Dapur ruang yang wajib di cuci kerana banyak aktiviti di lakukan setiap
hari. Kalau nak mudah kita guna
bahan kimia yang ada di pasaran untuk bersihkannya. Namun, penggunaan
bahan kimia secara berterusan agak tidak sesuai buat anda yang alah dan
mengalami masalah kulit sensitif. Jadi cara terbaik anda boleh gunakan
bahan semula jadi yang boleh dijadikan bahan mencuci ini.
1. Jus lemon
Caranya, perahan satu
sudu makan jus lemon dicampur dengan baldi berisi air, ia boleh
dijadikan bahan pencuci untuk permukaan kaunter top kabinet. Satu cara
yang mudah dan selamat. Aroma yang hadir daripada pati perahan lemon
pula menjadikan dapur berbau segar dan harum.
2.Garam
Caranya, taburkan garam halus dan
tepung jagung di permukaan lantai yang kotor dan licin. Adunan ini akan
menyerap minyak dan selepas seketika bersihkan permukaan lantai dengan
air bersih. Lap dengan kain lembut.
3. Cuka
Cuka juga berkesan bagi membersihkan kotoran berupa minyak di permukaan
dapur. Masukkan sahaja cuka ke dalam botol
penyembur kemudian sembur di tempat yang berminyak dan gosok bersih.
Anda juga boleh menggabungkan cuka bersama air suam dalam kuantiti yang
sama banyak dan digunakan untuk membersihkan permukaan kaca. Hasilnya ia bukan
sahaja berkilau namun segala kotoran dapat dihapuskan dengan berkesan!
4. Soda berkarbonat
Ia boleh
digunakan sebagai bahan untuk membersihkan permukaan kaca. Taburkan
soda berkarbonat dan lap menggunakan air dan kain lembut. Di samping
itu, ia boleh dijadikan bahan untuk menyerap bau kurang menyenangkan di
dapur dan peti sejuk. Simpan soda berkarbonat dalam bekas terbuka. Dan
letakkan di sudut dapur dan dalam peti sejuk.
Sejauh mana keberkesanan penggunaan bahan ini dan apakah manfaat yang diperoleh dengan menggunakan pencuci alami ini?
1. Jimat Kos
Bahan yang digunakan sebagai pencuci semula jadi amat murah dan mudah
didapati. Lazimnya bahan seperti jus lemon dan cuka sedia digunakan
kerana setiap pengguna isi rumah mempunyai bahan ini dalam simpanan
mereka. Anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli
pencuci lain.
2.Tiada Toksin
Antara kelebihan yang disebut-sebut pada pencuci natural ialah
kandungan toksin yang sangat rendah dan baik untuk keseluruhan kesihatan
manusia dan juga haiwan peliharaan. Menggunakan pencuci semula jadi ini
membantu anda mengatasi masalah seperti alergi kulit, masalah
pernafasan, kulit mengelupas dan sebagainya. Badan manusia tidak dapat
bertahan dengan pendedahan terlalu banyak bahan kimia. Ini mendorong
penyakit seperti asma dan risiko mendapat kanser.
3.Mesra Alam
Pencuci semula jadi mudah berkombinasi dengan elemen natural yang
terdapat dalam persekitaran tanpa menyebabkan kesan negatif kepada
ekosistem. Pastinya pencuci alami seperti jus lemon dan serbuk penaik
tidak mendorong kepada berlakunya pencemaran air atau udara.
4.Multi fungsi
Satu lagi kelebihan pencuci alami adalah bersifat multi fungsi. Jus
lemon misalnya boleh digunakan sebagai asas kepada pencuci kotoran di
dapur sambil menjadi penyegar udara semula jadi. Haruman ini juga dapat
menaikkan mood anda di ruang dapur
Cara yang lebih mudah dan selamat serta menjimatkan selain daripada bahan diatas, anda juga boleh memilih pencuci serbaguna BASIC H. Ia juga mempunyai Multi Fungsi.
Testimoni Basic H yang sangat Semulajadi.
1.Hilangkan Warna Baju Luntur
2.Menyegarkan Sayur-sayuran
3.Memutihkan Kasut
4.Membantu menghilangkan gatal Chicken Pox
5.Membantu menurunkan suhu panas badan
Lihatlah betapa banyaknya kebaikan menyimpan Basic-H di rumah anda. Basic-H
adalah phosphate-free, 100% organic, biodegradable, non-toxic, odor
free, non detergent/soap, pH yang seimbang, dan tidak menyebabkan
iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan.
Ia juga menjimatkan. 16 oz Basic-H boleh menghasilkan 48 gelen campuran.
Hanya beberapa titis diperlukan bagi setiap campuran. Tunggu apa lagi,
dapatkan Basic-H anda sekarang!
Untuk mendapatkan Produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment