Showing posts with label Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Boleh Ke Menyusukan Anak Bila Hamil?

 
Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?
Ramai ibu yang hamil walaupun masih lagi menyusukan bayi mereka yang masih kecil. Insya Allah mereka akan melahirkan anak yang sihat tanpa masalah. Penyusuan sebegini tidak perlu dihentikan asalkan ibu mendapat rehat dan nutrisi yang cukup.

Secara amnya jika seseorang wanita yang baru melahirkan anak, dan telah kedatangan darah haid, maka beliau telah memasuki fasa kesuburan semula. Jadi janganlah hairan jika seorang wanita hamil semula setelah mula melakukan jima’ bersama suami. Apabila wanita itu mengalami kelewatan haid, maka segeralah melakukan ujian UPT atau ultrasound untuk mengesahkan kehamilan.

Namun ada juga wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap, selepas melahirkan anak. Jika berasa letih, sakit pada payudara, rasa loya dan muntah, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Selain itu ibu yang menyusukan mungkin juga mengalami tanda kehamilan apabila mengalami kekeringan dan sakit pada puting payudara secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun ia bukanlah tanda kehamilan yang pasti.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.

Bayangkan menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak dari tubuh wanita itu. Dicampur dengan kehamilan pula, yang mana setiap makanan yang diambil oleh ibu akan dikongsikan bersama anak dalam rahem. Anak kecil pula sedang aktif dan perlu dipantau aktivitinya menyebabkan wanita ini kepenatan. Ditambah lagi dengan kepenatan akibat pekerjaan di tempat kerja. Sungguh mujahadah wanita-wanita ini.

Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahem (uterine contractions) namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormone oxytocin ketika menyusukan bayi, bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahem mengecut. Namun rahem hanya akan mengecut sepenuhnya oleh hormone oxytocin selepas umur kehamilan 37 minggu. 

Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan.

Doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :
  • mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan dari vagina 
  • pernah mengalami kelahiran anak pra matang 
  • pernah mengalami keguguran ketika hamil
Ini kerana wanita ini mempunyai rahem yang sangat sensitif terhadap hormone oxytocin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormone itu akan dikeluarkan dan merangsang rahem untuk mengecut.

Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu payu dara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan. Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolustrum agak berlainan, ramai anak-anak yang menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.

Nasihat Pemakanan
Bagi ibu yang bekerja dan terpaksa menjaga anak yang sedang membesar, mungkin berasa penat ketika pulang ke rumah. Kepenatan sebegini akan mengurangkan pengeluaran susu. Mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja, dan melayan anak yang sedang membesar ketika pulang dari rumah. Selain itu mereka juga memerlukan lebih tenaga untuk pengeluaran susu dan membesarkan anak yang berada dalam rahem.

Wanita yang hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahem dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan dalam sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi
daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran. Jika tidak, wanita itu akan berasa lemah kerana mereka baru saja menghabiskan nutrient yang disimpan semasa kehamilan yang lalu dan terpaksa menghabiskan lagi baki simpanan nutrient untuk kehamilan seterusnya di samping untuk penghasilan susu.

Benarkah Kehamilan Kerap Menjejaskan Tulang???
Pemakanan mereka harus kaya dengan zat besi, folic acid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam rahem dan pengeluaran susu. Jika tidak, mereka harus mengambil supplemen berbentuk pil bagi menampung keperluan ini.

Tahukah Anda Kepentingan Asid Folic kepada Wanita Hamil?
Pastikan cukup rehat ketika kehamilan berusia beberapa bulan pertama dan beberapa bulan terakhir, sebelum melahirkan. Kalau mampu mintalahbantuan jiran atau saudara bagi menjaga anak kecil yang aktif untuk beberapa jam agar dapat berehat.

Wallahu a’lam.
kredit to :
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (270811)

Perkara yang IBU HAMIL WAJIB tahu!!!
 
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE, boleh hubungi saya SMS/whatapps: 013-4505852  , ibu-ibu layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

Thursday, April 23, 2015

Saya Menyusukan Anak Angkat Saya

Image result for penyusuan anak angkat
Bila terbaca kisah ini, ianya benar-benar menyentuh perasaan dan naluri keibuan hingga mengalirkan air mata. Ketabahan dan kegigihan seorang wanita untuk menyusukan bayi yang bukan anaknya sendiri. Tetapi akhirnya berkat usaha dan kegigihan ibu ini, akhirnya dia berjaya menyusukan bayi angkatnya. Jom kita jadikan inspirasi.

Saya Menyusukan Anak Angkat Saya

Bunyinya kedengaran pelik, tetapi sebenarnya tidak.
Selepas dua tahun mengalami keguguran dan gagal mengandung melalui kaedah persenyawaan tabung uji, sedangkan anak perempuan saya tidak sabar untuk mempunyai seorang adik dan kami sendiri inginkan seorang lagi anak, kami memulakan proses pengambilan anak angkat.

Memandangkan pengajian kami hampir tamat, kami pun mula mencari seorang bayi di Ontario, melalui Internet dan di Amerika Syarikat. Seminggu sebelum kami sepatutnya mendaftar, kakak ipar saya berjumpa dengan doktornya. Walaupun sedang mengandung, perutnya tidak kelihatan, dan dia bertanya kepada doktor bagaimana perkara itu boleh berlaku. Doktor memberitahu bahawa itu adalah perkara biasa. Dia sendiri mempunyai seorang pesakit yang sedang mengandung 36 minggu tetapi tiada siapa yang perasan. Doktor ini seterusnya memberitahu bahawa wanita muda ini sedang mencari seseorang untuk mengambil bayinya sebagai anak angkat.

Kakak ipar saya menghubungi saya dan kami berdua menangis di telefon. Selepas mengalami keguguran selama beberapa tahun, saya merasakan bahawa hidup saya yang malap dan sunyi akan ceria kembali. Saya berjumpa dengan doktor tersebut dan memberikannya “surat kelahiran” kami, iaitu surat kepada ibu-ibu kandung menyatakan siapa kami dan mengapa keluarga kami sesuai menjadi keluarga angkat kepada bayi mereka. Doktor tersebut mengemukakan beberapa pucuk surat kelahiran kepada wanita itu. Dia memilih kami dan kami mengaturkan satu pertemuan. Kami berjumpa di pejabat peguam dan berbual-bual panjang dengan mesra. Kami bercerita mengenai impian masing-masing – dia dengan pengajiannya di universiti dan kami dengan impian untuk mempunyai seorang lagi anak. Kami berterus terang mengenai keinginan kami untuk mengambil anak angkat.

Kami semua menunggu kelahiran bayi itu. Penantian selama 2 minggu menjadi 4 minggu. Tempoh 4 minggu ini ialah apa yang saya perlu untuk merangsang pengeluaran susu. Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa kami boleh mengambil bayi ini, saya telah menghubungi pakar laktasi, Dr. Jack Newman. Dia menasihatkan saya supaya mengepam buah dada saya setiap 3 jam dengan pam elektrik. Ia adalah kaedah yang baik untuk melambatkan pergerakan saya dan merangsang naluri keibuan seperti seorang yang mengandung 9 bulan. 

Dr. Newman memberikan ubat yang dipanggil domperidone, iaitu sejenis ubat yang mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kebocoran buah dada. Selepas 10 hari, saya dapat merasa beberapa titik cecair keluar dan selama beberapa hari dapat melihat cecair yang berharga itu. Saya menghasilkan satu sudu susu dari kedua-dua belah buah dada sebelum bayi itu lahir.

Ibu kandung bayi itu tegar dengan keputusannya untuk memberikan anaknya. Memandangkan dia tidak mahu bayi itu berada di bilik kanak-kanak seorang diri selepas dilahirkan, dia mahu kami berada di hospital sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. Saya dan suami menunggu dengan bapa wanita itu di bilik menunggu, sementara ibunya berulang-alik ke bilik bersalin. Apabila bayi itu dilahirkan, kami dipanggil ke bilik bersalin. Nenek kandung bayi itu meletakkan anak kecil itu di pangkuan saya dan doktor membawa kami ke bilik kami di hospital tersebut. Saya lantas menyuakan buah dada saya kepada bayi itu dan dia menyusu sepanjang malam. Kegembiraan saya tidak tergambar pada waktu itu. Keesokan harinya, kami semua meluangkan masa bersama – bayi itu, ibu kandungnya, neneknya, anak perempuan saya, suami dan saya sendiri. Kemudian ibu kandung bayi itu membenarkan kami pulang untuk memulakan proses ikatan.

