Showing posts with label kuku cantik. Show all posts
Showing posts with label kuku cantik. Show all posts

Saturday, March 19, 2016

Ummi Pasaipa Kuku Tangan Saya Lagi Cepat Panjang Dari Kuku Kaki?


Hari Jumaat kita disunatkan untuk memotong kuku. Sedang saya memotong kuku tangan anak lelaki saya minta saya potongkan kuku tangannya sekali. Selesai memotong kuku anak saya ajukan satu soalan "ummi pasaipa kuku tangan abg miyun cepat panjang dari kuku kaki?

Pernahkah anda tertanya kenapa ini berlaku?

Anda sebenarnya tak keseorangan. Soalan yang sama pernah bermain di fikiran saya. Dan juga Dr William Bean, ahli fizik di Walter Reed Army Medical Center, Amerika Syarikat. Beliau mula mengkaji perkara ini pada umurnya 32 tahun.

Mulanya, dia calarkan sedikit kukunya di bahagian “cuticle” pada setiap awal bulan. Dan beliau lakukannya secara konsisten selama 20 tahun. Semata-mata kerana ingin melihat pertumbuhan kukunya. Wow.

Bukan itu saja. Untuk kajian lebih tepat, dia juga sanggup buat tatu di pangkal kukunya. Hasilnya, beliau dapati kuku beliau semakin lama semakin lambat tumbuh. Sehinggakan kukunya tumbuh lewat sebulan berbanding pada tahun-tahun awal kajiannya.

Jadi, beliau simpulkan, pertumbuhan kuku berkait rapat dengan aliran darah dan kadar metabolisma badan. Semakin anda tua, semakin perlahan peredaran darah dan kadar metabolisma badan. Maka, semakin perlahanlah kuku anda untuk tumbuh.

Patutlah kuku anak lebih cepat panjang dari saya. Dan lebih kerap saya memotong kukunya berbanding kuku saya sendiri.

Selain itu, para penyelidik juga mendapati sesuatu. Sekiranya anda kidal, maka kuku jari kiri anda lebih cepat panjang berbanding kuku jari kanan. Begitu jugalah sebaliknya untuk mereka yang tidak kidal.

Jadi, penyelidik pun simpulkanlah beberapa jawapan kepada persoalan asal kita tadi.

1) Oleh kerana jari tangan lebih dekat dengan jantung berbanding jari kaki, maka peredaran darah lebih banyak di tangan berbanding kaki. Jadi, lagi cepatlah kuku jari tangan menjadi panjang berbanding kuku jari kaki. 

2) Oleh kerana kita lebih banyak gerakkan jari tangan daripada jari kaki, maka kuku jari tangan jadi lebih cepat panjang berbanding kuku jari kaki. Tambah lagi pula zaman gajet. Jari tangan lagilah asyik menaip saja kan.

Tahukah Anda?

Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan.

Lepas ni kalau anak anda tanya soalan sama, kongsikan saja jawapan di atas.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/Whatapps: 013-4505852


Share:

Monday, May 18, 2015

14 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan Anda


Bila kena stroke baru tahu ada masalah dengan jantung. Bila ada serangan jantung baru tahu ada masalah kolestrol tinggi. Memang kolesterol ni pembunuh dalam senyap kalau tak dirawat, jadi  bagaimana caranya untuk kita mengetahui badan kita tinggi kolestrol atau tidak selain melalui pemeriksaan darah? 

Disini dikongsikan 14 tanda yang badan anda mempunyai kolestrol yang tinggi. Jika anda mempunyai semua tanda-tanda ini cepat-cepat ler ubah cara hidup yang lebih sihat k. 

1.Sakit pada kaki

Gejala umum dari kolesterol sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut. Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.

2. Kram di malam hari

Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang dengan kolesterol tinggi mungkin merasakan kram di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan. Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan. Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.

3. Kuku berubah

Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong. 

4. Kulit ikut berubah

Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.

Pada awalnya, kaki akan berwanra putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran. 

5. Kaki menjadi sejuk

Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski tidak sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).

Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan. Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.

6. Proses pemulihan luka yang lambat

Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya. Penurunan edaran menjadi penyebab luka lambat pulih, atau meski cepat tapi tidak langsung sembuh total.

7. Mati rasa

Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut adalah tanda tingginya zat purin penyebab asam urat. Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata mati rasa tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.

8. Diare

Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.

Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

9. Lesu disertai migrain

Meski bukan gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari pemicunya iaitu terganggunnya proses metabolisme lemak tentu juga memberi kesan pada sistem pencernaan. Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan. Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana sebetulnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.

10. Mengganggu otak, mengundang emosi, dan penurunan kemampuan memori

Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, tidak bersungguhnya proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.

11. Perut kembung

Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut. Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.

12. Berlebihan berat badan

Selain gas, tentu lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak. Dengan begitu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.

13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi (berdebar-debar)

Berlebihnya kolesterol akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi. Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal. Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.

14. Muncul lebam pada beberapa bahagian badan

Keadaan dimana terjadi penumpukan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma. Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.

KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN SHAKLEE

Dengan menjaga permakanan serta amalkan nutrisi yang lengkap, kolesterol dalam badan dapat dikawal dengan mengambil set kolesterol shaklee. Mengandungi beberapa vitamin yang bagus dan sangat membantu, dari segi jantung dan tekanan darah.

  1. VIVIX - terkenal dengan antioksidan yang tinggi, Antioksidan dalam Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Orang yang alami masalah kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh plug atau kolestrol berlebihan dalam salur darah. Fungsi Vivix ini, ia melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan. Kolestrol tidak boleh menempel pada salur darah yang boleh menyebabkan kolesterol berlebihan. Resveraterol terbukti berkesan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat di saluran darah.

  2. PHYTOCOL-ST - Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan! Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.

  3. OMEGA GUARD - Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3. Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL..Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. 

TESTIMONI SET KOLESTEROL TINGGI






Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.   
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Share:

Wednesday, March 12, 2014

Vitamin Untuk Kuku Yang Sihat Dan Cantik

Kuku adalah salah satu struktur tubuh manusia. Jika ia kelihatan tidak cantik bermakna ia  adalah tidak sihat.  Bagaimana untuk dapatkan kuku yang sihat dan cantik? Untuk mendapat kuku yang cantik dan sihat, tubuh memerlukan:

  1. Sumber vitamin B yang cukup terutamanya  Biotin yang mana berperanan untuk menguatkan   kuku. Antara sumber-sumber makanan yang mengandungi biotin ialah carrot, tomato, oatmeal dan kekacang. 
  2. Cuba lihat kuku anda, ada tak bahagian yang bewarna putih? Jika ada bermakna anda kekurangan zink. Salah satu makanan yang kaya dengan zink ialah biji labu.
  3. Sapu atau urutkan kuku anda dengan vitamin e.
  4. Tukarkan pembersih warna kuku dengan 'acetate based remover' untuk mengelakkan kuku menjadi kering. 
Untuk sumber vitamin yang lebih mudah dan tidak menyusahkan, Shaklee ada penyelesaiannya;
      Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
      Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
      SMS/Whatapps: 013-4505852
      Share:

      Tips Penjagaan Kuku

       
      Kenali Kuku Anda   
      Kuku adalah keratin protein yang juga boleh ditemui dalam kulit dan rambut. Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian:
      1. Nail Plate (lapisan kuku paling atas) – Bahagian yang jelas dilihat pada kuku jari dan kaki.
      2. Nail Bed dan matrix – Kawasan di bawah kulit kuku (cuticle), bahagian kuku yang tersembunyi ketika proses pertumbuhan kuku.
      3. Lunula – Sebahagian daripada matrix dan ia berwarna putih. Berbentuk seperti bulan sabit di bahagian pangkal kuku dan jelas dilihat di ibu jari.
      4. Kulit kuku (cuticle) – Tisu yang bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku.
      5. Lekuk kuku (nail folds) – Lekuk kulit yang membingkai dan menyokong kuku dari tiga arah.
      Kuku Rosak 
      Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat.
      Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang ‘nail plate’ (lapisan kuku paling atas).
      Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:


      • Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
      • Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
      • Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
      • Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
      • Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
      • Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya

      Tip Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki

      • Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
      • Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
      • Makan banyak buah-buahan dan protein.
      • Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
      • Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki haris discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
      • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
      • Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
      • Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
      • Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
      • Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
      • Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
      • Sapukan bedak khas untuk kaki.
      • Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya. 
      Untuk sumber vitamin yang lebih mudah dan tidak menyusahkan, Shaklee ada penyelesaiannya;


      Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
      Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
      SMS/whatapps: 013-4505852 


      Share:

      Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

        Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

      Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

      VIVIX The Best Antiaging

      Search This Blog

      Powered by Blogger.

      Followers

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Free Auto Malaysia Backlinks
      My Ping in TotalPing.com

      Labels