Showing posts with label bahaya pad pakai buang. Show all posts
Showing posts with label bahaya pad pakai buang. Show all posts

Saturday, October 24, 2015

Tips Jaga Kebersihan Ketika Datang Bulan


Tidak dinafikan bahawa menjaga kesihatan bahagian sulit bagi kaum wanita sangatlah penting. Apatah lagi ketika “datang bulan”. Sebagai wanita yang aktif, anda tentunya memerlukan pembalut wanita yang berdaya serap tinggi, supaya tidak lembap, permukaannya lembut agar vagina tidak melecet dan tembus!

Pemilihan tuala wanita yang bermutu sangat penting kerana ia menjadi sahabat karib anda sepanjang tempoh “datang bulan” atau haid.  Keadaan ini akan membuatkan anda berasa lebih yakin, selesa di saat melakukan pelbagai aktiviti seharian.

Bukanlah sesuatu yang sukar untuk wanita menjaga kesihatan alat sulitnya kerana sebahagian besar proses menjaga kebersihan tersebut memang sudah anda lakukan, sekadar menerapkannya secara konsisten sahaja.

Langkah-Langkah Yang Perlu Anda Ambil:
1. Mandi 
Jangan abaikan rutin mandi pagi dan petang. Keadaan cuaca yang tidak menentu, membuatkan anda sering berpeluh, sehingga perlu kerap  mandi ketika Datang Bulan Mandi adalah proses penting untuk jaga kebersihan kawasan alat sulit perempuan.

2. Pakai Deodorant
Ketika Datang Bulan , tubuh akan mengeluarkan lebih banyak hormon estrogen. Hormon ini akan mengundang pengeluaran peluh dan minyak tubuh akan menjadi lebih banyak daripada biasa. Inilah yang menyebabkan tubuh Mungkin Mengeluarkan  bau Yang tidak sedap , Bagi memastikan anda tidak mengalami masalah ini, gunakanlah deodorant setiap kali Selepas mandi.

3. Jaga Kebersihan Kulit
Setelah menggunakan tandas, bilas bahagian kulit yang terkena pada permukaan tandas ketika anda membuang air. Perkara ini perlu dilakukan untuk mencegah risiko Jangkitan bakteria. Berbeza dari kebiasaannya, kulit di sekitar kawasan alat sulit Lebih Sensitif Dan  lebih lembab ketika period, sehingga risiko Jangkitan bakteria lebih tinggi pada Waktu itu.

4. Cuci Tangan
Tolong Jaga kebersihan tangan anda. Gunakan sabun untuk mencuci tangan  Dengan Bersih dan bilas dengan air bersih, sebelum dan selepas anda menukar pembalut wanita.

5. Tukar Tuala Wanita/ Cloth Pad Setiap 3-4 Jam
Kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini mengelakan ianya menjadi terlalu lembab akibat menampung terlalu banyak darah dan menjadi media untuk kuman membiak.Ia juga  dapat mencegah terjadinya bau yang tidak menyenangkan dan kegatalan di bahagian alat sulit . 


6. Buang Dengan Kemas 
Bungkus pembalut Wanita yang baru saja anda tukar itu dengan kertas, kemas-kemas.Kemudian masukkan ke dalam tong sampah. Jangan sesekali masukkan pembalut tersebut ke dalam tandas. Kandungan plastik anti bocor pada pembalut berpotensi menyumbat saluran tandas. 
# Dengan penggunaan cloth pad anda tak perlu buat semua ini ianya boleh dibasuh dan dipakai semula. Lebih hygiene, Sangat jimat dan mesra alam.
Petua  Tradisional Mencuci Bahagian Alat Sulit Ketik Haid
  • Gunalah air panas suam yang dibancuh dengan sedikit garam setiap kali mencuci bahagian itu.
  • Anda juga boleh merebus 3 keping asam gelugur,garam dan daun sirih serta daun inai untuk mengelakkannya dari berbau.
Lakukan setiap hari samaada ketika semasa haid atau pun di masa-masa yang lain.Insyaallah anda akan mendapat manafaatnya.


Tahukah Anda?
  • Anda tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya anda mengamalkan penjagaan diri yang baik. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
  • Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Anda dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.
  • Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, anda dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan jumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
KENAPA WAJIB BERTUKAR KEPADA CLOTH PAD?
Wajib bertukar kepada Cloth Pad kerana bukan sahaja selesa dan selamat malahan banyak keuntungannya.
  • Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.
  • Direka untuk melekap dengan baik tanpa mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.
  • Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih mudah ditarik terutamanya jika dimasukkan ke dalam mesin basuh)
  • Lapisan penyerap dan atas dijahit bersama di tengah-tengah untuk memberi kesan yang nipis, kemas dan selesa. Lapisan kalis air tidak dijahit di tengah bagi mengelakkan tembus dan kebocoran.
  • Menggunakan fabrik import yang berkualiti tinggi, kami juga menempah khas fabrik seperti mikrofiber yang anti-bakteria, nilon bersalut PU untuk memberi prestasi yang maksimum, fungsi dan ketahanan kepada semua produk.
  • Mutu kerja yang berkualiti, buatan tangan dengan cermat dan terperinci untuk kualiti yang konsisten.
  • Menawarkan pilihan corak yang pelbagai dan menarik.
  • Fabrik bercorak yang digunakanadalah kain kapas yang bermutu tinggi, tidak mudah luntur dan tahan lasak.
  • Harga yang berpatutan dengan kualiti yang terbaik.
Nota : 
Kalau biasa kita gunakan satu bag pad atau pelapik wanita yang berharga RM7.00 x 12 bulan = RM84.00.  Berapakah cost belanja pad sahaja? Namun apakah yang lebih penting? Ciri2 Keselamtan + Keselesaan + Antibakteria + dijauhi dari sebarang penyakit puan + jimat dan banyak lagi kebaikan yang dapat.
Berminat nak dapatkan Cloth pad boleh hubungi saya di 013-4505852 (Soffiah).
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Tuesday, October 20, 2015

Bahaya Disposal Pad Yang Patut Wanita Tahu

Saya mula kenali disposal pad semasa tinggal diasrama. Sebab utamanya saya rasa malu dan segan bila tengok kawan-kawan semua pakai disposal pad. Saya pula pakai kain batik yang dilipat jer, pastu nak kena basuh lagi. Jahilnya saya kan? Tanpa saya ketahui rupanya pemakaian kain batik tu lah yang lebih baik untuk kesihatan wanita.

Tahukah anda ? 
Sanitary pad atau pad pakai buang sebenarnya tidak elok untuk kesihatan bahagian intim wanita ? sebenarnya pad pakai buang ini di perbuat dari pulpa kayu dan bahan terbuang. Walau nampak macam putih suci je tapi sebenarnya ia datang dari bahan yang kotor.
Pad pakai buang mudah di dapati. Nampak macam murah dan mudah tetapi sebenarnya agak mahal dan mendatangkan keburukan kepada wanita khususnya. Masalah segugut , darah haid berbau , bahagian intim wanita kegatalan , ruam , keputihan semuanya berpunca dari cara penjagaan  dan pemakaian pad pakai buang.
 
Apabila kimia dan toksik bertindak balas dengan darah ianya akan membiakkan bakteria dengan pantas dan menyebabkan berlakunya jangkitan faraj dan kegatalan pada sekitar Mis V.
Cuba anda ingat-ingat semula bila pakai pad dalam jangka masa yang lama ada tak rasa gatal dan merenyam je kat 'situ'.Tahukah anda jika berlaku jangkitan pada Miss V apa yang bakal terjadi
  • Ruam kemerahan
  • Kegatalan di bibir 
  • Keputihan yang teruk
  • Gangguan hormon 
  • penyakit merbahaya seperti toksik"Dioksin" yang boleh memasuki badan dan perlahan2 melalui peredaran darah. Ia mengambil masa bertahun2 untuk berkumpul dan MEMBUNUH' dalam diam.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa pekerja kimia yang terdedah kepada tahap dioksin mempunyai peningkatan risiko kanser.
                                         
Ramai yang tak sedar bahagian dalaman wanita(rahem) mudah sekali di jangkiti dioksin ni. Bagaimana  caranya ? Dengan pembiakan bakteria yang di sebabkan toksik dan bergabung dengan darah period.
Jika sistem daya tahan tubuh(sistem imun rendah)maka dengan mudahnya mendapat pelbagai penyakit seperti kanser serviks yang membawa maut.

Tisu pertumbuhan abnormal dalam faraj seperti endometriosis,sista ovari,fibroid dan lain2 masalah lebih teruk. Tambahan pula ia boleh menghalang daripada hamil,tidak subur dan mengganggu hormon

 
Apa punca darah berbau
Kita akan terkejut bahawa darah sebenarnya tidak mengeluarkan bau yang menjijikkan. Darah kita sememangnya steril dan bersih pada mula ia keluar dari faraj.Ia hanya berbau darah yang normal sama seperti darah yang keluar dari mana2 bahagian badan yang lain.Bau yang busuk sebenarnya adalah kesan dari tindak balas kimia antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang bukanlah dari bau darah itu sendiri.Bukan saja berbau malah darah berketul-ketul. Dah rupe darah beku..Pada hal darah yang keluar tue sebenarnya normal je.
 
Mengenangkan saya seorang yang  mesra alam, suka dengan benda-benda semulajadi, jadi suka untuk saya nak kongsi dan kenalkan kepada anda dengan CLOTH PAD atau bahasa melayunya di panggil PAD KAIN

Mengapa perlu guna pad kain? 

Gunakan pad dari kain? ishh boleh ke? Bocor kan malu satu dunia..tidak sama sekali kerana saya adalah wanita moden yang sibuk dan bekerja". 

Jika jawapan ini tidak asing bagi anda, saya fikir anda perlu berhenti dan berfikir sejenak... mengapa pada zaman moden ini, cloth  pad ini muncul dan seperti cloth diaper, ia mempunyai pasaran yang sangat luas dan sambutan yang sangat baik di negara-negara maju (saya ulang-di negara-negara maju) seperti di USA, UK, Canada, Australia dan Jepun yang para wanitanya juga moden dan sibuk bekerja seperti di negara kita juga. 
 
Cloth Pad dengan corak yang sangat comel.
Lapisan kain jenis minky dibahagian atas yang sangat lembut dan selesa untuk anda.
Pasti ada keistimewaan dan kebaikannya, bukan?
  1. Sudah tentu kebaikan cloth pad adalah berkait dengan penjagaan kesihatan, pengawalan pencemaran alam sekitar, keselesaan, kecantikan dan penjimatan kos yang amat ketara. 
  2. Dengan menggunakan cloth pad, anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih. 
  3. Menjimatkan – Cuba kira sebulan jika anda membeli pad pakai buang berapa ? Jika menggunakan cloth pad. Dengan hanya mengeluarkan sejumlah wang sekali sahaja anda boleh menggunakannya sehingga 4-5 tahun. Anda tidak perlu buang dan ianya boleh di cuci bersih dan di pakai berulang kali. 
  4. Pembinaan Lapisan – Lapisan atas diperbuat daripada minky yang sangat lembut. Lapisan dalaman terdiri lapisan mikrofiber yang anti-bakteria sebagai penyerap dan lapisan kalis air nilon bersalut PU bagi mengelakkan kebocoran. Lapisan belakang (bawah sekali) ialah 100% kain kapas bercorak yang diimport. 
  5. Disebabkan pad ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (minky) anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri!    Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik
  6.  Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi dengan waterproof fabric (PUL) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.
  7. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar ke cloth pad. 
  8. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.  
Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable pad yang berkualiti rendah!

Semua masaalah wanita di atas boleh di atasi dengan hanya satu langkah bijak iaitu bertukar memakai pad kain. Pad kain atau cloth pad tidak lah sesusah mana untuk di pakai. hey !! orang dulu pakai kain batik je .. potong tanpa di jahit. Kali pertama saya datang period bonda saya koyak kain batik jer tau bagi pakai. Dan Bonda saya tak pernah pakai disposal pad pun. Kita sekarang lebih beruntung boleh pilih cloth pad yang cantik designnya dan berkualiti lagi advance dari zaman mak-mak kita dulu.

Jadi anda tak perlu malu macam saya lagi untuk gunakan pad kain, begitu juga anak anda yang tinggal kat asrama tu, malahan berebut2 nak sebab corak dia sangat comel dan cantik. 

Berminat nak dapatkan Cloth pad boleh hubungi saya di 013-4505852 (Soffiah).
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels