Showing posts with label kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label kulit cantik. Show all posts

Friday, April 7, 2017

Kenapa Anda Perlu Pilih Skincare Nutriwhite Shaklee?

 

Best Skincare: Nutriwhite Shaklee Memang Best! Memang Putih!

Assalamualaikum dan hai semua, hari ni saya nak kongsi info mengenai skincare shaklee iaitu Nutriwhite. Dah biasa dengar? Ya memang skincare ni dah tak asing lagi bagi pengguna-pengguna di Malaysia. Majoriti bagi positif feedback, ada yang berpendapat bahawa Nutriwhite ni lebih baik berbanding SK11 dan maca-macam lagi feedback positif dari pengguna.

Jom kita tengok dulu testimonial pengguna di bawah:


Diffah: "Nutriwhite untuk normal skin...kulit saya combination..saya guna pencuci muka...day cream saya guna nutriwhite punya..best..duduk pantai dari pagi sampai 12 noon..alhamdulillah. sunburn sikit je..x percaya gak"
Soraya: "I pakai nutriwhite full set..alhamdulillah penggunaan yang konsisten dah menambahbaik kulit muka. Kalau setakat jerawat sebutir tak payah pakai enfuselle. Kelembutan dia lain.
Najie: "cleanser Nutriwhite saya pakai dulu tahan selama setahun...sebab guna sikit je buih banyak..sekarang dah tukar pencuci muka enfuselle.."
Basheerah: "Semalam hubby tegur muka kita semakin cantik berseri, tadi kawan kita pun tegur muka kita berseri2...hihihihi inilah hasil pemakaian shaklee nutriwhite selama seminggu.."
Husna: "Husna memang pengguna setia nutriwhite. dah dekat setahun dah guna. memang best sangat. kulit rasa moist, lembut dan cerah je. memang tak pandang dah pencuci muka lain. sekarang tengah kumpul duit nak beli full set nutriwhite ni. hihi"
Aya: "Saya pakai nite cream secara konsisten time gi global conference hari tu. sebab tinggal hotel dan selalu kalau stay hotel 1 malam pun kulit dah kering menggelupas sebab stay dalam aircond. so memang setiap malam saya pakai sekali dengan eye treatment enfuselle. Hasilnya memang kulit lembut dan bertambah cerah, tiada kering2 menggelupas dan yang best semua gambar2 kat US tu muka saya lain dari kat malaysia. Cuaca kat SFO sejuk. Tapi dalam kedua2 keadaan kulit saya menten.  Sambil2 tu saya pakai deep cleanser dan ultimate lotion tak tinggal."
Fateha: "kalau nak solat je mesti basuh muka (guna deep cleanser nutriwhite), Memang best sangat rasa lepas cuci. Dan jerawat memang segan nak tumbuh..kalau nak tumbuh pun cepat kecut semula. penangan shaklee yang terbaikk..memang bagus dan berminat untuk cuba lagi produk dalam rangkaian nutriwhite ini"
Maria, perbandingan dengan produk mahal yang lain: Antara intipati dalam testimonial ini;
"sebelum ni pakai SK11 yang harganya nearly rm400, dan pada bulan mei lepas try cuba softener nutriwhite shaklee ni, hasilnya memang best!!!; Kulit antara bawah mata dan hidung dah tak kasar, boleh rasa dengan jari perbezaannya. Pores pun nampak macam dah mengecil. Dah tak perlu scrub beria. Kesan nampak dalam 4-5 hari. Alhamdulillah.

Testimonial Toner dan soothing:

Bentuk cecair, sangat soft, pengguna yang ada masalah kulit kering, sebelum pakai bedak, pakai toner ni dulu..kesannya bedak lebih rata. Tahan lebih 6 bulan. Soothing pon best, jeragat tegar dah mula hilangg sangat best!!


Aya: "Jatuh cinta dengan nutriwhite. dulu pernah juga guna SK11, Sendayu tinggi, Clinique tapi memang berbeza dengan nutriwhite..masa tu bila pakai bedak saja pun kulit dah pandai gatal dan pedih.  Selepas bertukar ke nutriwhite, kulit bukan ja makin cerah sekata, dah lupa dah muka tiada minyak.  No more pedih2..selesa ja. pas tu satu lagi saya suka sangat sebab jimat.  satu tiub cleanser tu boleh tahan 6 bulan lebih"
Jadi jika anda nak , kulit yang tampak GEBUS, LICIN, MOIST, LEMBUT, CERAH, BEBAS JERAGAT, BEBAS JERAWAT..memang SINONIM sangat dengan NUTRIWHITE SHAKLEE ni...haaa lagi satu yang teramat best ianya sangat la MENJIMATKAN

TAHAN lebih 6 BULAN uolsss, 6 bulan tuu..berbaloi dengan harganya kann.

Kenali Apa Itu Nutriwhite

Dengan penggunaan Set Nutriwhite ni ianya memberi langkah yang lebih mudah untuk kulit lebih cerah dan berseri. Ni rutin dari pagi sampai ke malam kalau kita pakai full set Nutriwhite.

Dan kat bawah ni pula Nutriwhite Produk dan khasiatnya untuk kulit kita...nak cantikk, putih gebu kann so boleh lah pakai semua. 



Jika anda mempunyai bajet yang terhad , sebenarnya anda boleh try dulu 1 persatu, atau set asas nutriwhite sahaja dahulu,contoh pengguna2 kat bawah ni..di samping tu teruskan amalan pemakan suplemen untuk kecantikan shaklee secara konsisten jugak..kena seiring luar dan dalam kena jaga..baru la cantik..baru la putih..dan jagan lupa selalu ambil wudhu' (tu tips dari mak saya).  Supaya wajah berseri2, kita hanya berusaha kan..Allah yang tentukan segalanya. 

Jika anda berminat nak cuba set nutriwhite yang best ni, jangan lupa hubungi saya untuk konsultansi percuma. Saya juga pengguna setia nutriwhite sekarang, jadi boleh la saya sharing sedikit sebanyak tentang apa yang saya pakai dan yang sesuai untuk jenis kulit anda ye.

Untuk mendapatkan Set Nutriwhite ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  

Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

Sunday, October 23, 2016

Homemade Jamu Kunyit Yang Mudah Disediakan



Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa dan madu atau gula merah?Air kunyit dipercayai sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Ianya boleh dibaratkan seperti jamu. Kunyit yang biasa kita tahu selalunya digunakan bagi melazatkan makanan tetapi khasiat kunyit lebih lagi dari pelazat makanan.

Apa tu Kunyit?

Kunyit adalah termasuk dalam tanaman rempah-rempah, yang masih satu keluarga dekat dengan rhizomatous. Keduanya dimanfaatkan untuk pelbagai keperluan, termasuk perubatan secara semulajadi.

Kunyit memiliki rasa yang sedikit pahit dan pedas, serta bau yang tajam, kerana adanya zat yang disebut curcumin. Kehadiram kurkumin ini adalah yang menyebabkan warna kuning pada kunyit.

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan Luaran

  • merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
  • menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit. 
  • Menghaluskan kulit wajah. 
  • Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
  • Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
  • Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
  • Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.

Khasiat kunyit untuk kecantikan dalaman wanita.

  • mencuci darah dan kekotoran dalaman, 
  • kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), 
  • kecutkan buasir, 
  • kecutkan fibroid, 
  • kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, 
  • menyuburkan peranakan, 
  • memulihkan luka2 dalaman, 
  • naikkan seri muka, 
  • buang angin, 
  • elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh
Secara saintifiknya, ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.

Jom Kita buat Jamu Kunyit Sendiri!!!

Bahan-Bahanya :

  • 5 Gelas air masak 
  • 4 Ketul ibu kunyit sederhanan besar 
  • Air Asam Jawa 
  • Gula Merah

Caranya:

1. Blender ibu kunyit dengan air
2. Tapis airnya
3. Campurkan sedikit air Asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
3. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut2 selepas darah nifas bg org bersalin. 


Untuk dijadikan amalan elok diminum skali sehari setiap pagi atau malam. Kalau suka masam tambah la lagi air asam jawa. Kalau suka manis tambah la lagi madu atau gula merah.
Ok, selamat mencuba. 
 
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/

Share:

Tuesday, July 26, 2016

Tips Memilih Produk Skincare Agar Tidak Menyesal Di Kemudian Hari


Produk penjagaan kulit atau skincare ni adalah antara satu perkara wajib bagi semua wanita. Sebab tulah terdapat lambakan produk kecantikan kulit yang muncul sekarang sebab apa? Sebab industri ini memang flourish! Tambah- tambah lagi bila sesuatu jenama produk tu mengambil artis- artis yang cantik flawless sebagi duta lagilah buat wanita teruja membeli, sales produk meningkat. 

Tapi persoalannya adakah produk- produk yang muncul tu benar- benar selamat dan berkualiti? Kalau sekarang kesannya wow untuk anda tapi bagaimana pula dengan long term? Yelah kulit wajah perkara yang harus dijaga kerana ia adalah benda pertama yang orang biasa akan tengok pada penampilan kita. Malu kan kalau kulit muka bermasalah, takkanlah nak pakai topeng bila kuar rumah. Tu belum masuk rasa malu dan rendah diri dengan suami lagi. Sebab itulah ramai wanita tak berkira membelanjakan wang yang banyak untuk nampak cantik. Bukan cantik untuk orang lain tapi untuk suami terutamanya.

So entri kali ini, saya nak share beberapa tips yang saya dapat daripada seorang beautician tentang macam mana nak beli atau pilih skincare yang betul- betul bagus.

1. Safety first

Semua brands pun akan claim their product is good. Tapi how good is good? Ramai antara kita cepat tergoda dengan promosi murah, kesan kulit cantik, putih gebu yang pantas betul tak? Tapi kesan jangka panjang macam mana? Adakah benar- benar selamat. So cek dulu betul- betul sebelum beli. Berapa lama produk tu dah muncul kat pasaran, ada scientifik/ dermatologist test tak? Or main buat aje. Satu lagi adakah produk itu bebas paraben dan bebas sulphate. Surprisingly banyak product kat pasaran skrg memang tak bebas daripada paraben and sulfat. Sendiri mau cek ya;)

2. Keberkesanan Product

Selain daripada testimonial pengguna, product yang berkesan seharusnya ada ujian klinikal. Tapi tak semua produk ada ujian klinikal ni sebab ia menggunakan teknologi yang mahal. So boleh lihat pada testimoni pengguna. Cume hati- hati jangan terlalu percaya dengan testimoni kat FB or mana- mana social media. Sebab ada yang terlalu overclaimed, eh macam too good to be true.
Ada juga unsur penipuan sometimes. Contoh yang pernah terjadi, pengguna ni guna product A, tapi seller ni guna gambar pengguna tadi claim cakap itu produk dia. Tak baik menipu tak berkat dik. So careful ya.

3. Personal coach

Consider untuk beli produk yang ada personal coach utk guide kita. Lepas beli ada follow up tanya: “macamana kesan lepas pakai produk ni?” “Ada apa masalah yang saya boleh bantu?” Haaa best kan? Kalau FREE (datang sekali ngan pakej pembelian) lagi bagus.;) Lepas tu bila membeli produk pastikan promoter/ seller tu ada pengetahuan yang luas tentang produk tersebut. Nanti takdelah bila tanya soalan sikit tak dapat nak bagi jawapan yang memuaskan hati.

4. Beli produk based on masalah

Yang ni ramai buat silap. Tengok kulit kawan cantik nak try juga, sedangkan jenis kulit setiap individu mungkin berbeza. So sebaiknya ketahui masalah kulit dulu, masalah jerawat ke, berminyak ke, pori-pori besar ke. Dah tahu masalah barulah boleh cari produk yang boleh selesaikan masalah tadi. 

5. Kandungan dalam skincare

Banyak produk kat pasaran tak lari dari chemical substance especially yang jual kat rak-rak kat dalam kedai (seriusly most of them chemical based). Sebaiknya carilah produk kecantikan yang berasaskan bahan semulajadi. Boleh cek kat bahagian ingredients. Memang susah nak jumpa tapi ada kalau dicari:)

6. Harga

Pilihlah produk dengan harga yang reasonable dan mampu selesaikan masalah kulit anda. Harga yang murah tidak menjamin kualiti yang bagus (selalunya). Kesan jangkamasa panjang jauh lebih penting. Jika produk itu benar-benar berkesan mampu selesaikan masalah kulit yang menghantui anda selama ni, nilainya priceless kan?
So dah seronok bagi tips ni apa pula produk yang saya guna? saya memilih Nutriwhite. Of course ia menepati semua ciri-ciri di atas. Alhamdullilah dah hampir 2 tahun jadi pengguna setia.

Sambil-sambil tu jom layan video ni. Wanita ni berjaya dapat skin cantik flawless selepas menderita dengan masalah jerawat kronik selama 7 tahun! Sebabnya? Tersalah ambil produk.

So tulah tips yang saya dapat share. Moga bermanfaat untuk wanita di luar sana yang masih tercari-cari produk skincare terbaik untuk kulit.

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh  Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Share:

Tuesday, January 26, 2016

Nutriwhite 16 Ramuan Botani yang Mujarab

 
Nutriwhite adalah rangkaian produk kecantikan wajah semulajadi yang berasaskan konsep "kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains". Khas untuk menyelesaikan masalah jeragat, pigmentasi, tompok hitam dan sebagainya yang menjadikan kulit wajah kelihatan kusam. 

Nutriwhite Ia diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan. Ianya lebih sesuai untuk kulit yang tidak mempunyai masalah jerawat yang teruk, normal dan tidak terlalu sensitif. Ianya berfungsi lebih kepada pencerahan kulit dan kandungan Vitamin c yang tinggi tidak sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat teruk.

Bagi mereka yang mempunyai kulit yang terlalu kering atau terlalu berminyak pula, kami sangat menyarankan agar anda menggunakan satu lagi produk yang dipanggil Shaklee Enfuselle. 

Pernah dengar perkataan Whiten-16?

Whiten-16 ni ialah 16 ramuan botani dalam Nutriwhite yang telah diPATENkan. Paten ni samalah macam Copyright dan Trademark. Kos untuk Paten, Copyright dan Trademark ini bukan satu atau dua sen. Kadang-kadang sampai 6-7 angka bergantung pada 'keseriusan' benda yang nak dipatenkan.

Kenapa perlunya Paten 16 ramuan botani Nutriwhite?

Maksudnya, bila dah kena paten, syarikat kecantikan lain tak boleh nak guna ramuan yang sama. Kalau guna jugak boleh kena saman. Jadi, produk lain tak boleh ciplak idea saintis Shaklee ini.

Kos Paten dah lah mahal? Berbaloi ke?

Yer, sangat berbaloi... sebab 16 ramuan ni seolah-olah "secret recipe" Shaklee dalam bidang NUTRISI KECANTIKAN. Jadi, hanya Shaklee yang berhak menggunakan ramuan ini yang ternyata sentiasa Semulajadi, Selamat dan Berkesan!



Perbezaan NutriWhite selain gabungan 16 ramuan botani yang mujarab ialah:

  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika 
  • 3 tahun pembangunan produk 
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara 
  •  Ujian yang menyeluruh 
  • Ramuan gabungan yang optimum, selamat dan berkesan tanpa paraben 
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti 
  • Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya

Berkesan sangat kah???

Ya, Nutriwhite berfungsi dalam 5 cara. Kena tahu ni... bukannya main-main magic, pakai terus cantik.
  1. Mencegah - melindungi kulit dari sinaran UV, cahaya matahari dan alam sekitar yang boleh menggelapkan kulit
  2. Mengurangkan - kurangkan penghasilan pigmen pada kulit yang boleh menggelapkan dan warna kulit pun jadi sekata (bukan macam zebra atau panda)
  3. Menyekat - sekat pergerakan pigmen hitam dari dasar sel kulit ke lapisan kulit bahagian luar dan mencegah tompokan hitam
  4. Mencerahkan - cerahkan warna melanin (pigmen semula jadi) sedia ada dan tompokan hitam. Warna kulit secara keseluruhan juga akan menyerlah
  5. Memperbaharui - menghilangkan sel mati yang mengandungi melanin (biasanya bewarna gelap) berlebihan agar kulit berseri

Step by step penggunaan Shaklee Nutriwhite


Jom Layan video best ni cara untuk hilangkan Jeragat Dengan Mudah



Untuk mendapatkan Set Nutriwhite ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

Friday, October 30, 2015

Tips Kecantikan Dengan Aloe Vera

 Image result for aloe vera dan kecantikan
Siapa yang tidak ingin memiliki kulit cantik nan mulus tanpa sebarang cela. Ramai yang mempercayai bahan semula jadi lebih baik kerana tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan negatif kepada kulit seseorang. Daun lidah buaya atau juga disebut sebagai aloe vera misalnya, mempunyai pelbagai khasiat. Selain membantu menyuburkan rambut, bahan ini juga bermanfaat untuk kecantikan.
Di dalam lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperoleh.
 

Anti-Penuaan Dan Anti-oksida
Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi, sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.
 

Atasi Kulit Berminyak
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Salah satunya adalah timbulnya banyak jerawat di wajah. Kandungan pH di dalam lidah buaya, dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Justeru, pemakaian masker lidah buaya setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat misalnya.
 

Menyamankan Kulit Wajah
Adakah kulit wajah anda tergolong dalam kulit jenis sensitif dan terasa tegang setiap kali terdedah pada sinaran matahari. Jika betul, hindari kulit daripada sinaran matahari. Sebaiknya jangan terus mencuci wajah dengan air untuk menyejukkannya.
 

Biarkan wajah beberapa minit, kemudian, sapukan seluruh wajah dengan lidah buaya. Lendir yang terdapat dalam batang lidah buaya dikatakan mampu mendinginkan wajah yang terbakar akibat sinaran matahari. Setelah itu, biarkan beberapa saat, kemudian bilas dengan air. 

Mengendurkan Otot Di Bahagian Mata 
Apabila anda terasa otot-otot pada bahagian mata mulai terasa penat letih dan pedih akibat terlalu lama berada di depan komputer, apa kata anda segarkan kembali mata dengan cara dengan menggunakan lidah buaya. Caranya mudah, belah dua batang lidah buaya lalu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Kemudian letakkannya di atas mata sambil tidur beberapa saat. Anda akan lihat hasilnya, mata akan terasa lebih relaks dan segar. 

Tips Kecantikan
Untuk memastikan rambut nampak berkilau dan tidak mudah rapuh, sapukan daun lidah buaya (aloe vera) sebagai creambath secara rutin sekurang-kurangnya satu kali seminggu. Lendir dari lidah buaya berkhasiat untuk mengurangi pengeluaran minyak berlebihan pada kulit kepala serta menjaga kelembapan rambut.
 

Bagi yang ingin mengubati tangan yang terkena minyak panas atau luka terbakar, ambil satu batang daun lidah buaya. Lalu ambil isinya dan di tumbuk hingga halus. Kemudian, letakkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kain bersih lalu balutkan ia pada bekas luka tersebut. 

Cantik Di Hati
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki perkara terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap perkara yang hadir dalam hidupnya.
 
Ketahui  Rahsia kulit berseri tanpa Mekap.
Hubungi saya jika anda memerlukan produk Shaklee dan anda layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Friday, July 10, 2015

5 Petua Termudah Cantikan Kulit Dengan Tomato

Khasiat tomato yang pelbagai memang tidak dapat dinafikan lagi. Tahukah anda buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.

Tomato juga berfungsi sebagai antioksida yang mampu mengekalkan keremajaan kulit wajah jika anda sering menggunakan dan memakannya.

5 Petua Mudah Kulit Cantik Dengan Tomato.

1. Mengecilkan Liang Roma 
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka. 

2. Menghaluskan Kulit
 Sediakan sebiji tomato dan 1  sudu gula pasir. Tomato dibelah 2. Simpan sebelah di dalam peti ais. sebelah lagi ditekapkan di atas gula. (letak gula dalam piring). Kemudian gosokkan tomato kesuluruh wajah selama 2,3 minit. Biarkan selama 20 minit kemudian cuci dengan air bersih.

3. Merawat Jerawat 
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang. 

4. Membersihkan Kulit Muka 
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

5. Menyejukkan Kulit Yang Rosak 

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.


Ketahui Rahsia Kulit Bebas Jerawat Di SINI
Saksikan bagaimana wanita ini menyelesaikan masalah kulit beliau selepas menderita selama 7 tahun

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!
Berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-                           
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/  
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852   
Share:

Thursday, May 21, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Omega Guard.

Omega ni salah satu nutrien yang sangat penting tapi sering diabaikan oleh ramai orang. Sebelum ni saya sendiri tak pernah ambil tahu tentang omega ni. Main makan ikan je tapi sebenarnya kita perlu ambil dalam jumlah yang betul, dari sumber semulajadi dan berterusan. Anda rasa anda tak perlukan omega-3? Cuba tengok 5 sebab dibawah, mungkin anda perlu sebenarnya.
1.BANTU ANDA KEKAL FOKUS 
Omega diketahui sebagai ‘vitamin cerdik atau vitamin IQ’. Ada sebabnya ia dipanggil begitu ya. Omega dapat meningkatkan kesihatan dan fungsi otak dari kita kecil hingga tua.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Cerebral Cortex pada bulan Jun 2013, prestasi kognitif dan kadar pemikiran kompleks orang dewasa meningkat apabila diberi 2.2 gram omega -3 ( EPA / DHA ) sehari . Omegas -3 meningkatkan kesihatan otak dengan membantu untuk mengekalkan aliran darah yang baik ( aliran darah ke otak ) dan menyediakan struktur dan integriti untuk membran sel-sel di dalam otak anda.
 
 2. BANTU ANDA KEKAL LANGSING 
Ini salah satu sebab kenapa ramai orang mengamalkan omega dalam diet mereka. Dalam satu kajian daripada 124 orang dewasa , mereka yang mempunyai kandungan Omega yang rendah mempunyai BMI dan ukuran pinggang dan pinggul lebih tinggi berbanding orang dewasa dengan kandungan omega -3 yang lebih tinggi . 
Omega-3 dapat memberi kelebihan metabolik dan merangsang hormon yang membantu anda mengawal jumlah makanan yang dimakan dan membolehkan badan untuk membakar lemak sebagai tenaga . Omega -3 juga boleh mengurangkan hormon kelaparan dan membantu meningkatkan hormon yang berkaitan dengan perasaan kenyang supaya anda kenyang lebih lama.
  

3. MEMBERIKAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT 
Semua orang mahukan kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan UV akibat terdedah kepada cahaya matahari . Penyelidikan yang diterbitkan dalam Experimental Dermatology pada tahun 2011 melaporkan bahawa omega -3 dapat membantu dalam mengurangkan ‘photosensitivity’, mengurangkan tindak balas imun berikutan pendedahan matahari , serta pengurangan ‘photoaging’ dan tekanan oksidatif akibat daripada pendedahan cahaya matahari. Omega -3 juga memainkan peranan dalam membantu mencegah kanser kulit. Dengan iklim khatulistiwa di Malaysia ni omega sudah pasti menjadi satu suplemen terpenting.

4. OMEGA MENURUNKAN KOLESTROL JAHAT DAN MENINGKATKAN KOLESTROL BAIK 
Ini satu lagi masalah terbesar orang di Malaysia. Malaysia kaya dengan menu yang pelbagai dan kita semua suka makan kan? Tapi akibatnya lebih 60% rakyat malaysia mengalami obesiti dan kolesterol tinggi
Diet dengan pengambilan omega -3 dapat membantu menurunkan kadar ‘kolesterol jahat’ (LDL) dan meningkatkan kadar ‘kolesterol baik’ (HDL). Itulah sebabnya Persatuan Jantung Amerika menyarankan orang dewasa yang sihat untuk makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan ( ikan sebaik-baiknya berminyak dari perairan sejuk) setiap minggu untuk mendapatkan kira-kira 500mg – 1g omega-3 sehari.
 

5. BANTU MENGURANGKAN ASMA 
Asma atau lelah adalah penyakit lazim di negara kita. Dengan udara yang tercemar dan kotor, sesiapa pun berisiko untuk mendapat asma. 
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang menghidap asma mempunyai tahap omega-3 yang lebih rendah berbanding mereka yang tiada asma. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan omega-3 meningkatkan tahap kesihatan penghidap asma. Satu kajian yang disiarkan dalam Perubatan Respiratori , melaporkan peningkatan fungsi paru-paru sebanyak 59 % dan mengurangkan keradangan saluran udara selepas mereka mengambil omega-3.

  
Terdapat banyak lagi kelebihan dan kepentingan omega yang kita perlu tahu. 

Omega Guard Shaklee
Ini adalah rupa paras OmegaGuard! InsyaAllah telah banyak membantu ramai orang dengan manfaat yang disediakan.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Thursday, October 2, 2014

Tips Atasi Masalah Tumit Kaki Pecah

Penampilan tampak tidak kena ataupun tidak sesuai andai tumit kaki kelihatan kering ataupun merekah. Bagi wanita walaupun hanya di rumah sahaja namun ia pasti menganggu penampilan kan. Nak-nak di depan suami. Dan lelaki juga tidak terkecuali.

Banyak faktor yang mempengaruhi kulit tumit kering ataupun merekah. Antaranya kerap pijak lantai simen, faktor tubuh badan, kaki sentiasa dalam keadaan lembap, ataupun pemilihan kasut tidak memberi keselesaan pada kaki.

Jom kita cuba tip-tip untuk tumit kaki kering dan merekah:
  1. Jika kasut terlalu besar ataupun longgar dengan tapak kaki akan menyebabkan geseran. Geseran ini akan membentuk garis halus yang kering di permukaan tumit. Pastikan saiz kasut betul-betul muat pada kaki dan jari kaki tidak bergoyang bila berjalan memakai kasut.
  2.  Selalu amalkan setiap hari membasuh kaki dengan air suam bersabun. Jangan amalkan menggunakan air panas keran akan menyebabkan peredaran darah pada kaki akan terjejas. 
  3. Cuci di kawasan tumit kaki dan biarkan mengelupas dan gosok kan ia. Ia bertujuan untuk buang segala sel-se mati. 
  4. Sentiasa keringkan di antara jari kaki. Kerana jari kaki mudah bakteria tumbuh di kawasan lembap dan terturup. 
  5. Melembapkan tumit kaki dengan losyen yang khas untuk tumit kaki yang merekah dan kering. Amalkan memakai stoking jenis kain kapas. 
  6. Amalkan petua ini iaitu larutkan 1/4 cawan cuka putih dan air suam. Air yang digunakan hingga menampung kaki sehingga buku lali. Asid asetik dalam cuka ringan melembutkan kulit kering menyebabkan mengelupas . Selepas itu dikeringkan dengan sempurna. 
  7. Selain itu, ada petua menggunakan minyak zaitun yang disapukan pada pemukaan kulit tapak kaki. Minyak zaitun di campurkan dengan lemon ataupun cuka untuk disapukan pada kulit tersebut. Madu juga boleh digunakan kerana ia adalah pelembap semulajadi yang tinggi bagi melembapkan kulit. Tetapi perlu konsisten untuk dapatka hasil yang cepat.
Jikalau malas nak amalkan tip-tip dia atas, anda boleh amalkan vitamin Shaklee iaitu Vitamin E untuk secara dalaman dan Herbal Cream Blend untuk sapuan di bahagian luaran. 
Vitamin E bertindak untuk membantu memperbaiki sel-sel kulit yang telah mati. Apabila sel-sel kulit dah diganti, ini akan menyebabkan kulit di bahagian luaran akan tampak sihat.

Herbal Blend Cream Untuk Tumit Kering dan Merekah
Herbal Blend Cream adalah krim untuk sapuan luaran bagi melembutkan lapisan-lapisan kulit yang kering. Ia akan mempercepatkan dengan pengambilan serentak dengan vitamin E. 
Untuk mendapatkan Produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 

 

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels