Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts

Sunday, April 1, 2018

Kenapa Saya TAKSUB Ambil ESP Untuk SUMBER PROTEIN?




Kenapa Saya TAKSUB Ambil ESP Untuk SUMBER PROTEIN?


Korang pernah tak pegi jalan2 supermarket... jumpa minuman soya ke apa2 produk makanan dia tulis ORGANIK? Mesti la pernah kan.

Korang tau ke APA sebenarnya di sebalik label ORGANIK?

Di sebalik label Organik itu cuma mungkin sejenis bahan je yang organik... sebab requirement utk buat label tak memerlukan semua bahan dalam tu organik utk pakai label organik.

Kesimpulannya, walaupun cuma ada 1% je bahan organik dalam sesuatu produk tu, boleh je diorang nak letak label Organik...

Tapi Shaklee ni, bukan sekadar ORGANIK tapi BEYOND ORGANIK. Maknanya daripada benih... sampai ke proses, sampailah masuk ke dalam canister, semuanya dijamin organik.

Biji Soya ESP pula dikawal di bawah Identity Preservation Program (IPP).. maknanya ada pihak ketiga yang check & audit utk pastikan betul2 kacang soya utk buat ESP ni tidak guna benih GMO, dan setiap proses iaitu :

> dituai,
>dikilangkan,
>diedarkan.

akan disahkan oleh IPP nih.

IPP ni independent body tau, bukan Shaklee punya. jadi takdelah kes tipu2 ke sebab orang lain yg buat kerja. Tak de syok2 sendiri...

Dan atu benda yang kita kena tengok bila nak consume produk protein ni ialah dia punya PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) tertinggi iaitu 1.0.

PDCAAS ni adalah cara utk menilai kualiti protin & kemampuan utk dicerna oleh tubuh manusia. The best skor la ESP ni of course kan.

ESP ni kan sebenarnya sedap minum macam tu je, takyah campur2. Dulu bau dia lain.. bucuk cikit.. kena campur baru boleh minum. Tapi tau kan Shaklee ni sentiasa perbaharui produk2 dia. Sekarang ni ESP wangi & minum gitu jer pun dah sedap! 


Ehh korang semua dah minum ESP ke belum?
Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 

Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsaltansi secara percuma:-  
 

SMS/whatapps: 013-4505852(Soffiah)

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook:Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

Saturday, November 5, 2016

Cinta Ku Tak Pernah Berubah Kepada SOYA



Saya ngan adik yang no.2 kami memang sangat rapat. Zaman kecik2 kami sungguh berwarna warni bukan sahaja dalam bab bermain malah dalam semua perkara kami banyak lakukan bersama. Bila di ingat balik memang melucukan, dan kesan yang kekal hingga kini ialah keadaan ibu jari saya hihihi, akibat terkena renjatan elektrik...hahaha...awatlah aku ni nakal sangat kecik2 dulu. Tak dikira parut disimbah air panas dan bermalam sebulan di hospital, sabor jerlah bonda ngan ayah ngan saya ni.

Saya dan adik peminat air soya sejak dari kecil2 lagi.Kalo pi pasar malam jer, memang air soya lah yang jadi pilihan hati. Sampaikan satu ketika saya dan adik buat air soya sendiri kat umah. Lagi best tau sebab rasa dan baunya mengikut selera kita kan. Aroma daun pandan yang dimasukan utk hilangkan bau soya tu, makin2 buat saya boleh meroyan punyer lah harum dan menaikkan nafsu nak minum hihihi.

Itu dulu, tapi sekarang ni kalo ditanya kepada saya adakah saya masih sukakan air soya?

Jawapan saya tak pernah berubah, setia sungguh saya ni bertuah somi den kawin ngan den ni...hahaha. Yer saya sangat sukakan air soya Cuma apa yang berubahnya pemilihan soya yang saya ambil sekarang bukan macam dulu lagi.

Kenapa, apa yang berbeza sangat tu?

Bila saya mengetahui tentang istilah GMO dan Non GMO ni, segala2nya berubah tentang air soya. Malah air soya dan Protein soya juga membawa makna yang jauh berbeza, dari segi NUTRISI nya.

Anda tau tak apa beza GMO dan NO-GMO ni. Suka saya nak kongsikan ilmu baru ni yang mungkin ramai yang belum tahu tapi penting untuk kesihatan kita terutama bagi mereka yang ada keturunan KANSER ni.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud haiwan mahupun tumbuhan yang kandungan genetiknya sudah diubah oleh manusia.

Tau tak boleh dikatakan semua makanan yang kita ambil termasuk benih kacang soya pada hari ini adalah GMO,bermaksud ia bukan sesuatu yang natural. So, kalau kita ambik product yang tak natural, walau pun ditanam secara organik (kalau tak organik apatah lagi kan) kebaikannya takkan sama dengan yang kita makan produk yang Allah sediakan benihnya. Keburukannya juga mungkin tak dapat dijangka. Jadi bila makan tu kena lah berpada2.

Dah tau ada kesan buruk kenapa mesti buat produk GMO?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.

Boleh dikatakan semua produk soya yang kita ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Faham ke idak ni Non GMO dan GMO ni, tak faham ulang baca satu kali lagi k...ahaks!!!

Apa pulak beza air soya dan protein soya...huhuhu...jenuh hangpa penat nak baca kalo nak ceqita lagi...kita sambung edisi lain pulak noo.

Pendek citernya saya sukakan protein soya non GMO. Dan produk yang ada semua tu hanyalah dalam ESP Shaklee. Sapa yang suka suka minum air soya boleh iku jejak langkah saya noo. Yang pasti, rasanya bukan jer sodap, tapi nutrisi 9 asid amino perlu yang tak dapek dihasilkan dalam badan kita ada dalam ESP Shaklee ni.

Yang paling best tetiba kulit saya yang berparut sana sini akibat kenakalan di masa kecil berubah menjadi lebih Cun....perasan sekejap...tapi kesan renjatan elektrik dijari tak dapek diubah melainkan melalui plastic surgical...hihihi.


Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsaltansi secara percuma:-  
 

SMS/whatapps: 013-4505852(Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook:Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing
Share:

Friday, September 16, 2016

Pesakit Kanser DiLarang Minum Air Soya. Betul Ke?

TASK 82: Kenape korang yakin ESP bukan soya seperti yg digembar gembur


Saya ada kanser jadi saya tak blh mkn apa2 jer yg bersumberkan soya terutama ESP

S:Adakah kacang soya penyebab kanser?

J: Soya yang telah dimasak lama mengandungi sebatian-sebatian bersifat karsinogenik. Satu proses yang dinamakan TVP (textured vegetable protein) adalah proses penyebab kanser di mana ia berlaku apabila soya diproses dan perlu melalui laluan salur bersuhu tinggi dan bertekanan tinggi. TVP ini yang lazimnya digunakan di dalam burger soya dan sosej soya. Ia perlu dielakkan

S: Bagaimana dengan kacang soya panggang?

J: Kacang soya kaya dengan lemak tumbuhan. Jika kacang soya dipanggang dan dimakan seperti kekacang, haba daripada proses memanggang akan mengubah lemak ini menjadi asid lemak trans yang kita ketahui adalah lemak yang menyebabkan kanser dan masalah jantung. Sekiranya kacang soya panggang ini disimpan lama,minyak di dalamnya akan berubah menjadi bersifat lebih karsinogenik. ELAKKAN makan kacang soya panggang.

Kenapa ESP boleh?

  1. Soya Shaklee ditanam secara organic 
  2. Soya Shaklee telah disahkan sebagai soya non-GMO
  3. Soya ESP mengandugi 9 asid amino  
  4. Soya Shaklee dia cuci dgn air  
  5. Soya Shaklee mengandugi kalsium yang ditambah untuk seimbangkan pH  
  6. Proses dengan Cold extraction  
  7. Soya Shaklee adalah soya mentah

Sebab tu saya dan semua wanita2 ni memilih soya ESP terbukti selamat dan berkesan



Pengedar Shaklee Sungai Petani
Soffiah Shariff 
013-4505852
 

Testimoni ESP
































 
Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan produk dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsaltansi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852(Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
Facebook:Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Share:

Saturday, September 10, 2016

Task 1: Produk Kegemaran Saya

Task1 Tema: Selfie dengan Produk Kegemaran

pengedar Shaklee Sungai Petani

Kak wardah:
ummi..ummi pasaipa ummi nak ambik gambaq dgn yg ni...sambil tunjuk pada balang ESP.

Ummi:
Ummi kena buat homework ni, cikgu ummi suh buat kalo tak ambik gambaq cikgu maqah satgi.

Kak Wardah:
Bestnya homework ummi, boleh ambik gambaq banyak2. Wardah nak ambik gambaq jgk blh dak ummi?

Wafa: 

Adik pun nak ambik gambaq jugak...mulut penuh roti.

Produk paling saya, suami dan anak2 suka..Isolate Soya ESP...nonGMO tau...indeks Glisemik pun rendah, n protein bebas kolestrol k

Pengedar Shaklee Sungai Petani Kedah
Soffiah Shariff
013-4505852

#tsunamishaklee

#tsteam3

Kelebihan ESP Yang Buat Semua Orang Suka.

  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : 

ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant : 

ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : 

ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : 

ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : 

ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : 

ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : 

ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : 

ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Lapar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsaltansi secara percuma:-  
 
SMS/whatapps: 013-4505852(Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook:Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Share:

Wednesday, December 9, 2015

BAGAIMANA OTAK KITA BERFUNGSI


Tentu anda pernah anda tengok iklan susu Anmum? Alaaah yang pasal "lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku" tu. Sel-sel otak kita berhubung macamana, nak tau tak?

Sel-sel otak kita ni dia tak bersambung direct, antara sel-sel otak (dipanggil neuron) ada satu ruang namanya synapse. Di synapse ni lah berlakunya pemindahan neurotransmitter dari satu neuron ke neuron yang lain.
Macamana kalau neurotransmitter ni tak boleh nak lepasi synapse tu ke neuron-neuron lain? Maka ia jadilah macam talian telefon atau internet terganggu. Haaa... kalau kita tengah bercakap di telefon tiba-tiba ada gangguan, sampai tak mesej kita kat orang sana? Tak kan? Dengar pun suara robot jer.

Macam tu lah bila ada gangguan terhadap aliran neurotransmitter kita. Bila sel otak tak berhubung, kita pun start lah jadi tak berapa betul.

Macamana nak pastikan aliran neurotransmitter kita lancar?
Mula-mula sekali kena istiqomah buat AMALAN ROHANI. kenapa? scientifically memanglah sistem badan kita ni berjalan sendiri tapi spritually, ada 'sesuatu' yg menjaga setiap milimiter badan kita. Ia adalah malaikat2 yg menjaga setiap degup jantung & aliran darah kita... nak taknak, kena buat amalan rohani barulah kita benar2 sihat.

Lepas tu, mesti bekalkan otak kita dengan nutrien! Makan bukan untuk perut jer tau tapi juga untuk otak! bukan makan Omega Guard jer kalau nak jaga otak tau. Antara Supplement penting yang perlu untuk menjaga kesihatan otak adalah:

1) Protein (ESP)
Protein membina neuron & neurotrnsmitter. ESP juga ada asid amino yg menjaga neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.

2) Vita-C 
Menjaga sel otak dari rosak. hehe. kalau otak rosak, ape nak jadi ni.

3) B Complex 
Menjaga kesihatan neurotransmitter

4) Lechitin
Mengandungi phosphatidylcholine yakni precursor utk neurotransmitter. dia bantu perpindahan neurotrasmitter ni dgn lebih mantap!

5) Omega Guard
Mengurangkan risiko otak mengecut. hehe, otak boleh kecut tau.

6) Performance Drink
Melancarkan lompatan neurotransmitter

Bila dah rasa otak macam weng2 sikit, cepat-cepat ambik produk-produk di atas (kalau belum), kalau dah,, boleh tambah dos. Mungkin kurang dos tu. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Thursday, November 5, 2015

Tips Untuk Suri Rumah Atasi Keletihan.

Rutin seorang surirumah seperti saya, seawal 5.00 pagi saya dah bangun untuk menguruskan persiapan anak-anak dan suami kesekolah seperti menyediakan kelengkapan pakaian, menyediakan sarapan pagi dan bekal untuk anak.

Selepas siap tugasan tu, task seterusnya kat laundary. Syukur ada "anak dara" Jepun sorang yang membantu meringankan beban saya untuk membasuh segala pakaian kotor. Thanks "Miss Panasonic".

Macam mana pula dengan rutin harian anda, para ibu-ibu yang gojes? Mengapa gojes? Kerana anda adalah ibu-ibu pilihan yang diberikan kekuatan untuk menguruskan rumah di samping bekerja dari rumah macam saya, yang tak semua orang mampu melakukannya! Jadi, bagaimana nak mengatasi keletihan melampau menguruskan rumahtangga buat ibu yang bekerja dari rumah?
 

Tips Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga dan bekerja dari rumah:

1. Pastikan anda susun jadual waktu supaya tersusun perjalanan harian anda 
Perjalanan hari kita sebenarnya boleh diuruskan dengan baik dengan cara menyediakan jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat mengoptimakan pengurusan masa supaya semuanya seimbang antara keluarga dan kerja masing-masing. Eh, daripada kita tak ada jadual waktu, kejap teringat nak sapu sampah, pastu teringat nak layan pelanggan, nak update rekod, tiba-tiba teringat belum masak, kan kucar kacir hidup dan memenatkan? 

2. Berikan anak-anak aktiviti yang boleh mereka buat semasa anda bekerja di tepi anda. 
Sediakan aktiviti untuk anak-anak semasa anda buat kerja sendiri supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan ini akan membantu anda fokus dalam bekerja dan tidak memenatkan badan sendiri.

3. Dapatkan tidur yang berkualiti setiap malam. 
Untuk dapatkan tidur malam yang lena, bersihkan diri sebelum tidur, sebaik-baiknya mandi dengan air panas, tapi jangan terlalu lama mandi malam ya, dan makanlah 4 biji ostematrix yang mengandungi potassium, magnesium dan Vitamin D yang membantu kita tidur lena. (Jangan lupa kunci jam pula ya!) :)

4. Jangan lupa detoks diri
Detoks adalah satu proses pembuangan toksin dari dalam badan yang sangat penting. Jika terlalu banyak toksin di dalam badan, anda akan selalu letih dan kelesuan. Detoks yang cepat dan selamat boleh dilakukan dengan mengambil :
  1. Alfalfa: Detoks lembut yang bagus diambil oleh wanita setiap hari (psstt...ia juag baik untuk keintiman miss V anda )
  2. Herblax : Detoks pada bahagian usus yang membantu melawaskan pembuangan air besar
  3. DTX Complex : Detoks hati yang akan membuang segala toksin-toksin yang masuk ke dalam badan melalui mulut (makan) ataupun hidu (asap pencemaran dan sebagainya)
Bila anda cukup detoks, anda akan lebih bertenaga untuk menjalani kegiatan harian setiap hari! 

5. Supplement pagi 
Kebiasannya sebelum saya menyiapkan sarapan untuk anak-anak dan suami tentu sekali terlebih dahulu saya akan minum ESP soy protein. Protein yang mencukupi di dalam badan, membantu badan untuk lebih bertenaga. 

Saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP kerana kandungan protein yang cukup dengan asid amino yang diperlukan dalam badan mempengaruhi tenaga anda untuk bekerja dengan bertenaga di rumah :)

Bukan itu sahaja anda juga boleh menurunkan berat badan dengan hanya ambil ESP kerana ia memberikan kesan kenyang yang lama. Bonus lain anda mendapat kulit yang cantik dan anjal.
 
Sebagai seorang surirumah saya amat memahami apa yang anda lalui dan masalah-masalah ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Dengan kain yang menimbun belum berbasuh, atau sudah berbasuh belum berlipat, rumah berselerak kerana anak-anak setiap masa beraktiviti, keperluan untuk memasak paling kurang 2 kali sehari, belum kira anak nak makan secara tiba-tiba, anda wajib memastikan diri anda kekal bertenaga dan keletihan melampau harus dihapuskan secepat yang mungkin!
 
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Sunday, October 25, 2015

Kenapa Perlu Pakai Inner Anti Tembam?

gambar ini sekadar hiasan
Pernah anda dengar inner anti tembam? Sekarang ni sudah menjadi satu trend bagi wanita bertudung memakai inner anti temban. Selain dapat menutup aurat ia juga dapat menutup ketembaman muka anda. Hebatkan bila pakai inner ni, pipi anda yang babam tu tetiba jadi bujur sirih bak pauh dilayang. Jadi nak berselfie pun rasa konpiden gitu.

Tapi mampu ke anda nak menyembunyikan size badan anda yang babam jugak tu??? Jadi anda hanya menipu diri sendiri jer kan. Kalo rakan-rakan anda ajak buat reunion agaknya anda nak bagi alasan apa yer tak dapat pergi dek rasa segan silu kat gambar dalam Fb nampak lain tapi kat luar nampak tersangat lain.

Jadi untuk mengembalikan keyakinan anda tu apakata anda mengambil set slimming Shaklee. Dah ramai yang berjaya menurunkan berat badan mereka. Pasni tak perlu lagi pakai inner anti tembam lagi.










Nak tahu tak apa akak2 ni ambil untuk dapat kurus tip top macam ni. Tentulah mereka memilih produk kurus Shaklee. Shaklee mengamalkan 3 peringkat untuk kurus iaitu:

1) Membakar
Pemecahan lemak dan kolestrol. Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard.  Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak
2) Mendetox atau membuang 
Membuang lemak dan toksin dalam badan. Proses mendetox dan membuang adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax.. Herb-Lax tidak sesuai untuk ibu yang menyusu kerana ia akan menyebabkan bayi cirit-birit.
3) Membina
Untuk membina otot dan mengelakkan dari kulit menggeleber. Proses membina otot dengan protein. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.

Untuk protein yang terbaik, disyorkan kawan-kawan mengambil Cinch Shake Mix tetapi bagi ibu yang menyusu  disyorkan mengambil ESP / Mealshakes..(ESP juga membantu dalam membanyakkan susu badan).
Kenapa mesti mengambil protein?
Ini kerana apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

Anda mesti tertanya-tanya mengapa mesti begitu banyak yang perlu diambil dalam set kurus Shaklee.
Ini adalah kerana Set Shaklee tidak seperti Set Kurus jenama lain yang memberikan kesan dengan cepat dan tidak kekal. Selain itu, set lain memerlukan anda untuk berpantang. Mesti anda tidak mahu seperti itu. Tapi ini bukan bermakna anda tidak perlu pantang jika mengambil Set Shaklee. Cuma anda perlu mengurangkan LEMAK dan perlulah juga bersenam dan MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER supaya proses pengurusan berjalan dengan lebih berkesan.

Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
 
Shaklee ID: 1027990 Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Sunday, September 20, 2015

Definisi GMO dan Bahayakah Ia?

Pernahkah anda melihat label “non-gmo” atau mendengar istilah GMO's? Jika anda tidak pernah melihat label ini biar saya tunjukan kepada anda.

Bagi saya dan mereka yang mengamalkan pemakanan kesihatan makanan tambahan SHAKLEE pasti pernah mendengarnya. 

Apa itu GMO? 
GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki. 

Apakah Tujuan Teknologi GMO's? 
Tujuannya adalah supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan makanan ini baik, kukuh, kuat dan tahan rintangan penyakit juga untuk mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti. 

Bagaimana Sains Kejuruteraan Makanan ini Berfungsi?

Pengubahsuaian organisma secara genetik ini adalah satu kaedah yang mana mengambil atau mengeluarkan satu atau lebih gen dari organisma hidup yang lain dan digabungkan ke pada gen DNA organisma yang ingin diubahsuai. 

Contohnya, Ahli sains dari Mosanto melalui kejuruteraan genetik memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Thuringiensis atau singkatannya Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai, maka terbentuklah satu variasi gen jagung yang baharu kuat dan tahan serangan penyakit. 
Apabila pokok ini ditanam di ladang atau kebun. Gen Bt sebagai satu novel protein dengan cepat bertindak membunuh serangga yang memakan buah jagung tersebut dengan membebaskan kimia racun sendiri pada dirinya. Dengan itu, pokok jagung sihat tanpa gangguan makhluk perosak. Bukan itu sahaja, serangga pendebunga seperti lebah juga terkesan sama.

Satu masalah besar mengenai pengubahsuaian genetik ini adalah dalam proses memasukkan gen ke dalam DNA tanaman secara rawak, para saintis tidak mengetahui ke mana gen-gen itu pergi atau tidak diketahui jejaknya. Ini boleh menjejaskan fungsi kepada gen yang lain dan mencipta novel protein yang tidak wujud sebelum ini dalam tanaman. Ia juga menghasilkan toksik penyebab alergik dalam makanan.

Kita juga sangat mustahil mengetahui apakah item-item atau bahan-bahan yang digabungkan ke dalam gen tumbuhan yang ingin diubahsuai. Tidak ada spesifikasi jelas yang boleh dijadikan ukuran tentang penggabungan gen-gen yang berbeza ini.  

Apakah Tumbuhan atau Tanaman Yang Sering Diwujudkan Melalui GMO's?
Antara tanaman yang diwujudkan melalui kejuruteraan genetik ini ialah:
  • Kacang soya
  • Jagung manis
  • Alfalfa
  • Canola 
  • Kapas
  • tomato
  • squash
  • Kentang
  • pokok padi (Filipina)
  • Terung
  • Dan sebagainya 
Apakah Kesan produk GMO ini?
Berdasarkan kajian, sifat produk GMO yang tidak stabil dan melanggar fitrah berpotensi mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang. 
  • Meningkatkan risiko kanser dengan meningkatkan potensi pertumbuhan sel pra-kanser
  • Sistem imun yang rendah
  • Otak, hati dan organ reproduksi yang lebih kecil
  • Sel nukleus yang tidak normal
  • Kadar kematian yang lebih tinggi
  • Pencemaran herbisid yang lebih tinggi kerana kebanyakan tanaman GMO lebih tahan kepada racun serangga, oleh itu lebih banyak racun perosak yang digunakan. Kadar penggunaan racun serangga yang lebih tinggi mencemarkan persekitaran
  • Meningkatkan kes alahan, autism, masalah penghadaman kerana sebahagian produk ini boleh berada di dalam tubuh kita sepanjang hayat dan mengakibatkan kesan buruk dalam jangkamasa panjang.
Kanak-kanak paling terdedah kepada bahaya jika mereka mengambil produk GMO kerana:
  • Tubuh mereka yang muda dan cepat membesar
  • Mereka paling mudah menghadapi masalah dengan susu
  • Mereka paling mudah terdedah kepada masalah nutrisi 
  • Mereka paling mudah terdedah kepada bahaya akibat rintangan antibiotik
Tiada kajian jangkamasa panjang terhadap manusia dilakukan, kerana adanya kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang tamak untuk mengaut  keuntungan. Paling menakutkan, kesan terhadap manusia jika telah berlaku tidak dapat ditarik balik kerana ianya telah ada dalam tubuh manusia.

Percaya atau tidak terlalu banyak makanan di pasaran yang GMO. Produk GMO berleluasa di pasaraya sehingga kita sendiri sudah lali dengannya. Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa kuasa membeli di tangan kita, Jika permintaan terhadap produk GMO adalah rendah, kita boleh elakkan produk ini daripada berleluasa di pasaraya kita. Secara tidak langsung, jika kita membeli produk organik atau non-GMO, kita dapat membantu mereka meningkatkan produksi, mengurangkan kos operasi dan seterusnya mengurangkan harga makanan organik. 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Monday, August 10, 2015

Dah Ramping Kenapa Masih Tetap Ambil Set Kurus???

Dibandingkan dulu memang Saya ternyata berbeza. Apa yang beza sgt tu?
Saya berjaya menurunkan berat bdn hampir 20kg selepas melahirkan anak ke4 dalam tempoh berpantang.

Ada yang tanya saya lepas dah kurus masih ambil set kurus shaklee tu lagi ke?
Jawapan saya yer. Jadi mereka hairan kenapa nak ambil lagi kan dah kurus membazir jer...nanti jadi makin kurus macam mana...tak bahaya ke? Soalan bertalu2 ditanya so kat sini saya nak bagi jawapan nyer.

Matlamat nak kurus dah capai alhamdulillah, tapi pada masa yang sama set tu bukan utk kurus sahaja tapi ada kebaikan lain yg luar biasa utk kaum hawa terutama yang dah beranak 4 macam saya ni.

Tahukah anda Alfalfa mempunyai kebaikan seperti Kacip Fatimah? 

Inilah rahsia kecantikan dalaman untuk Keintiman Wanita. Mesti macam tak percaya kan wahai para isteri sekalian. Kali pertama saya ambil Alfalfa dengan hanya satu tujuan " Milk booster". Alhamdulillah susu badan memang banyak Allah limpahkan untuk kedua-dua anak saya. Walau pun susu dah banyak badan dah kurus saya tak serik2 teruskan pengambilan Alfalfa. Dan akhirnya blh terasa perbezaan bila bersama suami tercinta. 
Bila tanya dekat kawan2 senior memang mereka mengakui dan tak menafikan tentang ni. AISHHH, kalau dibincangkan rasa blushing pulak baca time tu.

Antara Manfaat luar biasa Alfalfa adalah :
  • merawat keputihan yang di alamai oleh para wanita. Keputihan yang teruk boleh menjejaskan kebersihan kawasan miss'V' wanita dan lagi teruk andai keputihan tu mengeluarkan bau.
  •  merapatkan serta mengetatkan lagi miss 'V'. Rata-rata testimoni menyatakan kehebatan sebegitu. Si suami akan memuji-mujilaa si isteri ni sebab rasa kehangatan seperti malam pertama dulu. Alfalfa mengetatkan lagi tisu-tisu miss 'V' isteri dan kuasa grip akan jadi lebih power.
  • bagi yang mempunyai masalah bau badan Alfalfa sgt membantu dengan bertindak sbg detoksifikasi dan melawaskan usus anda.
Alfalfa dinobatkan sebagai raja herba. Apatah lagi Alfalfa Shaklee adalah dipilih dari sumber yang paling sempurna dan melalui pemprosesan yang tidak menjejaskan kualitinya. Semua khasiat ada dalam tu. Ia bukan sahaja untuk perapat wanita sahaja. 1001 kebaikan Alfalfa dapat diperolehi jika diamalkan secara konsisten.

Ini bukan omongan kosong nak jual barang....tapi ini sekadar perkongsian yang telah saya perolehi manfaatnya dan rasa teruja untuk dikongsikan kebaikan Alfalfa untuk kita kaum hawa khasnya dan kaum adam amnya.

Tahukah Anda supplement apa lagi  yang terdapat dalam Set Kurus yang saya ambil ni selain Alfalfa?

Lecithin


Jom kita bako jer..bako. ni ayat dalam drama "Hantu Kak Limah" Kalo anda nak tahu saya ambik lecithin untuk bakar lemak. Ditambah dengan penyusuan susu badan kalori yang dibakar berlipat kali ganda. Manfaat lain yang saya dapat dengan pengambilan lecithin ni adalah:
  • Sangat terkenal dalam membantu menurunkan berat badan. Pengambilan supplement lecithin dalam kuantiti yang banyak iaitu maksimum 6 biji sehari dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang. Lecitin juga mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian 
  • melembabkan dan menghaluskan kulit, menjadikan kulit lebih cantik dan gebu, mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan. Juga bagus untuk mencegah eczema
  • bertindak mengelmulsi kolestrol berlebihan yang menjadi punca kepada 90% kes batu karang dan dapat menyekat kejadian batu karang.
  • Kolina yang terdapat dalam soya lecithin membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang penyakit nyanyuk dan juga meringankan stress.
ESP 
 

Bila minum ESP ni perut jadi cepat kenyang...kenyang berpanjangan pulak tu. Tapi tujuan saya ambik ESP bukan untuk kurus tapi untuk memekatkan susu badan.
Pengambilan protein ESP ini bagus juga untuk membina otot dan mengelakkan dari kulit menggeleber. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.
Side effect lain memang sangat bombastik terutama untuk kulit....apa yang penting kena konsisten k.

Disamping itu sebagai tambahan untuk para isteri dijadikan amalan utk kekal muda jelita dari pandangan suami boleh amalkan petua ini.

Doa dibawah ini pula boleh dibaca sesudah solat mohon Allah pemilik yang memiliki dan memegang segala hati agar menjaga hati suami kita utk sentiasa sayangkan kita
.
 
 
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels