Showing posts with label kesan pemilihan bra yang salah. Show all posts
Showing posts with label kesan pemilihan bra yang salah. Show all posts

Friday, October 21, 2016

Tidur Bogel Dapat Elak Kanser Dan Kemandulan



Menanggalkan pakaian dalam 'bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. 'Menanggalkan pakaian dalam' bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat / kain batik, tanpa pakaian dalam.

Kebaikan Tidur Tanpa Pemakaian Pakaian Dalam

  1. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi peluang bagi sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imunitinya.Jika tidur dengan memakai pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
  2. Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda disyorkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau tanggalkan pakaian dalam ketika tidur, supaya dapat mempercepat dan melancarkan proses pembaikan dan pengeluaran racun.
  3. Selain itu, tidur tanpa memakai pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan memakai pakaian dalam boleh membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bahagian intim baik pada wanita maupun lelaki

Bra Dan Kanser Payudara Dikalangan Wanita

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra semasa tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menasihatkan wanita yang ingin mengelakkan kanser payudara harus memakai bra dalam masa sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam, sila elakkan dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
"Waktu yang paling sesuai untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra, "kata Sydney Singer, seperti yang tersebar dalam chetday
Menurut Sydney Singer, memakai bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini boleh mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh menyekat aliran darah ke payudara.

Kemandulan Di Kalangan Lelaki

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau tidak pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.menurut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang.

Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi pengeluaran sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak boleh berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lain. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Share:

Thursday, October 20, 2016

Cara Memilih, Mengukur Saiz Dan Memakai Bra Yang Betul


Bra atau coli adalah pakaian dalam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan payudara wanita. Ramai wanita yang berasa lebih yakin bila memakai bra yang selesa dan seksi. Biarpun ia sekadar pakaian dalam, namun memilih bra yang berkualiti dengan saiz yang sesuai penting dan tidak boleh dianggap remeh.

Cara Memilih Bra Yang Betul 

Membeli bra atau coli bukan semudah yang disangka. Ia bergantung pada bentuk badan dan saiz payudara. Kadangkala saiz bra yang sama belum tentu menjamin keselesaan bila seseorang memakainya.

Memandangkan bra bukan sekadar baju dalam, sebaliknya ia juga membantu membaiki postur, membentuk badan dan membuat anda berasa yakin maka anda terlebih dahulu perlulah memilih saiz ukur lilit dan ‘cup’ yang sesuai dan berasa selesa apabila dipakai.

1.Untuk Payudara Bersaiz Kecil

Pilih bra jenis ‘push up’ kerana ia dapat membantu membuatkan payudara kelihatan lebih padat
Pilih bra yang jenis half cup dan bukannya full cup.

2.Untuk Payudara Pendulous (kebawah)

Pilih bra yang berdawai yang dapat menampung payudara dari bahagian bawah.
Selain itu pilih bra yang jenis ‘full cup’, bertali lebar dan mempunyai sokongan tambahan.

3.Untuk Payudara Yang Berposisi Jauh

Pilih bra yang memberi sokongan sisi yang dapat merapatkan posisi payudara.

4.Untuk Payudara Yang Berposisi Rapat

Pilih bra atau coli yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.

Cara Mengukur Saiz Bra yang Betul

Pemakaian pakaian dalam yang bertepatan sangat penting. Antara kesan negatif pemakaian bra yang tidak betul adalah :  
  1. Bebanan pada tulang belakang. Postur tulang belakang boleh terjejas dan menyebabkan kesan-kesan lain seperti sesemut di tangan, sakit kepala dan seperti badan masuk angin. Ini berlaku akibat kelengkungan tulang belakang yang tidak normal. Kesan ini boleh terjadi kepada semua dan lebih parah untuk wanita yang memiliki payudara bersaiz besar 

  2. Kesan melecet, merah-merah & gatal pada payudara  

  3. Gangguan pernafasan akibat terutama mereka yang memilih payudara ber wire  

  4. Mengganggu supply oksigen kepada bahagian payudara jika bra terlalu ketat. Gangguan pengaliran darah yang membawa oksigen dan mengangkut keluar toksik amat berbahaya untuk jangka masa panjang  

  5. Menjejaskan bentuk payudara terutamanya dari segi jangka masa panjang akibat support yang tidak betul oleh bra
Jadi, amatlah penting untuk para wanita mengetahui saiz & ukuran yang betul untuk memilih bra yang sesuai. 

Berikut adalah tips mengukur saiz bra yang betul:


 

Dua perkara yang terlibat dalam mengukur saiz bra ialah : 
  • Ukur lilit lingkaran badan &
  • saiz cup
UKUR LINGKARAN BADAN
Ambil ukur lilit badan dalam unit inci, bawah payudara iaitu di bahagian tulang rusuk bawah payudara (Nombor 1 pada gambar diatas). Jika hasil ukuran :
>> Bernombor genap, tambahkan 4 inci
>> Bernombor ganjil, tambahkan 5 inci. 

Contoh 1 :
Ukuran lilitan badan ialah 28, jadi ukuran bra ialah 32. (28+4=32). << Tambah 4 sebab 28 nombor genap
Contoh 2 :
Ukuran lilitan badan ialah 29, maka ukuran bra ialah 34. (29+5=34). << Tambah 5 sebab 29 nombor genap 

UKURAN CAWAN (CUP)
Ukur lilit badan pada bahagian paling depan payudara iaitu bahagian puting paling menonjol (nombor 2 pada gambar). Kira perbezaan dengan angka ukuran lilit badan yang telah dibuat awal tadi. Pilih cup berdasarkan perbezaan ukuran dibawah : 

Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D 

Contoh:
Ukuran lilitan badan tadi = 28
Ukuran lilitan payudara = 31
Jadi perbezaannya ialah 3 inci (31-28) >> Cup C

Contoh akhir :
Ukuran lilitan badan (no 1 pada gambar) >> 28
Ukuran lilitan payudara (no 2 pada gambar) >> 32 

Saiz bra ialah :
Lilitan >> 28 + 4 = 32 (tambah 4 sebab 28 angka genap)
Saiz cup >> Ukur lilit payudara - ukur lilit badan = 32-28 = 4 >> Cup D

Cara Memakai Bra Dengan Betul

  1. Condongkan badan ke hadapan dan masukkan tangan melalui tali bahu. 
  2. Masukkan payudara ke dalam ‘cup’ bra dan selepas itu pasangkan cangkuk. 
  3. Pastikan payudara masuk sepenuhnya ke dalam ‘cup’. Perbetulkan kedudukan tali bahu supaya selesa. 
  4. Selepas itu luruskan badan dan angkat kedua-dua belah tangan. Bra yang bersaiz betul tidak akan terangkat naik.

Cara Yang Betul Menjaga Bra Atau Pakaian Dalam

  • Bila hendak mencuci pakaian dalam, jangan rendam terlalu lama untuk mengelakkan bra cepat rosak atau longgar. Rendamkan sekejap sahaja, kira-kira 10 minit menggunakan air sejuk. 
  • Seeloknya elakkan mencuci bra atau pakaian dalam lain menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam menggunakan tangan supaya ia tidak mudah rosak. 
  • Pilih sabun pencuci yang sesuai. Selain merosakkan bra, sabun pencuci yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kita mendapat alergi atau kegatalan. 
  • Untuk mengelak bra dari cepat pudar, elak menjemurkan baju dalam di bawah cahaya matahari yang terik. 
  • Jangan melipat bra kerana ‘cup’ akan cepat rosak.
Selain itu pastikan anda beli baju dalam yang berkualiti supaya dapat tahan lama. Pilih bra jenis kapas untuk membantu penyerapan peluh.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels