Showing posts with label Basic H. Show all posts
Showing posts with label Basic H. Show all posts

Monday, September 12, 2016

Kepentingan First Aid Kit DiRumah

Task 10: Shaklee First Aid Save The Day


Kemalangan boleh berlaku kt mana jer, sekali pun dirumah kita sendiri.

Kalo zaman tok2 kita dulu walopun depa takdak secara formal First Aid Kit ni tapi minyak gamat sentiasa disimpan disetiap rumah. Kalo berlaku kecederaan mesti akan disapu. Pernah saya tgk kaki jiran luka kena kaca dibalut dengan kopi dan gula, entah ler petua mana yg diorg dpt. Rasa nak tergelak plak bila ingat zaman kecik2 dulu tu.

Tapi bagi saya selepas kenal produk Shaklee, ni ler produk First Aid yg mesti ada kt umh.

1.Herbal blend utk atasi ruam2 gatal, kena gigitan nyamuk, luka akibat kecederaan, melecur kena benda panas dan mcm2 lah. Saya guna tanpa ragu2 nak sapu terutama utk anak2 kecil yg semuanya nak masuk ke mulut jer. Herbal blend ni sangat selamat dan bebas paraben.

2. Basic H ni kalo kulit anak jadi gatal2 ke atau kena chickenpox, elok dititis skit dlm kolam mandian. Insyallah kudis kesan chickenpox akan cepat kering. Saya juga guna utk jerlum kepala dan badan anak kalo anak demam panas.Panas tu cepat turun.

3. Performance
Kalo anda kena cirit-birit, terutama utk orang tua2 dan kanak2, ada byk petua org bagi terutamanya suruh ambik minuman 1**+.Seperti kita sedia maklum air jenis berkarbonat tak bagus utk badan kita. Kadang2 ada yg perut tak tahan menambah burukan lagi keadaan.

Jadi pilihan yg tepat dan selamat ambillah Performance,minuman isotonic yg tanpa carbonat dan tanpa gula. Rasa orange yg natural memang blh buat anak2 kecik pun mau minum berbanding ORS ( Oral Rehydration Salt) yg selalu anak saya mmg tak suka dgn rasanya tu.

Anda pun patut ada 3 produk ni di rumah anda tau. Sentiasa beringat dan bersedia sebelum perkara tak diingini berlaku. Apa2 pun mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Pengedar Shaklee Anda
Soffiah Shariff
013-4505852

#tsunamishaklee
#tsteam3
Share:

Monday, December 28, 2015

Tips Sepantas 5 minit Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas.

 
Membersihkan kotoran degil dari bilik mandi dan tandas boleh dilakukan dengan mudah jika kita tahu caranya. Bilik mandi dan tandas yang kotor pasti membuatkan kita tidak selesa menggunakannya. Apatah lagi jika ada tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah kita, pasti kita berasa malu kerana tidak menitikberatkan soal kebersihan. Kemungkinan kita akan dilabel sebagai seorang yang pengotor.

Anda tentu tidak mahu perkara ini terjadi kan. Jadi jom kita belajar cara mudah untuk hilangkan kotoran degil dari bilik air dan tandas. Anda hanya perlu luangkan sedikit sahaja masa untuk memastikan bilik air dan tandas sentiasa bersih dan selesa. 

Tips Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas

1)Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.

2) Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.

3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus.

4) Gantungkan pewangi yang sesuai dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Panduan Menghias Bilik Mandi

1) Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
2) Pasang cermin muka di dinding bilik air.
3) Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian.
4) Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.

Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak

1) Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.

2) Selain cuka, anda juga boleh menggunakan satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.

Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
1) Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Semoga Tips Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas ini dapat membantu anda mendapatkan bilik air yang bersih dan selesa untuk diguna. Selamat mencuba.
Tips Pemilihan Pencuci Bagi Mempercepatkan Kerja Anda.

1. Saya pilih Basic H Pencuci Serbaguna.
Caranya:
  • Masukan satu sudu besar Basic H ke dalam baldi yang mempunyai isian air sebanyak 1gelen.
  • Kemudian gunakan cecair ni untuk membersihkan dinding, lantai dan tandas.  
Hanya dengan menggunakan satu pencuci sahaja untuk mencuci dinding, lantai, mangkuk tandas dan sinki. Ianya sangat menjimatkan hanya dengan menggunakan satu sudu besar anda dapat cairkan hingga 1 Gelen air. Yang sangat istimewanya Basic H ini adalah ianya :

  Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Untuk mendapatkan Produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Sunday, December 27, 2015

Bahaya Menggunakan Bahan Kimia Sebagai Pencuci ! Beralih kepada 4 Bahan Berikut


Bahaya Menggunakan Bahan Kimia Sebagai Pencuci ! Beralih kepada 4 Bahan Berikut

Dapur ruang yang wajib di cuci kerana banyak aktiviti di lakukan setiap hari. Kalau nak mudah kita guna bahan kimia yang ada di pasaran untuk bersihkannya.  Namun, penggunaan bahan kimia secara berterusan agak tidak sesuai buat anda yang alah dan mengalami masalah kulit sensitif.  Jadi cara terbaik anda boleh gunakan  bahan semula jadi yang boleh dijadikan bahan mencuci ini.

1. Jus lemon
Caranya, perahan satu  sudu makan jus lemon dicampur  dengan baldi berisi air, ia boleh dijadikan bahan pencuci untuk permukaan kaunter top kabinet. Satu cara yang mudah dan selamat.  Aroma yang hadir daripada pati perahan lemon pula menjadikan dapur berbau segar dan harum. 

2.Garam
Caranya, taburkan garam halus dan tepung jagung di permukaan lantai yang kotor dan licin. Adunan ini akan menyerap minyak dan selepas seketika bersihkan permukaan lantai dengan air bersih. Lap dengan kain  lembut.

3. Cuka
Cuka juga berkesan bagi membersihkan kotoran berupa minyak di permukaan dapur. Masukkan sahaja cuka ke dalam botol penyembur kemudian sembur di tempat yang berminyak dan gosok bersih.  Anda juga boleh menggabungkan cuka bersama air suam dalam kuantiti yang sama banyak dan digunakan untuk membersihkan permukaan kaca. Hasilnya ia bukan sahaja berkilau namun segala kotoran dapat dihapuskan dengan berkesan!

4. Soda berkarbonat
Ia boleh digunakan sebagai bahan untuk  membersihkan permukaan kaca. Taburkan soda berkarbonat dan lap menggunakan air dan kain lembut.  Di samping itu, ia boleh dijadikan bahan untuk menyerap bau kurang menyenangkan di dapur dan peti sejuk. Simpan soda berkarbonat dalam bekas terbuka. Dan letakkan di sudut dapur dan dalam peti sejuk.

Sejauh mana keberkesanan penggunaan bahan ini dan apakah manfaat yang diperoleh dengan menggunakan pencuci alami ini?

1. Jimat Kos
Bahan yang digunakan sebagai pencuci semula jadi amat murah dan mudah didapati. Lazimnya bahan seperti jus lemon dan cuka sedia digunakan kerana setiap pengguna isi rumah mempunyai bahan ini dalam simpanan mereka. Anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli pencuci lain.

2.Tiada Toksin
Antara kelebihan yang disebut-sebut pada pencuci natural ialah kandungan toksin yang sangat rendah dan baik untuk keseluruhan kesihatan manusia dan juga haiwan peliharaan. Menggunakan pencuci semula jadi ini membantu anda mengatasi masalah seperti alergi kulit, masalah pernafasan, kulit mengelupas dan sebagainya. Badan manusia tidak dapat bertahan dengan pendedahan terlalu banyak bahan kimia. Ini mendorong penyakit seperti asma dan risiko mendapat kanser.

3.Mesra Alam
Pencuci semula jadi mudah berkombinasi dengan elemen natural yang terdapat dalam persekitaran tanpa menyebabkan kesan negatif kepada ekosistem. Pastinya pencuci alami seperti jus lemon dan serbuk penaik tidak mendorong kepada berlakunya pencemaran air atau udara.

4.Multi fungsi
Satu lagi kelebihan pencuci alami adalah bersifat multi fungsi. Jus lemon misalnya boleh digunakan sebagai asas kepada pencuci kotoran di dapur sambil menjadi penyegar udara semula jadi. Haruman ini juga dapat menaikkan mood anda di ruang dapur

Cara yang lebih mudah dan selamat serta menjimatkan selain daripada bahan diatas, anda juga boleh memilih pencuci serbaguna BASIC H. Ia juga mempunyai Multi Fungsi.


Testimoni Basic H yang sangat Semulajadi.

1.Hilangkan Warna Baju Luntur

2.Menyegarkan Sayur-sayuran


3.Memutihkan Kasut


4.Membantu menghilangkan gatal Chicken Pox
 
 

5.Membantu menurunkan suhu panas badan

Lihatlah betapa banyaknya kebaikan menyimpan Basic-H di rumah anda. Basic-H adalah phosphate-free, 100% organic, biodegradable, non-toxic, odor free, non detergent/soap, pH yang seimbang, dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan.

Ia juga menjimatkan. 16 oz Basic-H boleh menghasilkan 48 gelen campuran. Hanya beberapa titis diperlukan bagi setiap campuran. Tunggu apa lagi, dapatkan Basic-H anda sekarang!
 
Untuk mendapatkan Produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Wednesday, October 28, 2015

Tips Membersihkan Tilam Yang Dikotori Kencing Si Kecil

Tips Penjagaan Tilam 

 Image result for katil
Setiap orang pasti mahukan katil yang selesa & empuk, kalau tak cukup tidur boleh membuatkan seseorang tu jatuh sakit juga kan!! Jadi, salah satu kriteria yang penting bagi mendapatkan tidur yang selesa adalah tilam selain katil yang cantik tapi tahukah anda tentang penjagaan tilam?? 

Di sini ada beberapa tips yang boleh anda ikuti dalam menjaga tilam anda;- 

1) Terbalikkan Tilam setiap 6 bulan sekali- anda boleh meletakkan kertas nota iaitu bila anda membalikkan tilam tersebut. Dengan cara ini, anda tidak akan lupa & boleh melakukannya secara berterusan. 

2) Guna pelapik tilam (mattress cover) bagi melindungi tilam anda- Apabila membeli sebuah set katil mahupon bilik tidur, jangan lupa untuk meminta mattress cover sebagai free gift atau anda boleh membeli sahaja di rangkaian pasaraya pada harga yang berpatutan. 

3) Vakum tilam anda- Kadang-kadang debu, bulu dan tungau boleh berkumpul disebalik keempukan tilam anda. Vakum tilam anda dengan menggunakan muncung penyedut khas untuk upholsteri pada vakum anda. Jika anda alah kepada habuk, vakum & tukar pelapik tilam dengan lebih kerap. 

4) Ikuti arahan penjagaan tilam- Gunakan syampu untuk membersihkan kotoran pada permukaan tilam anda. Bersihkan kotoran dengan span. 

Cara Membersihkan Tilam Yang Dikotori Kencing Si Kecil;- 

 Image result for katil
1) Serap sebanyak mungkin air kencing dengan tuala. Bagaimanapun jangan menekan terlalu kuat kerana ia akan menggalakkan air kencing terserap jauh ke dalam tilam. 

2) Tabur kawasan tompokan pada tilam dengan serbuk penaik bagi membantu menyerap lembapan dan menyerap bau. 

3) Vakum serbuk penaik setelah dibiarkan selama sejam. 

4) Buat larutan campuran cuka dan air. Isi ke dalam botol semburan dan semburkan pada tompokan air kencing tadi. Seterusnya gunakan kain untuk membersihkan kesan tompokan tersebut. Cuka membantu menyegarkan fabrik, dan juga menghilangkan bau. 

5) Jemur tilam di bawah sinar matahari. Sinar matahari sangat efektif dalam menghilangkan bau dan membunuh kuman. Jika cuaca tidak mengizinkan, sandarkan ia di bawah kipas sehingga kering.

Ketahui Tentang Pencuci Magic Serbaguna di SINI
Hubungi saya jika anda memerlukan produk Shaklee dan anda layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Saturday, September 12, 2015

Tips Membersihkan Anak Patung

Ah...kotornya patung ni. Baunya pun masam. Macam mana nak cuci ye? Masuk mesin basuh je?Tentu anda ada banyak patung permainan anak anda yang sudah hitam comot dan berbau masam. Jika di fikir-fikirkan dah lebih setahun malah kadang-kadang dua tahun berturut-turut anak anda main patung ini tetapi tak pernah sekalipun anda basuh. Maka jadilah patung itu patung busuk ala-ala nama bantal busuk.

Tahukah anda patung yang kotor itu juga boleh menjadi punca penyakit. Jadi eloklah bawa diri untuk mencuci mainan anak-anak sekerap mungkin.

Cara mudah untuk mencuci patung mainan anak-anak ialah dengan cara seperti dibawah:
  1.  Pastikan hari benar-benar terang dan cerah. 
  2. Bancuhkan sedikit Basic H Shaklee dengan air, lebih baik air suam. 
  3. Sabunkan patung teddybear atau mainan tu tadi seperti mandikan kucing atau mawas atau orang utan, selat-selatkan bebulunya dengan air sabun tadi. Tak perlu basahkan sangat dengan air, sekadar sabunkan bahagian luaran. 
  4. Berus gigi boleh digunakan untuk menggosok permukaan badan Teddy Bear tadi. Berus gigi tadi perlulah lembut bulunya dan pastikan ketika mengosokknya perlulah dikawal bagi mengelakkan rosak pada strukturnya. 
  5. Siap kemudian bilas dengan air, toskan dan jemur.
 Bagi patung Teddy Bear yang besar anda boleh cuba cara ini.
  1. Masukkan Teddy Bear ke dalam plastik sampah yang baru atau beg plastik yang boleh memuatkan Teddy Bear tersebut. Kemudian ikatkan dengan cara yang longgar.
  2.  Kemudian muncung vakum dimasukkan ke dalam ikatan bag plastik tadi. Hidupkan mesin vakum. 
  3. Semasa sedutan vakum berlaku, semua kotoran akan terkawal iaitu hanya berada di dalam bag plastik tadi, dan vakum tadi berfungsi menyedut semua kotoran tersebut melalui satu arah, iaitu pada ikatan bag plastik tadi. Oleh itu, pastikan ikatan adalah elok bagi mengekalkan ruang vakum ditutup rapat.
  4.  Selepas itu, keluarkan Teddy Bear dari bag plastik tadi.
  5.  Gunakan semburan wangian untuk memberikan kesegaran baru kepada Teddy Bear kesayangan tadi. Jika pada ketika proses pembersihan Teddy Bear tadi menyebabkania remuk sedikit pada bahagian tertentu Teddy Bear itu, bentukkan semula dengan menepuk-nepuk dengan perlahan bahagian itu sehingga kembali kepada bentuk asal. 
Jika mahukan patung nampak seperti baru boleh gunakan cara ini. Elakkan memasukkan patung kedalam mesin basuh jika mahu patung berkeadaan elok dan nampak baru.

Sebenarnya lebih baik kita ajak anak-anak kita membantu kita untuk melakukan tugasan sebegini. Selain mudah dilakukan , ianya dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Seawal umur setahun setengah anak anda sudah boleh faham dan ingin menolong, selain aktiviti yang menggembirakan dan mengajar anak erti kebersihan dan disiplin serta tanggungjawab.
Selamat Mencuba.

Tahukah Anda Apa itu Basic H?
 
Basic H merupakan pencuci Biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee. Basic-H adalah phosphate-free, 100% organic, biodegradable, non-toxic, odor free, non detergent/soap, pH yang seimbang, dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan.

Ia juga menjimatkan. 16 oz Basic-H boleh menghasilkan 48 gelen campuran. Hanya beberapa titis diperlukan bagi setiap campuran. Tunggu apa lagi, dapatkan Basic-H anda sekarang!
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Wednesday, August 5, 2015

Tips Sayur Dan Buah Tahan Lama

Ada banyak petua lama yang sering diamalkan oleh orang-orang dulu dalam menjaga makanan dan sayuran agar tahan lama bagi mengelakkan makanan atau sayuran itu cepat busuk. Cara atau petua lama yang diamalkan juga mudah dan boleh dilakukan oleh generasi muda.
Kebanyakan dari kita menyimpan sayuran dan buahan di dalam plastik dan diletakkan di dalam peti sejuk. Tapi perasan tak , bila sayuran dan buahan yg disimpan di dalam plastik akan cepat berpeluh walaupun berada dalam peti sejuk. Ini menyebabkan sayuran dan buahan cepat busuk dan tidak tahan lama.

Tips Simpan Makanan Dan Sayuran Agar Tahan Lama
1. Caranya anda boleh membungkus sayuran berdaun (eg: bayam,sawi,kailan,kangkung) dengan suratkhabar lama dan barulah dimasukkan ke dalam plastik. Dengan cara ini sayuran berdaun akan lebih tahan lama. Adakalanya sampai 1mggu lebih.  

Image result for tips sayur tahan lama

2. Tahukah korang plastik pembungkus milo,ovaltine,nescafe etc. yg kedap udara tu adalah sgt berguna. So lepas mengosongkan plastik bungkusan itu jgn dibuang. Basuh dan kemudian boleh diguna pakai semula. Simpan sayuran jenis buah (eg:tomato,cili,terung,bendi etc.) ke dalam pembungkus milo itu. Kemudian lipat sedikit bukaan pembungkus itu. Sayuran akan lebih tahan lama dan akan kelihatan segar seperti baru dibeli. 

3. Halia dan kunyit yang terdedah akan cepat rosak. Cuba letak halia dan kunyit di dalam bekas plastik dan ikat rapi. Halia dan kunyit akan tahan lebih lama.  

Image result for halia + kunyit

4.Taugeh memang cepat layu dan mudah lembik. Untuk menyegarkan taugeh. Rendam taugeh dalam air dan letakkan sekeping asam gelugur di dalamnya. Taugeh akan kekal segar .

Image result for tips sayur tahan lama 

5.Untuk elakkan cili kisar cepat basi, semasa mengisar masukkan sedikit minyak. Cara ini bukan sahaja akan membuatkan cili kisar tahan lama tetapi akan menghancurkan bijinya. 

                                           
 
6. Jika anda membeli cili benggala dalam kuantiti yang banyak, ada kemungkinan ia akan rosak dan tidak segar lagi walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Apa kata anda lapkan terlebih dahulu cili benggala tersebut dengan kain lembap dan letak dalam bekas kedap udara sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
Image result for tips sayur tahan lama 

7. Jika mengupas bawang dalam kuantiti yang banyak, Jangan basuh bawang tersebut sebab ia akan cepat rosak atau busuk. Sebaliknya Simpan dalam plastik atau bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan barulah dibasuh.
Image result for bawang merah dikupas + bawang putih dikupas
Tahukah anda terdapat pencuci "Basic H" yang boleh mengembalikan kesegaran sayuran anda yang telah layu?  
Selamat mencuba petua warisan orang lama yang dikongsikan di atas. Semoga bermanfaat buat kita semua. 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Tuesday, August 4, 2015

Basic H Pencuci Serbaguna Yang Teramat Ajaib

Ada ke pencuci yang boleh pakai untuk pelbagai kegunaan? Kadang-kadang otak ni sampai tak boleh fikir betul ke wujudnya kat dalam dunia ni pencuci serbaguna yang dikatakan 1001 kegunaanya. Dah besar panjang hidup ni baru saya jumpa.Itu pun setelah berkenalan dengan Shaklee. Apa dia pencuci ni?

Apa itu Basic H?

cara hilangkan warna luntur pada pakaian
Secara ringkasnya, Basic H merupakan pencuci Biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Cuba kira, lama ke tak? Kalau barang tak elok, tak akan boleh bertahan lama di pasaran macam ni. Ia juga merupakan sejenis SURFACTANT yang berupaya mengurangkan 'surface tension' air. Ini membolehkan Basic H menjadi cleaning agent yang memang bagus sebab ia mampu membasahkan mana-mana permukaan dengan lebih baik.

Contohnya, pernah tak anda guna cecair 'raindrop' yang disapu pada cermin kereta untuk membolehkan penglihatan yang lebih baik ketika hujan? Apa yang terjadi sebenarnya? Cecair tadi merupakan sejenis SURFACTANT yang membolehkan air mengalir dengan lebih mudah di permukaan cermin tanpa melekat.

SURFACTANT merupakan sejenis bahan yang memang terdapat dalam mana-mana produk pencuci, Bezanya, sumber SURFACTANT boleh jadi daripada bahan kimia atau bahan organik.

Apa sebenarnya SURFACTANT?

Pernahkah anda dengar sifat-sifat HYDROPHILIC (SUKA AIR) dan HYDROPHOBIC (BENCI AIR)?
Bahagian yang HYDROPHILIC akan pergi pada air, dan bahagian yang HYDROPHOBIC akan pergi pada bahagian bukan air. Ini menyebabkan ketegangan permukaan antara air dan bahan bukan air seperti minyak berkurang.
Nak buat eksperimen? Silakan... campurkan air dengan minyak. Biar seketika. Lepas tu, tuang sedikit sabun dalam campuran tadi. Apa yang terjadi?
Malas nak buat eksperimen? Takpe... bayangkan tangan anda berlumur dengan minyak. Dapat tak anda cuci bersih tangan anda TANPA BANTUAN SABUN? Tak boleh kan? Kenapa? Ini kerana SABUN MENGANDUNGI SURFACTANT yang menjadikannya mampu melarutkan minyak diatas tapak tangan anda dan membersihkan tangan anda daripada minyak tadi.

Apa pula DISINFECTANT?
DISINFECTANT merupakan bahan yang disapu / digunakan keatas benda bukan hidup untuk membunuh bakteria dan mikro-organisma yang merbahaya. 

Adakah SURFACTANT sejenis DISINFECTANT?
Jawapannya mudah.... TIDAK SAMA SAMA SEKALI. Bukan sebab ejaannya tak sama, tapi sebab definisinya pun berbeza. Tak percaya? Baca sekali lagi sehingga anda faham perbezaannya.
Jom tengok apa yang ditulis atas botol Basic H.

Nampak tak, atas botol tu hanya tertulis SURFACTANT, bukannya DISINFECTANT (mahupun suffocant... and suffocant tu sebenarnya adalah perkataan lain untuk asphyxiant, atau sesuatu yang menyesakkan nafas kita)

Apa kandungan Basic H?
Pihak Shaklee claim Basic H merupakan 100% natural atau semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya seperti phospate, malah chlorine pun tak ada. Ada tertera disini, Basic H dihasilkan daripada bahan-bahan yang berasal daripada kelapa dan jagung. Mesti ada yang pelik. Takkanlah kelapa dan jagung boleh jadi bahan pencuci, dan bahan pencuci serba guna dengan macam2 kegunaan pulak tu.

Mungkin anda generasi muda, ataupun anda lahir dalam generasi yang sudah tidak mengenal 'pencuci organik' nenek moyang kita dahulu. Sebelum adanya sabun, bahan-bahan semulajadi seperti daun-daun pokok atau apa-apa bahagian pada pokok yang mampu menghasilkan buih dijadikan sebagai bahan pencuci. Siapa pernah pergi camping? Pernah tak tengok sejenis pokok yang buah2an nya berpintal, warna hijau, kalau diramas ditangan yang basah, boleh menghasilkan buih? Jadi, pendek kata, bahan-bahan tumbuhan memang dah digunakan dari zaman dahulu lagi untuk menghasilkan buih / sabun.

Jadi apa kegunaan Basic H?
Untuk Kegunaan Peribadi:
  1. Cucian tangan. Rendamkan kuku kotor anda (contoh selepas berkebun) di dalam semangkuk air yang dicampur Basic-H dan ia mampu menarik keluar kekotoran yang ada di celah kuku.
  2. Sebagai mandian untuk melegakan masalah kulit seperti gatal dan kemerahan. Ada testimoni customer kami mengatakan kegatalan di bahagian alat sulit lega dengan cepat bila dibilas bersama air campuran Basic-H (tapi untuk cucian luaran sahaja yer)
  3. Sesuai untuk bayi yang mengalami nappy rash atau eczema.
  4. Sebagai pengganti Dettol untuk mencuci kesan luka dan melecur. Boleh digunakan untuk mencuci kawasan kulit yang berjerawat juga.
  5. Sebagai syampu untuk mengurangkan kelemumur dan melegakan kulit kepala yang gatal. Ada customer yang menggunakan Basic-H untuk merawat masalah kutu pada kepala anak. 
  6. Untuk tujuan shaving
  7. Untuk berkebun. Siram pada tanaman anda untuk menyegarkannya.
  8. Sebagai insect repellant.
  9. Mencuci contact-lens
Untuk Kegunaan Rumah:
  1. Cucian pinggan mangkuk, lantai, toilet, tingkap, akuarium dan segala benda yang anda teringin untuk cuci. Tidak perlu dibilas. Kelengkapan rumah anda akan bersih bersinar dan tidak akan dihampiri oleh serangga.
  2. Cucian pakaian. Boleh menghilangkan kesan gris, lipstick, kopi, dakwat, etc.
  3. Rendaman sayur, buah dan daging untuk membuang bau, ulat dan untuk menambah kesegaran
  4. Boleh menanggalkan getah (gum) yang melekat pada kulit and pakaian dengan mudah dan cepat
  5. Mencegah sinki tersumbat dengan penggunaan yang berterusan. Basic-H dapat memecahkan kesan gris yang menyebabkan sinki tersumbat.
  6. Untuk cucian lampin (cloth diapers) dan pakaian bayi. Detergent biasa boleh menyebabkan alahan kulit pada bayi yang sensitif.
  7. Sebagai humidifier
  8. Membersihkan enjin kereta, terminal bateri dan radiator
Testimoni 1: Menanggalkan Karat

basic h shaklee testimoni,basic h shaklee,basic h shaklee kegunaan,BASIC H SERIBU SATU KEGUNAAN, basic h tahan berapa lama,basic h shaklee harga,basic h shaklee kegunaan,kegunaan basic h, testimoni basic h shaklee
 
Testimoni 2 :Menurunkan suhu badan

 

Testimoni 3 :Menyegarkan Sayuran

 Testimoni 4: Mencuci kasut

 Testimoni 5: Membersihkan daki susu

Testimoni 6: Hilangkan Gula Getah
 

Lihatlah betapa banyaknya kebaikan menyimpan Basic-H di rumah anda. Basic-H adalah phosphate-free, 100% organic, biodegradable, non-toxic, odor free, non detergent/soap, pH yang seimbang, dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan.

Ia juga menjimatkan. 16 oz Basic-H boleh menghasilkan 48 gelen campuran. Hanya beberapa titis diperlukan bagi setiap campuran. Tunggu apa lagi, dapatkan Basic-H anda sekarang!
 
Untuk mendapatkan Produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

Friday, July 31, 2015

Kebaikan Cuka Untuk Pembersihan

Tahukah anda selain sebagai satu lagi rencah dalam hidangan seperti acar, jeruk dan sebagainya cuka juga boleh digunakan dalam mencuci segalanya dalam rumah kita. Kalau dibuat campuran dengan lain-lain bahan seperti garam, ianya merupakan bahan pencuci terbaik dan selamat. 
Image result for cuka tamin 
Cuka boleh bertahan lama kerana bersifat asid semulajadi. Jadi kalau beli setong besar tu jangan risau le rosak ke apa sebab tempoh hayatnya panjanggggg. Kalau ada perubahan warna ke apa jangan risau sebab ianya bersifat estetik dan boleh guna tanpa was-was.

Mencuci menggunakan cuka adalah cara yang baik dan dianggap bijak bagi mengelakkan dari penggunaan bahan kimia yang merbahaya dan cuka juga adalah bahan yang mesra alam dan sangat menjimatkan. Petua yang saya ingin kongsikan kali ini walaupun ringkas dan mudah, tetapi ianya sangat berkesan. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana bahan yang digunakan iaitu Cuka Putih (white distilled vinegar) boleh diperolehi di kebanyakan isi rumah. 

Image result for cuka untuk cucian
Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria, kuman, gris dan minyak. Berikut adalah petua-petuanya:- 

1.Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur 
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar garam dan 1 sudu kecil cuka.

2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula 
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat. 

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai 
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas. 

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah 
Tuangkan sehingga rata ½ cawan serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas. 

5. Cuci Microwave oven 
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih. 

6. Mersihkan rak dan dinding dalam peti ais 
Image result for cuka untuk cucian
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa. 

7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais 
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain. 

8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak 
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span. 

9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar 
Image result for cuka untuk cucian
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas. 

10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan 
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik. 

11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik 
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka. 

12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan 
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman. 

13. Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’ 
Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas. 

14. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain 
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu. 

15. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari. 

16. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas 
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal. 

17. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin 
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai. 

18. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven 
 Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih. 

19. Untuk menyegarkan bilik air 

Image result for hilangkan kotoran karpet
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air. 

20. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet

Image result for hilangkan kotoran karpet 
Campurkan 2 sudu kecil cuka, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya. (Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain). 

21. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.) 
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

 22. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam 
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering. 

23. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar 
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut. 

24. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium 
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal. 

25. Menghindarkan semut 
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut. 

26. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan 
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman 

Semoga Petua ini memberi manfaat kepada anda.
Tahukah anda terdapat pencuci "Basic H" yang Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi serta sangat menjimatkan? 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels