Showing posts with label ubat atasi keputihan. Show all posts
Showing posts with label ubat atasi keputihan. Show all posts

Thursday, January 5, 2017

Keputihan Melampau Penyebab Sukar Hamil


Berwarna kuning pekat, hijau, disertai dengan bau yang busuk dan gatal teramat sangat. Lebih berbisa jika suami mula komplen anda becak dan berbau hamis ketika ‘bersama’. Adakah anda biasa mengalami keputihan yang digambarkan seperti di atas? Sekiranya ya, adakah anda sudah hamil atau pun masih setia menunggu? Dan benarkah keputihan penyebab sukar hamil?

Keputihan ada bermacam-macam jenis. Kebiasaannya hadir ketika anda penat atau pun dalam keadaan tertekan. Penggunaan ubat dan perubahan hormon juga boleh menyumbang kepada masalah keputihan.Ia bukan sahaja menyerang wanita yang sudah berkahwin, gadis remaja juga kerap mendapat jangkitan keputihan ini.

Bagaimana Keputihan Mengganggu Kesuburan?

Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan akan menyerap masuk ke dalam faraj seterusnya menyerang kawasan penghasilan ovum. Apabila kawasan atau kilang ini terganggu, sudah pasti ovum yang terhasil mempunyai masalah dari segi keabnormalan. Ovum yang tidak normal tidak akan mampu bertahan lama atau boleh dikategorikan sebagai cacat. 

Yang keduanya, keputihan yang terhasil menyebabkan penyumbatan berlaku pada leher faraj. Sperma akan berhadapan kesukaran untuk menembusi leher faraj sekiranya terdapat keputihan yang banyak. Selain itu, kulat atau bakteria yang ada di sekitar faraj juga boleh mengganggu kualiti sperma yang memasuki faraj.

Oleh sebab itu, jika anda sedang merancang untuk hamil, cubalah untuk tidak meremehkan masalah keputihan.

Adakah Keputihan Saya Normal?

Lazimnya, keputihan yang berwarna jernih atau keputihan-putihan dianggap normal. Ia menandakan tiada jangkitan berlaku. Tetapi jika ia berubah warna menjadi kekuningan atau kehijauan, disertai dengan radang, kegatalan serta bau yang hanyir menandakan jangkitan ada berlaku. Candida merupakan bakteria yang selalu menyerang wanita yang mengalami masalah keputihan.
Simptom-simptom keputihan yang dijangkiti bakteria atau kuman:
  • keputihan berwarna kuning pekat atau hijau
  • gatal yang amat sangat
  • berbau busuk atau hanyir
  • tidak selesa ketika bersama suami
  • terpaksa memakai panty liner setiap hari

Berikhtiar Dengan Set Keputihan Shaklee

Alhamdulillah, Shaklee juga ada menyediakan Set Keputihan, sesuai dengan masalah majoriti kaum wanita negara ini. Ianya lebih mudah dengan harga yang sangat mampu milik.

Terdiri daripada gabungan Alfalfa Complex, Garlic Complex dan GLA Complex.
  • Alfalfa Complex 

vitamin herba untuk kesihatan dalaman wanita. Ia membantu menyingkirkan toksin atau kuman yang menjadi penyebab keputihan. Lebih dari itu, alfalfa bersifat anti kulat yang memastikan vagina wanita sentiasa berada dalam keadaan beralkali.
  • Garlic Complex

berfungsi sebagai anti kulat dan anti bakteria semulajadi. Jika anda ke klinik, doktor juga berikan antibiotik kan? Samalah fungsinya tu. Jadi, apa salahnya jika anda berikhtiar secara semulajadi. Bawang putih yang terdapat di dalamnya berfungsi sebagai perisai kepada sistem imun badan.
  • GLA Complex

Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron. Ia juga meningkatkan sistem imun tubuh

Testimoni Panas-Panas Daripada Pelanggan


cara rawat keputihan
Keputihan umi dah takde langsung!!

cara hilangkan keputihan

"Memula makan vitamin, keputihan null. Kering. Macam tak percaya pernah ada keputihan. Sebab keputihan saya tahap lebih kurang kroniklah kot. 
Saya teruskan ambil hari-hari tak miss langsung. Lagi satu tumit pun dah tdak pecah lagi. Macam tumit anak dara u. Baru makan satu vitamin. kalau ambil fully vitamins cun melecun mak."
Keputihan memang memalukan kan? Saya yakin anda juga tentu ada perasaan itu terutama pada suami. Semarakkan rumahtangga dengan Set Keputihan supaya vagina anda kekal wangi, tidak becak dan ketat. Jangan bertangguh lagi terutama jika anda yakin anda masih tidak hamil kerana keputihan yang kronik 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 

Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan harga dengan lebih penjimatan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-   

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990  
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com    
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Tuesday, December 27, 2016

5 Warna Keputihan Yang Harus Wanita Ambil Tahu


Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu diketahui bahawa bukan semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh pembiakan kulat dan ianya termasuklah wanita yang sedang hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Berikut adalah antara warna-warni lelehan yang perlu diberi perhatian:

1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres malah keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak dengan cepat apabila pH tidak seimbang.

3. Putih Pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan

  1. Elakkan dari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang ada pH3.8-4.2

  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan

  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama

  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang

  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama

  6. Gunakan alas seluar dalam (panty liner)jenis "unscented" dan yang dapat mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.

  7. Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing

  8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen.
Berminat untuk mendapatkan Set Penjagaan Dalaman Keputihan Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Thursday, September 22, 2016

Awas!!! Bahaya Jangkitan Keputihan Kepada Suami

AWAS!! SUAMI ANDA BOLEH DIJANGKITI KEPUTIHAN


Tahukah keputihan juga boleh berjangkit kepada suami. Keputihan iaitu lelehan lendir yang berwarna samada putih, cream atau kelabu yang keluar dari faraj wanita. Ada 2 jenis keputihan yang perlu diketahui iaitu keputihan biasa dan keputihan serius yang mendatangkan mudarat tidak kira kepada wanita tersebut mahupun kepada suaminya. Dianggarkan 75% wanita yang mengalami keputihan adalah mereka yang telah berkahwin. Jadi, keputihan serius turut mendatangkan bahaya kepada suami.

Terdapat 2 jenis keputihan:

  1. Keputihan biasa (fisiologis) - biasanya keluar sebelum menstrual dan ketika waktu subur, tidak berbau, tidak menyebabkan gatal dan biasanya berwarna putih. Ianya normal di kalangan wanita. 
  2. Keputihan serius (patologik) - agak kronik di mana lendir berwarna kuning, kelabu atau hijau. Sedikit kental, baunya busuk dan menyebabkan kegatalan. Jangkitan kuman telah berlaku. 

Apakah faktor penyumbang keputihan?

  • Kebersihan - keadaan faraj yang lembap boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma. Jika tidak dijaga kebersihan terutama selepas membuang air kecil dan melakukan hubungan intim, faraj senang untuk mendapat jangkitan. 
  • Hormon - hormon yang tidak seimbang boleh mencetus berlakunya keputihan. Elakkan keadaan stress yang boleh menggangu keseimbangan hormon.
  • Gaya hidup - gaya hidup yang tak sihat seperti amalan seks rambang
  • Kesihatan - Pesakit kencing manis boleh menggalakkan pertumbuhan kulat di bahagian faraj kerana kandungan gula tinggi dalam darah. Pesakit leukemia dan kanser juga boleh mengalami keputihan. 

Kenapa jangkitan keputihan bahaya kepada suami?

Keputihan yang serius dan tidak dirawat, biasanya keputihan yang berpunca dari jangkitan bakteria candida albicans boleh berjangkit kepada suami selepas hubungan kelamin dilakukan.

Lelaki yang mengalami daya tahan yang rendah selalunya lebih mudah mengalami jangkitan fungal ini, antaranya:
    • Pesakit diabetes
    • Pesakit ginjal yang menjalani haemodyalisis 
    • Pesakit HIV 
    • Pesakit kanser sama ada sedang menerima rawatan atau tidak menerima rawatan kemoterapi atau radioterapi 
    • Pesakit yang mengalami penyakit yang menyebabkan daya tahan mereka rendah seperti pesakit leukemia, rheumatoid.

      Tanda-tanda suami mendapat jangkitan akibat keputihan adalah :-

      • Kegatalan atau rasa pedih pada batang zakar 
      • Ruam merah pada kepala zakar
      • Bengkak pada kepala zakar
      • Rasa sakit ketika melakukan hubungan intim dengan isteri
      • Pedih dan rasa sakit ketika buang air kecil 
      • Kulit zakar menggelupas dan berkerak
      • Kulit zakar boleh diselaputi oleh lendiran seperti susu basi
      Suami juga lebih mudah mengalami komplikasi akibat jangkitan fungal memasuki aliran darah dan merebak ke organ yang lain seperti otak dan selaput otak.

      Pada isteri pula, jika keputihan kronik ini tidak dirawat ianya boleh menyebabkan kemandulan dan penyakit kanser rahim. Jika dibiarkan lama tanpa rawatan, proses rawatan menjadi lebih sukar. jadi adalah penting untuk merawat dengan segera.

      Cara cegah dan rawat keputihan

      Amalkan kebersihan diri, pastikan faraj sentiasa kering. Tuala wanita haruslah kerap ditukar jika sedang haid dan basuh bersih selepas hubungan intim. Cara atasi keputihan dengan product Shaklee adalah dengan Alfalfa Complex, Garlic dan GLA Complex.


      Alfalfa Complex 

      Bersifat antikulat kerana kaya dengan klorofil. Juga menstabilkan kandungan asid dalam badan. Alfalfa juga membantu menyelesaikan masalah faraj yang longgar kerana ia bertindak seolah-olah seperti kacip fatimah. Alfalfa juga bertindak sebagai agen detox dalam badan yang membuang angin dan toksik.

      Garlic Complex 

      Bahan alicin dalam garlic bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan antikulat yang boleh memusnahkan bakteria penyebab keputihan. Garlic boleh membantu masalah keputihan pada wanita hamil kerana wanita hamil tidak disarankan untuk mengambil alfalfa. Garlic boleh mengurangkan masalah gatal dan meningkatkan imun sistem

      GLA Complex

      Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
      Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
      Meningkatkan sistem imun tubuh
      Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
      Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
      Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

      Perkongsian testimoni pengguna vitamin Shaklee untuk keputihan




      Jadi, masalah keputihan perlu diberi perhatian sebelum ia menjadi lebih teruk. Membiarkan masalah keputihan menjadi lebih parah bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi suami serta bayi dalam kandungan juga berisiko mendapat penyakit.

      Nak hilangkan masalah keputihan yang membelenggu diri? Bertindak segera. Anda bukan sahaja menyelamatkan diri sendiri, tapi juga menyelamatkan suami. Jangan biar suami dapat penyakit sama. Sayangi diri dan sayangi suami. Hubungi saya untuk mendapatkan Alfalfa Complex,Garlic Complex dan GLA Complex

      Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!!
      Selamat Membeli belah bersama Shaklee.
      https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 

      Atau  
      Hubungi saya untuk mendapatkan harga dengan lebih penjimatan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-   

      SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com  
      Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       

       
      *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
      Share:

      Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

        Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

      Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

      VIVIX The Best Antiaging

      Search This Blog

      Powered by Blogger.

      Followers

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Free Auto Malaysia Backlinks
      My Ping in TotalPing.com

      Labels