Showing posts with label produk bayi untuk kulit ekzema. Show all posts
Showing posts with label produk bayi untuk kulit ekzema. Show all posts

Wednesday, February 7, 2018

4 Cara Penting Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut

produk bayi organik

Kulit bayi baru lahir adalah sangat lembut dan salah satu ciri-ciri bayi yang paling berharga. Tetapi kulit bayi baru lahir sangat sensitif, dan ibu bapa perlu tahu cara yang betul serta apa yang patut dielakkan untuk menjaganya.

Berikut adalah cara bagaimana anda boleh menjaga malah melindungi kulit bayi yang lembut itu:

1. Lindungi kulit bayi baru lahir dari matahari

Gunakan krim pelindung matahari pada kulit bayi yag terdedah. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bayi baru lahir sebaik-baiknya perlu mengelak terdedah pada cahaya matahari secara langsung sehingga mereka berusia 6 bulan.

Apabila membawa bayi anda keluar, pastikan mereka memakai pakaian yang boleh melindungi kulit mereka dari matahari. Tapi, jangan gunakan pakaian yang terlalu tebal supaya mereka tidak terlalu panas. Pakaikan topi untuk melindungi kulit muka dan hidung yang senang diselar matahari.

Cari tempat berlindung, kalau tidak letakkan mereka dalam stroller yang mempunyai penutup atau gunakan payung.

Ibu bapa juga boleh menggunakan krim pelindung matahari pada kawasan kulit yang terdedah, tetapi pastikan krim yang dibeli selamat untuk bayi baru lahir.

2. Lindungi kulit bayi baru lahir dari gigitan serangga

Apabila keluar, ibu bapa tidak boleh selalu memantau semua serangga yang datang berdekatan dengan bayi kita.

Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh cuba elakkan mereka dari digigit. Pakaikan baju yang sama untuk melindungi bayi anda dari sinaran matahari dan juga akan melindungi mereka dari digigit.

Menurut AAP, adalah selamat untuk menggunakan ubat penghalau serangga dengan DEET bagi bayi yang lebih dari 2 bulan.

Sembur ubat penghalau serangga pada tangan atau gunakan yang jenis krim dan sapukan pada kulit bayi yang terdedah.

Jauhi kawasan mulut dan mata and pastikan untuk mandikan bayi anda untuk menanggalkan kesan ubat pada kulitnya.

Jangan lupa, ubat semburan penghalau serangga yang mempunyai DEET tidak selamat untuk bayi kurang dari 2 bulan serta bayi dengan G6PD. 


Anda juga boleh memilih krim Herbla Blend yang natural dan terbukti selamat dapat membantu mengelak kesan gigitan serangga.

3. Jangan guna terlalu banyak sabun

Jika bayi anda belum lagi merangkak atau makan makanan pejal, bayi anda bukannya kotor sangat.

Oleh itu, jangan gunakan terlalu banyak sabun ketika memandikannya dan gunalah sabun yang lembut dan sesuai untuk bayi sahaja. Penggunaan sabun yang terlalu banyak hanya menyebabkan kulit bayi menjadi kering.

Gunakan kain lap untuk mencuci di antara celah-celah kulit yang mungkin mempunyai kesan peluh atau daki dan bahagian kemaluannya.

4. Selalu cuci dulu pakaian baru sebelum anak memakainya

Tidak perlu sabun khas kecuali kulit bayi sensitif. Pastikan pakaian anak bersih dan sudah dicuci sebelum mereka memakainya. Anda juga tidak tahu kalau ada sebarang bakteria, kekotoran ataupun kesan bahan kimia yang boleh memudaratkan bayi anda.

Sabun biasa jarang akan menyebabkan kerengsaan kulit pada bayi dan ia adalah lebih senang jika satu keluarga menggunakan sabun pencuci yang sama.

Ibu bapa hanya perlu membeli sabun khas yang lebih lembut jika anak mempunyai masalah kulit dan jika doktor menyarankannya.
Share:

Monday, January 15, 2018

Kenali Ciri-Ciri Kulit Bayi Sensitif Dan Cara Mengatasinya



Kulit bayi baru lahir memang terkenal lembut dan sensitif. Tapi, ada beberapa bayi yang memang dilahirkan dengan jenis kulit yang terlalu sensitif. Oleh itu, ibubapa harus lebih jelas mengenali ciri kulit bayi anda agar dan tahu apa yang harus dilakukan untuk merawatnya.

Kenapa kulit bayi sensitif?

Pada dasarnya, kulit bayi memang sensitif. Michael Freeman, seorang dokter ahli kulit dari The Skin Centre, menjelaskan dalam Essential Baby Australia bahwa ada perbezaan cukup jelas antara kulit bayi dengan kulit orang dewasa. Kulit bayi masih terus berkembang pada tahun pertamanya dan rentan terhadap jangkitan.

Lapisan terluar kulit (epidermis) berperanan penting sebagai garis pertahanan pertama tubuh. Epidermis berfungsi melindungi organ-organ dalam tubuh untuk tidak kekurangan air sambil sekaligus menjaga agar tidak kebanyakan air yang masuk ke dalam tubuh. Dengan kata lain, epidermis mengawal banyaknya kadar air yang masuk dan keluar. Epidermis juga berfungsi sebagai pelindung organ dalam tubuh dari kuman dan virus penyebab penyakit.

Namun, lapisan epidermis kulit bayi masih amat tipis dan pada dasarnya belum terbentuk pelembab semulajadi seperti pada manusia dewasa. Inilah yang membuat kulit mereka mudah kehilangan banyak air dibandingkan dengan orang dewasa. 

Ciri kulit bayi sensitif yang perlu perawatan khusus

Ada beberapa ciri kulit bayi sensitif yang memerlukan perawatan ekstra daripada biasanya. Kulit sensitif juga umumnya lebih umum muncul pada bayi pramatang. Sebab, epidermis mereka belum berkembang cukup baik seperti bayi lainnya. Berikut ciri kulit bayi sensitif yang perlu anda perhatikan.

1. Terdapat ruam atau bintik-bintik merah

Bintik-bintik merah pada bayi pada dasarnya normal. Ruam terjadi kerana reaksi tubuh melawan benda asing dari luar. Namun, jika anda dapati bahwa semakin banyak bintik merah yang muncul, ianya berkemungkinan tanda reaksi alergi dari kandungan zat benda tertentu. Bawa ke doktor untuk rawatan lanjut.

2. Tekstur kulit bayi terlihat sangat kering

Bayi yang mudah terkena penyakit memiliki kulit kering kerana fungsi epidermisnya belum sepenuhnya berkembang. Namun, jika kulit bayi kelihatan sering kusam dan sangat kering, Anda perlu lebih menjaga kelembapan kulitnya. Sering-seringlah oleskan pelembab khusus untuk kulit bayi untuk mencegah keradangan kulit, terutama pada bagian lipatan kulit yang sering berpeluh.

3. Kulit bayi mudah terkena berbagai macam penyakit

Ciri kulit bayi sensitif juga mudah terkena berbagai macam penyakit, seperti ekzima, kurap, ruam, impetigo (infeksi kulit oleh bakteri). Penyakit-penyakit ini pada dasarnya akan sembuh selama beberapa waktu bersamaan dengan berkembangnya sistem imun tubuh bayi. Namun, setelah beberapa hari jika tidak baik silalah bawa berjumpa doktor.

Jangan berlebihan membersihkan kulit bayi yang sensitif

Menurut Freeman, ada beberapa kesalahan umum yang dilakukan ibubapa kepada bayinya. Salah satunya adalah over cleansing atau berlebihan dalam membersihkan bayi. Biasanya, ibubapa menggunakan sabun dan syampu yang memiliki bahan kimia yang tidak sesuai  semasa memandikan bayi, memandikan bayi terlalu lama, atau menggunakan air mandi yang terlalu panas. Ini tidak baik untuk kesihatan kulit bayi.

Kebaikan Bakteria Tertentu Pada Kulit bayi

Pada dasarnya, ada banyak koloni bakteria yang berada di sekujur tubuh bayi. Bakteria ini membantu mempengaruhi perkembangan sistem pertahanan atau sistem imun pada kulit bayi. Seperti yang telah anda ketahui, tubuh manusia memberikan tindak balas terhadap benda asing dan menyimpan maklumat ini untuk meningkatkan pertahanannya. 

Kesan berlebihan dalam membersihkan kulit bayi akan membuat keseluruhan bakteria ini mati sehingga sistem imun pada kulit tidak berkembang dengan baik. Suhu yang terlalu panas juga dapat mematikan bakteria. Ini yang membuat kulit bayi tidak rintang apabila terkena jangkitan dan mudah mendapat jangkitan pada masa hadapan.

Shaklee Baby Merupakan Produk Penjagaan Bayi Organik Dan Lembut Yang Terbaik

Ya,semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk Shakleebaby adalah premium, berkualiti setanding dengan harganya.

Kepada mereka yang sudah biasa menggunakan produk penjagaan bayi yang organik atau mereka yang mempunyai anak ekzema atau kulit sensetif, produk Shaklee Baby menawarkan sesuatu yang pasti membuatkan anda berpuas hati. Ini kerana kulit sensetif memerlukan produk yang betul-betul lembut, semulajadi dan organik.


Apakata Para Ibu Yang Menggunakan ShakleeBaby?






Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set BabyShaklee ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak menerima konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Monday, November 27, 2017

6 Bahan Berbahaya Yang Harus Dielak Semasa Membeli Produk Penjagaan Bayi


Pentingnya Memilih Barangan Penjagaan Bayi Yang Bebas Kimia

Sistem badan bayi yang baru lahir masih belum matang dan sangat sensitif. Jika kita lihat pada masa kini, ramai bayi dan kanak-kanak mengalami masalah kulit, iritasi dan pelbagai penyakit lain. Salah satu punca yang menjadi penyebab perkara ini berlaku adalah daripada penggunaan barangan penjagaan diri bayi yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Menurut Dr. Sheela Sathyanarayana, Pakar Kanak-Kanak dari Seattle yang mengetuai kajian berkenaan bahaya bahan kimia dalam produk penjagaan diri bayi, bayi yang baru lahir sebenarnya tidak memerlukan sebarang produk mandian lagi.

Kulit manusia ibarat span yang boleh menyerap bahan-bahan kimia masuk ke dalam kulit. Terdapat pelbagai bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan diri dewasa dan juga bayi. Sekiranya bayi didedahkan dengan produk penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya, ianya akan mendatangkan kesan negatif kepada bayi.

Maka, adalah penting untuk ibu bapa mengetahui tips memilih syampu, sabun, losyen, krim, dan bahan penjagaan diri yang sesuai serta selamat untuk bayi.

Tips Memilih Syampu, Sabun, Losyen & Krim Bayi. Jauhi 6 Bahan Ini!

Berikut merupakan antara 6 daripada bahan kimia yang perlu dielakkan ketika memilih barangan penjagaan diri untuk bayi.Semoga ianya bermanfaat buat ibu bapa yang tercari-cari tips memilih syampu, sabun, losyen, krim dan sebagainya atau menukar jenama barangan penjagaan diri buat si manja kelak.

1. ‘Fragrance’

Bauan yang segar dan wangi pada barangan penjagaan diri bayi pasti digemari oleh sesiapa sahaja yang menghidunya. Walau bagaimanapun, ‘fragrance’ atau bahan pewangi kimia yang digunakan dalam pembuatan barangan penjagaan diri bayi ini boleh menyebabkan iritasi, alergi atau ekzema kepada bayi.

Jika ibu bapa mahu memandikan bayi dengan sabun, pilih mandian yang menggunakan bahan pewangi semulajadi seperti ‘essential oil’ sebagai alternatif.

2. Paraben

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan.

Walau bagaimanapun, produk penjagaan diri yang mengandungi paraben adalah berbahaya untuk bayi kerana mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Oleh itu, pastikan kita memilih produk penjagaan diri bayi yang bebas paraben untuk anak kita.

3. Talc

Talc merupakan bahan utama dalam pembuatan bedak talkum bayi. Walaupun kini semakin banyak produk penjagaan bayi yang ditulis ‘talc free’ tetapi bagaimana pula dengan produk bedak talkum untuk bayi ini?

Pada kebiasaannya, bayi akan disapu dengan bedak sejurus selepas mandi supaya bayi sentiasa berbau segar dan wangi. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Jennifer Lowry, Pakar Kanak-Kanak di Kansas City, Missouri menasihatkan ibu bapa agar tidak menggunakan bedak talkum ini untuk bayi kerana dikhuatiri boleh memberikan kesan terhadap sistem pernafasan bayi terutamanya bagi bayi yang mempunyai masalah dengan sistem pernafasan.

4. ‘Mineral Oil’

‘Mineral oil’ atau minyak mineral bertindak menutupi kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. Walau bagaimanapun, bahan ini ibarat ‘plastic wrap’ yang boleh menghalang dan mengganggu proses perkumuhan melalui kulit iaitu berpeluh.

Ibu bapa dicadangkan untuk menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai losyen atau syampu bagi membuang kerak di kepala bayi.

5. Triclosan

Pada kebiasaannya, barangan penjagaan diri yang mempunyai label anti bakteria mengandungi triclosan yang bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan ini berbahaya untuk bayi kerana berisiko mengganggu hormon dalam badan. Ianya juga boleh menyebabkan kulit kering atau iritasi pada kulit.

Bayi seharusnya membina daya tahan tubuh dan imuniti mereka sendiri. Namun, ianya mungkin sukar berlaku sekiranya ibu bapa menggunakan barangan penjagaan diri dengan label anti bakteria ini untuk bayi. Ini kerana, bahan kimia triclosan yang digunakan dalam pembuatannya turut membunuh bakteria baik di sekeliling bayi dan menyebabkan mereka kurang pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.

6. Proplyene Glycol

Proplyene glycol merupakan bahan kimia yang bertindak membuka liang roma bagi meningkatkan kadar penyerapan bahan kimia lain ke dalam tubuh badan. Ianya juga berisiko mendatangkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif.

Lihat juga bahan kimia dengan nama polyethylene glycol (PEG) dan polypropylene glycol (PPG) pada label dan elakkan membeli barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini demi kesihatan bayi yang kita sayangi.

Kenapa Perlu Pilih Shakleebaby dan bukan jenama lain?

Produk jagaan bayi Shakleebaby berbeza dengan jenama lain yang berada di pasaran kerana ia bertaraf eksklusif. Ia dihasilkan dengan berteraskan SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK.

6 Perbezaan Shakleebaby berbanding jenama lain

  • telah diuji dan mendapat pengiktirafan oleh pakar kanak-kanak (pediatrik),
  • mengandungi bahan yang asli dan organik,
  • telah diuji secara klinikal,
  • kandungan pH yang seimbang,
  • bahan yang digunakan telah disahkan organik,
  • tidak menimbulkan kesan alahan.
Perbezaan Shakleebaby dengan jenama lain


Formula Yang Bebas Bahan Kimia

Salah satu fakta yang dikongsi bersama kami ialah,

“Daripada 81,000 bahan kimia yang berdaftar dengan EPA dalam tempoh 30 tahun lepas,kurang daripada 20% telah diuji untuk toksisiti”

Adalah pentingnya kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita terpelihara daripada bahan beracun yang mungkin boleh didapati daripada bahan pencuci rumah. Produk yang berteraskan bahan kimia inilah yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan kehidupan anak-anak kita.

Produk Shakleebaby ini dihasilkan dengan teliti dan dijamin tidak mengandungi bahan kimia terlarang. Boleh rujuk gambar di bawah untuk keterangan lanjut.
Formula Shakleebaby

Memperkenalkan Shakleebaby, Selamat, Lembut dan Organik.

Produk jagaan bayi Shakleebaby ini diformulasikan khusus untuk kulit bayi yang sensitif.
Shakleebaby sentiasa selamat kerana,
Shakleebaby sentiasa lembut kerana,
  • diuji oleh pakar kanak-kanak
  • 99% kandungan asli
  • 76% hingga 99% kandungan organik
  • tidak menimbulkan kesan alahan
  • keseimbangan pH
Shakleebaby sentiasa sihat kerana,
  • tiada bahan pewangi
  • tiada bahan pewarna
  • dibungkus dengan bahan yang bebas daripada bisphenol A, phthalates dan dakwat toksik

#1 Gentle Wash

Mandian bayi ini diformulasikan daripada bahan-bahan asli dan organik seperti chamomile, lavender dan aloe vera organik yang membantu menimbulkan perasaan tenang dan tidak memedihkan mata.

Manfaat setiap kandungan untuk bayi anda;

  • Lavender: Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi.
  • Aloe Vera: Kaya dengan Vitamin E secara semulajadi dan 96% terdiri daripada air, dan ini membantu menenangkan kulit bayi yang kering dan sensitif.
  • Chamomile: Tinggi dengan antioksidan, menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar
Mengandungi 76% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.
Kaya dengan ekstrak aloe vera bersama oat dan minyak zaitun menjadikan ia sangat lembut ketika mandi.
Bersifat mudah dibilas.
Mempunyai pH yang seimbang.

#2 Soothing Lotion

Losyen badan yang lembut ini mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik. Formulasi ini sangat sesuai untuk memastikan kulit bayi anda sentiasa lembap. 

Yang bestnya ia juga mampu membuat bayi anda rasa tenang dan melegakan kulit yang bermasalah dan juga menambah nutrisi pada kulit. Setiap kandungan di dalam losyen ini memberi kebaikan kepada bayi anda seperti;
  • Minyak Vanila: Kaya dengan Vitamin B dan antioksidan secara semulajadi, melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar
  • Shea Butter:Mengandungi vitamin semulajadi dan asid lemak, membantu melindungi lapisan luar kulit bayu.
  • Minyak Biji Jojoba: Bertindak sebagai emolien, membantu meningkatkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit.
Berfungsi melembut dan melembapkan kulit. Yang bestnya losyen ini jenis tidak berminyak. Best kan?
Telah diuji tahap sensitiviti ke atas kulit bayi.
Mengandungi 87% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hinggalah warga emas.

#3 Massage Oil


Minyak urut yang diformulasikan daripada rumusan minyak organik khas dan ekstrak minyak pati untuk melembapkan kulit bayi yang lembut. Selain itu, chamomile dan lavender juga ada dalam ramuan minyak urut ini bertujuan untuk memberikan suntikan ketenangan.

Salah satu bahan di dalam minyak ini ialah minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak dan Vitamin E. Bertindak sebagai emolien semulajadi, bantu mengekalkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Sesuai untuk kulit kering, dehidrasi dan sensitif.

Diaplikasi untuk mengurut bayi selepas mandi.
 
Mengandungi 99% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.

Mahu dapatkan produk penjagaan bayi Shakleebaby yang eksklusif ini?

Dalam usaha menjaga kesihatan anak-anak yang kita cintai, pilihlah jenama barangan penjagaan diri bayi yang selamat. Sentiasa semak kandungan barangan tersebut dengan teliti bagi memastikan sumber penghasilan barangan tersebut adalah selamat untuk bayi serta bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Ayuh luangkan sedikit masa untuk menambah ilmu pengetahuan tentang bahaya bahan kimia yang terkandung dalam barangan penjagaan diri terutamanya untuk bayi. Mungkin, sesetengah bahan kimia tidak memberikan sebarang kesan terhadap bayi atau kanak-kanak buat masa ini, tetapi tiada siapa tahu tentang tahap kesihatan mereka untuk jangka masa panjang akibat penggunaan barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini.

Buat pilihan yang tepat dalam membeli barangan penjagaan diri bayi. Utamakan kesihatan anak kita, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set BabyShaklee ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak menerima konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Sunday, November 26, 2017

Produk Penjagaan Bayi Organik, Bebas Bahan Kimia Merbahaya Dan Semulajadi

Dulu ramai yang tanya Shaklee takda ke produk untuk baby macam sabun mandian ke, lotian ke, minyak urut ke? Seperti mana yang semua sudah maklum dan tahu, produk Shaklee semuanya bebas paraben, takda bahan kimia yang berbahaya dan semestinya semulajadi kan. Itu yang rasa selamat sangat nak bagi baby kita guna.

produk bayi bebas bahan kimia paraben

Berita baiknya sekarang ni Shaklee sudah pun mengeluarkan  produk khas untuk bayi kesayangan anda "ShakleeBaby" yang bebas dengan segala bahan kimia merbahaya serta tentu sekali organik.

Ciri-ciri produk ShakleeBaby

produk bayi bebas bahan kimia paraben
Ciri-ciri istimewa semua produk ShakleeBaby adalah seperti berikut:
  • 100% semulajadi
  • 73% bahan organik
  • Telah diuji oleh pakar kanak-kanak
  • Telah diuji secara klinikal
  • Tanpa iritasi, formula tidak memedihkan mata
  • Diuji sensitiviti
  • pH yang seimbang
  • Hypoallergenic
  • Tanpa parabens atau SLS (sodium lauryl sulfate)
  • Tanpa 1,4-dioxane or formaldehyde
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Tanpa bahan wangian tambahan

Hasil kajian klinikal produk ShakleeBaby:

Seperti dalam ciri-ciri diatas, telah disebut produk ShakleeBaby telah diuji secara klinikal. Berikut adalah hasil kajian tersebut:
  • 98% bersetuju bahawa Gentle Wash membersih dengan baik dan dibilas sepenuhnya
  • 98% bersetuju ShakleeBaby Soothing Lotion digunakan dengan mudah untuk kulit
  • 91% bersetuju ShakleeBaby Lotion adalah nongreasy
  • 100% bersetuju bahawa Shakleebaby Massage Oild digunakan dengan mudah kepada kulit
Dan paling penting, pakar kanak-kanak atau pediatricians telah pun menguji produk ini dan telah lulus. Pakar pun dah lulus, jadi kita tak perlu ragu-ragu lagi kan. Lagipun Shaklee memang memiliki kredibiliti dan dipercayai sangat menjaga mutu dan standard produk.

Shakleebaby untuk siapa?

Dah tentulah untuk bayi. Tapi ia boleh juga digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Produk Shakleebaby ni terdiri daripada 3 items iaitu :-

  1. Gentle Wash
  2. Soothing Lotion
  3. Massage Oil

1. Shakleebaby Gentle Wash


produk bayi bebas bahan kimia paraben

Diadun dengan chamomile organik, lavender dan daun lidah buaya. Menjadikan gentle wash ini 99% semulajadi dan 76% organik. InsyaAllah tidak menimbulkan sebarang alahan untuk kulit bayi, mempunyai pH yang seimbang. Juga telah diuji untuk kulit sensitif.

Shakleebaby Soothing Lotion

produk bayi bebas bahan kimia paraben

Dirumus khas dengan biji bunga matahari yang organik, minyak biji jojoba dan mentega shea. Menjadikan soothing lotion ini 99% semulajadi dan 87% organik. Minyak daripda lavender, chamomile, rosemary dan biji vanilla memberikan kesan yang menenangkan. Kulit bayi juga lebih lembap dan lembut.

Shakleebaby Massage Oil

produk bayi bebas bahan kimia paraben

Minyak urut yang pasti menjadi pilihan ibu-ibu kerana melembapkan kulit dan mampu mengurangkan regangan pada kulit. Diperbuat daripada minyak bunga matahari organik, lavender dan chamomile. Menjadikan massage oil ini 100% semulajadi dan 73% organik.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set BabyShaklee ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak menerima konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Wednesday, December 18, 2013

Adab Memandikan Bayi Baru Lahir




Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
 
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

InsyaAllah mudahan info ini dapat memberikan manfaat kepada semua ibubapa.

Ingin dapatkan produk penjagaan Bayi yang Natural, Organik dan Bebas Bahan Kimia Berbahaya? Dapatkan info lanjut di SINI
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels