Showing posts with label Vivix dan sakit buah pinggang. Show all posts
Showing posts with label Vivix dan sakit buah pinggang. Show all posts

Tuesday, May 16, 2017

Pantang Larang Makanan Pesakit Buah Pinggang


Sakit buah pinggang bukanlah perkara yang remeh, yang boleh di pandang ringan. Jika pesakit buah pinggang melanggar pantang-larang ini, silap-silap boleh mengundang maut. Sebagai ahli keluarga yang ada mengalami masalah ini, kita perlu memberi sokongan kepada mereka, agar mereka tidak terasa terabai.

Jom kita sama-sama tengok pantang-larang pesakit buah pinggang, semoga ia dapat membantu kita dalam memahami keperluan dalam menjaga kesihatan mereka.

1. Kawal pengambilan air

Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair mereka dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja. Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari.

Pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakkan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.

Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras. Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan aiskrim, tembikai, dan makanan berair.

2. Elakkan Makanan Yang Tinggi Protein

Seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam. Makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah. Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.

3. Pengambilan garam perlu dikawal

Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. Walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal. Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan.

Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis.

Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin.

4. Mengurangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi Kalium

Seperti bayam, kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma. Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh, epal, jambu batu, pir atau nenas.

Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.

Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sahaja sehari. Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg.  

5. Pesakit buah pinggang juga perlu mengawal kandungan fosfat

Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah. Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang. Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah.

Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu. Manakala minuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina.

Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti canai, mee segera, makaroni, kacang dhal, soya, dan daging atau ayam.

Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih telur, bihun, kuew tiow atau laksa.

6. Makan pada waktu tetap

Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting bagi pesakit untuk cuba makan pada waktu yang tetap. Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

“Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. 
Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat,” 
Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

Share:

Tuesday, March 1, 2016

11 Punca Buah Pinggang Rosak Yang Boleh Dielakkan



Pada masa kini jika ditanya kepada saya bisnes apa yang tinggi permintaannya. Saya pasti akan cadangkan bisnes perkhidmatan dialisis. Rata-rata tempat sekarang kita boleh lihat terdapatnya pusat dialisis berbanding dulu.

Untung sangat buka pusat dialisis ni, sebab setiap hari orang akan datang cuci buah pinggang. Seorang pesakit buah pinggang paling kurang perlu cuci 3 kali seminggu, ada yang sampai setiap hari. Jadi, memang boleh buat duit.

Duit, duit juga. Memang untung sangat boleh buat duit. Tapi, kita ni manusia setiap hari tengok betapa susahnya orang nak cuci buah pinggang. Nak kena cucuk setiap kali nak cuci, apalagi kalau melibatkan ahli keluarga sendiri.

Mengalami kerosakan buah pinggang memang tidak dipinta oleh sesiapa pun, tapi gaya hidup kita boleh mengubahnya. Saya tidak mahu kehidupan saya berakhir begitu dan kalau boleh saya juga tidak mahu orang sekeliling saya mendapat nasib seperti itu. Kena cuci buah pinggang bererti kehidupan sangat terbatas. Nak pergi mana-mana pun susah, kecuali ada mesin dialisis yang portable yang boleh dibawa ke mana-mana.

Saya nak berkongsi 11 faktor yang menyebabkan buah pinggang boleh rosak, supaya kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga buah pinggang sebaiknya.
  1. Kerap tahan kencing
  2. Kurang minum air
  3. Suka makan makanan masin
  4. Suka minum minuman bergas atau berkarbonat
  5. Kerap terkena jangkitan kencing dalam erti kata lain tidak menjaga kebersihan anggota kencing dengan baik dan tidak dirawat dengan sempurna.
  6. Kerap makan daging merah dan makanan laut yang tinggi kandungan asid urik.
  7. Merokok
  8. Kerap makan pil tahan sakit
  9. Minum alkohol berlebihan
  10. Penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal
  11. Obesiti dan penyakit metabolik.
Kepada sesiapa yang ada masalah seperti diatas, ketahuilah kesemua itu kita boleh elakkan. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan jagalah kesihatan buah pinggang masing-masing. Kita ada 2 sahaja buah pinggang setiap orang. Kalau rosak 1, mungkin 1 lagi boleh ambil alih. Kalau dah tinggal 1, mesin nak ambil alih?

Mereka yang berpenyakit kegagalan buah pinggang tak diwajibkan pergi haji menurut muzakarah kebangsaan dan Lembaga Tabung Haji juga tidak membenarkan mereka ikut. 

Memang sedih menghadapi pesakit buah pinggang yang teringin sangat pergi haji sampai tak tulis penyakitnya, tapi doktor boleh kenal tau.Jadi, jaga kesihatan buah pinggang, semoga kita tergolong dalam golongan yang berpeluang menunaikan ibadah haji.
Share:

Sunday, February 14, 2016

Rawatan Santau Dan Saka Dengan Vivix Shaklee???


Saya ada sorang sahabat yang umurnya sebaya dengan saya...muda lagilah kan hehe. Sahabat saya ni mengalami masalah darah tinggi, hemoglobin rendah dan yang paling serius masalah buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis.

Penyakit sahabat saya ni mula dikesan apabila dia mengandung anak yang ketiga. Simptom pertamanya dia mengalami alahan yang sangat teruk. Setiap kali makan dia pasti akan muntah, malah minum air kosong pun dia boleh muntah. Tekanan darahnya pun tidak stabil asyik naik jer, akibatnya dia selalu berkampung di hospital. Boleh dikatakan sepanjang usia kandungan sehingga mencapai tujuh bulan dia lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding dirumah.

Setelah melakukan pelbagai ujian oleh pakar, sahabat saya di sahkan mengalami masalah buah pinggang. Pakar meminta dia menggugurkan kandungan tersebut bagi dia menjalani rawatan yang sewajarnya. Tapi sahabat saya tetap nak kan kandungan tu. Yang paling hiba bila kandungannya sudah berusia 7 bulan, Doktor mencadangkan yang dia untuk bersalin lebih awal...Allah memberi ujian lebih besar bila bayi yang dilahirkan mampu melihat dunia dalam beberapa hari saja.

Maka bermulalah episod dia menjalani rawatan yang pakar sarankan. Pada masa yang sama dia juga menjalani rawatan alternatif melalui perubatan islam. Maka barulah dia tahu punca kepada masalah penyakit buah pinggang tu adalah disebabkan santau dan juga gangguan saka. Dalam perubatan moden pasti akan kata yang semua ni mengarut kan. Tapi sebagai seorang muslim kita perlu mengakui yang benda ghaib memang wujud.

Apa Kena Mengena Dengan Vivix Shaklee?

Bila teringat kat dia...benda pertama saya terfikir...alangkah bagusnya kalo dia dapat cuba Vivix sebab banyak testimoni yang ada masalah macam ni sangat-sangat membantu. Saya sangat simpati dengan rentetan hidupnya yang penuh ujian disebabkan penyakitnya ni.

Saya dan sahabat-sahabat sekolah lama ada satu group wassap...jadi saya pun mencadangan kat group wassap ni untuk sahabat saya yg sakit tu mencuba Vivix...alhamdulillah semua sahabat-sahabat saya turut bersetuju dan nak sangat tengok dia pulih kembali....paling kurang dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan dia.

Akhirnya hasil kami berkongsi duit dapatlah kami menghadiahkan satu botol Vivix kat dia.

Dan semalam bila saya bertanyakan perkembangan kesihatan sahabat tu....Allahuakbar....Alhamdulillah....
syukur Allah memberikan perkembangan yang sgt positif. Mekasih YaAllah...berkat sumbangan ikhlas dan doa dari semua...Allah bagi kebaikan tu buat dia.

Terima kasih semua sahabat SMTS. Hasmayani Alim kami semua sayang kt hang. Semoga Allah memberi naungan diakhirat kelak untuk kita atas kasih sayang kerana Allah ni.

Dan untuk sahabat-sahabat diluar sana...kalo ada sahabat-sahabat kita yang sakit boleh lah cuba bantu dengan pelbagai cara. Apatah lagi nikmat kesihatan ni takda nilai dengan harta benda dan kekayaan.
 
 
Kat sini ada testimoni, luahan dari hati dia sendiri. Doakan semoga sahabat saya ni sembuh.

"Hospital tak call lagi untuk next appoinment, cuti raya cina kot. 25hb ni appoinment unit nefrologies. Klinik CAPD  tak tau bila, biasa depa akan call"

"Tapi aku perasan jugaklah aku nyer BP macam stabil skit lani...aku jarang plak makan ubat sebab doktor pesan kalau rasa BP ok jangan makan"
 
 "Dekat 2 bulan dah aku tak cucuk ubat HB, tak tau HB aku ok ke dak...rasa macam ok jer sebab aku takda plak rasa mengah letih ke.
Kenduri baru ni aku aktif jugak buat kerja...ok jer rasa, cuma letih tu malam jer aku tido awal."

"Ramai tegur tengok macam tak sakit, kalo orang yang tak tahu...memang tak sangka aku sakit, cuma yang perasan tengok saiz aku jer"


Berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee! 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6   
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels