KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan,Sentiasa Mesra Alam

PELUANG BERSAMA SHAKLEE

Kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa jua.

SET KURUS TERHEBAT

Kurus, sihat dan cantik bersama shaklee.

SET KULIT CANTIK HALUS DAN GEBU

Sebaik-baik kecantikan dan seelok-elok keindahan ialah akhlak yang mulia.

SET BERSALIN IDAMAN IBU-IBU

Hubungi saya segera dan dapatkan set hebat ini dengan harga yang istimewa

Monday, April 28, 2014

Kaedah Merawat Demam Menurut Islam

                                                 
Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi paras 38 darjah celcius selepas diukur dengan alat pengukur demam maka perasaan runsing dan risau serta penuh pengharapan untuk melihat anak-anak mereka kembali normal seperti hari yang sebelumnya.

Berdasarkan pengalaman, disaat suhu badan anak melebihi 39 darjah celcius, maka ibubapa pasti akan membawa anak mereka ke wad kecemasan dengan harapan usaha mereka akan dibantu para doktor yang pakar dalam bidangnya. Tapi apa yang terjadi ialah, hanya jururawat yang terus sahaja memandikan anak mereka dalam suasana yang biasa bagi mereka dengan tujuan untuk mengelak suhu badan anak terus menjadi naik,ibubapa yang runsing terpegun sambil berdoa agar anak mereka sembuh seperti biasa. Akhirnya dengan izin Allah sembuhlah anak mereka menggunakan kaedah tersebut.

Namun begitu dalam bidang pengubatan Islam, terdapat cara yang boleh kita amalkan serta ikhtiarkan untuk merawat penyakit demam panas ini seperti berikut:

DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’

3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr
ASAS 8  AL-HASYR 21-24

4. Doa demam panas
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka”

KAEDAH RAWATAN
Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.

Sejukkannya dengan Air
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Jangan Mencela Demam
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 
‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

Thursday, April 24, 2014

Tips Kuruskan Badan Untuk Ibu Menyusu


Sebagai ibu menyusu saya memahami hasrat ibu-ibu yang mahu kekal langsing tanpa mengurangkan penghasilan susu ibu.  Lazimnya kita dengar komen ‘ tak payah susah-susah nak berdiet, awak tu menyusu anak, nanti tak pasal pula susu menyusut’.  Benarkah ibu menyusu tak boleh berdiet? Atau bolehkah ibu menyusu berdiet? Jika boleh, apakah cara diet yang sesuai untuk ibu menyusu?

Hakikatnya, ibu-ibu menyusu akan membakar lebih kurang 200-500 kalori sehari melalui proses penyusuan. Fakta ini disokong dari laman kellymom.com :
Breastfeeding your baby, on average, burns 200-500 calories per day (above what you needed to maintain your pre-pregnancy weight) — so keep in mind that even without a weight loss program you are burning extra calories.

Namun, proses pembakaran kalori ini juga membuatkan si ibu cepat lapar. Jadi, sebaagian ibu-ibu menyusu menjadikan ini tiket untuk mereka makan banyak, adakala melebihi dari cadangan pengambilan kalori harian.

Ibu-ibu menyusu disarankan untuk ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori setiap hari, tetapi ibu-ibu tetap perlu kawal pemakanan dengan elakkan makan terlalu banyak dan kurangkan makanan berlemak/berminyak/berkolesterol tinggi/makanan segera setiap kali perut berasa lapar!
Jadi, bagaimana ibu-ibu menyusu boleh membakar lebihan lemak dan kolesterol, di samping boleh mengekalkan pengeluaran susu ibu dan membantu si ibu berasa kenyang lebih lama?

5 tips kuruskan badan khusus untuk ibu menyusu:
  1. Jangan skip waktu makan utama (breakfast, lunch, dinner) terutama sarapan pagi.
  2. Ambil healthy snack(snek sihat) di antara waktu makan utama seperti buah-buahan.
  3. Banyakkan pengambilan air masak di antara waktu makan terutama bila terasa sedikit lapar. Pengambilan segelas air masak 30 minit sebelum makan juga membantu anda untuk tidak makan terlalu banyak.
  4. Lakukan senaman ringan setiap hari. seminggu sekali/berkala. Paling minima, gunakan tangga sebagai alternatif kepada lif.
  5. Kerapkan penyusuan/mengepam susu untuk menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih banyak disamping membakar 200-500 kalori sehari.
Adakah supplemen yang membantu penurunan berat badan secara sihat?
Ya, jika ada memilih supplemen Shaklee, kami mencadangkan 3 vitamin utama ini berasaskan konsep 3B = Bakar, Buang dan Bina, dalam masa yang sama tidak mengganggu penyusuan si manja anda. Malah, ia turut bertindak sebagai penggalak susu!
 untuk membakar lemak & kolesterol. Sumber kolina dan pengemulsi lemak. Juga dicadangkan kepada ibu menyusu yang kerap mengalami duktus tersumbat (clogged duct) yang berulang.
lecithin 
sumber serat untuk menyerap pecahan lemak & kolesterol yang dipecahkan oleh lecithin dan mengangkut keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan terkenal sebagai penggalak susu sejak dari zaman dahulu!
alfalfa
(3) ESP Soy Protein Isolate Powder(bina)
sumber protein untuk memelihara otot dalam proses penurunan berat badan. Protein juga terkenal sebagai penggalak susu selain memberi si ibu rasa kenyang lebih lama dan berpanjangan.
ESP
Mudah bukan? Jadi bolehlah ibu-ibu menyusu kekal langsing tanpa menjejaskan penghasilan susu. Nak tahu tips lain bagi menggalakkan penghasilan susu?

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-    
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com ; SMS: 013-4505852  

Tuesday, April 22, 2014

7 Makanan penyebab bau badan

Tahu tak sebenarnya masalah bau badan berpunca dari ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti dan pembiakan bakteria di kawasan-kawasan badan yang terpencil.  Selain daripada itu, faktor pemakanan juga adalah salah satu penyumbang utama terhadap masalah ini. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau.

1. Rempah ratus
Rempah ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.

2. Daging Merah
 
Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun, daging merah boleh menyebabkan badan cepat berbau dan berpeluh kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan.

3. Produk Susu

 
Produk susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah berbau.

4. Kolin
 
Makanan seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu perkembangan  memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh berbau.

5. Makanan bergoreng
 
Makanan bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang terkandung di dalamnya. 

6. Kafein
Kafein adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.

7. Tembakau

 
Selain makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan keluar melalui kelenjar keringat. 

Untuk mencegah bau badan yang kurang menyenangkan:
  • Banyakkan minum air putih, 
  • Makan makanan yang berserat dan lebihkan pengambilan buah-buahan seperti epal, strawberri, anggur, tomato, nenas dan tembikai. 
  • Kerap mandi dan JAGA KEBERSIHAN DIRI- Cara terbaik ialah mandi 3 kali sehari, agar bakteria tidak boleh membiak dan pastikan pengambilan sabun anti bakteria. Amalkan pemakaian DEODARANT or basuh dengan AIR LIMAU (kalau mandi biar bersih2..cuci ditempat yang berdaki)
  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar- bahan sebegini memastikan adanya peredaran angin, dan mengurang rasa panas dan secara tidak langsung mengurangkan peluh. (elakkan memakai pakaian yang berlapis atau berwarna gelap) 
  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang). 
  • Berhenti merokok.
Anda juga boleh mencuba produk Shaklee untuk mengatasi masalah bau badan.
3 jenis vitamin yang dicadangkan untuk mengawal bau badan adalah.
 

1.  Alfalfa Complex shaklee  
 
Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.





 

2. Garlic Shaklee 

Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
 




 
3.  Herba-Lax Shaklee 


Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus. 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com ; SMS: 013-4505852  
 


6 Khasiat taugeh yang tersembunyi

Suka makan sayur taugeh? Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Berikut disenaraikan beberapa khasiat taugeh kepada kita.

 1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
 

2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%. 
 
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

7 punca cepat lapar

Pernahkah mengalami situasi berasa lapar kembali walaupun baru sahaja selepas makan. Makan berulang-ulang kali dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah obesiti dan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Berikut dinyatakan beberapa punca yang menyebabkan kita berasa cepat lapar: 

1) Minum terlalu banyak minuman manis

  
Hasil kajian daripadah University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa kita telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

2) Kerap makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin. Ia menyebabkan kita terdorong untuk makan berulang kali yang menjadi salah satu punca terhadap masalah obesiti. Kita boleh makan makanan bertin, tetapi elakkan daripada terlalu kerap.

3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

 
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat tahun mendapati bahawa individu yang mengambil 300 kalori ketika sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua kali ganda berbanding yang mengambil 500 kalori. Sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan kita makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari.

4) Tidak makan sayur-sayuran
  
Sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat seperti serat, anti oksida dan nutrien yang membantu rasa kenyang tahan lebih lama. Serat dalam sayur-sayuran dapat membantu untuk sistem pencernaan. Nutrien seperti vitamin dan mineral pula mampu meningkatkan imunisasi dalam badan. Seeloknya pilih sayur-sayuran segar untuk dimakan bagi mendapatkan khasiat yang maksimum.

5) Tidak minum teh kurang gula



Minum teh kurang gula selepas makan akan membuat kita berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak.

6) Kurang minum air putih
 
Kita perlu minum 8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari, seeloknya minum air putih sebelum mengambil makanan. Kekurangan air dalam tubuh badan berpotensi untuk meningkatkan tahap kelaparan yang akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak. 

7) Kebosanan
Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan untuk makan lebih banyak dan lebih kerap.

Monday, April 21, 2014

Bagaimana Rasulullah S.A.W merawat jerawat?

jerawat
Di jarinya, tumbuh sesuatu yang menjengkelkan. Selalunya ia menempek pada muka, tak ada pada tempat lain. Memang pelik. Macam mana jerawat boleh tumbuh pada jari? Lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu masalahnya. Orang ini bukannya seorang doktor. Bukan juga seorang pengamal perubatan. Tapi orang ini bukan calang-calang orang. Dia adalah Baginda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W bertanya kepada pesakit itu:
“Engkau ada minyak zarirah?
Pesakit itu menjawab. “Ada.”
Baginda S.A.W bersabda: “Bubuhkan ia pada jerawatmu itu, kemudian bacalah doa:
“Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi”
Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini.(1)

Itu adalah pengalaman Ibnu As-Sunni yang meriwayatkannya dari sebahagian isteri Nabi. Rupa-rupanya, kaedah untuk merawat jerawat sudah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W lebih dari 1400 dahulu.
Bukannya dermatologis dan doktor pakar.

Bagaimana jerawat terjadi?
Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit.
Masalah ini sering meghantui remaja terutamanya remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.
Faktor tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca utama masalah ini. Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.
Terdapat banyak kaedah untuk merawat jerawat. Sebelum jenama ubat jerawat terkenal berbondong-bondong diletakkan di pasaraya dan digilai ramai, minyak ini sudah digunakan terlebih dahulu.

Kenali minyak zarirah.
swertiachirata
Minyak zarirah diambil dari pokok Swertia chirayita. Dikenali sebagai Qasabuz-Zarirah di kalangan masyarakat Arab, ia boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana Himalaya. Tumbuhan ini bersifat pahit, anti-keradangan  dan digunakan secara meluas di dalam perubatan Ayurveda untuk merawat buasir, ulser, diabetis dan penyakit kulit.
Minyak zarirah adalah salah satu daripada banyak kaedah untuk merawat jerawat. Ianya semulajadi dan tiada bahan kimia.
Mungkin agak sukar untuk mendapatkan minyak zarirah di sini, tetapi anda boleh mengambil beberapa langkah mudah untuk mengurangkan kesan jerawat.

Tips mengurangkan kesan jerawat.
  • pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah tinggi, jadi cuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang mungkin.
  • pakai pakaian yang bersih dan sudah dicuci.
  • cuci muka dengan kerap. Wuduk setiap solat 5 kali sehari semalam adalah kaedah mudah untuk membersihkan muka dari minyak dan debu kotor.
  • guna pencuci muka yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.
  • ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B5, kalsium dan zink. Kurangkan makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat.
  • kawal stres dengan melakukan aktiviti aktif seperti bersenam, berenang atau senamrobik. Lakukan juga perkara yang boleh merehatkan minda seperti memancing, berkebun dan meditasi.
  • tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan mengeluarkan toksin dari badan.
  • untuk petua mudah, sapukan sari timun pada bahagian wajah dan leher selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Alhamdulillah, jerawat yang ada pada jari Ibnu As-Sunni sudah reda. Ini semua berkat dari doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. Lalu, ia disampaikan kepada semua orang, hinggalah sampai kepada kita.
Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, insya-Allah apa sahaja masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.

Sumber:
(1) Ditakhrij oleh al-Hakim dan beliau berkata:”Sanadnya sahih namun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim dan diakui oleh Az-Zahabi.

Nak tahu rahsia kulit berseri-seri tanpa make-up boleh baca SINI

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852  
 

Sunday, April 20, 2014

8 minuman bantu kurangkan berat badan!

Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan atau minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan. Berikut 5 jenis minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan:

1. Air putih
Air putih adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air putih sebagai minuman utama. Sekiranya berasa bosan untuk minum air putih, boleh di pelbagaikan dengan meletakkan hirisan lemon segar, limau nipis ataupun hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa tanpa menambah nilai kalori dengan banyak.

2. Jus sayur-sayuran

Jus sayur-sayuran adalah minuman terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar bagi mengurangkan berat badan. Jus sayur-sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama. 

3. Teh kurang manis

Teh boleh membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan, khususnya teh hijau kurang manis. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula ke dalam minuman tersebut.

4. Kopi

 
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan dalam kuantiti yang sedikit untuk mendapat kesan yang baik.

5. Susu rendah lemak

 
Susu adalah sumber protein yang sangat baik dan dapat membantu menurunkan berat badan. Ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang di pilih adalah susu rendah lemak. 

6.Cinch Energy Tea Mix Shaklee
 
Pengambilan teh ini bukan sahaja memberi tenaga malah meningkatkan metabolisma kita. Bagi mereka yang mengambil Set Kurus Shaklee pasti tidak ketinggalan untuk menjadikan Cinch Energy Tea Mix sebahagian daripadanya. Mestilah kan diet pemakanan yang dikawal dan pada masa yang sama memerlukan tenaga untuk rutin harian dan teh ini jawapannya. 
  
7.Cinch Shake Mix Shaklee  
Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. Index glisemiknya 22 yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah dan kekalkan tenaga.

 8.ESP Soy Protein Shaklee
Ianya membekalkan tenaga. 1 canister 1 kg ESP dibuat daripada 30kg kacang soya dan ia adalah energy booster segara yang boleh bertahan selama berjam-jam
Melawan rasa lapar. Sesuai dijadikan snek harian untuk mereka yang berdiet. Sesuai diambil semasa sahur untuk yang berpuasa.


Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852