Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.
Jom kita tengok Petua orang dulu membanyakan susu badan. Yerlah zaman dulu bukannya ada supplement pelbagai macam zaman sekarang:
1.Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam
perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis
yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -
Portal herba melur.com
2.Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi,
vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin
dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya.
Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan
ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang
bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu
dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai
ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3
cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,
longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam
masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh
didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,
kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai
mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan
sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya
sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan
kaedah yang sama seperti halba
5.Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak
digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat
india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air
susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal
sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan
bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,
gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan
ditampal pada payudara. - melur.com
6.Lobak PutihLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
7.Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan
susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa
helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum
dua hingga tiga kali sehari.
8.Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian
layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan
setiap hari sehingga susu badan anda banyak
9.Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan
untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan...
Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai
masak lemak cili api.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma
adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang
mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan
pertambahan kandungan susu
Makanan
- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)
- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea
- Joy Angel Nursing Tea
Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan
menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu .
Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam.
Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.
Ingatlah "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT". Klik SINI untuk mengetahui doa membanyakan susu badan.
Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda.
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment