Showing posts with label Super Detox Set. Show all posts
Showing posts with label Super Detox Set. Show all posts

Wednesday, March 2, 2016

6 Tips Detox Hati Secara Semulajadi

 Image result for tips detox hati
Kesihatan seseorang bukan sahaja bergantung kepada apa yang dimakan, tetapi bagaimana badannya mengawal selia dan membuang toksin-toksin berbahaya.
 
Hati yang merupakan salah satu organ yang terlibat dalam memproses kotoran-kotoran yang berbahaya ini kepada bahan yang lebih selamat untuk dibuang daripada tubuh. Malahan hati mungkin antara organ yang terbanyak buat kerja. Selain berfungsi untuk detox, hati juga menghasilkan cecair hempedu untuk menghadam lemak, memproses hormon, menyimpan lebihan gula, vitamin dan mineral termasuk zat besi.

Jika hati tidak berfungsi dengan baik, sudah tentu kita akan merasai kesannya.

Tanda-tanda fungsi hati merosot
  • Perut selalu kembung dan berangin.
  • Sering pedih ulu hati.
  • Masalah sembelit.
  • Sukar menurunkan berat badan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Mood tidak menentu, darah gemuruh dan sering rasa tertekan.
  • Penat yang berlebihan dan berlanjutan.
  • Berpeluh dengan berlebihan.
  • Kulit mudah berdarah atau mudah lebam walaupun tidak mengalami kecederaan yang teruk.
  • Kurang selera makan.
  • Mata menjadi kuning dan simptom-simptom jaundis yang lain termasuk kencing yang gelap dan najis yang pucat apabila sel-sel hati mulai rosak.
Berita gembira yang saya nak sampaikan ialah walaupun sel-sel hati sudah rosak dan berkurang tapi masih boleh dibaiki dan dibina semula. Ada beberapa langkah yang saya kongsi untuk mencuci hati dan mendapatkan semula organ yang sangat penting ini.

Langkah-langkah mencuci hati

1. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia.
Mengambil makanan yang diproses secara berlebihan beerti meletakkan hati di tempat yang berisiko. Bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet makanan menyebabkan hati perlu bekerja keras untuk mencucinya, malahan boleh menyebabkan penyakit berbahaya termasuk kanser.

Jadi, seboleh-bolehnya gantikan makanan ini dengan makanan yang sihat dan cuba masak sendiri di rumah. Kalau tidak mampu, kurangkan pengambilan makanan segera.

2. Minum jus sayuran mentah
Antara sayuran yang baik untuk detox hati ialah kubis, kubis bunga dan kubis brussels. Kalau nak tambah sayur-sayuran kegemaran yang lain juga tiada masalah.

Makanan yang tinggi dengan serat membantu sistem penghadaman yang sihat dan mempercepat pembuangan toksin dari badan. Pengamalan halia boleh membantu mengurangkan gas dalam usus dan melegakan kembung perut.

3. Tambahkan makanan yang tinggi potassium
Setiap hari, orang dewasa memerlukan 4,700mg potassium. Kemungkinan besar ramai yang tidak dapat keperluan potassium yang cukup setiap hari. Potassium yang cukup membantu mengawal tekanan darah, menurunkan kolesterol dan membantu dalam sistem kardiovaskular. Selain itu, potassium juga membantu detox hati. 
 
Makanan yang mengandungi potassium yang tinggi:
  • Ubi keledek
Selain mempunyai kandungan potassium yang paling tinggi, iaitu 700mg dalam sebiji ubi keledek, ia juga kaya denagn serat dan beta-carotene.

Walaupun ubi keledek rasanya manis, namun ubi ini mempunyai indeks glisemik yang rendah, jadi tidak akan membebaskan gula mendadak ke dalam darah. Mempunyai hanya 131 kalori, ia juga kaya dengan vitamin B-6, vitamin C, vitamin D, magnesium dan zat besi.
  • Sos tomato
Sos tomato atau tomato puree dihasilkan dalam keadaan pekat, sebab itu mengandungi banyak potassium. 1 cawan sos tomato mengandungi 1065mg potassium, sementara 1 cawan buah tomato hanya mengandungi 400mg potassium sahaja. Bila membeli sos tomato atau tomato puri, pastikan pilih yang dibuat daripada tomato organik.
  • Bayam dan ubi bit
Selain kaya dengan antioksida, ubi bit mengandungi 1,300mg potassium untuk setiap cawan. Semenatara bayam pula mangenadungi 840mg postassium.Kalau nak buat jus sayuran tadi, bolehlah tambah ubi bit dan bayam sekali.
  • Pisang
Pisang pula mengandungi 470mg potassium, turut membantu proses penghadaman dan membuang toksin dan logam berat dari badan, sekaligus turut membantu membersihkan hati.

4. Detox usus dengan kopi
Namun, dikatakan proses ini dibantu oleh kopi organik yang meningkatkan pengaliran cecair hempedu, yang dapat membantu hati dan pundi hempedu. Glutathione, yang merupakan bahan pencuci yang kuat dihasilkan dan membantu mengeluarkan toksin yang berkumpul dalam badan.

5. Makanan tambahan milk thistle, dandelion dan kunyit.
  • Milk thistle
Ini adalah salah satu herba yang dikatakan raja detox, jadinya memang sangat bagus untuk detox hati. Milk thistle membantu membuang logam-logam berat,ubat-ubatan, pencemaran alam sekitar dan alkohol dari hati.
Selain itu, pesakit kanser yang mendapat rawatan kemoterapi atau radioterapi  juga turut mendapat manfaat dengan mengurangkan kesan yang buruk kepada hati. Bahan aktif dalam herba ini yang dipanggil silymarin membantu menguatkan dinding sel hati dan turut membantu pembinaan sel-sel hati yang baru.
  • Dandelion
Dandelion adalah bunga yang senang ditemui di semak-semak dan biji benihnya berterbangan apabila ditiup angin. Bunga dan akar tumbuhan ini rupanya terkandung banyak vitamin dan mineral. Bersifat diuretik secara semulajadi, membantu hati untuk menyingkirkan toksin dengan lebih cepat. Selain itu, ia turut membantu menguatkan sistem imun, mengawal gula dalam darah dan mengurangkan pedih ulu hati.
  • Kunyit
Kunyit adalah herba yang paling senang didapati dari dapur rumah sendiri. Khasiat kunyit ialah membantu mengurangkan sakit sendi, mengurangkan tekanan, membantu penghadaman, mengawal gula dalam darah dan membantu metabolisme dalam hati dan memperbaik tisu hati.
 
6. Suplemen untuk detox

Berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dan mengetahui lebih lanjut berkenaan Set Detox  anda boleh hubungi saya:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

Friday, May 1, 2015

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi

Faktor persekitaran dan jenis makanan yang diambil boleh menjadi punca banyaknya toksin terkumpul di dalam badan.Toksin ini biasanya akan disingkirkan melalui sistem perkumuhan semasa membuang air besar.Namun begitu ada juga toksin kekal di dalam badan dan mengganggu organ penghadaman seperti usus,buah pinggang dan juga hati.Sudah tentu anda perlu membuang toksin tersebut sebelum penyakit lain menjadi bertambah serius.

Proses ini di panggil detok. Detox bertindak dalam menyingkirkan toksin,racun,lemak dan bahan buangan yang tidak di perlukan oleh badan.Setelah itu,anda pasti berasa lebih sihat dan ceria.

Tanda-tanda tubuh anda perlukan detox

  • Sembelit
  • Pening Kepala
  • Perut Kembung
  • Nafas Berbau
  • Berasa letih dan tidak bertenaga
  • Sentiasa hendak makan
  • Jerawat

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi 

1.Banyakkan Minum Air   
Air dapat menyejukkan badan dan menyingkirkan toksin apabila kita membuang air kecil.anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air dalam masa sehari. 

2.Bersenam Selalu 
Toksin yang ada dalam badan dapat dibuang melalui peluh yang keluar melalui kulit.Cara mudah untuk bersenam adalah berjalan kaki dan mengemas rumah.Badan sihat rumah pun sedap untuk di pandang. 

3.Berpuasa 
Berpuasa dapat merehatkan organ pencernaan anda kerana anda tidak makan dan minum ketika itu. 

4.Buah-Buahan 
Buah mempunyai kandungan air dan fiber yang baik dalam membantu melawaskan sistem pencernaan.Ini dapat mengelakkan sembelit dari terjadi. 

5.Buah Citrus 
Anda boleh membuat air campuran antara buah oren dan juga lemon.Buah citrus dapat menguatkan imunisasi dan juga mengurangkan ketidakhadaman akibat tersalah makan. 

6.Bawang Putih 
Bawang putih dapat membuang angin dalam perut.Jadi tidaklah anda berasa kembung dan juga sakit perut selalu. 

7.Spirulina 
Dapat mencegah sembelit dan meneutralkan toksin di dalam badan. 

8.Alfalfa 
Kaya dengan klorofil yang dapat mencuci dan membersihkan toksin dalam badan. 

9.Teh Hijau 
Teh hijau adalah minuman yang tinggi antioksida  yang mampu untuk menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh kita.Kalau anda penggemar Teh yang mempunyai Taurina (bagus untuk menambah tenaga) dan sedang berdiet boleh mencuba Cinch Tea.

Pengambilan ini penting sebelum anda mengambil suplemen samada untuk kecantikan atau penjagaan kesihatan.Jika tidak nutrisi yang ada pada makanan tambahan tersebut tidak memberikan kesan yang terbaik.

Untuk lebih memudahkan anda memperkenalkan, Super Detox Set dari Shaklee. Set ni terdiri daripada: 
 3. Garlic
 Kebaikan dari pengambilan set ni adalah:
  1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  2. Membantu meningkatkan kesihatan hati
  3. Meningkatkan seri wajah
  4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh 
Jangan biarkan toksin yang terkumpul dalam badan anda menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain yang tidak diingini. Bertindaklah sekarang.  
 
Untuk mendapatkan Set Detox ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4e4f523705f88c7253fc492d5a45743a 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Thursday, December 19, 2013

Ketahui 7 Tanda Badan Anda Berlebihan Toksin

Jika,

Anda dijauhi kerana masalah bau badan??
Anda direnung kerana banyaknya jerawat atau sering menggaru-garu??
Anda ditegur boss atau rakan sekerja kerana selalu kepenatan?

Anda mungkin ada toksin berlebihan dalam tubuh tanpa anda sedari..
Arghh..teruk juga ni..lebih-lebih lagi kalau pasangan sendiri dah mula perasan dan tegur..
Malu juga kan..

Jom kita periksa tanda-tanda ni..untuk tahu teruk ke tak masalah toksin dalam tubuh anda..jika anda mempunyai semua tanda-tanda yang disenaraikan..anda mungkin perlu cari penyelesaiannya..

7 Tanda toksin berlebihan dalam tubuh

1. Sering rasa letih

Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih. Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis..kononnya nak tambah tenaga. Sebenarnya itu akan menjadikan anda lebih cepat letih..gula daripada minuman dan makanan manis hanya memberi tenaga segera tetapi bersifat sementara..Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda..ini adalah salah satu tanda anda mungkin dah terlalu banyak toksin dalam tubuh.

2. Berat badan sukar turun

Sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang. Sebenarnya tanpa anda sedar, fungsi hormon semula jadi kita boleh terjejas oleh racun yang terdapat dalam makanan dan produk-produk penjagaan diri yang kita gunakan setiap hari. Walhal hormon-hormon ini penting untuk mengawal berat badan. Racun ini juga semakin banyak terkumpul dari hari ke hari kerana anda tidak pernah melakukan detoks. Makin banyak terkumpul dalam badan.

3. Mulut berbau

Walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.

4. Sembelit

Usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah

Selain itu anda juga kerap rasa cemas.

6. Alahan dan masalah sinus

Ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.

7. Masalah kulit

Jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.

Bagaimana caranya saya nak buang toksin?

1. Melakukan senaman:  
Bersenam dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memudahkan kita membuang toksin melalui peluh.
 
2. Minum air kosong yang banyak:  
Air mampu mengurangkan kepekatan darah. Dengan minum airsecukupnya akan membantu melancarkan proses pembuangan toksin melalui urin atau najis.
 
3. Berurut:  
Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah yang mungkin tersumbat.
 
4. Mengambil makanan semulajadi:  
Sesekali anda juga boleh amalkan mengambil makanan seperti yogut, bawang putih, cuka epal, cuka kurma, atau jus lemon untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh kita.

Detoks dengan suplemen Shaklee 

Jangan biarkan diri anda mengalami semua tanda-tanda di atas terlalu lama. Bahaya ya..boleh membawa kepada penyakit-penyakit yang lebih serius jika dibiarkan. Anda juga berasa tidak selesa mengalaminya.

Namun dalam persekitaran kita pada hari ini, agak mustahil untuk kita menghindarkan segala punca pengumpulan toksin dalam badan. Oleh itu, satu alternatif diperlukan bagi membantu badan mengeluarkan toksin dan bahan buangan ini daripada badan secara selamat dan mengembalikan kesihatan badan.

Memperkenalkan, Super Detox Set dari Shaklee. Set ni terdiri daripada:

 1. Alfafa Complex
2. DTX Complex

 3. Garlic

Kebaikan dari pengambilan set ni adalah:
  1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  2. Membantu meningkatkan kesihatan hati
  3. Meningkatkan seri wajah
  4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh 
Jangan biarkan toksin yang terkumpul dalam badan anda menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain yang tidak diingini. Bertindaklah sekarang.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
 


Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels