Showing posts with label rawatan buah pinggang. Show all posts
Showing posts with label rawatan buah pinggang. Show all posts

Sunday, September 10, 2017

Bahaya Jering Mentah Punca Buah Pinggang Rosak

BAHAYA JERING TAK DIREBUS BETUL

Kes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda.

“Aduh…doktor, tolong..sakitnya..” rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya.
Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat.

Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi.

“Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!”

Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam.

Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa bahagian pundi kencing beliau, ianya tidaklah terlalu cekang atau besar. Saya meminta Penolong Pegawai Perubatan untuk memasukkan tiub kencing, sedang saya meneruskan pemeriksaan.

Sebaik sahaja tiub kencing dimasukkan, air kencing bercampur darah keluar. Namun jumlahnya sedikit sahaja. Lelaki tersebut masih dalam kesakitan, lalu saya meminta agar ubat penahan sakit, IV Tramadol segera diberikan. Dalam tempoh beberapa minit, kesakitan lelaki tersebut pun berkurangan.
Sampel darah diambil, dan lelaki tersebut diletakkan di ruang pemerhatian. Saya meneruskan proses mendapatkan sejarah pesakit dengan bertanya kepadanya.

“Encik, ada makan apa-apa pada malam tadi?”
“Ya, doktor. Saya makan nasi bersama keluarga seperti biasa.”
“Ada makanan yang dibeli dari luar? Atau ulam-ulaman?” saya bertanya lagi.
“Makanan berlauk, tak ada pula. Cuma petang tadi memang saya ada ke pasar malam, membeli jering rebus untuk dijadikan ulam.” Ujar beliau.

Jawapan beliau membuatkan hati saya terdetak. Sangkaan saya tepat, rupanya. Namun saya mahu tunggu keputusan ujian darah terlebih dahulu.

Rawatan drip intravena segera diberikan. Lelaki tersebut tidak lagi dalam kesakitan, namun air kencingnya masih bercampur darah. Ultrasound buah pinggang dibuat, menunjukkan tiada batu karang meskipun kedua-dua buah pinggangnya sedikit bengkak.

Hampir setengah jam kemudian, keputusan ujian darah sudah siap. Seperti yang dijangka, fungsi buah pinggangnya merosot secara mendadak. Bacaan creatinine nya mencecah 400, sedangkan paras normal bagi orang sihat biasanya tidak melebihi 100.

“Encik, penyakit encik ini namanya Jering Nephropathy. Maksudnya, kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh pengambilan jering.”

Bundar mata lelaki tersebut tatkala saya memaklumkan kepadanya penyakit yang beliau hidapi.
“Dalam buah jering, ada sejenis bahan yang dinamakan djenkolic acid. Bahan ini, bersifat toksik kepada buah pinggang manusia. Adakalanya pesakit yang memakan jering terlalu banyak, terutamanya jering yang tidak direbus betul, akan mendapat masalah ini.”

Saya meneruskan penerangan. Beliau mengangguk, tanda faham.

“Sekarang, fungsi buah pinggang encik agak terjejas. Kita akan mulakan rawatan awal, iaitu IV Drip bagi memastikan buahpinggang encik terus berfungsi dan saki baki Djenkolic Acid dalam darah encik dapat keluar melalui air kencing.

“Namun, kita akan terus pantau keadaan encik didalam wad. Sekiranya dengan rawatan yang kita berikan ini pun fungsi buah pinggang encik tidak bertambah baik, atau bertambah lebih buruk, encik mungkin terpaksa dirujuk ke hospital besar. Kita khuatir encik mungkin memerlukan prosedur pembedahan atau dialisis untuk menyelamatkan fungsi buah pinggang.”

Penjelasan panjang lebar saya membuatkan pesakit tersebut termenung. Setelah berbincang dengan ahli keluarga, lelaki tersebut bersetuju dimasukkan ke wad untuk tujuan rawatan dan pemantauan.

Ini adalah kali keempat saya menjumpai kes Jering Nephropathy. Tiga kali sebelumnya, adalah ketika saya menjalani latihan siswazah di hospital besar.

Kes jering nephropathy, atau djenkolism, tidak banyak terdapat didalam buku-buku teks perubatan. Ini kerana kejadian ini jarang berlaku (low incidence), dan hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara. Agaknya disebabkan adat dan budaya penduduk kita yang biasa menjadikan jering sebagai makanan ulaman.

Namun, penyakit jering nephropathy ini, selain menyebabkan kesakitan yang teruk ia juga boleh membahayakan nyawa. Menurut sebuah literature review oleh Bunawan et al (2014), daripada 96 kes Jering Nephropathy yang dilaporkan oleh jurnal-jurnal perubatan, empat daripadanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Majoriti pesakit akan sembuh dengan rawatan hidrasi IV Drip, namun terdapat kes yang mana memerlukan rawatan pembedahan. Dalam sebuah laporan kes oleh Wong JS et al (2007) di Hospital Umum Sarawak, pesakit terpaksa melalui sebuah prosedur “stenting” ke kedua-dua buah pinggangnya.

Apabila “stent” dimasukkan, didapati terdapat bahan berupa jeli berwarna seperti sos menyumbat salur ureter pesakit. Hanya setelah stent dimasukkan, barulah pesakit dapat kencing semula dan fungsi buah pinggang pesakit bertambah pulih.

Sebenarnya sebelum kes Jering Nephropathy dilaporkan didalam jurnal-jurnal perubatan, orang-orang tua kita sudah lama mengenalpasti penyakit ini yang disebut sebagai “terkepit jering”. Ini kerana berdasarkan pemerhatian mereka, terdapat individu yang sakit bagaikan dikepit setelah memakan jering.

Dari situlah lahirnya petua orang tua-tua, bahawa jering perlu direbus sehingga berjam-jam lamanya sebelum dimakan. Ada yang menasihatkan untuk direbus dengan pelbagai bahan seperti daun kunyit, akar pokok kelapa, bahkan abu dapur, paku dan rantai basikal!

Keberkesanan dan keselamatan bahan-bahan yang dicampurkan ini agak sedikit meragukan, namun kita memahami rasionalnya adalah untuk menyahneutralkan djenkolic acid yang terdapat dalam biji jering tersebut.

Apapun, nasihat dan saranan saya kepada mereka yang gemar memakan jering,
  1.  Elakkan dari memilih jering yang tua, kerana jering yang tua berkemungkinan mengandungi kepekatan djenkolic acid yang lebih tinggi.
  2. Elakkan dari memakan jering yang mentah.
  3. Elakkan memakan jering dalam kuantiti yang besar.
  4. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang kronik, tidak dibenarkan memakan jering.
  5. Banyakkan meminum air setelah memakan jering.
  6. Jika berlaku sakit perut atau kencing berdarah, dapatkan rawatan di hospital segera.
********************************************************************************
“Ha, encik, apa khabar hari ini?
Saya menyapa lelaki berkenaan yang sedang berehat. Hari tersebut adalah hari keempat beliau di wad. Alhamdulillah, paras creatinine beliau sudah turun ke normal, menandakan buah pinggang beliau telah bertambah baik. Beliau juga sudah tidak perlu memakai beg kencing dan air kencingnya juga sudah tidak bercampur darah.

“Alhamdulillah, bertambah baik! Terima kasih banyak-banyak, doktor.” jawab beliau kesengihan.
“Nak makan lagi jering lepas ni, encik?” saya cuba bergurau. Beliau tertawa sambil berkata,
“Eh mestilah doktor, kalau dah minat, ulam jering cicah cabai tak boleh tinggal!”
Lantas kami sama-sama ketawa.

Dr. Mohd Syamirulah Rahim,
Pegawai Perubatan
http://facebook.com/dr.syamirul
Artikel ini diterbitkan di Majalah iSihat Ogos 2017
Share:

Thursday, April 7, 2016

Punca Golongan Muda Terjebak Dengan Dialisis

Baru-baru ni aku ada borak ngan sorang kawan. Dia berkisah tentang perihal beliau yg menjalani dialisis buah pinggang sudah 5 tahun tau. Bayangkan umur 32 dah kena dialisis. Katanya , dia mendapat penyakit buah pinggang berpunca dari faktor pemakanan.

La ni dia kena pi dialisis 3 kali sminggu. Makan pon bercatu dan yg paling teruk dia boleh minum 3 liter air je sehari, klu dak peparu akan overflow.

Actually dia pun berkisah pengalaman beliau bila dia pi dialisis. Dia jumpa ramai org muda yg dah dpt penyakit buah pinggang ni. Almost 80% adalah melayu, 5% cina dan lelain bangsa lain. Antara kes yg di kisahkan:

1. Kes perempuan melayu berusia 25 tahun. Cantik, kurus dan fit tapi ada penyakit buah pinggang. Sebabnya adalah jamu. Dia amek jamu dari zaman skolah dan la ni dah 2 tahun disahkan ada penyakit buah pinggang.

2. Kes perempuan melayu berusia 28 tahun. Berkerjaya dan berbadan agak gempal. Dpt sakit disebabkan amek ubat pelangsing. Dari 120KG turun 30kg dalam 3 bulan. Masuk bulan ke-4 pengsan. Pi hospital, dua2 buah pinggang rosak. Gara2 ubat pelangsing.

3. Kes lelaki melayu berusia 30 tahun. Berkerjaya. Dpt sakit sbb arak. Dia mula minum dari usia remaja dan skolah. Perokok tegar dan mengamalkan hidup yg xtentu arah. Dua2 buah pinggang rosak.

4. Kes makcik india... berpunca dari penyakit 3 serangkai. Pertama sakit jantung, kedua darah tinggi dan ketiga kencing manis. 3 serangkai ni dia dpt dari pemakanan dan cara hidup. Jadi disebabkan ubat yg dimakan untuk penyakit 3 serangkai ni, maka buah pinggang dia pun rosak.

Setiap kali kos dialisis kat private dia kata makan lebih kurang RM300. Kalau pi kerajaan atau tajaan ngo lebih murah dan ada yg free.

Dia ada advise tentang pemakanan untuk mendapatkan buah pinggang yg sihat. Fungsi buah pinggang adalah menyaring bahan kumuh. Jadi kalau nak menetural dia kne minum banyak air masak. Sebab apa bangsa cina kurang kena penyakit ni? Sebab depa mewajibkan keluarga depa minum air masak byk2 tiap2 hari. Melayu or india mmg minum air hari-hari tapi semua air manis atau air masam.

Kalau kita ingat, Nabi pun mengamalkan perkara ni. Baginda minum segelas air sejuk setiap pagi lepas bangun dari tidur. Jgn pandang remeh hal ni sbb kawan aku ni mati-mati kata kesihatan tidak boleh dijual beli.

Tips dia mudah ja, minum air masak sebanyak yg boleh setiap hari.
Sayangi buah pinggang anda.

Semoga Vivix dapat membantu Pesakit buah pinggang dan mungkin wajib mengamalkan Vivix Shaklee untuk tahap kesihatan yang optimum. 

Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Tuesday, March 1, 2016

11 Punca Buah Pinggang Rosak Yang Boleh Dielakkan



Pada masa kini jika ditanya kepada saya bisnes apa yang tinggi permintaannya. Saya pasti akan cadangkan bisnes perkhidmatan dialisis. Rata-rata tempat sekarang kita boleh lihat terdapatnya pusat dialisis berbanding dulu.

Untung sangat buka pusat dialisis ni, sebab setiap hari orang akan datang cuci buah pinggang. Seorang pesakit buah pinggang paling kurang perlu cuci 3 kali seminggu, ada yang sampai setiap hari. Jadi, memang boleh buat duit.

Duit, duit juga. Memang untung sangat boleh buat duit. Tapi, kita ni manusia setiap hari tengok betapa susahnya orang nak cuci buah pinggang. Nak kena cucuk setiap kali nak cuci, apalagi kalau melibatkan ahli keluarga sendiri.

Mengalami kerosakan buah pinggang memang tidak dipinta oleh sesiapa pun, tapi gaya hidup kita boleh mengubahnya. Saya tidak mahu kehidupan saya berakhir begitu dan kalau boleh saya juga tidak mahu orang sekeliling saya mendapat nasib seperti itu. Kena cuci buah pinggang bererti kehidupan sangat terbatas. Nak pergi mana-mana pun susah, kecuali ada mesin dialisis yang portable yang boleh dibawa ke mana-mana.

Saya nak berkongsi 11 faktor yang menyebabkan buah pinggang boleh rosak, supaya kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga buah pinggang sebaiknya.
  1. Kerap tahan kencing
  2. Kurang minum air
  3. Suka makan makanan masin
  4. Suka minum minuman bergas atau berkarbonat
  5. Kerap terkena jangkitan kencing dalam erti kata lain tidak menjaga kebersihan anggota kencing dengan baik dan tidak dirawat dengan sempurna.
  6. Kerap makan daging merah dan makanan laut yang tinggi kandungan asid urik.
  7. Merokok
  8. Kerap makan pil tahan sakit
  9. Minum alkohol berlebihan
  10. Penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal
  11. Obesiti dan penyakit metabolik.
Kepada sesiapa yang ada masalah seperti diatas, ketahuilah kesemua itu kita boleh elakkan. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan jagalah kesihatan buah pinggang masing-masing. Kita ada 2 sahaja buah pinggang setiap orang. Kalau rosak 1, mungkin 1 lagi boleh ambil alih. Kalau dah tinggal 1, mesin nak ambil alih?

Mereka yang berpenyakit kegagalan buah pinggang tak diwajibkan pergi haji menurut muzakarah kebangsaan dan Lembaga Tabung Haji juga tidak membenarkan mereka ikut. 

Memang sedih menghadapi pesakit buah pinggang yang teringin sangat pergi haji sampai tak tulis penyakitnya, tapi doktor boleh kenal tau.Jadi, jaga kesihatan buah pinggang, semoga kita tergolong dalam golongan yang berpeluang menunaikan ibadah haji.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels