Showing posts with label vivix dan resdung. Show all posts
Showing posts with label vivix dan resdung. Show all posts

Saturday, March 25, 2017

Resdung Boleh Mengundang Barah Dan Penyakit Yang Lebih Serius


Resdung - Dapatkan rawatan segera

ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis.

Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu.

Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus.

“Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya

“Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,”katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.

Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.



Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus.

Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung.

“Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar.

“Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,” katanya.

Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan.

Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak.

Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

  • Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
  • Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan). 
  • Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 
  • Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik 
  • urangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu. 
  • Berhati-hati bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas. 
  • Selalu basuh barang permainan yang lembut. 
  • Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup. 
  • Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap. 
  • Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah. 
  • Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot. 
  • Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.

Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini.

 

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!.

Berminat untuk mendapatkan SET RESDUNG SHAKLEE, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 Soffiah
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Share:

Tuesday, March 22, 2016

Empat Jenis Sakit Kepala Yang Sering Berlaku

Semua orang pernah menghidap sakit kepala terutamanya sewaktu kita mempunyai masalah. Tetapi tahukah kita apakah jenis sakit kepala yang kita sedang hadapi itu?

Pada dasarnya ada 4 jenis sakit kepala, yang penekanannya bermula daripada bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit juga boleh terjadi pada setiap bahagian kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan saraf-saraf wajah.

STRESS

Sakit kepala di atas adalah berpunca daripada tekanan atau stress yang sedang kita alami. Rasa sakit kepala berlaku disebabkan ketegangan otot di di bahu, leher, kulit kepala, atau rahang.Kesakitannya seperti ada yang memerah kepala anda.

CLUSTER

  • Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
  • Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
  • Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
  • Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
  • Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
  • Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.

SINUS

Kesakitan yang dirasai adalah hasil dari tekanan dalam sinus tengkorak. Kesakitan tertumpu dibelakang dahi dan tulang pipi. Ianya disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus) ataupun alergi.Tanda tanda bahawa anda mempunyai jangkitan sinus ialah:
  • Keluar cairan berwarna hijau dari hidung anda lebih dari 7 hingga 10 hari.
  • Selsema atau hidung tersumbat.
  • Rasa seperti sesuatu sedang menutup telinga.
  • Bengkak di wajah.
  • Rasa sakit di gigi

MIGRAIN

  • Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
  • Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
  • Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahan- lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
  • Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
  • Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.

Hati-hatilah bila anda sering mengalami sakit kepala. Gangguan kesihatan yang kita anggap remeh ini sebenarnya boleh menjadi salah satu gejala dari penyakit yang lebih serius.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels