Showing posts with label Set Kehamilan Shaklee trimester 2 dan 3. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan Shaklee trimester 2 dan 3. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

Tips Menggunakan Alat Ujian Kehamilan Dengan Betul Agar dapat Keputusan Yang Tepat!




Sedang merancang untuk hamil? Selain daripada pengambilan asid folik, wanita yang bakal bergelar ibu juga mestilah tahu menggunakan alat ujian kehamilan (urine pregnancy test-UPT). Saya yakin wanita yang trying to conceive mesti dah biasa dengan alat ujian kehamilan ini. Ada yang tiap-tiap bulan cek ( yer memang ada) sebab excited nak tahu. Siapa tak happy kalau tiba-tiba terkeluar double lines. Jika terdapat dua jalur merah ini menunjukan anda telah HAMIL. Ingat ,walaupun jalur tu tak terang, ianya tetap bermaksud anda HAMIL.   

Anyway, tahu tak sebenarnya nak guna alat UPT ni ada kaedahnya juga. Tak boleh main check sahaja sebab bila salah teknik keputusan yang kita dapat mungkin tak valid. Tak ke bahaya kalau keputusan sebenar mengandung tapi kita duk ingatkan negatif. Bahaya sebab kita mungkin dah melakukan aktiviti yang membahayakan janin dalam kandungan seperti bersukan atau apa- apa aktiviti yang lasak kerana tak tahu sedang hamil.

Alat UPT ni boleh didapati dengan mudah di farmasi dan pusat kesihatan. Ada yang mahal ada yang murah. Anda boleh buat sendiri ujian menggunakan alat UPT ini di rumah. UPT ni bertindak dengan cara mengukur kadar hCG ( human chorionic godotrophin) di dalam urine. 

Ia adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta dan akan meningkat pada awal kehamilan. Jadi bila kita lakukan ujian kehamilan pada waktu ini dan alat UPT tadi menunjukkan dua garis bewarna merah, maka secara automatiknya ia menunjukkan ada hormon hCG dalam urine anda, atau dengan kata lain anda sedang hamil.  
TETAPI menurut satu kajian yang telah dijalankan, walaupun kaedah pemakaian alat UPT telah diikuti dengan betul, masih terdapat kemungkinan alat UPT ini memberi keputusan tidak betul.

Ini kerana proses penempelan embrio ke dinding rahim berbeza bagi setiap wanita. Kebiasaanya proses penempelan embrio terjadi pada hari ke-6 hingga hari ke-12 selepas hari pertama menstruasi (haid) terakhir terjadi. Akan tetapi, ada juga beberapa situasi di mana penempelan embrio sudah berlaku hanya 1 hari selepas haid terakhir. Inilah yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada setiap wanita yang menyebabkan adanya ujian UPT menunjukkan tanda negatif sedangkan proses kehamilan telah berlaku.

Tips menggunakan alat ujian kehamilan supaya dapat keputusan yang tepat!

  1. Sebaiknya lakukan ujian kehamilan 3-4 hari setelah lewat datang haid. Kalau masih menunjukkan keputusan negatif ulangi ujian selepas seminggu lewat period. Ini kerana keputusan boleh jadi negatif jika dilakukan terlalu awal. Kebiasaanya jalur pada alat ujian kehamilan akan menunjukkan warna yang lebih terang jika ujian dilakukan selepas 4 hari. 

  2. Lihat tarikh semasa melakukan ujian kehamilan. 

  3. Jangan simpan alat ujian kehamilan yang digunakan di tempat yang lembap (contohnya bilik mandi). 

  4. Baca arahan penggunaan yang telah disertakan bersama paket alat ujian kehamilan. 

  5. Ujian ini paling baik dilakukan dengan menggunakan urine pertama (sebaik sahaja bangun dari tidur di waktu pagi) kerana nilai hCG tinggi pada waktu ini. Untuk dapat keputusan yang lebih tepat kumpul urine pada pertengahan proses membuang air kecil. 

  6. Baca keputusan ujian kehamilan selepas test strip UPT direndamkan selama 30 saat ataupun sehingga jalur warna muncul. Baca keputusan dalam masa 5- 20 minit kerana keputusan hanya sah dalam tempoh ini.
Ujian kehamilan UPT ni mempunyai ketepatan sehingga 97% jika digunakan dengan teknik yang betul. Tapi kalau masih ragu-ragu bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan. Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengesan kuantiti HCG atau ujian ultrasound untuk memastikan kewujudan janin dalam rahim.

Tahniah Anda Hamil. Jom dapatkan Set Kehamilan Terbaik ini

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

Monday, November 25, 2013

Set Kehamilan Shaklee

Apabila seorang wanita menjadi hamil, keperluan pemakanan meningkat dengan siginifikan.
Wanita hamil boleh memenuhi keperluan pemakanan mereka dengan mengambil makanan berketumpatan nutrien yang tinggi. Makanan sebegini dapat membekalkan ibu dan bayi nutrien nutrien yang diperlukan untuk memastikan pertambahan berat badan yang mencukupi sepanjang kehamilan.

Pengambilan supplements Shaklee boleh membantu anda.Vitamin Shaklee adalah semulajadi tanpa pewarna, perisa dan pengawet tambahan. Dan ia tidak memerlukan silica gel untuk memelihara keasliannya. Kebanyakkan vitamin/ supplement lain mengandungi silica gel, pewarna, perisa dan pengawet tambahan.

 Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini kerana:
  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • harga yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • juga sesuai dijadikan set berpantang
  • terbukti selamat dan berkesan

Set Kehamilan Trimester 1,2 dan 3

ESP 
membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protein meningkat ketika wanita sedang mengandung kerana protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.

Vita-Lea 
adalah multivitamin yang jauh lebih baik dari Obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi. Keistimewaan Vita-Lea ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil.

OsteMatrix 
untuk menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya, maka wanita mengandung perlu sentiasa memastikan jumlah kalsium adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan untuk ibu itu sendiri. OsteMatrix juga boleh mencegah masalah kejang atau simpul biawak yang sering dialami oleh ibu mengandung.

B-Complex 
dilengkapi dengan asid folik dan lapan vit B beserta Folic Acidyang penting untuk saraf dan baik buat ibu hamil.

Vitamin C untuk menguatkan sistem imun badan.

Omega Guard adalah pengganti untuk supplement NeuroGain. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Supplemen ini perlu diambil mulai trimester kedua dan ketiga.

Untuk mendapatkan Set Kehamilan ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Thursday, October 10, 2013

Fakta Atau Mitos Wanita Hamil Perlu Ambil Suplemen?



Apabila seorang wanita menjadi hamil, keperluan pemakanan meningkat dengan siginifikan.
Wanita hamil boleh memenuhi keperluan pemakanan mereka dengan mengambil makanan berketumpatan nutrien yang tinggi. Makanan sebegini dapat membekalkan ibu dan bayi nutrien nutrien yang diperlukan untuk memastikan pertambahan berat badan yang mencukupi sepanjang kehamilan.

Pemakanan yang baik juga dapat mengurangkan masalah-masalah semasa kehamilan seperti muntah-muntah, pedih ulu hati dan sembelit. Wanita hamil perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap tabiat makan kerana pada masa ini tubuh juga sedang bersedia untuk menghadapi cabaran semasa laktasi.

Keperluan pemakanan semasa hamil

  • Keperluan nutrien semasa hamil meningkat, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga (lihat Jadual ).
  • Peningkatan yang mendadak dapat dilihat untuk tenaga, protein, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, folat, vitamin A, vitamin C, vitamin E, kalsium, iodin dan zink.
  • Peningkatan keperluan untuk zat besi terlalu tinggi sehingga tidak dapat dipenuhi melalui diet yang biasa sahaja.
  • Keperluan asid lemak perlu (asid linoleik dan alfa-linoleik) meningkat untuk pembentukan janin sempurna.
 

Supplement Organik Dan Semulajadi Pilihan Ibu Hamil Masa Kini

Shaklee menyediakan vitamin yang terbaik dan selamat untuk ibu hamil kerana ianya adalah semulajadi. Keunikan Set Hamil Shaklee, ini boleh juga digunakan semasa menyusu dan berpantang. Wow!!! Memang sangat menjimatkan. Set hamil Shaklee menjadi pilihan ramai kerana :
  • Lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil 
  • Tahan berbulan-bulan
  • Harga mampu milik  
  • Dihasilkan dari sumber organik dan semulajadi  
  • tiada sebarang kesan sampingan    
  • Terbukti selamat dan berkesan

1. Protein

Protein memberikan tenaga kepada ibu. Protein dengan khasiat asid amino lengkap sangat penting untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Selepas bersalin, protein yang lengkap dapat menyokong pengeluaran susu ibu dan membantu perkembangan bayi.

Ibu mengandung memerlukan 62.5 g protein sehari, manakala ibu menyusu memerlukan sekitar 70-75 g protein sehari.

2. Zat Besi

Ketika mengandung, ibu mengepam sebanyak 30-50% darah lebih banyak setiap hari. Jadi ibu memerlukan zat besi yang lebih untuk memastikan bekalan hemoglobin (membawa oksigen) kepada bayi. Hemoglobin adalah protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel lain dalam badan.

Apabila hemoglobin tidak mencukupi, sebab itulah anda boleh mendapat gejala anemia. WHO mendefinisikan anemia apabila bekalan hemoglobin berada di bawah 11g.dl. Kekurangan HB ini boleh menyebabkan:

  • Ketidaksuburan 
  • Keguguran janin 
  • Kelahiran pra matang 
  • Bayi lahir dengan berat badan kurang (bawah 2kg) 
  • Meningkatkan kematian bayi dalam kandungan 
  • Menyebabkan ibu cepat merasa letih (semasa mengandung dan menyusu)

Zat besi diperlukan sebanyak 29mg/sehari bagi ibu mengandung. Manakala sebanyak 20-29mg sehari diperlukan bagi ibu yang sedang merancang untuk mengandung.

3. Asid Folik

Semasa hamil, asid folik diperlukan untuk pembentukan saraf pada bayi yang penting untuk pembentukan tulang belakang dan otak. Asid folik yang mencukupi pada 28 minggu pertama dapat membantu mengurangkan risiko masalah spina bifida kepada bayi (neural tube defects – NTD).

Ibu mengandung memerlukan 600mcg sehari asid folik, manakala ibu menyusu memerlukan sebanyak 500mcg sehari.

4. Vitamin C

Vitamin C membantu:
  • Mengurangkan risiko kelahiran pramatang: Dalam kajian selama 4 tahun kepada seramai 2,064 orang ibu didapati ibu yang kurang mengambil vitamin C mempunyai 2 kali ganda risiko kelahiran pra matang.
  • Meningkatkan kesuburan: kajian menunjukkan wanita yang mengambil vitamin C sebanyak 500mg sehari dapat meningkatkan kesuburan sebanyak 44%.

5. Kalsium

Seorang ibu mengandung (sebelum mengandung, ketika mengandung dan selepas mengandung) perlu mengambil 1000mg kalsium setiap hari. Kalsium diperlukan untuk:
  • Pembentukan tulang dan gigi 
  • Membantu memudahkan otot ketika proses bersalin 
  • Melindungi density tulang 
  • Membantu pertumbuhan bayi (susu ibu mengandungi 40% kalsium)

Tahukah anda, artis Lisa Surihani mengalami masalah kekurangan kalsium yang menyebabkan beliau sukar mengandung. Selepas mengambil kalsium mencukupi, alhamdulillah selepas itu beliau mengandung. Jadi bagi anda yang ingin mengandung, elok amalkan suplemen yang lengkap juga.

6. Asid Lemak Omega 3

Asid lemak omega 3 diperlukan untuk pembentukan otak dan penglihatan bayi semasa mengandung. Selepas bersalin sehingga antara 18 dan 24 bulan, DHA masih diperlukan untuk membantu fungsi otak bayi.

Asid lemak omega juga penting untuk ibu yang mengalami masalah darah tinggi semasa mengandung (pre-aclampsia)


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Kehamilan ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak mendapatkan konsultansi secara percuma:

 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement 
 
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels