Showing posts with label set bersalin caeser. Show all posts
Showing posts with label set bersalin caeser. Show all posts

Monday, August 1, 2016

Punca Luka Bersalin Lambat Sembuh Dan Cara Mengatasinya.

set bersalin shaklee 0124698356
Luka Bersalin Lambat Sembuh
Apa khabar anda semua? Tahniah saya ucapkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, Semoga kehadiran sikecil menambahkan lagi seri dalam keluarga.

Kes luka bersalin tak sembuh-sembuh bukan lagi perkara biasa bagi ibu-ibu bersalin.

Antara punca luka lambat kering lepas bersalin adalah

    • Jarak kehamilan yang rapat
    • Ibu tidak jaga makan 
    • Luka terbuka 
    • Tidak lap bahagian luka sehingga kering 
    • Terlalu kuat meneran ketika membuang air besar iaitu ketika luka masih baru 
    • Tuala wanita tidak ditukar dengan kerap 
    • Jangkitan Kuman

    Kesan Luka Lambat Sembuh

    • Jangkitan Kuman 
    • Luka Lebih Besar 
    • Luka lambat kering 
    • pergerakan terbatas 
    • Rasa sakit yang berpanjangan 
    • Boleh mengakibatkan bentan

    Video ini merakamkan bagaimana seorang wanita yang bersalin pada jarak kehamilan yang rapat dan luka bersalin tak sembuh sehingga hari yang ke 40!!!

    Bagaimana Shaklee Membantu?

    Set berpantang Shaklee sangat mebantu ibu-ibu lepas bersalin dalam mendapatkan tenaga , susu badan yang stabil dan luka bersalin cepat sembuh.

    1.Vitamin C Sustain Release

    • Membantu memberhentikan darah akibat luka. Mengandungi collegen dimana turut membantu mempercepatkan pembaikan luka, meningkatkan imun ibu supaya lebih sihat. 
    • Membantu wajah ibu nampak lebih segar,tidak kusam walaupun didalam tempoh berpantang

    2.Zink Complex

    • Membantu membaiki luka.Sangat baik bagi mereka selepas bersalin

    3.B Complex

    • Menukarkan makanan kepada tenaga. Ini sekaligus memberikan tenaga kepada ibu. Ibu tidak akan lesu dan pucat.

    4.Vitalea Iron Formula

    • Multivitamin yang mengandungi 25 jenis vitamin . Membekalkan vitamin yang diperlukan oleh ibu berpantang. Membantu ibu dalam kembali sihat bertenaga sepanjang  proses berpantang.

    5.Ostematrix

    • Sumber kalsium membantu ibu-ibu supaya bebas dari sembelit. Ibu berpantang nak teran takut ..takut luka terbuka. Kalau tak membuang, mesti rasa tak selesa. 
    • Magnasium didalam Ostematrix sangat melancarkan pembuangan air besar.
    • Membantu ibu-ibu supaya tidak kebas, mengurangkan sakit belakang dan membantu tidur lebih lena.

    6.Vivix

    Kesihatan menyeluruh bagi ibu selepas pantang. Ibu didalam video diatas mengamalkan vivix supaya badan lebih sihat dan luka cepat sembuh.

    Jika anda bakal melahirkan bayi, atau sudah pun bersalin dan masih tercari-cari set berpantang terbaik, hubungi saya untuk dapatkan konsultasi terbaik khas untuk pelanggan saya.

    Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

    Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
    Share:

    Sunday, July 24, 2016

    Tips Bangun Dari Katil Selepas Bersalin Pembedahan

    Pembedahan caesarean itu merupakan pembedahan major. Kesan kesakitan tersebut akan menyebabkan anda merasa tak berupaya untuk membuat apa-apa dengan sendiri. Untuk berganjak sedikit, seperti ke bahagian atas katil pun, memerlukan anda memegang sesuatu atau seorang. Batuk atau ketawa juga boleh menyebabkan kesakitan. 

    Jadi apa yang patut anda lakukan untuk bangun dari katil selepas bersalin czer ni. Ikuti tips Bangun Dari Katil Selepas Bersalin Pembedahan berikut yang mungkin membantu anda.

    1. 6 jam selepas pembedahan, anda tidak dibenarkan mengangkat kepala kerana ubat bius (jika diberi bius separuh) masih ada dlm tubuh kita - kalau angkat juga, jadi sakit kepala (dan sesetengahnya berkekalan) - paling tinggi pun setinggi bantal sahaja. Nak pusing kepala dibolehkan.

    2. Anda boleh minum air masak dengan menggunakan straw (sbb tak boleh angkat kepala), kecuali jika bius penuh. Jika anda tidak mengalami muntah-muntah selepas minum air masak, anda boleh minum air soya/milo. Kalau rasa lapar sangat, anda boleh ambil makanan yang ringan-ringan (dah sehari semalam puasa tentu lapar kan). Ingat...! Jangan sekali2 angkat kepala dlm tempoh 6 jam pertama.  

    3. Selepas 6 jam tu juga anda perlu paksakan diri utk bangun dari katil (dlm tempoh 24 jam slps pembedahan). Lagi cepat bangun dan bergerak, lagi cepat boleh balik. Dan lagi cepat boleh tanggal tiub kencing. 

    4. Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi kanan/kiri dan gunakan lengan untuk menolak badan ke posisi duduk. Sokong perut dengan menggunakan towel/ bantal untuk ampu/ support luka czer. Jika mampu, beli abdominal binder utk keselesaan, support luka czer dgn baik, dan memudahkan anda utk bangun, tanpa menganggu kedua tgn… kerana tgn penting utk menampung badan anda semasa bgn.  

    5. Bersedia utk menjatuhkan kaki anda kebawah dari katil

    6. Dengan mengunakan kekuatan tangan perlahan lahan cuba bangun sehingga anda dlm posisi duduk.

    7. Stabilkan diri anda, bernafas dengan baik, tunggu dlm 3-5 minutes jika tiada pening, bangun perlahan-lahan dan berdiri 

    8. Stabilkan diri anda, jika tidak rasa pening mulakan langkah anda.  

    9. Jalan perlahan2 dgn badan ditegakkan - memang sakit terutamanya apabila nak tegakkan badan. Lakukan dgn perlahan2 sambil menyokong perut.

    10. Bila rasa confident nak ke tandas, boleh minta cabut tiub kencing. Basuh dgn air suam bagi membantu semasa buang air. Bila dah buang air sendiri, barulah dibenarkan pulang.

    Sedikit Tips Penjagaan luka pembedahan,

    1. Makan makanan yg berzat dan seimbang. Lebihkan protein dan vitamin utk penyembuhan dan melawan jangiitan kuman. 
    2. Pastikan luka sentiasa kering terutama selepas mandi.
    3. Jangan letak apa2 ubat traditional diluka anda. 
    4. Jika anda jenis yg banyak berpeluh semasa pantang , elakkan pemakaian baju yg tebal kerana peluh mengundang kuman yg menyebabkan luka terkena jangkitan mengakibat luka terbuka dan bernanah. Berpantang ikut kesesuaian dan keadaan badan kita, bukan badan org lain. 
    5. Lakukan senaman pernafasan, dgn berbaring, nafas dari hidung dgn menaikkan abdomen( mcm surge breathing/ belly breathing) utk meningkatkan peredaran darah, promote luka utk cepat sembuh dan memantapkan abdomen( utk elak perut buncit). Ketahui lagi Tips lain disini
    Pulihkan luka pembedahan dengan cepat Dengan Set Pemulihan Pembedahan Shaklee 
    Sedang Mencari Set Bersalin Caeserean? Set INI sangat membantu anda. 

    Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-    

    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
    Shaklee ID: 1027990 
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com  
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
    Share:

    Friday, July 22, 2016

    Cara Menyembuhkan Luka Bersalin Pembedahan Dengan Cepat.




    Melahirkan anak secara pembedahan tentulah satu pengalaman yang berbeza jika dibandingkan secara normal. Penjagaan ibu-ibu yang bersalin secara caeserean ( Pembedahan) juga perlu lebih teliti dan berhati-hati. Namun ibu-ibu tak perlu khuatir atau risau. Dengan panduan yang betul insyaAllah tempoh berpantang anda akan menjadi lebih mudah terutama setelah minggu pertama berlalu.

    Di sini, ingin saya kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin secara pembedahab juga dikenali dengan Caeserean.

    1.Pastikan luka kering dan bersih

    Perkara paling penting adalah memastikan luka sentiasa kering. Lap kawasan luka dengan kain lembut (bukannya tisu) selepas setiap kali mandi. Dan jika berpeluh, pastikan kawasan luka tidak basah atau lembap. Ini kerana kelembapan akan menyebabkan jangkitan kuman dan melambatkan proses penyembuhan

    2.Bergerak lebih awal

    Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

    3.Elak daripada mengambil ubat tradisional

    Elakkan daripada mengambil atau menyapu sebarang ubat tradisional di kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin.Menyapu minyak gamat atau minyak tradisional pula boleh melambatkan lagi proses pencantuman luka.

    Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. 

    Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda. 

    4.Penggunaan Sabun  

    Tidak perlu menggunakan sabun di kawasan luka semasa mandi. Memadai hanya dibasuh dengan air sahaja.

    5. Makan makanan berzat dan seimbang

    Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. 

    Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

    6. Minum air secukupnya

    Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

    7. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

    Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda. 



     

    8. Makan pil penahan sakit

    Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

    9. Menyusu badan secara eksklusif

    Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan. 



    Jenis-jenis caesarean.

    10. Pakai bengkung

    Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

    11. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

    Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

    12. Dapatkan bantuan ahli keluarga

    Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

    Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceaser

    1. Demam berterusan.
    2. Sakit pada tempat luka
    3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
    4. Keluar nanah dari tempat luka
    5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
    6. Keluar air jernih dari tempat luka
    7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
    8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

    Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera. 
    Pulihkan luka pembedahan dengan cepat Dengan Set Pemulihan Pembedahan Shaklee
    Sedang Mencari Set Bersalin Caeserean? Set INI sangat membantu anda.

    Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:- 
     
    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
     
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      


    Share:

    Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

      Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

    Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

    VIVIX The Best Antiaging

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Followers

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Free Auto Malaysia Backlinks
    My Ping in TotalPing.com

    Labels