untuk mengukur kekuatan pengaliran darah Walaupun kedua-dua bacaan penting tetapi bacaan atas harus diberi penekanan kerana ia boleh menggambarkan kesihatan jantung, otak dan buah pinggang'
kata Dr. Azhari Osman yang juga Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia.
Bagaimanapun katanya, kalau bacaan seseorang itu melebihi 140 dan bacaan bawah lebih 90 dengan diikuti bacaan kali kedua bagi tempoh 24 jam masih menunjukkan aras yang sama maka ia menandakan anda menghidap darah tinggi tahap pertama.

Namun katanya, ini semua bergantung kepada risiko lain seperti berat badan berlebihan, perokok, sejarah keluarga atau kencing manis yang mana jika ada semua ini, bacaan lebih rendah sedikit cukup untuk mengaitkan anda dengan penyakit ini.

"Bacaan normal untuk tekanan darah tinggi ialah 120/80 dan pada tahap itu doktor tidak perlu risau mengenai anda.

"Bagaimanapun pengalaman saya mendapati ramai di kalangan kita yang mempunyai tekanan darah melebihi 120/80.

"Jika tekanan darah anda lebih tinggi sedikit maka anda perlu lakukan sesuatu iaitu mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu mengambil ubat buat sementara waktu," jelasnya.

Bagaimanapun seperti yang diketahui, doktor akan menelitinya bagaimana tahap tekanan darah dan apabila sampai satu tahap dan umur juga telah meningkat, maka mahu tidak mahu ubat perlu diambil.

Namun sering berlaku silap faham kononnya setelah setahun atau dua tahun ubat diambil, anda telah pulih sedangkan penyakit ini bukan seperti batuk atau selesema yang selepas sembuh tidak lagi perlu mengambil ubat.

Dan ada yang menyimpulkan kesan sampingan pengambilan ubat membuatkan pesakit tidak mahu melanjutkan rawatan hakikatnya 60 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan masih gagal mengawal tekanan darah masing-masing.

Kesimpulannya di Malaysia seperti kebanyakan negara lain, darah tinggi adalah antara penyakit utama tetapi kebanyakan pesakit tidak mendapat rawatan sebaik-baiknya.

Keadaan ini berlaku kerana kekurangan komitmen daripada pesakit dan cara pengambilan ubat serta rawatan yang tidak berkesan hingga menyebabkan tekanan darah tidak dapat dikawal.

Tegas Dr. Azhari, apa yang lebih membimbangkan di Malaysia ialah pengidap penyakit darah tinggi serta komplikasinya terdiri daripada golongan muda berbanding negara-negara membangun yang lain.

"Sebenarnya ada petanda yang menunjukkan bilangan pesakit hypertension dan komplikasinya seperti strok, kegagalan jantung, kegagalan hati, kegagalan buah pinggang akan meningkat secara mendadak di Malaysia.

"Malah ada yang menganggarkan ia akan meningkat 100 peratus dalam masa 30 tahun jikalau kita tidak mengubah sikap dan cara hidup kita.

Beliau menambah, yang lebih penting ialah mengamal gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman yang berterusan serta mengawal pemakanan.

Malangnya, aktiviti senaman di kalangan rakyat Malaysia bukanlah suatu perkara yang menjadi tabiat dan ini diperkukuhkan oleh satu kajian.

Ini dapat dilihat dari hasil Kajian Kesihatan dan Mobiliti kebangsaan pada 1996 yang mendapati 70 peratus dari rakyat Malaysia tidak melakukan senaman langsung.

Mengenai soal pemakanan pula. Dr. Azhari berkata, setakat ini tiada kajian komprehensif pernah dilakukan tetapi jika dilihat pada statistik mengenai tingginya penghidap darah tinggi dan sakit jantung, ia boleh menunjukkan betapa buruknya tabiat pemakanan kita.

"Purata penghidap sakit jantung di negara ini adalah pada usia 57 tahun berbanding negara 67 tahun.

"Kerana mereka mengamalkan gaya hidup sihat yang merangkumi dua perkara utama iaitu pemakanan seimbang dan senaman serta kurangnya amalan merokok.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa supaya menjaga tabiat pemakanan anak-anak supaya mereka tidak terdedah kepada penyakit berisiko itu dengan mudah.

"Kalau boleh kita contohi Singapura, yang mana kanak-kanak sekolah yang lebih berat badan akan diwajibkan melakukan senaman selama 15 minit sehari.

"Semua kita mesti tahu apakah berat ideal kita dan juga maklumat asas tentang kesihatan seperti kadar kolestrol, glukosa, tekanan darah dan sebagainya," ujarnya.

Bagaimana Resveratrol Dalam Vivix Dapat Membantu Menurunkan Darah Tinggi?

Resveratrol dalam vivix membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme.

Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah.

Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan hypertension berlaku.

Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.




Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat! Jangan sesekali abaikan faktor risiko, sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, dan segera amalkan cara hidup sihat. Setiap penyakit ada ubatnya..dan setiap penyakit ada tanda-tandanya..justeru..berwaspada terhadap sebarang simptom yang berlaku pada diri kita.
 
Berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee! 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6    
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
  
 
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

Tuesday, July 19, 2016

Sirap Anggur Buat Mak Kembali Muda Dan Atasi Masalah Penyakit 3 Serangkai.

Nida tinggal jauh dari maknya. Mak Nida  mempunyai masalah darah tinggi dan sampai kena masuk ward disebabkan stroke. Kadar kolestrol dalam darah jugak tinggi. Akibat masalah kesihatan nya Mak Nida selalu penat dan stress nak urus kerja rumah.

Bagi membantu mengatasi masalah kesihatan maknya Nida memberikan Vivix. Kesan pengambilan vivix menjadikan mak Nida lebih sihat ini boleh dilihat  bila muka mak Nida semakin berseri-seri dan makcik2 nya juga memuji muka mak Nida kembali muda.

Yang paling seronoknya bila Mak Nida tak perlu lagi makan ubat darah tinggi yang banyak2 tu. Memang agak menyeksakan untuk makan ubat tablet yang banyak tu bagi orang tua2 kan. Alhamdulillah dengan Vivix ianya dapat memberikan kesihatan yang baik dan kebahagian buat Mak Nida.

Kita hanya mempunyai seorang ibu, berilah yang terbaik untuk ibu kita sepertimana ibu kita menjaga kita dengan baik sejak kecil hingga ke besar.


Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/    

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels