Monday, December 28, 2015

Tips Sepantas 5 minit Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas.

 
Membersihkan kotoran degil dari bilik mandi dan tandas boleh dilakukan dengan mudah jika kita tahu caranya. Bilik mandi dan tandas yang kotor pasti membuatkan kita tidak selesa menggunakannya. Apatah lagi jika ada tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah kita, pasti kita berasa malu kerana tidak menitikberatkan soal kebersihan. Kemungkinan kita akan dilabel sebagai seorang yang pengotor.

Anda tentu tidak mahu perkara ini terjadi kan. Jadi jom kita belajar cara mudah untuk hilangkan kotoran degil dari bilik air dan tandas. Anda hanya perlu luangkan sedikit sahaja masa untuk memastikan bilik air dan tandas sentiasa bersih dan selesa. 

Tips Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas

1)Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.

2) Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.

3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus.

4) Gantungkan pewangi yang sesuai dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Panduan Menghias Bilik Mandi

1) Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
2) Pasang cermin muka di dinding bilik air.
3) Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian.
4) Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.

Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak

1) Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.

2) Selain cuka, anda juga boleh menggunakan satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.

Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
1) Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Semoga Tips Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas ini dapat membantu anda mendapatkan bilik air yang bersih dan selesa untuk diguna. Selamat mencuba.
Tips Pemilihan Pencuci Bagi Mempercepatkan Kerja Anda.

1. Saya pilih Basic H Pencuci Serbaguna.
Caranya:
  • Masukan satu sudu besar Basic H ke dalam baldi yang mempunyai isian air sebanyak 1gelen.
  • Kemudian gunakan cecair ni untuk membersihkan dinding, lantai dan tandas.  
Hanya dengan menggunakan satu pencuci sahaja untuk mencuci dinding, lantai, mangkuk tandas dan sinki. Ianya sangat menjimatkan hanya dengan menggunakan satu sudu besar anda dapat cairkan hingga 1 Gelen air. Yang sangat istimewanya Basic H ini adalah ianya :

  Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Untuk mendapatkan Produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive