Showing posts with label Kalsium. Show all posts
Showing posts with label Kalsium. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Kalsium Mendap Dalam Salur Darah

Di dalam salur darah kita, selain kolesterol yang boleh melekat di dinding salur darah terdapat satu lagi unsur yang boleh melekat didinding salur darah kita. Unsur itu ialah kalsium. 

Bila kalsium termendap, ia dinamakan calcification. Kesan calcification ini, menyebabkan bahagian yang termendap dengan kalsium tersebut menjadi mengeras. Banyak tempat ia boleh termendap selain daripada salur darah seperti otak, breast, sendi & buah pinggang. Itulah  yang menjadi penyebab kepada terjadinya penyakit batu karang.

Adakah benda ni terjadi sebab kalsium berlebihan? TIDAK.

Mengikut kajian dari Universiti Harvard, pengambilan kalsium tidak mempunyai kaitan dengan batu karang dan apa-apa saja penyakit kesan dari calcification ni. Makan kalsium ke tak makan ke, sama je risikonya.

Punca utama yang dikenalpasti adalah kecederaan dalaman, jangkitan, genetik, masalah auto-imune, & pernah jalani pembedahan.

Jadi anda tidak perlu takut untuk mengambil kalsium kerana bimbang terkena batu karang ianya tidak berkaitan sama sekali.
Adakah ia boleh dirawat?
 
Menurut International Journal of Molecular Sciences, mereka ada buat test untuk mengkaji penyebab calcification... Kalsium bukan penyebab. Tapi....

- pengawet makanan
- makanan diproses
- lemak trans
- gula

Jika anda benar-benar ingin mencegah berlakunya calcification ini, anda dinasihatkan untuk mengurangkan  atau tidak mengambil sama sekali  makanan yang dinyatakan di atas.

Bagi membantu mengatasi masalah ini dalam report yang sama mencadangkan pengambilan suplemen yang mengandungi:


Jagalah pemakanan sesungguhnya apa yang anda makan, itulah yang menjadikan diri anda.
Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Wednesday, August 19, 2015

Tips Pemilihan Suplemen Kalsium Untuk Tubuh

Terdapat pelbagai jenis jenama suplemen kalsium ada di dalam pasaran sehinggakan kita keliru yang mana satu kah yang harus kita pilih dan beli?Jadi untuk memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik, anda boleh ikuti tips ini:
  1. Pilihlah sumber garam kalsium yang berasal dari bahan semulajadi. Kalsium karbonat lebih baik diambil bersama makanan agar mudah dicerna dan diserap. 
  2. Pertimbangan memilah jenis sediaan yang ada, umumnya bentuk suplemen berupa sirap atau suspensi mudah diserap oleh saluran pencernaan.
  3. Pilih produk yang mempunyai vitamin D dan magnesium
  4. Elakan produk yang dibuat dari tulang dan dolominate untuk mengelak keracunan plumbum
  5. Elakan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Dr Bruce Miller juga mengatakan Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna. Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.

Kenapa harus ada Vitamin D pada suplemen kalsium? 
Kerana Vitamin D sangat penting untuk pembentukan, pertumbuhan, dan perbaikan tulang dan untuk penyerapan kalsium normal. Vitamin D mengatur penyerapan kalsium dan fosforus ke dalam tulang dan meningkatkan aliran kalsium ke dalam aliran darah. Tanpa vitamin D, kalsium tidak akan diserap ke dalam tubuh.

Vitamin D sangat penting untuk pertumbuhan dan menjaga kesihatan tulang serta fungsi organ lainnya. Kekurangan vitamin D dapat menyebabkan banyak masalah kesihatan, diantaranya penyakit jantung, arthritis, diabetes, tekanan darah tinggi, dan sebagainya, dan bahkan kanser pun dikaitkan dengan kekurangan vitamin D.

Selain itu, kajian terbaru menunjukkan bahawa vitamin D mungkin memainkan peranan kepada Ibu hamil untuk berisiko lebih besar terhadap kekurangan nutrisi, sehingga perlu memastikan kecukupan dan pengambilan vitamin D mereka. Terbukti bahawa ibu hamil dengan pengambilan vitamin D yang rendah melahirkan anak-anak dengan kepadatan tulang yang rendah. Kekurangan ekstrem vitamin D ketika kanak-kanak dapat menyebabkan rakhitis (tulang mudah bengkok).

Kenapa harus ada Magnesium pada suplemen kalsium?
Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.
Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium. Antara lain ia amat penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.

Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.
Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.

Maka Ostematrix adalah produk yang bertepatan untuk suplemen kalsium kerana ianya bukan sahaja mengandungi vitamin D dan magnesium, malah turut ada boron, mangan, kuprum dan zink.

Menurut Dr Bruce Miller, beliau menyokong suplemen Shaklee kerana:
  • Produk Shaklee sentiasa berharmoni dengan alam Semulajadi. 
  • Produk-produk yang di cipta menggunakan sumber alam SEMULAJADI dan disempurnakan oleh SAINS. 
  • Produk-produk larut dalam masa yang mencukupi untuk tujuan penyerapan. 
  • Kecemerlangan Perbadanan Shaklee diiktiraf secara global. 
  • Penyerapan produk yang lebih baik terbukti menerusi kajian klinikal 
  • Kajian Shaklee telah di terima untuk penerbitan didalam Jurnal Saintifik yang terpilih.
Jom lihat testimoni daripada ramai  pengguna  yang mendapat kesan daripada pengambilan Ostematrix.
 
 
 
 
 
 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Thursday, October 16, 2014

Atasi Gigi Goyang Dan Berdarah Dengan Ostematrix.

Kenapa gigi boleh goyang, adakala juga berdarah? 


1. Kemungkinan besar cara kita memberus gigi tidak betul (tidak membersihkan semua permukaan gigi secara menyeluruh) dan ini menyebabkan plak tidak dapat disingkirkan dengan sempurna dan lama-kelamaan bakteria merembeskan asid yang membuat gigi kita berlubang serta merosakkan struktur sekeliling gigi (gigi bergoyang).

2. Kurang menjaga kebersihan dan rawatan gigi juga boleh menyebabkan gigi kerap berdarah dan bergoyang.

3. Penyebab lain pula adalah kerana kekurangan kalsium. Kalsium akan melindungi gigi dan  menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang hidup, yang akhirnya gigi akan rapat di mana bakteri tidak akan dapat berkembang . Jadi, sebelum gigi dan gusi mulai rasa tidak baik,  pastikan makan- makanan yang kaya kalsium secara teratur. Pengambilan kalsium seharusnya cukup terutama diusia kanak-kanak, agar anak dapat tumbuh dengan gigi yang kuat.

Di antara manfaat KALSIUM yang penting untuk tubuh badan kita paling utama adalah untuk menjaga kesihatan TULANG dan untuk kesihatan GIGI lebih sihat juga kuat dan ia juga mampu : 
1. Mencegah kanser usus. 2. Mencegahkan obesiti. 3. Melindungi otot jantung
4. Mencegah kanser usus besar (bagi mereka yang kerap sembelit)
5. Mencegah senggugut
6. Untuk tekanan darah
7. Membantu pernyerapan nutrisi


Kita memerlukan kalsium sejak lahir lagi sampai laa kita tua. Masa bayi, kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi, ketika remaja pula, kalsium diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan, sedangkan pada masa tua, kalsium diperlukan untuk menjaga tulang agar tetap kuat dan tidak reput, sehingga tubuh tetap memerlukan pengambilan kalsium yang cukup. Namun kita seringkali cenderung mengelakkan makanan yang kaya kalsium, seperti produk susu yang banyak memenuhi keperluan kalsium.

Pengambilan kalsium dengan penyerapan yang lebih berkesan adalah disertakan dengan vitamin D, Magnesium dan vitamin  K sepanjang hari. Kalsium tak dapat diserap dengan baik pada tubuh tanpa vitamin D.  
Cara Penjagaan Gigi 
  • Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa fresh dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi. 
  •  Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur.
  • Gosok gigi sebelum tidur sebab, sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi tak dalah bakteria berkampung lalu terjadinya karies di situ. 
Penjagaan lebih tinggi manfaat dengan Ostematrik Shaklee  
Ostematrik mengandungi Vitamin D dan Magnesium yang mampu membantu penyerapan yang lebih optimum untuk kesihatan gigi. 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852



Share:

Penyebab Dan Cara Atasi Gigi Sensitif

Sensodyne Überempfindlichkeit 
Apakah yang menyebabkan gigi sensitif?   
Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif.
 
Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dentin atau gusi yang menyusut terdedah kepada:
  1. Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
  2. Memberus gigi.
  3. Bernafas melalui mulut.
  4. Kesakitan yang dirasai adalah bersifat tajam dan seketika.
Beberapa kebiasaan sehari-hari yang dapat menyebabkan terjadinya gigi sensitif, diantaranya:

1.Memberus gigi dengan tekanan yang terlalu kuat
Penggunaan berus gigi yang terlalu kasar atau terlalu keras serta cara memberus gigi yang salah adalah faktor utama menyebabkan enamel gigi terhakis.

2.Gangguan pada gusi (Gingivitis)
Apabila gusi mengalami gangguan ataupun pergerakkan struktur gusi (gusi turun) maka akan menyebabkan terdapatnya bahagian pada gigi yang pada awalnya terlindung oleh gusi, menjadi terbuka.

3.Menggetap gigi
Gigi sensitif juga boleh berpunca daripada ‘bruksisme’, iaitu kebiasaan menggetap gigi ketika tidur atau dalam keadaan tidak sedar.
 
Tips Mengatasi Gigi Sensitif
Gosoklah gigi menggunakan ubat gigi yang tinggi kandungan floridanya dan jangan berkumur. Cukup meludah sahaja dan kemudian terus tidur. Cara ini cukup berkesan bagi mengelakkan florida yang terkandung dalam ubat gigi, terbuang ketika berkumur sekali gus mengurangkan kesannya terhadap gigi yang bermasalah. Bagi kes gigi sensitif yang ringan, tip ini mungkin berhasil.
Pastikan anda sering berjumpa doktor gigi secara berkala, kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Tahukah anda Kalsium amat Penting untuk kesihatan gigi dan tulang anda?
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

Tuesday, April 8, 2014

10 makanan tinggi Kalsium


Kalsium baik untuk badan. Untuk dapatkan tulang dan gigi yang kuat, kita perlukan kalsium. Untuk elakkan kekejangan otot, kita juga perlukan kalsium. Berikut adalah 10 makanan tinggi Kalsium yang anda boleh ambil. 

No 1: Herba Kering

 
Biasanya kita tak menggunakan herba pada kuantiti yang banyak, tetapi memasukkan sedikit ke dalam makanan boleh meningkatkan kandungan kalsium dalam badan.

 No 2: Keju 
 
Kandungan kalsium dalam keju bergantung kepada jenis keju itu.Parmesan mengandungi kalsium tertinggi berbanding keju jenis lain.



No 3: Bijan




Bijan mengandungi lebih kalsium apabila ia kering atau digoreng.



No 4: Tauhu


Tauhu goreng menyumbang 37% dari keperluan kalsium harian untuk setiap 100g hidangannya. Keperluan kalsium harian adalah 1000mg.


No 5:  Badam



Badam mengandungi kalsium yang banyak apabila ia dipanggang atau dicampur mentega. Secawan badam boleh menyumbang 37% kalsium.


No 6: Flax Seed

A bunch of flax seeds (Linum usitatissimum), isolated on white background Stock Photo - 11492063

Selain terkenal mengandungi omega 3, ia juga mempunyai kandungan kalsium. Ia memberikan 255mg kalsium untuk setiap hidangan 100g.



No 7: Yogurt, Susu dan Makanan berasaskan susu.


Susu rendah lemak biasa mempunyai lebih kalsium berbanding susu biasa. Yogurt rendah lemak paling banyak menyumbang kalsium iaitu 42% dalam secawan untuk 1000mg keperluan kalsium harian.



No 8: Sayuran Hijau



Siapa sangka sayur hijau pun ada kalsium. Ya! Kailan dan sawi juga mempunyai kalsium setanding susu dan sumber kalsium lain.


No. 9 : Kacang Brazil

Brazil Nuts 
Kacang ini biasa ditemui di Kawasan Amerika selatan, dan mempunyai kalsium seperti juga badam.



No 10: Herring, Ikan Terubuk


Ikan ini adalah sejenis makanan yang tinggi Vitamin D. Vitamin D perlu untuk penyerapan kalsium yang berkesan 

Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada supplement yang semulajadi dan hebat daripada Shaklee. Keistimewaan OsteMatrix Shaklee ianya bukan saja lengkap dengan Kalsium tetapi mempunyai Magnesium & Vitamin D yang memudahkan penyerapan kalsium didalam badan.
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
sumber: http://www.healthaliciousness.com
Share:

Monday, April 7, 2014

8 Fakta Penting Tentang Kalsium


Berikut merupakan fakta penting tentang kalsium.
1.Anda Boleh Dapatkan Kalsium tanpa Produk Susu
Salah satu fakta tentang kalsium yang kebanyakan orang tidak tahu adalah bahwa Anda boleh mendapatkan kalsium melalui makanan selain susu. Sementara produk susu seperti susu, yogurt, dan keju sangat tinggi kalsium.
Dan makanan berasaskan tumbuhan seperti almonf, kangkung, jeruk collarf hijau, bayam, brokoli, biji wijen dan tahu adalah sumber besar kalsium juga. Recommended Dietaru Allowance (RDA) untuk kalsium bagi kebanyakan wanita dibawah umur 51 adalah sekitar 1000 mg per hari.

2.Bukan Hanya Mineral yang Anda Perlukankan untuk Tulang yang Kuat
Apakah Anda tahu bahwa banyak vitamin dan mineral lainnya yang menyumbang pada kekuatan tulang Anda? Meskipun 99% dari kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, khususnya fosfor. Tubuh Anda selalu berusaha untuk menjaga keseimbangan fosfor/kalsium, Jika Anda mengambil terlalu banyak fosfor, tubuh Anda akan mencuba untuk menarik kalsium dari tulang Anda. Beberapa nutrisi penting lainnya dalam menjaga tulang dan gigi yang kuat adalah magnesium, zink dan fluoride.

3. Apakah Vitamin D Diperlukan Untuk Menyerap Kalsium 
Anda boleh mengambil semua makanan yang kaya kalsium di dunia, tetapi tanpa cukup vitamin D tubuh anda tidak akan menyerap kalsium. Kalsium dan vitamin D bekerja sama untuk menjaga tulang yang kuat. RDA untuk vitamin D bagi wanita 59an adalah 600 IU per hari. Vitamin D boleh diperolehi dari ikan salmon, dalam makanan yang diperkaya seperti sereal, jus jeruk, dan susu. Cara lain untuk meningkatkan kadar vitamin D adalah melalui sinar matahari. 

4. Apakah Kalsium Penyerapan Juga Terkena Asid Fitat dan Asid Oksalat
Terdapat makanan yang berupaya untuk memblok penyerapan kalsium. Ianya adalah asid fitat(phyatates) dan asid oksalat(oksalat) yang mengganggu penyerapan kalsium. Asid ini boleh dijumpai ini khususnya didalam beberapa makanan yang sumbernya dari tumbuhan yang berbeza, seperti biji-bijian, kacang-kacangan, kentang, bayam, bit, dan lain-lain. 
Asid ini mengikat kalsium, memaksanya untuk dibuang daripada diserap untuk digunakan tubuh. Makanan ini juga merupakan sumber yang kaya kalsium, ini adalah alasan lain mengapa penting untuk memastikan bahwa Anda mengambil cukup kalsium.
5. Anda Perlu Lebih Kalsium Jika Anda Mengalami Menoupase
Jika Anda wanita yang sedang mendekati atau melampaui tahun-tahun menopause maka Anda memerlukan lebih banyak kalsium. Selama menopause, kadar estrogen Anda turun secara signifikan. Pergeseran hormon ini meningkatkan peluang Anda untuk mendapat beberapa penyakit, salah satunya osteoporosis. Ini adalah waktu yang tepat untuk meningkatkan pengambilan kalsium ( dan vitamin D ) dalam rangka untuk mencegah kehilangan tulang dengan mengambil sekitar 1.200 mg per hari.

6. Kalsium dan Zat Besi Untuk Penyerapan
Kalsium dan zat besi bersaing untuk penyerapan di usus bila diambil bersama-sama, jadi pastikan apabila mengambil makanan yang mengandung nutrisi ini (atau mengambil suplemen) minimal 2 jam untuk penyerapan terbaik.
Besi kebanyakan ditemukan dalam protein haiwan seperti daging lembu, ayam, tiram, kalkun, dan salmon, tetapi beberapa makanan bersumberkan tumbuhan seperti lentil, kacang-kacangan dan bayam.
Jika Anda mengambil multivitamin, pastikan untuk tidak mengambil dengan salah satu makanan ini untuk mencegah penyerapan kalsium dari multi- Anda juga.

7. Kalsium Dan Magnesium Adalah Teman Terbaik
Kalsium dan magnesium adalah teman baik. Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

8. Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh.
Keperluan harian kalsium adalah 800 mg untuk dewasa di atas 25 tahun dan 1.000 mg setelah usia 50 tahun. Ibu hamil dan menyusui harus mendapatkan 1.200 mg kalsium per hari. Keperluan kalsium anak-anak dan remaja meningkat sesuai usia:


Kalsium penting untuk mencegah kanser,diabetes,darah tinggi dan penyakit jantung.Kalsium penting untuk fungsi otot.Jantung juga merupakan salah satu otot yang penting dalam tubuh badan kita.


Sekitar 99% kalsium berada pada jaringan tulang dan gigi, selebihnya berada di darah dan sel-sel tubuh.
 
Antara manfaat kalsium adalah:-

  • Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Anak-anak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium dapat mengakibatkan pertumbuhan tulang anak tidak sempurna dan menderita penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus-menerus menguatkan sistem tulang dan giginya. Mineral di tulang dan gigi kita tergantikan 100% setiap tujuh tahun sekali.
  • Mencegah osteoporosis. Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari kalsium pada tangan, kaki dan tulang padat. Kekurangan pengambilan kalsium dalam waktu lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya langsung dari tulang-tulang padat. Hal ini mengakibatkan tulang rapuh dan mudah patah (osteoporosis). Bila seorang wanita dari umur 20 tahun setiap harinya mengambil kalsium 400 mg lebih rendah daripada yang diperlukan, pada umur 55 tahun tulangnya akan rapuh 1/3 bahagian.
  • Penyimpanan glikogen. Kalsium berperan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus kerana tidak dapat menyimpan glikogen.
  • Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf membutuhkan kalsium agar dapat berfungsi optimal. Kekurangan kalsium dapat menyebabkan spasme (kejang) otot dan gangguan fungsi otak dan sistem saraf..

OsteMatrix yang best...Membekalkan KALSIUM secukupnya untuk tubuh badan anda 
Mereka yang berpuas hati.


 
p/s Untuk ibu hamil dan menyusukan bayi,kalsium anda akan diserap oleh bayi..Oleh itu,pengambilan supplement berasaskan kalsium adalah SANGAT-SANGAT PENTING. Jangan biarkan ia hilang sebelum waktunya.Risiko sangat tinggi.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels