KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan,Sentiasa Mesra Alam

PELUANG BERSAMA SHAKLEE

Kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa jua.

SET KURUS TERHEBAT

Kurus, sihat dan cantik bersama shaklee.

SET KULIT CANTIK HALUS DAN GEBU

Sebaik-baik kecantikan dan seelok-elok keindahan ialah akhlak yang mulia.

SET BERSALIN IDAMAN IBU-IBU

Hubungi saya segera dan dapatkan set hebat ini dengan harga yang istimewa

Monday, November 27, 2017

6 Bahan Berbahaya Yang Harus Dielak Semasa Membeli Produk Penjagaan Bayi


Pentingnya Memilih Barangan Penjagaan Bayi Yang Bebas Kimia

Sistem badan bayi yang baru lahir masih belum matang dan sangat sensitif. Jika kita lihat pada masa kini, ramai bayi dan kanak-kanak mengalami masalah kulit, iritasi dan pelbagai penyakit lain. Salah satu punca yang menjadi penyebab perkara ini berlaku adalah daripada penggunaan barangan penjagaan diri bayi yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Menurut Dr. Sheela Sathyanarayana, Pakar Kanak-Kanak dari Seattle yang mengetuai kajian berkenaan bahaya bahan kimia dalam produk penjagaan diri bayi, bayi yang baru lahir sebenarnya tidak memerlukan sebarang produk mandian lagi.

Kulit manusia ibarat span yang boleh menyerap bahan-bahan kimia masuk ke dalam kulit. Terdapat pelbagai bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan diri dewasa dan juga bayi. Sekiranya bayi didedahkan dengan produk penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya, ianya akan mendatangkan kesan negatif kepada bayi.

Maka, adalah penting untuk ibu bapa mengetahui tips memilih syampu, sabun, losyen, krim, dan bahan penjagaan diri yang sesuai serta selamat untuk bayi.

Tips Memilih Syampu, Sabun, Losyen & Krim Bayi. Jauhi 6 Bahan Ini!

Berikut merupakan antara 6 daripada bahan kimia yang perlu dielakkan ketika memilih barangan penjagaan diri untuk bayi.Semoga ianya bermanfaat buat ibu bapa yang tercari-cari tips memilih syampu, sabun, losyen, krim dan sebagainya atau menukar jenama barangan penjagaan diri buat si manja kelak.

1. ‘Fragrance’

Bauan yang segar dan wangi pada barangan penjagaan diri bayi pasti digemari oleh sesiapa sahaja yang menghidunya. Walau bagaimanapun, ‘fragrance’ atau bahan pewangi kimia yang digunakan dalam pembuatan barangan penjagaan diri bayi ini boleh menyebabkan iritasi, alergi atau ekzema kepada bayi.

Jika ibu bapa mahu memandikan bayi dengan sabun, pilih mandian yang menggunakan bahan pewangi semulajadi seperti ‘essential oil’ sebagai alternatif.

2. Paraben

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan.

Walau bagaimanapun, produk penjagaan diri yang mengandungi paraben adalah berbahaya untuk bayi kerana mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Oleh itu, pastikan kita memilih produk penjagaan diri bayi yang bebas paraben untuk anak kita.

3. Talc

Talc merupakan bahan utama dalam pembuatan bedak talkum bayi. Walaupun kini semakin banyak produk penjagaan bayi yang ditulis ‘talc free’ tetapi bagaimana pula dengan produk bedak talkum untuk bayi ini?

Pada kebiasaannya, bayi akan disapu dengan bedak sejurus selepas mandi supaya bayi sentiasa berbau segar dan wangi. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Jennifer Lowry, Pakar Kanak-Kanak di Kansas City, Missouri menasihatkan ibu bapa agar tidak menggunakan bedak talkum ini untuk bayi kerana dikhuatiri boleh memberikan kesan terhadap sistem pernafasan bayi terutamanya bagi bayi yang mempunyai masalah dengan sistem pernafasan.

4. ‘Mineral Oil’

‘Mineral oil’ atau minyak mineral bertindak menutupi kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. Walau bagaimanapun, bahan ini ibarat ‘plastic wrap’ yang boleh menghalang dan mengganggu proses perkumuhan melalui kulit iaitu berpeluh.

Ibu bapa dicadangkan untuk menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai losyen atau syampu bagi membuang kerak di kepala bayi.

5. Triclosan

Pada kebiasaannya, barangan penjagaan diri yang mempunyai label anti bakteria mengandungi triclosan yang bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan ini berbahaya untuk bayi kerana berisiko mengganggu hormon dalam badan. Ianya juga boleh menyebabkan kulit kering atau iritasi pada kulit.

Bayi seharusnya membina daya tahan tubuh dan imuniti mereka sendiri. Namun, ianya mungkin sukar berlaku sekiranya ibu bapa menggunakan barangan penjagaan diri dengan label anti bakteria ini untuk bayi. Ini kerana, bahan kimia triclosan yang digunakan dalam pembuatannya turut membunuh bakteria baik di sekeliling bayi dan menyebabkan mereka kurang pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.

6. Proplyene Glycol

Proplyene glycol merupakan bahan kimia yang bertindak membuka liang roma bagi meningkatkan kadar penyerapan bahan kimia lain ke dalam tubuh badan. Ianya juga berisiko mendatangkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif.

Lihat juga bahan kimia dengan nama polyethylene glycol (PEG) dan polypropylene glycol (PPG) pada label dan elakkan membeli barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini demi kesihatan bayi yang kita sayangi.

Kenapa Perlu Pilih Shakleebaby dan bukan jenama lain?

Produk jagaan bayi Shakleebaby berbeza dengan jenama lain yang berada di pasaran kerana ia bertaraf eksklusif. Ia dihasilkan dengan berteraskan SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK.

6 Perbezaan Shakleebaby berbanding jenama lain

  • telah diuji dan mendapat pengiktirafan oleh pakar kanak-kanak (pediatrik),
  • mengandungi bahan yang asli dan organik,
  • telah diuji secara klinikal,
  • kandungan pH yang seimbang,
  • bahan yang digunakan telah disahkan organik,
  • tidak menimbulkan kesan alahan.
Perbezaan Shakleebaby dengan jenama lain


Formula Yang Bebas Bahan Kimia

Salah satu fakta yang dikongsi bersama kami ialah,

“Daripada 81,000 bahan kimia yang berdaftar dengan EPA dalam tempoh 30 tahun lepas,kurang daripada 20% telah diuji untuk toksisiti”

Adalah pentingnya kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita terpelihara daripada bahan beracun yang mungkin boleh didapati daripada bahan pencuci rumah. Produk yang berteraskan bahan kimia inilah yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan kehidupan anak-anak kita.

Produk Shakleebaby ini dihasilkan dengan teliti dan dijamin tidak mengandungi bahan kimia terlarang. Boleh rujuk gambar di bawah untuk keterangan lanjut.
Formula Shakleebaby

Memperkenalkan Shakleebaby, Selamat, Lembut dan Organik.

Produk jagaan bayi Shakleebaby ini diformulasikan khusus untuk kulit bayi yang sensitif.
Shakleebaby sentiasa selamat kerana,
Shakleebaby sentiasa lembut kerana,
  • diuji oleh pakar kanak-kanak
  • 99% kandungan asli
  • 76% hingga 99% kandungan organik
  • tidak menimbulkan kesan alahan
  • keseimbangan pH
Shakleebaby sentiasa sihat kerana,
  • tiada bahan pewangi
  • tiada bahan pewarna
  • dibungkus dengan bahan yang bebas daripada bisphenol A, phthalates dan dakwat toksik

#1 Gentle Wash

Mandian bayi ini diformulasikan daripada bahan-bahan asli dan organik seperti chamomile, lavender dan aloe vera organik yang membantu menimbulkan perasaan tenang dan tidak memedihkan mata.

Manfaat setiap kandungan untuk bayi anda;

  • Lavender: Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi.
  • Aloe Vera: Kaya dengan Vitamin E secara semulajadi dan 96% terdiri daripada air, dan ini membantu menenangkan kulit bayi yang kering dan sensitif.
  • Chamomile: Tinggi dengan antioksidan, menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar
Mengandungi 76% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.
Kaya dengan ekstrak aloe vera bersama oat dan minyak zaitun menjadikan ia sangat lembut ketika mandi.
Bersifat mudah dibilas.
Mempunyai pH yang seimbang.

#2 Soothing Lotion

Losyen badan yang lembut ini mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik. Formulasi ini sangat sesuai untuk memastikan kulit bayi anda sentiasa lembap. 

Yang bestnya ia juga mampu membuat bayi anda rasa tenang dan melegakan kulit yang bermasalah dan juga menambah nutrisi pada kulit. Setiap kandungan di dalam losyen ini memberi kebaikan kepada bayi anda seperti;
  • Minyak Vanila: Kaya dengan Vitamin B dan antioksidan secara semulajadi, melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar
  • Shea Butter:Mengandungi vitamin semulajadi dan asid lemak, membantu melindungi lapisan luar kulit bayu.
  • Minyak Biji Jojoba: Bertindak sebagai emolien, membantu meningkatkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit.
Berfungsi melembut dan melembapkan kulit. Yang bestnya losyen ini jenis tidak berminyak. Best kan?
Telah diuji tahap sensitiviti ke atas kulit bayi.
Mengandungi 87% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hinggalah warga emas.

#3 Massage Oil


Minyak urut yang diformulasikan daripada rumusan minyak organik khas dan ekstrak minyak pati untuk melembapkan kulit bayi yang lembut. Selain itu, chamomile dan lavender juga ada dalam ramuan minyak urut ini bertujuan untuk memberikan suntikan ketenangan.

Salah satu bahan di dalam minyak ini ialah minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak dan Vitamin E. Bertindak sebagai emolien semulajadi, bantu mengekalkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Sesuai untuk kulit kering, dehidrasi dan sensitif.

Diaplikasi untuk mengurut bayi selepas mandi.
 
Mengandungi 99% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.

Mahu dapatkan produk penjagaan bayi Shakleebaby yang eksklusif ini?

Dalam usaha menjaga kesihatan anak-anak yang kita cintai, pilihlah jenama barangan penjagaan diri bayi yang selamat. Sentiasa semak kandungan barangan tersebut dengan teliti bagi memastikan sumber penghasilan barangan tersebut adalah selamat untuk bayi serta bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Ayuh luangkan sedikit masa untuk menambah ilmu pengetahuan tentang bahaya bahan kimia yang terkandung dalam barangan penjagaan diri terutamanya untuk bayi. Mungkin, sesetengah bahan kimia tidak memberikan sebarang kesan terhadap bayi atau kanak-kanak buat masa ini, tetapi tiada siapa tahu tentang tahap kesihatan mereka untuk jangka masa panjang akibat penggunaan barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini.

Buat pilihan yang tepat dalam membeli barangan penjagaan diri bayi. Utamakan kesihatan anak kita, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set BabyShaklee ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak menerima konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, November 26, 2017

Produk Penjagaan Bayi Organik, Bebas Bahan Kimia Merbahaya Dan Semulajadi

Dulu ramai yang tanya Shaklee takda ke produk untuk baby macam sabun mandian ke, lotian ke, minyak urut ke? Seperti mana yang semua sudah maklum dan tahu, produk Shaklee semuanya bebas paraben, takda bahan kimia yang berbahaya dan semestinya semulajadi kan. Itu yang rasa selamat sangat nak bagi baby kita guna.

produk bayi bebas bahan kimia paraben

Berita baiknya sekarang ni Shaklee sudah pun mengeluarkan  produk khas untuk bayi kesayangan anda "ShakleeBaby" yang bebas dengan segala bahan kimia merbahaya serta tentu sekali organik.

Ciri-ciri produk ShakleeBaby

produk bayi bebas bahan kimia paraben
Ciri-ciri istimewa semua produk ShakleeBaby adalah seperti berikut:
  • 100% semulajadi
  • 73% bahan organik
  • Telah diuji oleh pakar kanak-kanak
  • Telah diuji secara klinikal
  • Tanpa iritasi, formula tidak memedihkan mata
  • Diuji sensitiviti
  • pH yang seimbang
  • Hypoallergenic
  • Tanpa parabens atau SLS (sodium lauryl sulfate)
  • Tanpa 1,4-dioxane or formaldehyde
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Tanpa bahan wangian tambahan

Hasil kajian klinikal produk ShakleeBaby:

Seperti dalam ciri-ciri diatas, telah disebut produk ShakleeBaby telah diuji secara klinikal. Berikut adalah hasil kajian tersebut:
  • 98% bersetuju bahawa Gentle Wash membersih dengan baik dan dibilas sepenuhnya
  • 98% bersetuju ShakleeBaby Soothing Lotion digunakan dengan mudah untuk kulit
  • 91% bersetuju ShakleeBaby Lotion adalah nongreasy
  • 100% bersetuju bahawa Shakleebaby Massage Oild digunakan dengan mudah kepada kulit
Dan paling penting, pakar kanak-kanak atau pediatricians telah pun menguji produk ini dan telah lulus. Pakar pun dah lulus, jadi kita tak perlu ragu-ragu lagi kan. Lagipun Shaklee memang memiliki kredibiliti dan dipercayai sangat menjaga mutu dan standard produk.

Shakleebaby untuk siapa?

Dah tentulah untuk bayi. Tapi ia boleh juga digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Produk Shakleebaby ni terdiri daripada 3 items iaitu :-

  1. Gentle Wash
  2. Soothing Lotion
  3. Massage Oil

1. Shakleebaby Gentle Wash


produk bayi bebas bahan kimia paraben

Diadun dengan chamomile organik, lavender dan daun lidah buaya. Menjadikan gentle wash ini 99% semulajadi dan 76% organik. InsyaAllah tidak menimbulkan sebarang alahan untuk kulit bayi, mempunyai pH yang seimbang. Juga telah diuji untuk kulit sensitif.

Shakleebaby Soothing Lotion

produk bayi bebas bahan kimia paraben

Dirumus khas dengan biji bunga matahari yang organik, minyak biji jojoba dan mentega shea. Menjadikan soothing lotion ini 99% semulajadi dan 87% organik. Minyak daripda lavender, chamomile, rosemary dan biji vanilla memberikan kesan yang menenangkan. Kulit bayi juga lebih lembap dan lembut.

Shakleebaby Massage Oil

produk bayi bebas bahan kimia paraben

Minyak urut yang pasti menjadi pilihan ibu-ibu kerana melembapkan kulit dan mampu mengurangkan regangan pada kulit. Diperbuat daripada minyak bunga matahari organik, lavender dan chamomile. Menjadikan massage oil ini 100% semulajadi dan 73% organik.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set BabyShaklee ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak menerima konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, November 16, 2017

Tips Pemakanan Hilangkan Alergi Secara Semulajadi

HISTAMINE INTOLERANCE

Dewasa ini ramai sungguh yang alergik. Macam-macam. Dulu ayahanda memberitahu saya tak pernah pula lihat kes-kes eczema dan alergi yang makin teruk. Alergi ni biasanya memang genetik tapi "triggernya" yang mengaktifkannya pelbagai antaranya toksin dan logam berat, kerosakan perut dan stress.

Hakikatnya penyakit alergi ini masalah genetik. Setakat ini rawatan yang ada hanya mampu mengawalnya. Dan rawatan yang berpotensi merawatnya kemungkinan merupakan kaedah EPIGENETIK yang masih di tahap bayi. Namun saya percaya kaedah seperti terapi NUTRIGENOMIK dan ORTOMOLEKULAR yang menggunakan makanan sebagai nutrisi sel mampu menyokong gene anda dan menutup suis kepada pelbagai penyakit genetik ini insha Allah.

Antara Penyebab Utama Alergi Dari Pemakanan ialah keluarga AMINES, GLUTAMATE DAN SALICYLATE!

1. SALICYLATE

Kompaun dalam tumbuhan dan buah-buahan serta herba.

2. GLUTAMATE

Anda pasti kenal MSG (monosodium glutamate) bukan? Ia merupakan vasoactive amines (menyebabkan pengecutan salur darah ) mengakibatkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dll.

3. AMINES.

Biogenic amines merupakan hasil penguraian protein ataupun fermentasi makanan. Banyak bacteria dan yis mempunyai enzim histidine decarboxylase (HDC) yang menukarkan histidine kepada histamine ataupun mengaktifkan amines.

Antara ahli keluarga amines yang popular

  1. Putrecine dan cadaverine : penyebab bau makanan busuk
  2. Tyramine : Banyak dalam kambing, coklat, pisang.
  3. HISTAMINE: 
  • Makanan laut, 
  • daging,terutamanya yang disimpan lama( segar tak mengapa). 
  • Makanan fermentasi: Kimchi, yogurt, kefir, kombutcha, keju, sauerkraut dan arak.  
  • Makanan proses dan jeruk: udang kering, belacan, sotong kering, ikan sardin tin. 
  • Tekanan perasaan seperti mabuk darat dan mabuk laut serta tekanan exam meningkatkan hormone stress kortisol yang meningkatkan histamin menyebabkan gastritis dan sakit kepala dan loya.

Izinkan saya tumpukan gosip pada Keluarga AMINES dahulu. Histamin merupakan agen signaling yang penting dalam badan antaranya sebagai neurotransmitter ( agen pembawa maklumat saraf). Namun histamine dalam kadar berlebihan dan tidak dibendung boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius termasuk kesempitan salur pernafasan (bronchoconstriction) dan masalah intoleransi yang lain.

Secara asasnya mengelakkan makanan tinggi histamine akan mengurangkan simptom alergi dan simptom yang saya sebutkan pada awal artikel ini.

Sekarang, cara untuk menundukkannya

  • Supaya anda dapat makan kambing dan tak bersin-bersin lagi di pagi hari masa mandi atau di pejabat berhawa dingin dan berhabuk. 

  • Tak sakit kepala dan migrain lagi bila datang period.(hormon wanita estrogen meningkatkan histamine dan histamine meningkatkan estrogen) 

  • Tak takut makan nanti sakit perut. (asid perut tinggi meningkatkan histamin dan histamin tinggi juga meningkatkan asid perut). 

  • Tak mabuk laut atau mabuk darat lagi atau mabuk todi dan arak. p/s: orang mabuk kalau kurangkan histamine mabuk (hangover) akan hilang cepat. 

  • Kurang gatal-gatal kulit, kurang ruam yang meradang! dan menyebabkan anda stress.

DAO Merupakan seteru kuat keluarga Amines!



Histidine sejenis Asid Amino, yang tercerna daripada protin sama ada dari sumber haiwan ataupun daripada tumbuhan, Seterusnya makanan yang kita makan akan masuk di saluran usus disinilah HDC (Kuman Daripada Makanan) akan merembeskan asid amino tadi menjadi Histamine (Ejen Pemancar Saraf) dan DAO  (Lapisan Pelindung Sistem Pencernaan) bertanggungjawab dalam mengimbangi pengeluaran histamin di dalam usus.

FAHAM KONSEP INI  
Histamine yang berlebihan akan meningkatkan asid perut

FUNGSI DAO "Mengimbangi pengeluaran Histamine. Jadi untuk kurangkan asid tinggi dalam perut DAO kena mantap dan sihat. 

DAO (diamine oxidase) merupakan enzim yang banyak terdapat dalam mukosa yang menyelaputi usus kecil dan besar serta buah pinggang. Sebab itu pentingnya perut yang sihat dan tidak bocor (leaky gut), pencegahan SIBO (kuman perut jahat), kecacingan (parasit perut) dan gut dysbiosis ( kuman perut kacau bilau). Ini kerana pada lining perut ini paling tinggi enzim DAO ini. Sup tulang yang fresh..merupakan bahan penempel usus yang cemerlang dalam hal ini.

Fungsi DAO ialah MENGURAIKAN HISTAMIN.
 
Kebanyakan pesakit alergi dan histamine intolerance secara genetiknya mempunyai kekurangan enzim DAO

Berbeza dengan ubat-ubatan yang mempunyai kesan yang singkat (dos 8-24jam), peningkatan enzim DAO bermakna kesan yang lebih berpanjangan. Caranya anda perlu kurangkan makanan tinggi histamin dan banyakkan makanan yang meningkatkan DAO seperti:

  • Makanan tinggi Vitamin C. 
  • Makanan tinggi vitamin B6. 
  • Makanan tinggi Quercetin. 
  • Taugeh (pea sprout).

Insha Allah kesannya juga lebih berpanjangan berbanding ubatan antihistamin seperti H1blocker (loratadine) dan H2 blocker (ranitidine) .

Terdapat juga terapi holistik yang meningkatkan enzim DAO ini dengan sangat berkesan dan cepat. Saya,Tuan-tuan dan Puan-puan, jangan pantang lama-lama. Pantang tak merawat masalah anda. Makanan yang tinggi dan padat nutrisilah yang akan menyokong gene yang sihat. Berilah spare part yang berkualiti untuk gene anda membina tubuh yang sihat.

Setelah DAO anda tinggi, dedahkan dengan pemakanan padat nutrisi sedikit demi sedikit sehingga anda dan keluarga anda boleh makan kambing lagi. Anda akan terperanjat ujian alergi RAST akan berkurangan dengan mendadak insha Allah.

Poin yang saya ingin tegaskan ialah.

  1. Kepentingan memelihara kesihatan perut. Elakkan toksin. Banyakkan probiotik (kuman baik) dan prebiotik (makanan kepada kuman baik seperti almanna, sayuran hijau, kekacang) .Pelihara dan pulihkan perut anda yang rosak dengan pemakanan tertentu seperti sup tulang dan makanan lain yang tinggi zat mineral dan vitamin. *Probiotik banyak terdapat pada makanan fermentasi. Kuman baik probiotik boleh meningkatkan DAO namun bagi yang mempunyai histamine intolerance sebaiknya jangan mulakan dengan probiotik. Tingkatkan kuman baik sedia ada dengan prebiotik. 

  2. Pantang sekejap : kurangkan makanan tinggi histamine awalnya dan dedahkan dengan pemakanan padat nutrisi untuk menyokong gene yang sihat secara beransur. Dah ok DAO, boleh makan kambing dan seafood balik. 

  3. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Makan banyak perut stress, asid perut tinggi, histamin tinggi bang.  

  4. Tingkatkan enzim DAO anda. Sangat berkesan insha Allah.

Jangan putus asa, sabar dan doa banyak-banyak. Masalah kronik seperti ekzema, resdung dan masalah histamine intolerance ni memang memerlukan kesabaran yang super tinggi. Ujian yang sangat besar. Ada ibu bapa yang 3 tahun tak tidur lena malam jaga anak gatal , keluar masuk hospital berkali-kali dan berhabisan puluhan ribu ringgit kerananya. Moga ganjaranNYA besar kelak di kemudian hari Insha Allah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat FB saya sekalian terutamanya pesakit kesayangan saya serta rakan seperjuangan saya dalam merawat masalah berkaitan alergi yang semakin berleluasa ini.
Sumber: FB Hafiz Sulaiman 

Supplement Shaklee Membantu Meningkatkan Enzim DAO Secara Semulajadi 

Omega Guard

Suplemen minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 ini, digalakkan ambil setiap hari. Pengambilan minyak ikan secara konsisten membantu membentuk antibodi yang baik dan membantu mengelak daripada demam dan menyihatkan paru-paru.
Omega 3  mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi. Kekurangan Omega 3 boleh menyumbang kepada keradangan kronik termasuk lupus, artritis reumatoid, penyakit jantung, asma, dan ekzema.

Alfalfa

Alfafa bersifat Alkaline iaitu meneutralkan asid perut.

Sustained Release Vita C

Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

B Complex

Jadi bantuan extra B6 yang terkandung didalam b complex shaklee pula, membantu pemuliharaan selaput lendir yang sihat. Ia juga bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Alergic ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak menerima konsultasi secara percuma:

 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, November 14, 2017

Rawatan Luka Kencing Manis Paling Cepat Sembuh Dan Berkesan Secara semulajadi

 

Apakah Luka Diabetes atau Ulser Diabetes

Luka diabetes adalah berkait rapat dengan neuropati diabetes atau penyakit saraf kencing manis, penjagaan kaki diabetes, ulser kaki diabetes dimana ia telah menjejaskan ramai pesakit diabetes.

Pakar menyatakan kira-kira 10% daripada penghidap diabetes akan mendapat luka diabetes atau ulser ini. Luka diabetes boleh terjadi kepada kedua-dua jenis diabetes samada type 1 atau type 2.

Bagaimana Luka Diabetes Terjadi

Apabila tahap gula dalam darah yang tinggi atau turun naik secara teratur, kulit yang kebiasaannya sembuh, mungkin tidak betul-betul pulih disebabkan saraf yang telah rosak. Kecederaan ringan ini boleh jadi sebagai permulaan luka diabetes.

Biasanya orang akan dapat luka diabetes di kaki. Ini disebabkan pesakit diabetes telah kurang deria rasa disebabkan masalah saraf iaitu neuropati diabetes periferal.

Ini bermakna bahawa saraf yang biasanya membawa deria kesakitan kepada otak dari kaki, tidak berfungsi dengan baik dan apabila tiada rasa sakit, akan memulakan luka diabetes.

Penyebabnya mungkin kecil, contohnya luka disebabkan terpijak tulang ikan. Tapi bila pesakit telah tiada deria sakit, maka luka itu terbiar dan lama kelamaan menjadi besar dan membusuk.

Arteri yang sempit juga boleh mengurangkan aliran darah ke kaki di kalangan sesetengah orang dengan diabetes dan ini boleh menjejaskan keupayaan kaki untuk sembuh dengan sempurna. Apabila kaki tidak boleh sembuh, luka diabetes pada kaki boleh berkembang.

Selain itu, sistem imun pada tubuh pesakit diabetes juga sangat rendah. Ini menyebabkan pesakit diabetes sukar untuk sembuh.

Faktor-faktor risiko untuk luka diabetes

Faktor berikut boleh meningkatkan risiko mendapat luka diabetes:
  • Neuropati
  • Peredaran darah yang lemah
  • Diabetes tidak terkawal
  • Tidak memakai kasut yang sesuai
  • Selalu berjalan berkaki ayam
  • Orang yang mempunyai diabetes untuk tempoh yang lebih lama
  • Merokok, tidak bersenam, berat badan berlebihan, mempunyai kolesterol tinggi atau tekanan darah
Sekiranya luka diabetes tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan kaki dipotong. Ini disebabkan sel sekitar telah mati dan untuk mengelakkan kematian sel lagi doktor akan mencadangkan dipotong bagi mengelakkan jangkitan kepada bahagian lain.

Jika telah ada luka, rawatlah dengan segera walaupun masih kecil.

1. Gunakan air bersih dan cuci luka

Jangan gunakan sabun, iodin atau hidrogen peroksida dapat mengganggu luka. Sapu antibiotik untuk mengelakkan jangkitan dan balut dengan pembalut yang telah disteril. Periksa luka setiap hari untuk melihat sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan atau tidak.

2. Jumpa doktor dengan segera

Jangan ambil risiko walaupun luka hanya kecil. Luka kecil lebih mudah dirawat berbanding luka besar.

3. Kurangkan tekanan pada bahagian luka.

Elakkan daripada memberikan tekanan pada bahagian luka sebaik mungkin. Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan pakailah kasut yang selesa.

Luka Diabetes Sangat Bahaya

Luka yang teruk boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Ia boleh menyebabkan kerosakan tisu dan tulang (sel mati) yang mana akhirnya pemotongan bahagian tersebut menjadi satu-satunya pilihan demi menyelamatkan nyawa.

Sebab itu sangat penting untuk merawat dan mencegah sebaiknya. Dan apa yang paling penting adalah mencegah daripada penyakit kencing manis atau diabetes.

Vivix Dengan Resveratrol Untuk Luka Diabetes

Untuk pencegahan mahupun rawatan luka diabetes, Vivix berfungsi untuk sokongan nutrisi pesakit diabetes pada peringkat selular. Alhamdulillah setakat ini ramai telah semakin sihat dengan pengambilan Vivix untuk luka diabetes disamping pengambilan ubat dan rawatan luka. 

Vivix bukan tonik ajaib tapi mengandungi resveratrol yang sangat hebat untuk kesihatan

Testimoni Luka kencing Manis Pulih dengan Vivix

Saya ingin kongsikan testimoni dari pengguna vivix yang mengalami luka kesan kencing manis. Menurut anaknya dalam tempoh 2 bulan lebih mengamalkan vivix dengan konsisten luka ayahnya nampak semakin pulih.

ubat sembuhkan luka kencing manis dengan cepat

 Lagi testimoni pesakit luka kencing manis yang kronik pulih dengan vivix

Cara Resveratrol Dalam Vivix Bantu Sembuhkan Luka Diabetes

1. Tingkatkan Sensitiviti Insulin

Apabila tubuh kehilangan sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.

Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah salah satu faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, diabetes dapat dikurangkan.

2. Mengaktifkan Enzim SIRT1

Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh untuk mencegah dan menyembuhkan diabetes iaitu enzim SIRT1. Enzim SIRT1 ini mesti diaktifkan kerana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Selain itu, Vivix turut membantu dari segi:

Mengandungi anthocyanins membantu dalam menjaga dan memperbaiki kesihatan saraf dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.

Sebenarnya dalam banyak keadaan, pencegahan selalu yang terbaik. Tapi sekiranya anda telah pun menghidapi diabetes, apa kata berikhtiar dengan Vivix. Vivix dapat membantu anda dari segi:
  • Tingkatkan Sensitiviti Insulin
  • Mengaktifkan Enzim SIRT1
  • Mempercepatkan penyembuhan luka diabetes
  • Mencegah AGE protein yang menyebabkan diabetes
Jadi dengan pengambilan Vivix, anda dapat sembuhkan luka diabetes dan diabetes itu sendiri sekaligus.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement 

 

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Friday, November 10, 2017

Air Kencing Berbuih Seperti Air Sabun Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang


Tahukah Anda Kenapa Air Kencing Boleh Berbuih? 

Air kencing ni dianggap sebagai salah satu petunjuk kesihatan seseorang. Sebarang perubahan dalam ciri-ciri yang biasa boleh memberi isyarat sesuatu yang luar biasa dalam sistem badan kita. Dan salah satu perubahan luar biasa adalah pembentukan buih dalam air kencing jga dikenali dengan Nefrotic Syndrome

Air kencing berbuih boleh menjadi salah satu petanda awal buah pinggang bocor. Dan ia berlaku apabila air kencing yang sepatutnya bersih, kini mengandungi protein. Dalam keadaan normal, protein tidak boleh melalui glomerulus atau "penapis buah pinggang" kerana sifatnya yang besar. Namun, apabila berlaku kerosakan atau buah pinggang menjadi bocor, protein boleh melalui buah pinggang dan keluar bersama air kencing. Hasilnya, proteinuria seperti di dalam gambar di atas akan berlaku.

Cara Mengatasi Air Kencing Berbuih Secara Semulajadi Dengan Vivix Shaklee







Bagaimana Vivix Membantu Mengatasi Masalah kencing Berbuih?

VIVIX adalah satu campuran minuman BOTANI , merupakan revlousi terbaru didalam pemakanan Polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti -penuaan semulajadi.

VIVIX ada mempunyai 4 bahan yang sangat mahal sangat terkenal khsiatnya.Dimana ia terdiri daripada :
  • ANGGUR MUSCADINE, 
  • LOBAK UNGGU, 
  • ELDBERI EROPAH
  • POLYGONUM CUSPIDATUM 
yang mana ni semua kaya dengan polifenol.

Vivix bertindak dalam 4 cara :

Seperti mana kita ketahui resveratrol dalam vivix sangat baik .
  1. Mempertahankan sel (cell defense)
  2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy) 
  3. Memperbaiki sel (cell repair)
  4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)
Alhamdulillah setakat ini sudah banyak saya menerima feedback yang sangat  positif daripada pengguna  yang mengamalkan vivix dengan konsisten. Dengan ikhthiar vivix ni mereka makin sihat namun apa-apa pun kesembuhan itu semuanya datangnya dari Allah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement 


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Wednesday, November 8, 2017

Punca Kanser Berulang Walaupun Sudah Menjalani Rawatan


Salah satu daripada ciri-ciri penyakit kanser adalah keupayaannya untuk berulang ataupun “relapse” walaupun ianya sudah dihapuskan sepenuhnya pada peringkat awal. Sebab itulah mencegah kanser itu lebih baik daripada merawat. Sehingga hari ini Pakar Kanser sukar untuk menjangkakan kemungkinan boleh berlakunya kanser berulang dengan tepat kerana banyak faktor yang menentukan keberangkalian kanser berulang. Pakar kanser hanya mampu untuk membuat perkiraan kasar tentang kemungkinan kanser berulang berdasarkan kepada ciri-ciri kanser dan diri pesakit kanser. 

Kadar penyembuhan kanser bergantung kepada banyak perkara di antaranya adalah jenis kanser, peringkat kanser, rawatan yang diberikan dan juga faktor-faktor dalaman pesakit itu sendiri. Apabila pesakit selesai menjalani rawatan kanser, mereka akan menjalani ujian untuk menentukan keberkesanan rawatan. Jenis-jenis ujian ini bergantung kepada jenis kanser, di antaranya adalah ujian darah mengukur “tumour markers”dan ujian pengimejan seperti CT scan, MRI, PET scan dan lain-lain.

Kadangkala kanser yang dihidapi oleh pesakit dapat diukur saiznya dan ini juga boleh digunakan untuk menilai keberkesanan rawatan. Apabila rawatan diberikan, Pakar Kanser ingin supaya semua sel-sel kanser dapat dihapuskan. 
  • Apabila semua sel-sel kanser dapat dihapuskan, seseorang pesakit kanser dikatakan mencapai “complete response”. 
  • Terdapat juga pesakit yang tidak semua sel-sel kansernya dapat dihapuskan, mereka dikatakan mencapai “partial response”. 
  • Jika kanser tidak menunjukkan sebarang pengurangan, keadaan ini dinamakan “stable disease” 
  • Dan ada juga yang walaupun diberikan rawatan kanser, kanser mereka terus membesar dan merebak, keadaan ini dinamakan “disease progression”. Pesakit yang mengalami “disease progression” mempunyai kadar penyembuhan yang rendah dan kadar kematian yang tinggi.
Jika kanser adalah daripada jenis yang kurang ganas, berada pada peringkat awal dan rawatan yang diberikan adalah tepat, maka kanser yang dihidapi itu boleh dihapuskan sepenuhnya. Walau bagaimanapun Pakar Kanser sedar bahawa menghapuskan semua kanser bukanlah satu-satunya matlamat utama kerana walaupun sudah dihapuskan sepenuhnya, kanser itu masih berkemungkinan untuk berulang.


Jarak masa daripada masa kanser dihapuskan sepenuhnya sehingga kanser itu datang semula dikenali sebagai “disease free interval (DFI)”, pakar kanser mensasarkan DFI yang panjang dan pesakit dianggap sembuh jika DFI boleh mencapai sekurang-kurangnya 10 tahun. Dua tahun pertama adalah paling kritikal sebab jika kanser tersebut berulang, 80% daripadanya berlaku ketika 2 tahun pertama. 

Di antara punca-punca mengapa kanser boleh berulang adalah kerana:

  1. Kanser tersebut daripada jenis yang ganas

  2. Kanser dikesan lambat dan berada pada peringkat yang lewat 

  3. Lambat mendapatkan rawatan kanser. Terdapat pesakit yang mendapatkan rawatan kanser daripada pengamal2 perubatan alternatif sehingga lambat mendapatkan rawatan kanser oleh pakar kanser 

  4. Kaedah rawatan yang diberikan tidak tepat ataupun dos yang tidak mencukupi. Inilah kepakaran yang ada kepada pakar kanser berbanding dengan doktor-doktor yang tidak terlatih di dalam rawatan kanser. 

  5. Rawatan yang tersekat-sekat disebabkan oleh factor pesakit yang tidak dapat meneruskan rawatan ataupun mengalami kesan sampingan yang serius sehingga jadual rawatan terpaksa dipinda. Pendek kata apa sahaja yang boleh mengganggu perjalanan rawatan kanser boleh menyumbang kepada kurangnya keberkesanan merawat kanser. 

  6. Pesakit tidak meneruskan rawatan ataupun menghilangkan diri untuk jangkamasa yang panjang semasa diberikan rawatan. Ada pesakit yang beraleh kepada rawatan alternatif kerana ingin mencuba cara rawatan yang lain. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami kerintangan ubat kemo (“chemoresistant”). 

  7. Pesakit yang mengalami kekurangan zat makanan dan mineral sehingga menyebabkan rawatan tertangguh. Pesakit yang berpantang secara melampau, kurang mengambil air dan mengalami masalah penghadaman boleh mengalami masalah ini. 

  8. Pesakit mengambil ubat-ubatan lain tanpa pengetahuan pakar kanser di mana ubat-ubatan itu boleh mengurangkan keberkesanan rawatan moden yang diberikan. Ubat-ubatan itu mungkin boleh berinteraksi dengan ubat kemoterapi ataupun terapi hormone yang diberikan. Ubat2 ini termasuk ubat2 herba dan tradisional. Tambahan pula pada hari ini, ubat2 ini telah dimasukkan dengan pelbagai jenis bahan2 lain termasuk racun berjadual. 

  9. Pakar kanser percaya bahawa mengambil antioksidan dalam bentuk suplemen boleh menjadi serampang dua mata semasa rawatan kanser kerana badan manusia memerlukan keseimbangan di antara antioksidan dan radikal bebas. Radikal bebas mempunyai manfaat jika kandungannya sederhana kerana ia boleh menghapuskan sel-sel rosak dan sel-sel yang tidak normal termasuk sel-sel kanser. Apabila antioksidan diambil, ia akan meneutralisasikan/menyahaktifkan radikal bebas dan ini memberi kesan negative terhadap peranannya untuk menghapuskan sel-sel yang tidak normal. Pakar kanser tidak mengesyorkan pengambilan antioksidan di dalam bentuk suplemen oleh pesakit kanser terutama ketika rawatan diberikan ataupun jika kanser tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. 

  10. Pakar kanser percaya pesakit yang berfikiran positif, bermotivasi tinggi, melakukan senaman secara tetap dan mendapatkan berat badan yang ideal mempunyai kesan ke atas tahap ketahanan badan, mengurangkan stress dan ini dapat meningkatkan kekuatan badan melawan kanser dan mungkin boleh membantu mengurangkan kadar kejadian kanser berulang.

  11. Kegemukan boleh meningkatkan kadar kejadian kanser berulang ke atas pesakit-pesakit kanser tertentu terutama kanser-kanser yang diransang oleh hormon. Walaupun hasil kajian berbeza2, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan terdapat kaitan di antara kegemukan dengan kadar kematian kanser yang lebih tinggi dalam kalangan pesakit kanser payudara, usus besar dan kanser prostat. 

  12. Pesakit kanser yang mengalami masalah kelemahan system pertahanan badan (immunodeficiency) contohnya yang mengalami AIDs, mengambil ubat perencat system imun (immunosuppressive drug) lebih sukar dirawat dan kadar penyembuhan serta kejadian kanser berulang yang lebih tinggi. Ini juga mungkin dikaitkan dengan kecenderungan pesakit2 ini untuk menghidap kanser daripada jenis yang agresif. 

  13. Pendedahan kepada punca kanser yang berterusan. Kecuali jika punca kanser itu diketahui, terdapat banyak jenis kanser yang tidak diketahui punca sebenarnya jadi pesakit tidak ada kaedah bagaimana untuk menghindarkan diri daripada punca tersebut. Mungkin juga kelainan baka dan protin yang mengawal pembiakan sel berlaku secara berulangkali.
Walaupun tidak dapat disahkan kebenarannya, faktor psikologi pesakit mempunyai peranan di dalam meningkatkan keberkesanan rawatan dan kekuatan untuk melawan kanser. Pesakit yang mempunyai kekuatan mental yang kuat, positif dan tidak terlalu tertekan (termasuk yang mendapat sokongan baik daripada ahli keluarga) dapat melawan kanser dengan lebih berkesan berbanding dengan pesakit yang lemah semangat, berputus asa dan di dalam keadaan tekanan perasaan yang serius. 

Ramai juga yang mengalami kanser berulang tanpa dikesan puncanya yang sebenar. Menangani faktor-faktor di atas dapat mengurangkan kadar kanser berulang tetapi tidak ada jaminan 100% yang ianya akan berkesan sepenuhnya sebab itu penyakit kanser lebih baik dicegah daripada dirawat. Penyelidikan masih dijalankan oleh ahli-ahli sains di dalam mencari kaedah pencegahan dan rawatan kanser yang lebih berkesan.

Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Hospital Sultanah Bahiyah

Vivix Membantu Pesakit Kanser Menjalani Kemoterapi Dengan Lebih Berkesan

 
Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti sel kanser). Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka akan mematikan diri sendiri dengan sendirinya (Apoptosis) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.

Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia dibuat daripada 4 ekstrak botani iaitu:
  • Anggur muscadine
  • Lobak ungu 
  • Elderberry Eropah (Sambucus Niagra) 
  • Polygonum Cuspidatum
Menurut laporan daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada tahun October 2013; lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratrol (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.

Testimoni Pesakit Kanser Dan Vivix



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/   



Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.