Pada mulanya, kadar pertambahan berat badan bayi itu agak perlahan. Dr. Newman dan jururawatnya menggalakkan saya untuk mengkompres (mengepam menggunakan tangan) buah dada saya semasa menyusukan. Ini membolehkan susu keluar dengan lebih cepat. Kami mencuba 6 jenis teh herba yang dikatakan boleh membantu pengeluaran susu dan susu saya bertambah dua kali ganda. Pada lawatan seterusnya, mereka menyuruh saya mencuba kapsul biji benih Fenugreek yang mana seperti domperidone juga menambah pengeluaran susu. Susu saya bertambah dua kali ganda lagi, dan berat badan bayi saya bertambah dengan cepat dan dia terus membesar.

Saya berharap saya boleh menyusukan bayi saya tanpa bantuan susu tepung, tetapi saya tidak boleh membiarkan dia kelaparan demi memuaskan hati saya. Dr. Newman dan pembantu-pembantunya yang baik hati menunjukkan kepada saya bagaimana mendapatkan lebih susu melalui cara perubatan, penggunaan herba dan secara manual. Mereka benar-benar memberikan sokongan terhadap penyusuan bayi secara amnya serta penyusuan anak angkat.

Kaedah yang dikenali sebagai “penyusuan basah” ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia dianggap suatu pekerjaan yang mulia bagi seorang wanita hingga pertengahan abad yang lepas. Ibu susu ialah wanita yang menyusukan anak orang lain. Menyusukan anak angkat tidak sama dengan penyusuan basah kerana wanita seperti saya menyusukan bayi yang merupakan anak kami sendiri dari segi perundangan dan juga emosi, dan bukannya sekadar suatu tugas. Walaupun penyusuan basah tidak banyak dipraktikkan di Amerika Utara pada hari ini, ia memainkan peranan yang penting bagi wanita dan kanak-kanak di negara-negara yang dilanda bencana alam dan peperangan.
Terdapat ramai wanita yang tidak boleh atau memilih untuk tidak menyusukan, dan bayi mereka masih membesar dengan sihat. Penyusuan bukanlah satu-satunya cara untuk membentuk ikatan, tetapi ia merupakan satu cara untuk saya membentuk keakraban dari segi fizikal dengan anak angkat saya.

Selepas 12 bulan, saya masih lagi menyusukan anak saya, dan ia akan berterusan selama beberapa waktu, walaupun saya terpaksa kerap mengambil pil dan teh herba.
Penyusuan tidak dapat mengubah hakikat bahawa anak saya telah kehilangan keluarga kandungnya. Tetapi kami percaya bahawa dengan bersikap terbuka dan dengan memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepadanya, anak angkat kami akan berjaya melalui suka duka kehidupannya.

RAWATAN PERMULAAN DAN RAWATAN HARIAN: 
Inilah cara rawatan sebenar yang saya ikuti. Ianya bukan untuk mereka yang lemah semangat dan tiada jaminan bahawa ianya berkesan bagi setiap orang. Saya benar-benar berharap saya mempunyai panduan untuk diikuti semasa saya mula-mula menjalaninya supaya saya tidak berasa begitu khuatir. Sila hantarkan maklumbalas mengenai pengalaman dan pendapat anda berhubung perkara berikut:

PENGEPAMAN: 
Selama 4 minggu saya menggunakan pam elektrik setiap 3 jam selama 20 minit setiap kali. Saya bahagikan setiap sesi kepada 6-7 minit pusingan dengan pengepaman rendah, sederhana dan kemudian tinggi. Saya tidak mengepam pada waktu malam, tetapi saya melakukannya hingga pukul 11.00 malam, iaitu ia bermakna saya mengepam sebanyak 5-6 kali sehari.

UBAT: 
Saya mulakan dengan mengambil ubat yang dipanggil “domperidone maleate” yang ditentukan oleh pakar kesuburan pada 30mg/hari. Pakar laktasi pula menaikkan dos kepada 80mg/hari. Ubat ini adalah dalam bentuk pil 10mg.

TEH HERBA: 
Komfrei, rasberi, jelatang, klover merah, daun alfalfa dan adas. Saya masih lagi mengambil 6 cawan teh setiap hari, setiap jenis herba, ditambah dengan satu uncang teh fenugreek.

KAPSUL HERBA: 
Kapsul Blessed Thistle dan Fenugreek. Fenugreek,  seperti juga domperidone, mudah dihadam dan ia juga menambah penghasilan susu.

RAWATAN HARIAN:  
Saya mengambil pil/herba berikut empat kali sehari dengan secawan teh dan kemudian secawan lagi teh pada masa di antaranya (jumlah teh 6-7/hari)

Rawatan pil 4 x sehari pada pukul 7:30 pagi /11:30 pagi / 3:00 petang / 7:30 petang
1) 2 x Domperidone - (jumlah 20 mg)
2) 2 x Kapsul Fenugreek - (jumlah 1410 mg)
3) 2 x Blessed Thistle - (jumlah 870 mg)
4) 1 cawan teh dengan 2 uncang, Fenugreek campur salah satu daripada 6 herba di atas
5) dan secawan teh lagi seperti di atas selang di antara pil
6) Saya sering mengepam menggunakan tangan semasa menyusukan (terutamanya dalam masa 6 minggu yang pertama).


Saya mempunyai cukup susu walaupun tidak sebanyak seperti semasa anak perempuan saya dilahirkan. Sewaktu menyusukannya, saya sering mengalami percikan dan kebocoran. Sekarang, kadang kala saya mengalami kebocoran, tetapi tiada lagi percikan. Kadang kala apabila bayi saya terlalu lapar, saya merasakan saya tidak punya susu yang cukup, tetapi itu ialah perkara biasa bagi ibu-ibu yang menyusukan.

Yang tersebut di atas adalah jadual dan cara rawatan saya sekarang. Saya tidak tahu berapa ramai wanita yag berminat dengan kaedah yang memenatkan ini kerana anda terpaksa kerap memeriksa diri dan terpaksa mengambil pelbagai jenis makanan, pil dan teh. Kadang kala hingga sekarang pun jika susu saya berkurangan, saya terpaksa menambah pengambilan teh sebanyakk tiga kali ganda atau menambah jumlah kapsul fenugreek. Saya faham dan selesa deengan keadaan badan saya, jadi ianya tidaklah terlalu sukar, tetapi bagi sesetengah wanita, ia mungkin  terlalu membebankan.
Badan kita memang menakjubkan kerana ia sangat responsif terhadap persekitarannya. Saya merasakan bahawa kami memang ditakdirkan untuk mengambil anak angkat. Kami sungguh  bertuah kerana mendapat seeorang anak sepertinya.
sumber:www.ehomemakers.net 

Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  



Share:

Wednesday, April 22, 2015

Petua Orang Lama Membanyakan Susu Badan



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. 

Jom kita tengok Petua orang dulu membanyakan susu badan. Yerlah zaman dulu bukannya ada supplement pelbagai macam zaman sekarang:

1.Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

2.Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

3.Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

4.Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

5.Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.com
6.Lobak Putih
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.- soupqueen.blogspot.com

7.Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

8.Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

9.Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

10.Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
 
Makanan
  1. Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
  2. Bayam
  3. Broccoli; sumber kalsium yang baik.
  4. Sawi
  5. Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  6. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  7. Kacang Hijau; bubur kacang hijau
  8. Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  9. Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  10. Petola, daun turi; masak lemak manis
  11. Kacang Buncis
  12. Kacang Dal; makan dengan roti canai
  13. Pucuk betik
  14. Roti; segala jenis roti especially roti planta
  15. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  16. Madu; sebagai pemanis dalam minuman
  17. Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  18. Ikan Tenggiri
  19. Sengkuang Cina
  20. Biskut bijirin -
  21. Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
  22. Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)
Minuman

  1. Air masak; minum lebih 3 liter sehari
  2. Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  3. Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
  4. Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  5. Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
  6. Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  7. Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  8. Soya
  9. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  10. Air Kelapa
  11. Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
  12. Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  13. Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  14. Milkmaid tea
  15. Melilea Organic Soya Drink
  16. Autumnz Organic Nursing Tea
  17. Joy Angel Nursing Tea
Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu .
Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.
Ingatlah "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT". Klik SINI untuk mengetahui doa membanyakan susu badan.
 
Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
  
Share:

Tuesday, April 14, 2015

Tambah Susu Badan Dengan Teknik POWER PUMPING

Walaupun majoriti ibu-ibu mempunyai keinginan yang meluak-luak untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun, namun hakikatnya ramai yang tidak berjaya. Salah satu teknik yang ala-ala gerila yang boleh anda cuba untuk ‘memaksa’ badan anda menghasilkan susu yang banyak adalah melalui teknik yang dinamakan teknik Power Pumping. 

APAKAH ITU TEKNIK POWER PUMPING ? 
Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak.

Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi anda lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

SIAPA YANG PERLU BUAT POWER PUMPING INI?

  • Ibu yang kekurangan susu badan - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
  • Ibu yang ingin relaktasimenyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN TEKNIK POWER PUMPING YANG BETUL?

1.Menggunakan Single Pum


Power Pumping Single Pump

Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam. 

2.MENGGUNAKAN DOUBLE PUMP
 
Power Pumping Double Pump

Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10 minit dan sambung semula pam kedua-dua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam. 

BILA SAYA PERLU LAKUKAN POWER PUMPING INI? 
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Disarankan power pumping ini dilakukan sehari sekali.

BERAPA LAMA SAYA BOLEH NAMPAK KESAN PADA PENGELUARAN SUSU?
Perlu diingat bahawa tiada magik dalam apa jua tips yang anda buat untuk menambah susu badan. Semuanya memerlukan masa. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping ini. Sekurang-kurangnya dalam masa 1-2minggu anda akan dapat hasil yang superb!! =) 

Walaupun pada hari pertama mencuba power pumping ini anda hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Apabila semakin banyak demand susu pun akan semakin banyak. 

5. Tips Untuk Menjayakan Teknik Power Pumping
Buat yang pertama kali nak cuba teknik nih, saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba supaya sesi Power Pumping anda lebih berjaya.
  1. Jangan stress dan sedih kalau masa anda mula-mula pam, anda hanya pam angin. Anda perlu konsisten dan teruskan usaha. Never give up!
  2. Elakkan melihat jumlah susu yang terkumpul semasa anda pam. Ingat, tujuan teknik ini adalah untuk merangsang badan menghasilkan lebih banyak susu.
  3. Gunakan breastpump yang berkualiti (kalau handsfree lagi bagus) seperti Medela atau Spectra. Kalau anda gabungkan dengan nursing bra yang handsfree, lagilah memudahkan Power Pumping anda.
  4. Pastikan emosi anda sewaktu melakukan Power Pumping adalah ceria dan stress free supaya hormon prolactin mudah terhasil. Boleh cuba dengar lagu-lagu yang mendamaikan ataupun tengok gambar / video anak anda.
  5. Lakukan teknik Power Pumping di tempat yang selesa sebab anda memerlukan masa selama 1 jam. Boleh sediakan bahan bacaan supaya anda tak kebosanan dan juga air untuk memastikan anda tak haus.
Dan kunci utama banyakkan berdoa. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan rezeki susu ibu itu kepada anak kita. Antara zikir yang boleh diamalkan Ya Wahhab, Ya Razaq dan Ya Mattin semasa mengepam. 
Selamat mencuba, yang penting jangan putus asa k!!

Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Wednesday, January 14, 2015

Kisah Inspirasi 2: Penyusuan Susu Ibu

Dipetik dari Pengalaman Ainniah.com 
 
Kisah 2 : Zara Humaira Menemukan Umi dengan Shaklee 
Zara Humaira ialah nama anak sulung saya. Semasa sedang pregnant lagi, saya sudah berazam untuk menyusukan bayi saya selama yang mampu.
Bila Humaira da lahir, mula2 susu memang sikit. Saya tak berputus asa, saya terus menyusukan Humaira bila perlu. Ada satu masa Humaira terpaksa warded sebab kuning. Time tu ada sekali masa tukar pampers dia, ada orange stain kat pampers tu (menunjukkan dia dehydrate, susu tak cukup). Time tu nasib baikla kakak saya yang juga baru mendapat cahaya mata, susunya banyak. Humaira pun tumpang susu maklong dia. Hehe..

Saya berfikir saya tidak boleh berdiam diri. Saya xmahu awal2 da berputus asa dengan breast milk. Breast milk is the best milk. Saya mahu yang terbaik untuk anak saya. Saya teruskan bagi susu badan untuk stimulate production susu. Alhamdulillah usaha saya tidak sia2. Susu badan makin bertambah walaupun cair.

Sebelum ni saya selalu terbaca testimoni2 pengguna Shaklee. Breastfeeding set Shaklee agak terkenal jugak. Saya pun mengambil keputusan untuk mencuba Shaklee kerana khasiat yang banyak. 

Mula2 rasa leceh sebab tak reti nak bancuh susu ESP dia. Susah betul nak larut. Rupa2nya kena shake2 baru senang. Sedap pulak tu rasa vanilla dia. Lagi satu rasa cam banyaknya tablet kena makan. Sebab saya ambil set optimum. Semua ada 5 jenis tablet. Saya abaikan rasa leceh itu. Lama2 badan sentiasa rasa bertenaga. Perut pulak tak kerap rasa lapar macam sebelum ambil Shaklee.

Susu badan pulak, mula2 jadi semakin pekat. Kuantiti susu masih sama dan lama kelamaan baru lebih banyak. Yang saya perasan, dulu2 Humaira akan menyusu setengah jam hingga sejam baru berenti. Lepas sejam (jarang sekali dua jam) Humaira akan bangun untuk menyusu lagi. Selepas ambil Shaklee, Humaira menyusu 10 hingga 15 minit, dan hanya jaga balik untuk minum susu selepas 3 hingga 4 jam. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan Humaira sehingga kenyang.

Saya start consume set Shaklee ni sebelum bulan kedua Humaira. Berat lahir Humaira 2.62kg. Alhamdulillah, masuk bulan kedua berat dia dah jadi double..5.2kg.. Mula2 lahir Humaira tak ada pipi pun. Bila menyusu nampak rahang dia bergerak atas bawah. Sekarang pipi Humaira dah bam bam burok (bahasa orang2 tua). Bila nyot2 nampak pipi yang gerak2.

Humaira masa lahir, kecik je…berat lahir 2.62 kg
Humaira sebulan lebih..da start bam bam.
Humaira 2 bulan…

Lagi satu masa baca testimoni pengguna Shaklee ni..kata produk Shaklee ni elok untuk kulit. Memang betul pun. Lepas ambil Shaklee ni, kulit rasa lembab ja walaupun xpakai moisturiser. Bukan sahaja kulit sendiri, kulit Humaira pun licin dan nampak bersih. Sampai kakak saya tanya, “kenapa kulit Humaira licin ja. Kulit Aleeyah (anak kakak) tak macam tu pun.”

Kulit muka Humaira licin… :)))

Lagi satu, dalam set breastfeeding ni jugak ada milk booster iaitu Alfalfa. Niat asal memang nak banyakkan susu. Tapi tak sangka dapat bonus lain iaitu kesihatan dalaman wanita. Alfalfa ni bertindak macam jamu jugak. Dia panaskan badan macam jamu. Kalau ambil Alfalfa tapi tak cukup ambil air, memang rasa macam nak demam. Bila ambil Alfalfa ni jugak, keputihan berkurang sangat. Boleh kata 99% hilang! Dan yang penting lagi satu, Alfalfa ni macam kacip patimah. Berkesan untuk kebahagiaan suami isteri. Awww… *blush2 malu*

Sekarang saya add in vitamin E jugak untuk kesihatan kulit dan dalaman wanita. Mula2 ingat nak ambil Lecithin jugak sebab nak dapat berat badan sebelum pregnant. Bila baca testimoni Shaklee, ramai yang kata makan Shaklee boleh kurus. Tapi berat saya 5kg lebih berat dari berat sebelum pregnant. Saya bersabar dan terus ambil Shaklee seperti biasa. Tapi berat badan maintain macam tu, tak turun2. Rupa2nya, produk Shaklee ni akan maintain berat badan ideal seseorang. Bila kira BMI sendiri bali, rupa2nya berat badan sekarang ialah berat badan ideal saya. Maknanya, sebelum pregnant saya sangat kurus!

 
Jika anda sedang mencari produk untuk menambahkan susu badan, anda boleh mencuba 
Set Penyusuan Shaklee yang Terbaik mengikut keperluan yang diperlukan.
 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Tuesday, January 6, 2015

10 Tips Mengumpul Stok Susu Perahan(EBM) Sepanjang Cuti Bersalin

 
Tips untuk semua ibu baru dan bakal ibu membuat stok EBM (Susu Ibu Perahan) sepanjang cuti bersalin.

1. NIAT..mula lah berniat, tanamkan azam, ikhlaskan diri, yakin dgn kemampuan diri untuk memberi yang terbaik untuk anak. Kenapa perlu niat? KERANA niatla yg mendatangkan kekuatan dalam diri kita. 

2. Usahakan untuk menyusukan anak secepat mungkin (sebaiknya setengah jam selepas bersalin). Kenapa perlu awal? KERANA lebih awal signal demand di hantar pada otak sejurus tali pusat dipotong lebih cepat susu akan dihasilkan. Ini penting untuk proses penghasilan susu secara berterusan. 

3. Mula kumpul stok dgn serius sejak 2 minggu dalam pantang. 2 minggu pertama beri tumpuan penuh (priority) untuk susukan baby sekerap yang boleh ini kerana di awal2 kelahiran susu matang masih belum terhasil sebaliknya masih kolostrum..pastikan anak mendapat khasiat yg terkandung dalam kolostrum yg pastinya sangat berharga..stimulasi semualajadi dari hisapan baby sejak dr awal sangat penting. 
Kenapa perlu bermula dari dalam pantang? 
KERANA waktu pantang badan baru nak belajar adjust berapa byk hasil yg diperlukan setiap hari..waktu ini bdn sedang aktif hasilkan susu..lebih kerap payudara dikosongkan lebih byk susu dapat dihasilkan. Lama kelamaan badan akan terbiasa untuk menghasilkan susu yg lebih mengikut demand yg dihantar pada otak.

4. Minum air suam segelas setiap kali sebelum dan selepas menyusukan anak atau mengepam. Kenapa perlu minum air lebih? KERANA anda telah menghasilkan bendalir (susu ibu) maka perlulah diganti juga dengan bendalir (air suam). Ini penting untuk pastikan payudara cepat penuh. 

5. Pastikan payudara dikosongkan setiap 2-3jam sekali, tidak kira sama ada melalui sesi penyusuan atau sesi mengepam. Sebaiknya sepanjang tempoh berpantang jangan sesekali memberi anak minum susu perahan melalui botol, pastikan anda menyusukan anak 100% secara direct feeding ia juga bagi mengelak bayi keliru puting.
Kenapa perlu kerap? 
KERANA untuk memastikan badan terbiasa untuk menghasilkan susu tanpa henti..bila badan telah terbiasa dgn jadual ini secara automatiknya ibu akan merasa "bengkak" bila payudara tidak dikosongkan. 

6. Susukan anak lebih kerap waktu malam. Kenapa waktu malam? KERANA hormon prolaktin (yg terlibat dalam penghasilan susu) lebih tinggi pada jam 1.00 - 5 pagi..jika badan terbiasa untuk menghasilkan susu di waktu kemuncak ini secara tak langsung bekalan susu makin lama akan menjadi bertambah banyak.

7. Amalkan tandem nursing (mengepam sewaktu anak sedang menyusu). Stimulasi serentak akan mewujudkan lebih demand pd otak secara tidak langsung susu akan dihasilkan secara berterusan mengikut permintaan yang diterima. Jika payudara masih terasa berat selepas sesi penyusuan boleh keluarkan baki susu melalui sesi mengepam. Bagaimanapun, secara peribadi saya tak begitu galakkan untuk mengelak dari ibu OVER SUPPLY (susu terlalu banyak). 

8. Jaga makan dan minum, makanlah makanan berkhasiat, minum susu kerana badan perlukan kalsium dan zat lain bagi menggantikan penggunaan simpanan zat dalam badan semasa menghasilkan susu untuk anak.

9. Elakkan stress, tenangkan diri, walau apa saja masalah hadapi dengan tenang dan hati yang gembira. Kenapa tak boleh stress?KERANA stress, tekanan, tension atau yg seumpama dengannya akan membuatkan paras hormon oksitosin (yang terlibat dalam proses pengeluaran/merembeskan susu) menjadi rendah. Bila rendah susu jadi segan nak keluar dan pengeluran jadi tak lancar.

10. Jangan lupa berdoa, berdoa, berdoa dan bertawakal kepada Allah swt..DIA lah yang no 1 kita kene ingat kerana dia yang meminjamkan segala2 nikmat yang ada..bykkan berzikir terutama Ya Matin. Amalkan juga ayat2 dari Surah Al-Hujurat, Surah Al-Baqarah ayat 60, Surah Ar-Ad ayat 8-9.

 

 

 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels