Showing posts with label sakit jantung. Show all posts
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts

Monday, October 10, 2016

Kajian Kesan Pemakanan Lemak dan Kolestrol Terhadap Manusia


Pada tahun 1908, ahli sains telah mendapati bahawa arnab yang diberi makan daging, susu berlemak dan telur mengandungi mendapan lemak di dinding arteri (saluran darah). Ini menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit - proses ini dinamakan "atherosclerosis". Ia adalah proses yang mengambil masa yang lama dan selalunya tidak menunjukkan kesan-kesan awal. Sekiranya proses ini berlaku pada kita, saluran darah ke otak boleh berhenti (kena stroke) atau ke jantung berhenti (sakit jantung). Pada 1913, ahli sains telah mengenalpasti bahan ini sebagai kolesterol.

Pada 1916, Cornelius de Langen, seorang doktor Belanda yang ketika itu berkerja di Indonesia mendapati bahawa orang-orang asli Indonesia mempunyai kadar sakit jantung yang lebih rendah berbanding orang-orang Belanda yang tinggal di sana. Beliau membuat spekulasi bahawa ini mungkin disebabkan oleh kandungan kolesterol yang rendah di kalangan orang Indonesia yang lebih banyak memakan makanan berasaskan tumbuhan berbanding orang Belanda yang lebih suka mengambil daging dan makanan berasaskan tenusu.

Selepas Perang Dunia ke-2, pengkaji di Skandinivia mendapati bahawa kematian akibat sakit jantung turun dengan mendadaknya semasa peperangan. Ini didapati disebabkan oleh kekurangan makanan daging, tenusu dan telur pada ketika itu. Pengkaji lain pula pada masa ini telah mendapati bahawa orang yang mengalami serangan sakit jantung selalunya mempunyai kadar kolesterol yang lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengalami serangan sakit jantung.

Sejak daripada itu, telah banyak kajian saintifik yang mengaitkan kandungan kolesterol yang tinggi dan diet dari lemak haiwan dengan risiko sakit jantung. Di negara-negara di mana kandungan kolesterol adalah tinggi seperti di Amerika, penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian.


Walaupun kadar sakit jantung yang tinggi dikaitkan dengan pemakanan yang tinggi dengan daging dan hasil tenusu yang tinggi dengan lemak tepu, ia tidak semestinya begitu. Sebagai contoh, penduduk di kepulauan Crete di Greek mempunyai kadar sakit jatung yang rendah walaupun mereka makan makanan yang tinggi dengan lemak. Didapati lemak yang mereka makan diperolehi daripada minyak zaitun. Minyak zaitun adalah jenis mono-unsaturated yang berupaya mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan mengekalkan kandungan kolesterol baik HDL.

Begitu juga, penduduk Inuit atau Eskimo yang tinggal di Alaska dan Greenland boleh dikatakan tidak mengalami sakit jantung walaupun banyak mengambil makanan berlemak dan tinggi kolesterol. Ini kerana mereka mengambil banyak ikan yang kaya dengan Omega-3 sejenis poly-unsaturated. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 ini yang kaya di dalam ikan laut dalam seperti salmon dan makarel dan juga minyak canola dan soya berupaya mengurangkan LDL cholesterol dan triglyceride di dalam darah.

KESIMPULANNYA
  1. Kolestrol LDL yang tinggi penyebab sakit jantung dan stroke
  2. Pengambilan makanan berasaskan daging menjadi penyebab utama LDL
  3. Pegambilan makanan berasaskan sayuran dapat mengelakkan sakit jantung
  4. Pengambilan Minyak zaitun dapat menurunkan kolestrol LDL dan mengekalkan kolestrol HDL
  5. Seseorang yang mengambil makanan berlemak dan tinggi kolestrol dapat menghindari penyakit jantung dengan mengamalkan OMEGA-3. Omega Guard Shaklee Minyak ikan terbaik.
  6. Soya pun bagus jugak yer utk turunkan LDL. Saya suka soya ESP Shaklee.
Jadi anda dah tau kan apa yang perlu anda pilih bila nak makan. Makan secara bijak.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Share:

Tuesday, September 6, 2016

Apa itu Lemak Trans dan Bahaya Lemak Trans Kepada Kesihatan



Pernahkah anda ternampak label makanan menyatakan “Produk ini bebas lemak trans”.

Apa Itu Lemak Trans?

Lemak terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu (Unsaturated Fat) samada dalam bentuk Cis Fat atau Trans Fat iaitu bergantung kepada susunan molekulnya.

Lemak Trans ada yang berlaku secara semulajadi dan ada yang buatan (aritificial). Biasanya dilakukan dalam industry melalui proses Hydrogenation (penambahan hydrogen). Perkataan “trans” merujuk kepada perletakan gemotri atom hidrogen pada molekul lemak- iaitu asid lemak. Ya! Lemak tidak tepu tetap merbahaya terhadap kesihatan.

Lemak sayuran wujud dalam bentuk cecair. Atom hidrogen mampu ditambah kepada lemak sayuran melalui proses penghidrogenasi. Pernambahan atom hidrogen akan menyebabkan keadaan “trans” atau separa pepejal. Lemak sayuran ini hanya dihidrogenasi sebahagiannya maka lahirlah nama “minyak separa hidrogenasi”.

Sekiranya proses hidogenasi dibenarkan berlarutan sehingga tiada ruang untuk atom hidrogen terletak lagi, asid lemak akan menjadi tepu, maka lahirlah lemak tepu.

Dah Tahu Lemak Trans Bahaya, Kenapa Masih Guna?

Bagi sesetengah Negara, ada yang dah haramkan (Denmark, Swiss, Kanada dll) penggunaan Lemak Trans dalam makanan. Kelebihan Lemak Trans ini adalah
  • membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Itu merupakan tujuan utama penghidrogenasi apabila proses ini dipaten
  • mudah digunakan 
  • murah untuk dihasilkan
  • Malah tempoh penggunaan adalah panjang. 
  • Ia membaiki tekstur dan rasa yang lebih menarik bagi banyak makanan yang diproses.
  • Penggunaan minyak dari Lemak Trans boleh berulang kali digunakan. Sebab itu jadi jimat. 
Walaupun makanan kaya dengan lemak trans yang kita makan setiap hari sangat lazat, kita harus akui kesan buruk akibat lemak trans terhadap sistem badan kita. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kesan negatif lemak trans terhadap badan.

Bahaya tuuuu

Lemak Trans ni akan meningkatkan ‘Kolesterol Jahat’ (LDL) dan mengurangkan ‘Kolesterol Baik’ (HDL). Makan Lemak Trans juga meningkatkan potensi untuk penyakit hati dan strok. Ia juga berkaitan dengan pengembangan Diabetes Type 2

Makanan Apa yang Biasa Ada?

Kandungan Lemak Trans
Ia boleh dijumpai dalam makanan bergoreng seperti Donut, Kek, Pai, Pizza frozen, ayam goreng, biskut, roti canai dan juga makanan ringan yang diminati oleh kanak-kanak Malaysia. Proses menggoreng turut menghasilkan lemak trans.

Nak tahu makanan itu adalah Lemak Trans atau tidak boleh rujuk Nutrition Fact (label nutrisi) di bahagian belakang pembungkusan makanan. Tapi jangan TERTIPU ye. Walaupun kat situ tulis “0 gram Lemak Trans” tapi sebenarnya ia merujuk kepada kurang daripada 0.5 gram Lemak Trans. Bukan tiada langsung

Kenapa saya harus menjauhi lemak trans?

Penambahan lemak trans di dalam diet harian menambahkan faktor risiko menjejaskan kesihatan yang sedia ada pada setiap individu. 
  1. Lemak trans terbukti mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). HDL merupakan faktor lemak yang paling tepat dalam meramal kebarangkalian seseorang individu untuk mendapat serangan jantung. Lebih rendah paras HDL, lebih tinggi kebarangkalian serangan jantung. 
  2. Sebenarnya, lemak trans itu sendiri mampu mengakibatkan kerosakan terhadap lapisan dalam salur darah. Bayangkan lemak trans seakan peluru berpandu yang menyerang kubu pertahanan badan atau sel-sel lapisan dalam salur darah manusia. Serpihan yang terhasil akibat serangan ini mampu menyekat laluan darah yang diperlukan oleh jantung, maka meningkatkan kebarangkalian serangan jantung. 
  3. Lemak trans turut menyebabkan insulin, sejenis hormon yang mengawal aras glukosa dalam darah, menjadi tidak efektif. Akibatnya, lemak trans menjadi faktor risiko diabetes. Bagi pesakit diabetik, terutamanya pesakit obes, kawalan aras glukosa menjadi lebih sukar meskipun dengan ubat dengan pengambilan lemak trans.
Walau bagaimanapun, lemak trans wujud secara semula jadi dalam diet harian kita. Ia boleh didapati di dalam daging lembu, daging kambing dan makanan tenusu. Bakteria yang wujud di dalam perut lembu menghidrogenkan minyak dari makanan untuk menghasilkan lemak trans. 


Secara amnya makanan Malaysia mempunyai kandungan lemak trans yang rendah, makan yang digoreng seperti ayam goreng dan makanan yang menggunakan marjerin seperti roti canai mengandungi lemak trans yang agak tinggi.

Langkah Mengurangkan Pengambilan Lemak Trans 

Sebagai pengguna, terdapat beberapa langkah mudah untuk mengurangkan nafsu pengambilan lemak trans.
    • Pilih produk yang bebas lemak trans. Ini termasuklah produk yang menyenaraikan “minyak separa hidrogenasi” di dalam ramuannya kerana “minyak separa hidrogenasi” adalah nama lain bagi lemak trans.
    • Pilih produk rendah lemak tepu dan rendah kolestrol, sebaik-baiknya kurang daripada 5% peruntukan harian. Lebih rendah nilai ini, lebih rendah kemungkinan pengambilan lemak trans. 
    • Penggunaan lemak monotaktepu (minyak zaitun, minyak canola) atau lemak politaktepu (minyak bunga matahari, minyak jagung) sekiranya resipi memerlukan lemak. 
    • Jangan menggunakan minyak masak lebih lagi sekali. 
    • Elakkan makanan yang mungkin mengandungi lemak trans.Sebagai panduan am, elakkan makanan yang mengandungi marjerin, pastri atau biskut, makanan segera (kentang goreng, ayam goreng dan burger) makanan sejuk beku (pizza beku, nugget beku, pau). 
    • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, gandum dan daging/daging ayam yang dibuang kulit dan lemak.
    Beringatlah sebelum menikmati roti canai atau nasi lemak harian anda, sebelum terlambat.

    Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-

    SMS/whatapps: 013-4505852
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
     
     
     

    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    
    Share:

    Thursday, August 11, 2016

    Makan Ubat Darah Tinggi Boleh Merosakkan Buah Pinggang? Betul Ke?



    Baru-baru ini saya terima whatsapp daripada seorang lelaki yang berusia 30-an yang menghidap tekanan darah tinggi. Katanya doktor bagi makan dia dua jenis ubat. Biasanya apabila seseorang disahkan menghidap tekanan darah tinggi, 1 ubat sahaja dimulakan yang paling rendah kesan sampingan. 

    Apabila tekanan darah menjadi tidak terkawal, ada doktor yang akan menaikkan dos ubat dan ada doktor yang akan menambah ubat lain. Jadi, kalau orang yang makan 2 jenis ubat, boleh bayangkan lah kan bagaimana pengawalan tekanan darahnya.

    Dia minta pendapat saya kerana tekanan darahnya masih tidak terkawal. Rupanya dia makan ubat selang sehari kerana dia takut buah pinggang akan rosak bila makan ubat tekanan darah tinggi.

    Benarkah Makan Ubat Darah Tinggi Boleh Merosakan Buah Pinggang?

    Jika anda pergi ke farmasi untuk membeli ubat darah tinggi, ada sesetengah farmasi akan bagi sekotak ubat je terus kepada pesakit-pesakit ini. Jika anda diberi keistimewaan ini, bukalah kotak itu dan baca penerengan mengenai ubat yang disertaikan oleh syarikat ubat itu. 

    Memang ada ubat tekanan darah tinggi yang boleh merosakkan buah pinggang, tapi doktor tak akan sewenang-wenangnya memberi ubat tersebut tanpa mengetahui status buah pinggang pesakit atau keadaan buah pinggang akan dipantau selepas ubat itu dimulakan. Dan jika didapati memberi kesan buruk kepada buah pinggang, ubat itu akan dihentikan serta-merta. Macam tu sekali doktor cuba menjaga organ-organ pesakit.

    Namun, harus diingat juga bahawa tekanan darah tinggi boleh menyebabkan saluran darah ke buah pinggang menyempit, menjejaskan pengaliran darah ke buah pinggang dan merosakkan sel-sel buah pinggang. Jadi, cuba bayang semasa anda tak makan ubat, tekanan darah tiba-tiba meningkat naik.
    Dalam erti kata lain kerosakan buah pinggang tetap berlaku disebabkan oleh penyakit tekanan darah tinggi itu sendiri. Akibat tekanan darah tidak terkawal, tak mustahil kerosakan buah pinggang akan berlaku dengan lebih cepat berbanding ubat.
    Malah, pelbagai kesan lain yang lebih memudaratkan boleh berlaku dalam keadaan tekanan darah tinggi tak terkawal. Contohnya strok dan serangan jantung.

    Jadi, nasihat saya jika anda sayangkan organ-organ anda dan tidak mahu buah pinggang rosak, jaga kesihatan baik-baik. Jaga pemakanan dengan mengambil makanan sihat dan seimbang, jauhi rokok, senaman dan amalkan pengambilan suplemen. Mengekalkan kesihatan adalah lebih mudah daripada mengembalikan kesihatan yang telah rosak. 

    Bahagianya berbakti kepada orang tersayang 


    Abah call tadi share berita gembira,

    Abah memang ada suspek jantung dan dia selalu jadi sakit bahagian dada, nak jalan pergi surau kat rumah pun boeh akit dada.

    Abah juga ada darah tinggi, yang mana darah tinggi dia tak pernah turun selama ni walau makan ubat hospital.

    “Berapa harga vivix yang kak long bagi abah tu? Abah nak lagi la”
    Takyah belilah, nanti orang poskan.
    “Berapa RM Vivix tu, baguslah”

    Abah kata nanti takyah lagi bagi abah duit bulan-bulan, kak long dah bagi abah vitamin macam-macam dah.
    Sedih plak dengar, duit sebanyak mana takkan dapat menggantikan kesihatan abah.

    “Sejak abah ambil vivix, sekarang memang tak sakit dada dah, nak gi surau pun dah ok. Biasa exercise dalam rumah 10 minit dah semput, dah ambil Vivix sebulan abah exercise 20 minit tak ada masalah.
    Darah tinggi abah pun dah turun pergi cek minggu lepas. Sebelum ni tak pernah turun terutama bacaan bawah.

    Terharunya, moga kesihatan abah makin baik. Kita mungkin takleh nak balas jasa-jasa mereka, tapi yang termampu dengan berikan peluang kesihatan yang lebih baik pada mereka, itu sudah lebih dari puas. 

    Kenapa risikokan buah pinggang?

    Walaupun anda disahkan menghidap apa-apa penyakit kronik dan dimulakan ubat, makanlah ubat mengikut nasihat doktor untuk mengawal penyakit anda. Disamping itu, boleh cuba cukupkan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel badan untuk berfungsi dengan normal.

    Dan dah tentu salah 1 suplemen terbaik untuk kesihatan ialah produk Shaklee. 

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
    Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
    Atau 
    Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

    Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

    Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
    Share:

    Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

      Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

    Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

    VIVIX The Best Antiaging

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Followers

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Free Auto Malaysia Backlinks
    My Ping in TotalPing.com

    Labels