Showing posts with label kulit berminyak. Show all posts
Showing posts with label kulit berminyak. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

Kenali Jenis Kulit Muka Anda dan Penjagaanya



Menginginkan kulit yang sihat dan cantik adalah menjadi idaman setiap kaum hawa, maka mengenali jenis kulit dan mengetahui produk yang sesuai dengan kulit kita amatlah penting. Namun untuk melakukan perawatan terhadap kulit kita, maka terlebih dahulu kita harus mengenali jenis kulit kita disebabkan setiap orang mempunyai jenis dan masalah kulit yang berbeza beza. Dengan mengenali kulit kita dengan lebih mendalam, kita mampu memiliki kulit yang bersih dan sihat

Ada beberapa jenis kulit yang secara umum dikenali, iaitu : 
  • kulit normal.
  • jenis kulit kering
  • kulit berminyak
  • kulit kombinasi
  • kulit sensitif
Walaupun kita mempunyai kulit yang cantik disebabkan faktor genetik tetapi jika kita tidak menjaganya dengan betul seperti tidak mengunakkan produk yang sesuai, tidak menggunakan sun block kita berada diluar maka masalah masalah kulit dihidrasi, berjerawat dan sebagainya akan timbul
 

Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.  


Penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.

Kulit kering

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Ciri-ciri kulit kering adalah
  • Kulit tampak kasar kusam dan tidak bermaya jika tidak bermekap.
  • Kelihatan tegang, bersisik dan terkadang mengelupas
  • Terdapat tompokan merah tetapi liang pori hampir tidak kelihatan
  • Kedutan penuaan lebih mudah dikesan terutamanya di sekitar dahi,mata dan bibir 
Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Kulit kombinasi

Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T
.
Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. 
Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
 
Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

Kulit Sensitif

Jenis kulit ini juga memerlukan rawatan yang khusus. Kulit jenis ini setiap kali di bersihkan, kulit akan terasa kering dan gatal. ketika tengah hari, pada bahagian-bahagian tertentu akan terasa ketat,merah, dan pecah-pecah. Dan pada umumnya mereka yang berkulit sensitif perlu mendapatkan produk kecantikan yang khusus untuk kulit sensitif sahaja.  

Ciri-ciri kulit sensitif ialah : 
  • kulit cepat merah-merah kegatalan di kulit wajah
  • cepat terbakar di bawah matahari
  • kekeringan dan cepat mengelupas
  • rasa pedih dan menyucuk
  • iritasi dan bengkak-bengkak 
Antara punca kulit sensitif seperti tersalah memilih produk penjagaan wajah, eczema, keturunan, atau pernah pakai, product peeling, bleaching dan sebagainya. Jika kulit wajah anda tidak dirawat pigmentasi akan berlaku dengan cepat diseluruh wajah dan akan tertumpu pada pipi. 

Dibawah ini beberapa cadangan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif:
  • Lakukan test terhadap reaksi allergi pada bahagian lengan terlebih dahulu jika anda teringin untuk membeli produk baru di pasaran. Jika kulit mulai terasa seperti terbakar atau menjadi gatal setelah beberapa minit selepas mencuba produk, bersihkan kulit secepatnya. 
  • Setiap enam bulan sekali, selalunya ianya sudah dijangkiti bakteri, misalnya eyeliner dan maskara. 
  • Jangan mencuba produk kosmetik secara langsung pada wajah,cubalah dibahagian lengan 
  • Jangan membiarkan kulit terkena cahaya matahari yang keterlaluan dan jangan keluar rumah tanpa menggunakan sun block 
  • Gunakan produk rawatan kulit sensitif saja (misalnya. produk yang dilabelkan untuk rawatan kulit sensitif saja). Juga, periksa arahan pada produk untuk melihat apakah ada peringatan-peringatan tertentu yang berkaitan dengan produk). 
  • Jangan memakai makeup terlalu lama. Gunakan pemersih make-up yang hypoallergenic.
Sambil-sambil tu jom layan video ni. Wanita ni berjaya dapat skin cantik flawless selepas menderita dengan masalah jerawat kronik selama 7 tahun! Sebabnya? Tersalah ambil produk.
So tulah tips yang saya dapat share. Moga bermanfaat untuk wanita di luar sana yang masih tercari-cari produk skincare terbaik dan bersesuaian dengan jenis kulit muka anda. 

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh  Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Share:

Sunday, April 17, 2016

Tips Kekalkan Kulit Lembap


Kulit lembap adalah tanda kulit yang sihat dan cantik. Sebagaimana yang diketahui, tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air. Kulit yang sihat hanya diperolehi apabila mempunyai kelembapan yang diperlukan. Jika kurang air dalam tubuh maka kulit akan kering dan tidak bermaya. Secara tidak langsung, ia akan mempengaruhi penampilan seseorang.

Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan diri, anda perlu peka tentang kelembapan kulit sendiri. Kulit wajah yang lembab adalah kunci kepada wajah yang lebih muda. Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi.

Bagaimana mengekalkan kelembapan kulit?

1) Kekalkan kelembapan kulit sepanjang hari

  • sering memakai pelembab muka, dan krim bagi keseluruhan badan
  • gunakan air mawar pada muka bagi mengekalkan kelembapan walaupun kesan agak lambat, tetapi amalannya mampu memberi kesan menakjubkan. 
  • Minum banyak air dan makan buah-buahan untuk menjaga kulit anda terhidrat dan mengepam keluar toksin dari sistem anda. 

2) Elakkan terdedah dengan matahari dengan jangka yang lama sehingga terasa perit di muka

  • memakai SPF 15 atau SPF 30 bagi pelindung kulit dari matahari penyebab kulit anda kering seterusnya menjadikan muka anda jeragat.
  • memakai pelindung muka seperti topi atau payung

3) Jagaan luaran dan dalaman dengan betul;

  • Manjakan diri dalam penjagaan kulit yang betul, jangan lupa pembersihan, toning, pelembab dan pengelupasan (sekurang-kurangnya dua kali seminggu menggunakan scrub wajah pilihan anda).
  • Mengambil vitamin e , vitamin c dan b sebagai amalan seharian 
  • Kecukupan protien dalam tubuh harus dijaga bagi membantu pembentukan sel-sel terutamanya kulit. ianya menjadikan kulit anda nampak segar dan lembab.

4) Kestabilan hormon penting bagi menjaga struktur kulit

  • Pengambilan GLA complex bagi mengawal estrogen dalam tubuh, semakin meningkat umur semakin ketidakstabilan hormon berlaku lebih-lebih lagi mengambil pil perancang.
During menopause, the most common underlying cause of itchy skin is hormonal change. As the body prepares for the cessation of menstruation and egg development during perimenopause, levels of estrogen in the body also fluctuate and eventually begin a steady decline.

Estrogen plays an important role in maintaining healthy skin. For example, estrogen is responsible for stimulating the production of skin collagen, a fibrous protein that provides strength, resilience, and support to the skin and other tissues. 
Antara produk yang dicadangkan sangat membantu mengekalkan kesihatan kulit dan mampu mengekalkan kelembapan berpanjangan dan mengelakkan jeragat.
krim melembapkan kulit kering
peringat umur meningkat perlu mangambil gla bagi atasi kulit kering dan jeragat
krim malam membantu kelembapan kulit anda
membantu menghasilkan sel sel kulit baru
krim pelindung siang juga bantu kelembapan kulit secara maksimum
Tips mudah cara melembabkan kulit kering pada wajah dan seluruh anggota badan ini sangat berkesan dan mudah dipratikkan, pasti anda sangat teruja dengan keberkesanannya. InsyAllah.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/Whatapps : 013-4505852
Share:

Friday, October 30, 2015

Tips Kecantikan Dengan Aloe Vera

 Image result for aloe vera dan kecantikan
Siapa yang tidak ingin memiliki kulit cantik nan mulus tanpa sebarang cela. Ramai yang mempercayai bahan semula jadi lebih baik kerana tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan negatif kepada kulit seseorang. Daun lidah buaya atau juga disebut sebagai aloe vera misalnya, mempunyai pelbagai khasiat. Selain membantu menyuburkan rambut, bahan ini juga bermanfaat untuk kecantikan.
Di dalam lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperoleh.
 

Anti-Penuaan Dan Anti-oksida
Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi, sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.
 

Atasi Kulit Berminyak
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Salah satunya adalah timbulnya banyak jerawat di wajah. Kandungan pH di dalam lidah buaya, dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Justeru, pemakaian masker lidah buaya setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat misalnya.
 

Menyamankan Kulit Wajah
Adakah kulit wajah anda tergolong dalam kulit jenis sensitif dan terasa tegang setiap kali terdedah pada sinaran matahari. Jika betul, hindari kulit daripada sinaran matahari. Sebaiknya jangan terus mencuci wajah dengan air untuk menyejukkannya.
 

Biarkan wajah beberapa minit, kemudian, sapukan seluruh wajah dengan lidah buaya. Lendir yang terdapat dalam batang lidah buaya dikatakan mampu mendinginkan wajah yang terbakar akibat sinaran matahari. Setelah itu, biarkan beberapa saat, kemudian bilas dengan air. 

Mengendurkan Otot Di Bahagian Mata 
Apabila anda terasa otot-otot pada bahagian mata mulai terasa penat letih dan pedih akibat terlalu lama berada di depan komputer, apa kata anda segarkan kembali mata dengan cara dengan menggunakan lidah buaya. Caranya mudah, belah dua batang lidah buaya lalu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Kemudian letakkannya di atas mata sambil tidur beberapa saat. Anda akan lihat hasilnya, mata akan terasa lebih relaks dan segar. 

Tips Kecantikan
Untuk memastikan rambut nampak berkilau dan tidak mudah rapuh, sapukan daun lidah buaya (aloe vera) sebagai creambath secara rutin sekurang-kurangnya satu kali seminggu. Lendir dari lidah buaya berkhasiat untuk mengurangi pengeluaran minyak berlebihan pada kulit kepala serta menjaga kelembapan rambut.
 

Bagi yang ingin mengubati tangan yang terkena minyak panas atau luka terbakar, ambil satu batang daun lidah buaya. Lalu ambil isinya dan di tumbuk hingga halus. Kemudian, letakkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kain bersih lalu balutkan ia pada bekas luka tersebut. 

Cantik Di Hati
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki perkara terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap perkara yang hadir dalam hidupnya.
 
Ketahui  Rahsia kulit berseri tanpa Mekap.
Hubungi saya jika anda memerlukan produk Shaklee dan anda layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Monday, May 5, 2014

Ketahui Rahsia Kulit Bebas Jerawat, Lembap,Bersinar,Senggugut Pun Hilang

Masalah kulit memang tidak akan habis dibahaskan. Selagi kulit memang bermasalah, selagi itulah masalah kulit tetap ada. Ini adalah kerana kulit merupakan organ terluar yang melindungi organ-organ tubuh yang lain sehinggakan sebarang gangguan atau cela yang berlaku akan nampak kesannya pada kulit. Jadi tidak hairanlah kulit jadi gelap dan kusam jika tiada perawatan dalaman.

Jika anda punya kulit bermasalah dan kusam, dan bergaul dengan orang yang punya kulit cerah dan gebu tentu sahaja anda akan merasa rendah diri dan pastinya anda akan bertanya produk apalah yang wanita itu pakai kan. 

Percaya tak kini ramai wanita yang mengamalkan supplemen kecantikan seperti A,B,C ,E dan protein untuk dalaman dan luaran, sedangkan pencuci muka yang anda pakai tu hanyalah untuk luaran sahaja.

Tak percaya lagi? Mari lah kita layan testimoni pula.


Set D ada vitamin apa?
  • Vitamin B – regenerasi sel-sel kulit mati juga melembapkan kulit.  Vitamin B menghasilkan zat panthenol yang boleh diserap pada lapisan kulit paling dalam. 
  • Vitamin C – melindungi kerosakan  dan mengaktifkan sel-sel kulit, membentuk kolagen juga antioksidan 
  • Vitamin E – mencegah penuaan, menjaga keanjalan kulit; Jika kurang vitamin E,  maka kulit berkedut dan tampak  tua dari usia. 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=37d097caf1299d9aa79c2c2b843d2d78

Vitamin tambahan yang boleh dikombinasikan dalam SET D ialah vitamin A dan ESP protein. 
  • Vitamin A – regenerasi sel-sel kulit. Kurang vitamin A maka kulit kering dan bersisik 
  • ESP protein – Cerahkan kulit, pembentukan sel baru, elakkan kulit melendut, bantu bebas jerawat  
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
Bonus buat wanita set ini juga bantu atasi masalah senggugut tau. Jadi, bagi sesiapa yang ada masalah senggugut tu boleh ambil set ini disamping cantikkan kulit anda ye.
Punca kulit bermasalah ialah kurang vitamin, minum alkohol, pengaruh kulit-kulit mati,merokok, pengaruh sirkulasi darah juga paparan sinaran matahari. Makanlah banyak sayuran, buahan  yang mengandungi vitamin -vitamin ini. Jangan lupa minum air ya kerana air juga sumber utama untuk kekalkan badan supaya tidak dihidrasi. 

Saksikan bagaimana wanita ini menyelesaikan masalah kulit beliau selepas menderita selama 7 tahun


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-                          
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/  
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

SMS/whatapps: 013-4505852   

 
 
Share:

Saturday, April 12, 2014

Rahsia Kulit Berseri-seri Tanpa Mekap

Masalah kulit wajah boleh membuatkan kita menjadi kurang keyakinan diri dan sentiasa berasa down. Jika anda mempunyai masalah kulit wajah seperti jerawat, parut jerawat, kulit wajah kusam atau apa sahaja masalah yang berkaitan, anda boleh hubungi saya untuk mengetahui produk yang sesuai untuk anda. Takkan anda nak selamanya begitu, betul tak. Jadi, apa kata anda mencuba Shaklee sekarang untuk berubah ke arah yang lebih positif!

Bagaimana ESP, dan Set Kecantikan Kulit Membantu Mendapat Kulit yang Cerah Berseri serta Kekal Langsing
 
ESP   
ESP dapat membantu menghasilkan sel-sel kulit yang baru.Setiap 21 hari, sel kulit lama akan mati, dan akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Secara SOP nya, sel kulit yang baru, akan menyalin sel kulit yang lama. Kulit kita kusam adalah disebabkan oleh sel-sel kulit  yang baru men-duplicate sel kulit mati yang kusam.Bayangkan, sepatutnya sel kulit yang baru nampak fresh dan cantik. Tapi oleh kerana sel yang lama tu kusam, sel baru duplicate je lah apa yang ada.

Jadi, keperluan protein yang berkualiti sangat penting supaya sel-sel kulit yang dihasilkan adalah sel-sel yang berkualiti dan kulit kita akan kelihatan gebu, bersih dan licin.Bagi anda yang mempunyai parut-parut jerawat, itu disebabkan oleh sel-sel kulit yang telah mati dan tak diperbaharui..So, ambil peluang ni untuk baiki sel-sel kulit anda.
 

B Complex  
Penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.
 

Vitamin E
Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yang kuat. Anti-oksidan berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas boleh menjadi punca jerawat dan jeragat datang menjengah tanpa segan silu. Jadi amalkan sebijiVitamin E setiap hari untuk menghapus radikal bebas, sekaligus menghapus jerawat dan jeragat.
Kalau nak tahu,Vitamin E ni punya lah best, kalau anda ada jerawat yang baru nak naik, atau separa
masak, atau dah matang sekalipun, pecahkan Vitamin E dan sapu kepada jerawat, insya-Allah jerawat akan surut pada hari yang sama! Parut pun tak kelihatan.
Vitamin E sangat bagus untuk melembapkan kulit. Tak lah nampak kering je.
Ia juga terkenal sebagai vitamin awet muda. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
 

Vitamin C 
Memberikan kolagen supaya kulit lebih kenyal. kekurangan kolagen dalam tubuh membuatkan anda mudah lebam dan kering serta bersisik. Kolagen yg cukup menjadikan kulit anda lebih bersinar dan gebu. Selain itu juga Vitamin C ini mampu mencerahkan kulit anda secara semulajadi dan sekata.Vitamin C juga membantu mengurangkan kesan sunburn jika terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama. Tapi jangan lah sengaja duduk tengah panas lepas makan vitamin C.Ia turut dikenali sebagai vitamin yang memberi  kesan ala-ala blusher pada pipi jika di buat masker.
Set Kecantikan Kulit
Untuk mendapatkan Set Kulit ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 


Share:

Wednesday, October 2, 2013

Shaklee Skin Care Product - NUTRIWHITE ATAU ENFUSELLE ?

Ramai yang berminat untuk mencuba skin care Shaklee..tapi tak tahu nak pilih yang mana satu ? Nutriwhite atau  Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yg betul2 bersesuaian dengan jenis kulit dan masalah kulit anda.

Ketahui kedua-duanya dan mana yang lebih sesuai dengan kulit anda :

1)SKIN CARE NUTRIWHITE 


Nutriwhite adalah rangkaian produk kecantikan wajah semulajadi yang berasaskan konsep "kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains". Khas untuk menyelesaikan masalah jeragat, pigmentasi, tompok hitam dan sebagainya yang menjadikan kulit wajah kelihatan kusam. 
 
Lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sebeb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk. 

Antara produk-produk Nutriwhite :

    1. Gentle Deep Foaming Cleanser :

      •   Membersihkan dan menyegarkan kulit 
      • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan 
      • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan 
      • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen 
      • Lembut dan menyegarkan

        2. Soothing Radiance Whitening Softner :

          •  Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang 
          • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary 
          • Kudzu menegangkan dan mencerahkan 
          • Marshmallow melembapkan 
          • Ianya sangat berkesan

            3. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :

              • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit.
              • pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari
              • membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

                4. Daily Defence Whitening Essence :

                  Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
                  •   Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit, 
                  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen 
                  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam 
                  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari 
                  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah 
                  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit

                    5. Overnight Renewal Whitening Cream :

                      • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur 
                      • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam 
                      • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit 
                      • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah 
                      • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

                        6. Gentle Action Makeup Remover :

                          • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri 
                          • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan 
                          • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit 
                          • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

                            7. Spot Whitening Treatment :

                              •  Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat 
                              • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit 
                              • Cats Claw menegangkan kulit 
                              • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih   halus

                              2) SKIN CARE ENFUSELLE

                              Sesuai pada yang berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 2 kategori produk Enfuselle :

                              1. Normal to Dry Skin 

                              Sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :

                              1) Hydrating Cleansing Lotion

                              • Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit. 
                              • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri 
                              • Mencerahkan tona kulit 
                              • pH yang seimbang 
                              • Hipoalergenik

                              2) Hydrating Toner

                              • Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit  
                              • Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle. 
                              • Terbukti secara klinikal 
                              • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip 
                              • pH yang seimbang 
                              • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit 
                              • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

                              3) Hydrating Moisturizer

                              • Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam 
                              • Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
                              Terbukti secara klinikal:
                              • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari 
                              • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari 
                              • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari 
                              • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam 
                              • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara 
                              • Hipoalergenik

                              4) Eye Treatment

                              • Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara 
                              • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
                              Terbukti secara klinikal:
                              • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu 
                              • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu 
                              • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu 
                              • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu 
                              • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu 
                              • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata 
                              • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut 
                              • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

                              2)Normal to Oily Skin 

                               sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada :

                              1) Purifying Cleansing Gel

                              • Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan. 
                              • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut 
                              • Mencerahkan tona kulit 
                              • pH yang seimbang 
                              • Hipoalergenik

                              2) Purifying Toner 

                              • Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida. 
                              • Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle. 
                              • Terbukti secara klinikal 
                              • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip 
                              • pH yang seimbang 
                              • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel 
                              • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit 
                              • Membantu mengawal kulit berminyak 
                              • Hipoalergenik

                              3) Balancing Moisturizer

                              • Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit. 
                              • Tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan
                              • menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
                              Terbukti secara klinikal:
                              •  146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari 
                              • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari 
                              • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari 
                              • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit 
                              • Hipoalergenik

                              4) Eye Treatment

                              • Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara 
                              • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
                              Terbukti secara klinikal:
                              •   233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
                              •  120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
                              • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
                              • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu.
                              • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
                              • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
                              • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
                              • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
                              Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh  Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
                              SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
                              Shaklee ID: 1027990 
                              Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
                              Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

                              Share:

                              Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

                                Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

                              Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

                              VIVIX The Best Antiaging

                              Search This Blog

                              Powered by Blogger.

                              Followers

                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
                              Free Auto Malaysia Backlinks
                              My Ping in TotalPing.com

                              Labels