Showing posts with label vita-lea. Show all posts
Showing posts with label vita-lea. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Risiko Hamil Dan Bersalin Bagi Ibu Rendah HB.



80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah. Kandungan hemoglobin yg rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu.
 
Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Mengapa ianya terjadi?

  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda.
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah.
  • Kurangnya pengambilan zat besi dan vitamin B12.
  • Penurunan kadar hemoglobin normal.  
  • Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik.

Apakah Risiko Hb Rendah?

Kesan kepada ibu

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kepentingan HB Ketika Hamil Dan Kesan Pada Bayi Jika Hb Rendah:

1. Kandungan Kurang Dari 5 Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

3. Kandungan 7 Bulan Ke Atas

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Apakah Cara Terbaik Untuk Tingkatkan Hb?

  • Mengambil makanan yang kaya zat besi seperti daging lembu,roti gandum,bijirin,telur dan buah-buahan kering. 
  • Mengambil makanan yg tinggi asid folic seperti bijirin gandum,kekacang,mentega kacang,oatmeal, cendawan, sawi,brokoli dan asparagus. 
  • Makan makanan yg tinggi vitamin c,seperti buah-buahan citrus oren dan sayur2an. vitamin C membantu penyerapan zat besi yg lebih cekap. 
  • Walaupon hati haiwan (lembu,ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai retinol.kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yg mengambil retinol berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi yg cacat seperti kelainan wajah,kepala,jantung dan sistem saraf. 
  •  Di bawah ni dikongsikan bersama senarai makanan mengikut kumpulan makanan.

Selain itu Shaklee dapat membantu anda dengan pengambilan suplement yang dikenali sebagai multivitamin iaitu VITA-LEA WITH IRON FORMULA.Ia mengandungi Vitamin B12 yang dapat membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.Pengambilan Vita-Lea sebanyak 2 biji sehari mampu untuk menambah paras hemoglobin anda.

Testimoni 1: Seminggu Hb Dah naik!!!

Testimoni 2: Hb tetap Maintain walaupun makin sarat!!!


Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  

SMS/whatapps: 013-4505852    (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Share:

Thursday, January 29, 2015

Alfalfa Shaklee: Merapatkan Kembali "Miss V" Selepas Bersalin

Ramai wanita yang sudah melahirkan anak bimbang apabila mengalami masalah bahagian sulit ‘longgar’ dan kemutan yang tidak sehebat seperti malam pertama. 

Masalah alat sulit longgar bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Semasa mengandung, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran bayi. Pembesaran tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina wanita. 

Proses kelahiran yang berlaku turut menambahkan lagi perubahan tersebut. Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi bersaiz agak besar atau ia merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak.

Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina. Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan penjagaan kebersihan diri dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sedia kala dalam beberapa hari.

 
Rawatan
Ada pelbagai cara rawatan sama ada secara tradisional yang dilakukan sendiri di rumah atau pun melakukannya di salon dan spa. Antara rawatan yang disarankan adalah:
  • berurut, 
  • bertungku, 
  • bertangas, 
  • sauna, 
  • skrub 
  • dan senaman.
Skrub atau sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah warna semasa hamil. 

Sementara rawatan sauna/tangas untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas berpantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid. Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, masalah berbau, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps.
Rawatan bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu, tungku herba atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seprti serai wangi, sirih, halia dan temu lawak dikatakan dapat memberikan khasiat lebih baik kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

Rawatan tradisional juga boleh dilakukan sendiri di rumah seperti mencuci bahagian sulit menggunakan air rebusan sirih selang sehari. Sirih dipercaya boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian intim wanita.

Selain rawatan tersebut, wanita perlu rajin mengamalkan senaman kegel. Semasa pantang, senaman kegel boleh membantu proses penyembuhan daripada luka episiotomi dengan lebih cepat, mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvik anda.

Pemakanan Sihat
Makanan turut memainkan peranan penting dalam soal penjagaan bahagian intim. Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan kepada bahagian tersebut. Seeloknya wanita perlu menjaga pemakanan mereka dalam tempoh 100 hari selepas bersalin. Jika mengikut petua tradisional, makanan dalam kategori sejuk seperti timun, kobis, ais tidak boleh dimakan kerana ia memberi kesan tidak elok kepada otot bahagian pelvik seperti mudah kejang.

Amalan pemakanan ulam lengkuas atau dicampurkan dalam setiap hidangan makanan dipercaya boleh merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin. 

Khasiat biji manjakani telah diketahui umum baik untuk kesihatan wanita. Tannin yang terkandung dalam manjakani dikatakan mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar dan kendur.Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.

Selain menjaga pemakanan. Wanita perlu bijak mengawal emosi diri berhadapan dengan perubahan sebaik bergelar ibu. Apa pun anda tidak boleh sekali-kali mengenepikan tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami tercinta. Melakukan hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak mungkin sesuatu yang cuba dielakkan oleh sesetengah wanita terutama yang mengalami pengalaman pahit semasa bersalin.

Tetapi sebagai wanita muslim, kewajipan terhadap suami perlu dilunaskan asalkan diri sudah bebas daripada darah nifas dan badan telah sihat dan kuat. Namun jika kedua pihak bersetuju untuk mengikut petua tradisional, digalakkan untuk melakukan hubungan intim selepas tempoh berpantang 40 hari bagi membolehkan otot-otot dan badan benar-benar bersedia dan bertenaga.

Tip
• Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kotoran dan bau-bauan.
• Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur.
• Pakaian tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu membuat hubungan bersama suami sahaja tetapi tidak sesuai untuk waktu tidur yang panjang kerana ia tidak menyerap peluh. Ia boleh menimbulkan kesensitifan pada bahagian sulit.
• Jika ada masalah bau atau keputihan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik bagi mematikan bakteria di bahagian sulit.
• Digalakkan wanita mengambil suplemen yang mempunyai GLA (Gamma Linolenik Acid) dan multivitamin sebagai menjana tenaga dan kesihatan.

Alfalfa Shaklee 

alfalfa shaklee, merapatkan miss v
Alfalfa Shaklee telah terbukti berkesan untuk merapatkan kembali miss V, merawat keputihan di kalangan wanita & menegangkan payudara. Jom kita tengok testimonial di bawah:

Testimoni 1
 
Testimoni 2
 
Testimoni 3
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/        
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Monday, January 5, 2015

Dah ambil Mutivitamin Kenapa Perlu Vitamin C Dan B Complex lagi???

Jika anda lihat kandungan multivitamin, vitamin B dan C telah pun terkandung dalam multivitamin. Tetapi kenapa masih perlu ambil extra Vitamin C dan Vitamin B complex jika semuanya boleh didapati dari Multivitamin atau VitaLea.
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/vita-lea-iron-formula.html
Multivitamin yang lengkap mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Inilah pada asasnya diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bagaimanapun kehidupan seharian yang kini telah banyak mempengaruhi cara pemakanan kita telah membuatkan keperluan vitamin C dan B complex semakin menjadi perhatian umum.

Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C?
Jawapannya adalah ya. 

Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin C dan B complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?
Ini kerana kandungan vitamin C dan B complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai… hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.

Sesungguhnya vitamin C dan B complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin C dan B complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia. Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Vitamin C sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.

VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/sustained-release-vita-ctm-500-mg.html 

Sebab-sebab kemusnahan vitamin C
1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.
2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.
3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) – physikal dan mental.
4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

 Bagaimana pula dengan vitamin B complex?


http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/b-complex.html

Sebab-sebab kemusnahan vitamin B Complex
• jenis larut air – perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.

FUNGSI B-COMPLEX
• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

Jika kita lihat pada kuantiti yang dibekalkan di dalam sebiji multivitamin, vitamin C yang disertakan rata2 dalam lingkungan 100g sedangkan minima keperluan tubuh kita ialah 500mg sehari untuk seorang yang sihat. Begitu juga kuantiti yang disertakan untuk 8 kumpulan B yang membentuk B complex, tidak mencukupi dengan keperluan tubuh kita.

Ada juga persoalan yang timbul….Bagaimana jika saya meningkatkan dos pengambilan multivitamin saya? Adakah ianya memadai? 
Jawapannya tidak kerana ini hanya akan meningkatkan pengambilan vitamin dan garam mineral lain yang mana ianya hanya akan disingkirkan oleh badan apabila melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Ini boleh merugikan kos apa yang kita bayar.

Ingin juga saya selitkan tiada istilah pengambilan terlebih atau excessive dalam pengambilan supplement kecuali untuk vitamin A (atau lebih dikenali Beta Carotene) dan Vitamin E kerana kebanyakkan vitamin selain ini akan disingkirkan dalam sistem perkumuhan apabila tidak diperlukan oleh tubuh badan.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/ What apps: 013-4505852 



Share:

Saturday, June 7, 2014

Set Tambah Berat Badan Shaklee

Kebiasaanya orang bertanya pasal slimming set,tapi jangan tak tau ada juga yang bertanya tentang cara nak tambah berat badan. 
Jika anda mengalami masalah ini anda boleh mencuba Set Tambah Berat Badan Shaklee.Buat masa ini memang Set ini terbaik di pasaran untuk naikkan berat badan.

Bukan semua ingin mencari supplement untuk kurus, malah ada juga mereka yang mencari supplement untuk TAMBAH BERAT BADAN! terutama untuk mereka yang KURUS atau SANGAT KURUS yang lebih menginginkan berat badan yang lebih ideal. Kami ingin menyarankan 3 supplement Shaklee yang asas dan lengkap untuk membantu anda tambah berat badan anda dan menjadikan bentuk badan anda lebih ideal.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/10/tambah-berat-badan-dengan-supplement.html#sthash.RHTfOHVG.dpuf
Dalam Set Tambah Berat Shaklee ni terdapat VitaLea, vitamin B Complex dan Meal Shakes. Jom kita kenali kehebatan setiap supplemen ni.
MEAL SHAKES
Meal Shakes ni yang membuatkan dia BEST adalah rasa dia memang awesome! Macam rasa vanila shakes gitu. Meal Shakes kaya dengan PROTEIN dimana pengambilan protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana ianya merupakan asas kepada pemakanan tubuh badan kita. Yup, untuk menambah berat badan, tips simplenya adalah makan makanan yang kaya dengan protein. Apabila sel kita sihat hasil daripada pengambilan protein yang berkualiti, maka badan kita lebih mudah untuk menyerap segala kebaikan zat dan vitamin.  
Meal Shakes juga membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang penting. Ia mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. 

VITA-LEA

Vita-Lea pula merupakan multivitamin dengan formulasi zat besi yang mengandungi 
  • 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 
  • 12 vitamin dan 
  • 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA di dalam setiap tablet. 
Wow!! Ianya merupakan elemen penting bagi sel tubuh yang menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Vita-Lea merupakan supplement penting kerana ia memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu, mengelakkan pitam dan pening. 

B COMPLEX

Pengambilan vitamin B Complex juga penting bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. Si kurus biasanya akan berasa cepat letih dan lesu. B Complex menukarkan makanan kepada tenaga, dimana ia mambantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan. Istimewanya B Complex Shaklee ni ialah ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia juga mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Untuk mendapatkan Set Tambah Berat Badan ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852


Share:

Sunday, November 24, 2013

Makanan Tingkatkan Hemoglobin Semasa Hamil

HB rendah atau juga dikenali sebagai anemia berkait rapat dengan paras zat besi yang rendah. Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.

Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah
* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine


  Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah
* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka
 
makanan tinggi zat besisayuran tinggi zat besi
bijirin tinggi zat besi
TIPS BERGUNA:  
  • Ambil vitamin C bersama-sama makanan yang tinggi zat besi.  
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik. Contohnya, cuba makan ayam panggang, brokoli kukus , dan beras perang. Brokoli kaya dengan Vitamin C dan zat besi anda akan perolehi dari ayam. Atau sarapan dengan roti yang diperkayakan dengan zat besi (iron fortified)  bersama jus oren.  
  • Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. 
Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zat besi di dalam badan.Contohnya, jangan minum susu selepas makan contoh makanan diatas tadi. 
  • Elakkan pengambilan kafein. 
Bagi ibu hamil yang mahu mencuba produk Shaklee bagi mengatasi masalah HB rendah, saya sarankan pengambilan Vitalea Iron Formula (Ia mengandungi Vitamin B12 yang dapat membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Pengambilan Vita-Lea sebanyak 2 biji sehari mampu untuk menambah paras hemoglobin anda) bersama-sama dengan Vitamin C. Sama ada Sustained Release Vitamin C atau Chewable Vitamin C.

Testimoni 1
 
Testimoni 2
 
Untuk mendapatkan Set Tingkatkan Hemoglobin ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Tuesday, October 1, 2013

Pelengkap Nutrisi Dengan Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral Hebat

 
Jom Kenali Vitamin Vita-lea
Merupakan Multi vitamin dan mineral yang pertaman dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yg disebut kini asalnya dari shaklee.
Perubahan dan peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair ke bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
 
Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan bentuk nutrisi - spirulina. Dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Manfaat Utama Vita-Lea
  • Penambahan tenaga SEGERA ~ kecergasan tubuh dan aspek kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap nutrisi ~ kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang vege dan anemia.
  • Keupayaan sistem produktif ~ penting bagi anak2 dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisme ~ sangta membantu dalam stimulasi metabolisme dan melmbatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh ~ Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon dan menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ ~ melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
Fungsi Vita-Lea Shaklee
  • Mengimbangi segala bahan kimia di dalam badan
  • Sebagai insuran bagi mnampung kepada apa2 pemakanan yang kurang dalam diet harian
  • Membantu pengambilan makanan di dalam badan kita supaya lebih berfungsi (mengoptimumkan fungsi nutrien dari diet harian kita)
  • Membantu meningkatkan kesegraan otak dan pertahanan terhadap jangkitan
  • Membantu kesihatan secara am. 
Kenapa Vita-Lea MultiVitamin terbaik?
Vita-Lea merupakan vitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalam jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangkamasa panjang.
  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun yang berpunca daripada radikal bebas.
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • 2 kali lebihmagnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk meyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga.
Siapa memerlukan Multivitamin Vita-lea
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh untuk jangka masa panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat  umur
  • Individu yang menopause
  • Wanita baru bersalin
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels