Showing posts with label parut selepas bersalin. Show all posts
Showing posts with label parut selepas bersalin. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Adakah Parut Bedah Pecah Jika Hamil Lagi?

Parut Pembedahan Selepas Bersalin

Oleh : Dr Fauziah Mohd Hassan

PEMBEDAHAN untuk melahirkan anak yang dikandung dinamakan pembedahan caesarian section.
Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.

 

Parut yang terbentuk di kulit (luar) tidak mungkin pecah setelah sembuh walaupun sudah dibedah beberapa kali. Setiap kali pembedahan yang baru dilakukan parut yang telah terbentuk akan dibuang dan parut baru akan terbentuk. Perlu diketahui bahawa kulit boleh ditegangkan beberapa kali ganda tanpa ianya pecah terburai. Keadaan ini boleh diperhatikan apabila seseorang ibu hamil kembar ataupun hamil berganda melebihi dua atau apabila perut sudah terlalu gemuk hingga perut membuncit.

Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor.

Penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman semasa proses penyembuhan. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah. 
Parut yang dibuat di bahagian bawah rahim “lower segment caesarian section” adalah lebih kuat daripada parut yang dibuat menegak pada otot rahim “classical caesarian section”. Parut yang berbentuk T terbalik pada otot rahim adalah parut yang paling lemah.

Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini. Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic disproportion). 

Melahirkan anak melalui saluran tulang pelvis yang sempit dan pada masa sama mempunyai parut pada rahim akan meninggikan risiko parut di otot rahim itu pecah disebabkan saluran “tersumbat” dan rahim akan pecah pada tempat yang paling lemah ia itu pada parutnya.

Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section” adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian. 

Pembedahan lain seperti pembedahan untuk membuang sista, kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) tidak diambil kira untuk menentukan kekuatan parut pada rahim. Pembedahan-pembedahan lain tidak membabitkan pembedahan dan pembentukan parut pada rahim melainkan jika pembedahan dibuat pada rahim seperti pembedahan untuk membuang fibroid semasa tidak hamil. Risiko untuk parut pada rahim pecah adalah lebih tinggi jika seseorang ibu mengalami kesakitan untuk bersalin (labour).
 
Perlu diingatkan juga bahawa lagi banyak pembedahan dilakukan akan membuatkan pembedahan seterusnya menjadi lebih susah disebabkan oleh pelekatan organ-organ seperti usus dan pundi-pundi kencing. Berulangnya pembedahan caesarian juga meninggikan risiko uri di bawah menutupi saluran kelahiran, plasenta praevia dan juga keadaan uri melekat pada otot rahim (placenta accreta).

Jika anda sedang mencari Set Bersalin Secara Pembedahan Anda boleh mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini:
 Untuk mendapatkan Set Berpantang ini anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Friday, April 11, 2014

5 Tips Hilangkan Stretch Mark Dengan Cepat Selepas Bersalin

Masa mengandung, antara perkara yang susah nak elak, adalah stretchmark, atau kata lain, parut pada perut. Sebenarnya ada cara nak elak stretchmark ni. Tapi hari ni kita kongsikan cara untuk hilangkan
stretchmark .Bagi  yang sudah ada stretchmark tu, takkan nak pusing balik masa kan. Nak tak nak, terpaksa gak menghadap parut itew ;)

5 Tips Hilangkan Stretch mark  Dengan Cepat:
 

1. Putih Telur
Putih telur mengandungi protein. Protein bagus untuk membantu mencantikkan kulit, menggebukan kulit, menghilangkan parut. Sapu telur putih pada parut stretch mark hilangkan stretch mark selepas bersalin. 

2.Kentang
Jus kentang penuh dengan vitamin dan mineral yang membantu mengembalikan sel kulit. Caranya, potong ubi kentang. Kemudian sapu kat parut stretch mark. Biarkan jus kentang keluar. Biar kering. Dan cuci dengan air suam.
 3.Minyak zaitun
Minyak zaitun tinggi dengan kandungan Vitamin E. Vitamin E sangat bagus untuk kulit. Sapu minyak zaitun pada parut stretch mark. Kulit akan melembut.Bila kulit jadi lebih lembut, kulit akan mengembang dan menghilangkan parut sedikit demi sedikit
                                                

 4.Daun lidah buaya (aloe vera)

Potong daun lidah buaya, sapukan pada parut. Biar kering. Bagus tau untuk hilangkan parut.
5. ESP Shaklee
ESP  merupakan makanan tambahan yang bersumberkan soya. Soya kaya dengan protein. Protein membantu meremajakan kulit.
1) Protein ni dia bantu hasilkan sel kulit yang lebih cantik. Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati.
2) Tapi ia akan diganti dengan sel kulit yang baru. Sel kulit yang baru ni dia akan copy rupa sel kulit yang lama.
3) So kalau sel kulit yang lama ni buruk, sel kulit yang baru, walaupun dia baru, dia tetap akan jadi buruk.
4) Protein di sini membantu repair sel kulit yang baru tapi kelihatan buruk itu, untuk menjadi cantik dan lebih sihat.
5) Ada banyak perkongsian ESP yang berkaitan kecantikan wajah, antaranya pada entry Rahsia Kulit  Berseri-seri Tanpa Mekap!

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852  






Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels