Showing posts with label gangrene kering. Show all posts
Showing posts with label gangrene kering. Show all posts

Monday, July 24, 2017

Bahaya Gangrene, Elak Dari Anggota Badan Anda Di Potong






Gangren (sebutan geng-rin) terjadi apabila bekalan darah ke sel atau organ tertentu terputus. Keadaan ini menyebabkan sel atau organ tersebut kekurangan oksigen yang amat sangat hingga menyebabkan kematian organ-organ terbabit. Tisu atau sel-sel yang pada awalnya berwarna kemerah-merahan akan bertukar kebiruan dan akhirnya menjadi kehitaman, sekali gus menghilangkan fungsinya.

Terdapat beberapa jenis gangrene dan ia memerlukan rawatan segera!

Punca Gangrene

a. Penyakit arteri periferal

Penyakit ini masih merupakan punca utama gangren. Ia selalu terjadi pada kaki. Antara faktor risiko penyakit yang telah lama dikenal pasti ialah kencing manis, merokok, kandungan kolesterol tinggi, hipertensi dan penyakit jantung koronari.

b. Darah beku

Penyumbatan secara tiba-tiba selepas serangan jantung. Darah beku yang masuk ke jantung boleh mengakibatkan berlakunya penyumbatan dalam aliran darah. Darah beku pada vena dalam yang selalu terjadi pada kaki (deep vein thrombosis) juga boleh menyebabkan gangren pada anggota tersebut.

c. Kecederaan

Bekalan darah mungkin terputus secara tiba-tiba akibat kemalangan atau akibat suntikan pada pembuluh darah. Tindak balas suntikan ini boleh mengakibatkan penyempitan pada pembuluh darah.
Saluran darah yang mengecut keterlaluan ini mengakibatkan tisu atau sel-sel tubuh tidak mendapat bekalan darah mencukupi.

d. Frosbite 

Gangren terjadi pada keadaan yang terlalu sejuk. Gangren jenis ini biasanya tidak merebak ke anggota lain.

Terdapat 2 jenis gangrene:

Gangrene kering:

Biasanya terjadi pada kaki dan tangan penghidap kencing manis dan penyakit auto-imun. Kaki atau tangan yang terlibat bertukar menjadi hitam dan mereput.

Gangrene basah

Biasanya melibatkan jangkitan. Kecederaan akibat terbakar atau trauma di mana bahagian tubuh hancur atau penyet boleh menyebabkan terputusnya bekalan darah ditempat yang terlibat secara serta-merta; tisu akan mati dan meningkatkan risiko jangkitan. Gangrene jenis ini sangat mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain jika tidak dirawat dengan segera.

Tangan atau kaki adalah antara anggota badan yang biasa terkena gangrene

Jenis gangrene basah termasuklah:

Gangrene dalaman

Jika gangrene berlaku pada bahagian dalaman tubuh akibat aliran darah ke organ dalaman terhalang. Ini biasanya berkaitan dengan organ seperti apendiks atau colon.

Gangrene gas

Gangrene gas jarang berlaku tapi ia sangat bahaya. Ia berlaku apabila terdapat jangkitan terjadi jauh dalam tubuh seperti di dalam otot atau organ, biasanya akibat trauma.

Fournier’s gangrene

Gangrene yang jarang berlaku. Fournier’s berpunca daripada jangkitan pada bahagian sulit. Golongan lelaki lebih tinggi risiko berbanding wanita. Jika jangkitan ini masuk ke salur darah, ia boleh mengancam nyawa.

Gejala Gangrene

Anda mungkin dapat melihat tanda-tanda berikut di tapak gangrene kering:
  • Kulit kering yang mengubah warna dari biru ke hitam
  • Kulit sejuk dan rasa sakit
  • Sakit
Gejala-gejala gangren basah mungkin termasuk:
  • Bengkak dan sakit di tapak jangkitan
  • Warna kulit bertukar daripada merah ke coklat ke hitam
  • Lepuh atau luka yang menghasilkan rembesan yang busuk (nanah)
  • Demam dan berasa kurang sihat
  • Bunyi bising yang datang dari kawasan yang terjejas apabila ditekan
Gangrene dalaman biasanya menyakitkan di bahagian yang terlibat. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai gangrene pada apendiks atau kolon akan dijangkiti dengan sakit perut yang teruk di sekitar gangrene tersebut.

Rawatan Gangrene

Rawatan untuk gangrene melibatkan penghapusan tisu yang mati, merawat dan mencegah penyebaran jangkitan, dan merawat keadaan yang menyebabkan gangrene berkembang. Semakin cepat anda menerima rawatan, semakin tinggi peluang anda untuk pulih. Bergantung pada jenis gangrene, rawatan mungkin termasuk:

1. Pembedahan

Juga dipanggil debridement, dimana tisu mati dibuang secara surgikal untuk mencegah penyebaran jangkitan. Dalam sesetengah keadaan, amputasi (penyingkiran anggota badan yang terjejas, jari atau kaki) mungkin diperlukan.

2. Terapi ulat

Percaya atau tidak, ulat masih memainkan peranan dalam perubatan moden. Maggots menyediakan cara bukan pembedahan untuk membuang tisu mati. Apabila digunakan untuk merawat gangrene, ulat-ulat dari larva lalat (khusus dibiakkan di makmal supaya mereka steril) diletakkan pada luka, di mana mereka memakan tisu mati dan dijangkiti tanpa merosakkan tisu yang sihat. Mereka juga membantu melawan jangkitan dan mempercepat penyembuhan dengan melepaskan bahan yang membunuh bakteria.

3. Antibiotik

Antibiotik digunakan untuk merawat dan mencegah jangkitan. Ini biasanya diberikan oleh suntikan intravena ke dalam urat.

4. Terapi oksigen

Terapi oksigen hiperbarik boleh digunakan dalam sesetengah kes gangrene basah atau ulser yang berkaitan dengan kencing manis atau penyakit arteri periferal. Semasa rawatan, pesakit dimasukkan ke dalam ruang yang direka khas yang dipenuhi dengan oksigen pada tekanan yang lebih tinggi daripada oksigen yang terdapat di udara luar.

Teori ini ialah tahap oksigen yang tinggi ini menembusi darah dan menggalakkan penyembuhan jaringan mati. Terapi oksigen juga boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria yang tidak dapat berkembang dalam persekitaran kaya oksigen.

Gangrene Pulih Dengan Nutrisi Semulajadi

Disamping rawatan hospital seperti di atas, nutrisi pemakanan tambahan juga insya Allah mampu membantu anda memulihkan kulit yang terjejas dan hampir mati.

Vivix  yang kaya dengan resveratrol dan polifenols sangat sesuai diambil oleh pesakit yang mengalami masalah gangrene. Ia berfungsi dengan cara membantu tubuh menghasilkan tisu-tisu baru yang jauh lebih sihat bagi menggantikan tisu-tisu yang telah mati. Ia juga membantu memulihkan saraf-saraf yang terjejas dan rosak.

Kesan selepas konsisten dengan mengambil vivix setiap hari, kawasan hitam pada kaki atau bahagian anggota badan lain yang terjejas akan kembali pulih. Lebih menarik lagi, anggota yang terjejas akan dapat berfungsi seperti biasa dan luka pada kawasan terbabit akan lebih cepat kering dan tertutup, insya Allah.




Testimoni Pengguna VIVIX SHAKLEE Yang Menghidapi Gangrene

Mrs. Letchumy, seorang penghidap kencing manis.  Gangrene kencing manis pada kakinya membuatkan beliau hilang dua jari kakinya. Selepas menjalani amputasi jari kaki, luka tidak sembuh-sembuh. Sejak itu beliau mula mengambil Vivix dan Zinc, lukanya kembali sembuh perlahan-lahan.

Jika anda perhatikan gambar, isi kaki yang baru telah tumbuh semula seawal 2 minggu pengambilan vivix. Luka semakin sembuh dan gangrene pada jari kaki juga semakin pulih. Vivix telah berjaya menstabilkan kandungan gula dalam darah, aliran darah semakin baik, dan sel-sel baru yang lebih sihat telah berjaya dihasilkan bagi melawan gangrene.
Nota penting: tempoh penyembuhan adalah berbeza bagi setiap individu

Walapun Vivix ni bukanlah ubat dan tak menggantikan ubat hospital dalam rawatan gangrene. Tetapi, dengan sokongan antioksidan terbaik seperti Vivix akan dapat membantu menyokong kesihatan secara menyeluruh.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

Thursday, October 6, 2016

Kencing Manis Sampai Potong Kaki Akibat Gangrene


Sejujurnya,saya sangat susah nak bercerita tentang penyakit kencing manis. Sebab setiap kali saya membicarakannya, pasti saya akan terbayangkan saat-saat akhir ketika menjaga arwah mak saya yang menderita akibat penyakit ini. Selama lebih dari 10 tahun arwah mak berpegang kepada insulin dan ubat kencing manis sehinggalah kemuncaknya pada 9 April 2012, bacaan gulanya terlampau tinggi (sehingga tak dapat dibaca!) dan akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri. Suratan atau kebetulan, arwah mak dan abah pada masa itu memang sedang berada di rumah saya dan dari rumah saya inilah arwah mak dikejarkan ke Hospital Ampang dengan ambulans.

Di hospital, para doktor melakukan usaha dengan sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan arwah mak. Nadi mak tersangat lemah. Tekanan darahnya terlampau rendah. Selama 3 hari mak tidak sedarkan diri dan
selama lebih kurang seminggu arwah mak tinggal di wad ICU. Doktor terpaksa memberikan ubat yang paling kuat bagi menaikkan tekanan darahnya – agar darah dapat dipam ke seluruh anggota badan. Tapi, ia bukan satu kerja yang mudah.

Darah seorang pesakit diabetes adalah sangat likat akibat kandungan gula yang sangat tinggi. Salur darahnya sempit kerana terdapat rintangan insulin yang menyebabkan glukosa tidak dapat diangkut ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga. Dan disebabkan oleh salur darah yang sempit, maka adalah amat sukar bagi jantung melakukan tugas mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrisi yang secukupnya sehingga ke hujung anggota badan seperti di jari-jari kaki dan tangan.

Apabila oksigen dan nutrisi tidak sampai ke kawasan tersebut, lama-kelamaan sel-sel dan tisu-tisu di situ pun mati. Itulah yang terjadi kepada arwah mak. Apa yang berlaku terlalu cepat. Dalam masa kurang 24 jam, saya menyaksikan sendiri bagaimana jari-jemari tangan yang sentiasa membelai saya menjadi hitam… begitu juga dengan jari jemari kakinya.

"Ini bukan tangan arwah mak saya - tapi macam nilah tangannya selepas diberi ubat untuk naikkan tekanan darah"
Tapi, Alhamdulillah… pada hari keempat di hospital, arwah mak mula sedarkan diri. Jari jemari yang hitam semakin kering dan mula mereput. Itulah yang doktor kenalkan sebagai ‘dry gangrene’ ataupun gangrene kering. Tapiii.. cerah yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dua minggu selepas mak sedarkan diri, gangrene di sebelah kaki kiri arwah mak terkena jangkitan dan ia semakin merebak ke atas. Jadi, mahu tidak mahu sebahagian dari tapak kaki mak terpaksa dipotong!

Kaki kiri arwah mak juga dipotong lebih kurang saiz ini
Potong kaki akibat kencing manis?? Tak pernah sekalipun dalam fikiran kami adik beradik, mak akan terpaksa melalui proses itu! Tapi, siapalah kami nak menolak ketentuan Ilahi. Arwah mak sendiri redha maka kami semua harus kuat demi insan yang sangat kami cintai.

Selama sebulan arwah di bawah penjagaan hospital sebelum kami memutuskan untuk membawanya pulang ke rumah saya dan menjaganya sendiri. Setiap pagi sebelum subuh, saya bangun mencuci luka kakinya, luka bed sore nya, membersihkannya, memasak lauk untuknya sebelum dia ditinggalkan bersama abah sementara saya pergi kerja. Di hujung minggu, giliran adik-beradik yang lain pula. Semuanya di rumah saya, di depan mata saya sendiri.

Jadi, saya sangat-sangat memahami kalau ada sesiapa yang berada di situasi ini. Kerisauan menjaga ibu yang selama ini menjaga kita. Ibu yang selama ini kita nampak sentiasa ceria dan bertenaga, menyembunyikan segala masalah dan duka, tiba-tiba terlantar tidak berdaya.

Bagi membantu mempercepatkan proses pemulihannya, saya bukan sahaja memastikan makan makanan yang berkhasiat setiap hari, tetapi juga memberikannya supplement bagi melengkapkan nutrisi. Ya! Supplement adalah sangat penting kerana khasiat yang dia dapat dari makanan adalah terlalu sedikit dan tidak mampu menampung keperluan sel dan tubuh badannya.

Jika tidak mendapat nutrisi yang cukup, bukan sahaja proses pemulihan menjadi lambat, malah gangrene di kawasan lain mungkin akan merebak dan berisiko untuk dipotong juga! Jadi, kalau ada yang bertanya, kalau pernah kena potong kaki akibat kencing manis, adakah cara untuk mengelakkan anggota lain
dipotong juga?

Jawapan saya, ya!

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan atas usaha kami memantau pemakanan arwah mak dan memberikan nutrisi penting yang secukupnya, luka kesan amputation di kaki kirinya sembuh dengan sempurna dan gangrene ditempat lain juga tidak merebak ke atas.

Cara mengelakkan kaki dipotong akibat kencing manis

Apa yang telah kami berikan kepada arwah mak?

Selain menjaga pemakanan (no fast food!), saya juga telah memberikan supplement-supplement ini kepada arwah mak:
Susu soya ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah yang dapat membantu mengawal paras gula. Ia tidak mempunyai kanji dan membekalkan protein yang penting dalam proses pertumbuhan sel dan tisu-tisu baru. ESP juga mengandungi kalsium dan bersifat alkali yang membantu mengurangkan keasidan dalam darah.
Zinc adalah khasiat mineral yang terkandung dalam ikan haruan yang sangat bagus dalam membantu pemulihan dan mengeringkan luka. Pesakit diabetes yang mempunyai luka (tak kira akibat amputation atau apa sahaja) mempunyai kesukaran untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Jadi, jika anda mahu luka anda sembuh dan kering dengan cepat, pastikan anda mendapat khasiat zinc dalam pemakanan seharian.
Pesakit kencing manis kebiasaannya akan mudah letih kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga akibat rintangan insulin. Jadi, pengambilan vitamin b-complex adalah sangat penting bagi membantu melancarkan peredaran darah dan menukarkan glukosa kepada tenaga
Bagi menyerap khasiat dari pemakanan secara optimum, kami juga memberikan mak vitamin C. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan sistem imun, tetapi juga mengukuhkan kapilari dan salur darah serta menyembuhkan luka dengan cantik.
Dan sudah tentu saya memberikannya Vivix. Vivix mengandungi resveratrol dan polyphenols dari tumbuhan yang mempunyai paras antioksidan yang sangat tinggi. Terdapat kajian yang menunjukkan resveratrol yang
boleh membantu mengurangkan rintangan insulin dalam diabetes.

Alhamdulillah.. dengan supplement yang diberikan, arwah mak menjalani saat-saat akhir hayatnya dengan lebih bertenaga. Dalam masa beberapa bulan sahaja, luka kakinya sembuh sepenuhnya dan isi dan kulit tumbuh dengan baik. Dari Kuala Lumpur, arwah mak akhirnya dapat mencapai hasratnya untuk pulang ke rumahnya sendiri di Temerloh. Tetapi, Allah SWT lebih menyayanginya.. Sebulan setengah kemudian, pada 13 September 2012, mak kembali ke rahmatullah mengadap Yang Maha Pencipta.

Tetapi, sebagai anak saya bersyukur kerana sempat berkhidmat sepenuhnya di saat-saat akhir hayat arwah mak. Dan saya juga harap, anda yang mempunyai ibu bapa begitu juga. Sayangilah mereka dan berbaktilah
kepada mereka selagi hayat mereka masih ada.

Nasihat saya, berikanlah nutrisi yang secukupnya kepada orang kesayangan kita…kerana dengan nutrisi yang cukup, barulah sel badan dapat menjadi sihat dengan sempurna. Pilihan saya adalah Shaklee, anda bagaimana?

Kisah ini dipetik dari kisah Fara Fadzil juga merupakan Pengedar Shaklee. Semoga ianya memberi manfaat buat semua.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels