Showing posts with label Kembung Perut. Show all posts
Showing posts with label Kembung Perut. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Herb-Lax™

Herb Lax
Ramuan Herb-Lax Shaklee terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat.Herb-Lax Shaklee mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckthorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root.Sifat Herb-Lax Shaklee mengalakkan tindakkan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Herb-Lax Shaklee
  1. Menyingkirkan najis yang tersekat.
  2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  3. Membantu masalah sembelit.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.
  5. Mengempiskan perut.
  6. Menyokong kesihatan usus.
  7. Membantu menyahtoksin badan.
  8. Herb Lax Shaklee membantu mengurangkan atau memberi rasa kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.
  9. Membantu masalah bau mulut dan bau badan.
  10. Mengelakkan kembung perut.
  11. Mencegah penyakit kulit. 
Ramuan yang terkandung didalam Herb-Lax Shaklee
 Alfalfa Leaves - Membersihkan usus,darah dan hati.
Anise Seed - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
 Blue Malva Flower -Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
Barkthorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakkan dan memberi lembapan kepada usus.
 Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan bagus untuk asthma.
Fennel Seed(Jintan Manis)- Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol.Membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
 Licorice Roots - Membantu proses detoksifikasi
Rhubarb Root- Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik.
 Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
Info:
  • Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan.Manakala dibawah kondisi normal,Herb-Lax Shaklee menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman kembali normal.
Jom tengok testimoni pengguna yang mengambil HERB LAX

 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Kembung Perut


bayi kembung perut

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
  • Usus:
    • Alah kepada protein susu lembu.
    • Alah kepada laktosa.
    • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
    • Ketidak selesaan disebabkan "angin".
  • Biologi:
    • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
    • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial:
    • Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain:
    • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut? Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Diikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak semestinya berkaitan dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Urutan bayi kembung
urutan lembut dapat meredakan kembung perut bayi anda.
  • Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.
  • Jika anak anda kembung perut :
    • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
    • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
    • Kurangkan bunyi bising
    • Bawa bayi anda bersiar-siar
    • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
    • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein.
Peringatan
  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosis yang tepat adalah penting.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
    • Diagnosis tidak dapat dipastikan
    • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels