KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan,Sentiasa Mesra Alam

PELUANG BERSAMA SHAKLEE

Kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa jua.

SET KURUS TERHEBAT

Kurus, sihat dan cantik bersama shaklee.

SET KULIT CANTIK HALUS DAN GEBU

Sebaik-baik kecantikan dan seelok-elok keindahan ialah akhlak yang mulia.

SET BERSALIN IDAMAN IBU-IBU

Hubungi saya segera dan dapatkan set hebat ini dengan harga yang istimewa

Saturday, January 30, 2016

Kisah Makcik Sengsara Gout Yang Sangat Menyayat Hati

Gambar sekadar hiasan
Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.
 
Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebakan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan posi

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.

Terima kasih kepada yang memberi testimoni ini. Semoga kita dapat membantu lebih ramai orang untuk kembali sihat.  
 
Jika anda Berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
 
 *** Untuk mendapat harga yang lebih menjimatkan anda boleh menghubungi terus dengan saya.

Ramuan Mandian Herba Untuk Ibu Selepas Bersalin

  
Satu komponen penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu selepas bersalin ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah. Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Kebaikan mandian air herba ini adalah ia dapat membantu ibu:
  • Membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan
  • Mengembalikan kecergasan badan dan memulihkan tenaga
  • Mencantumkan urat putus 
  • Membuang angin 
  • Menyegarkan urat  
  • Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu 
  • Mengatasi masalah kebas 
  • Masalah sengal tulang
  • Mengendurkan otot 
  • Menghaluskan kulit 
  • Tujuan awet muda.
Penyedian Ramuan Herba yang diperlukan.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.
 
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar 
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
Cara Penyediaan Air Mandian Herba

Ambil periuk (dulu orang guna periuk tanah). Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.  

Cara Mandian Air Herba 
  • Penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air 
  • Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu 
  • Diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. 
  • Ulang pada kaki kiri. 
  • Ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. 
  • Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri 
  • Seterusnya mandi keseluruhan badan secara perlahan-lahan agar air rebusan herba meresapi liang roma. 
  • Lakukan cucian atau cebokan di bahagian alat sulit. 
  • Daun-daun rebusan digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
  • Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan.
Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala 
Ibu-ibu bersalin dilarang membasuh rambut guna air panas /air rebusan mandian yang panas, ini akan menyebabkan keguguran rambut atau sakit kepala. Basuh rambut dengan air biasa, iaitu air perigi atau air paip. Rahsia Rambut Sihat Dan Cantik Secara Semulajadi.

Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Penyusuan Dan Slimming ini, anda boleh 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Tuesday, January 26, 2016

Nutriwhite 16 Ramuan Botani yang Mujarab

 
Nutriwhite adalah rangkaian produk kecantikan wajah semulajadi yang berasaskan konsep "kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains". Khas untuk menyelesaikan masalah jeragat, pigmentasi, tompok hitam dan sebagainya yang menjadikan kulit wajah kelihatan kusam. 

Nutriwhite Ia diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan. Ianya lebih sesuai untuk kulit yang tidak mempunyai masalah jerawat yang teruk, normal dan tidak terlalu sensitif. Ianya berfungsi lebih kepada pencerahan kulit dan kandungan Vitamin c yang tinggi tidak sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat teruk.

Bagi mereka yang mempunyai kulit yang terlalu kering atau terlalu berminyak pula, kami sangat menyarankan agar anda menggunakan satu lagi produk yang dipanggil Shaklee Enfuselle. 

Pernah dengar perkataan Whiten-16?

Whiten-16 ni ialah 16 ramuan botani dalam Nutriwhite yang telah diPATENkan. Paten ni samalah macam Copyright dan Trademark. Kos untuk Paten, Copyright dan Trademark ini bukan satu atau dua sen. Kadang-kadang sampai 6-7 angka bergantung pada 'keseriusan' benda yang nak dipatenkan.

Kenapa perlunya Paten 16 ramuan botani Nutriwhite?

Maksudnya, bila dah kena paten, syarikat kecantikan lain tak boleh nak guna ramuan yang sama. Kalau guna jugak boleh kena saman. Jadi, produk lain tak boleh ciplak idea saintis Shaklee ini.

Kos Paten dah lah mahal? Berbaloi ke?

Yer, sangat berbaloi... sebab 16 ramuan ni seolah-olah "secret recipe" Shaklee dalam bidang NUTRISI KECANTIKAN. Jadi, hanya Shaklee yang berhak menggunakan ramuan ini yang ternyata sentiasa Semulajadi, Selamat dan Berkesan!



Perbezaan NutriWhite selain gabungan 16 ramuan botani yang mujarab ialah:

  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika 
  • 3 tahun pembangunan produk 
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara 
  •  Ujian yang menyeluruh 
  • Ramuan gabungan yang optimum, selamat dan berkesan tanpa paraben 
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti 
  • Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya

Berkesan sangat kah???

Ya, Nutriwhite berfungsi dalam 5 cara. Kena tahu ni... bukannya main-main magic, pakai terus cantik.
  1. Mencegah - melindungi kulit dari sinaran UV, cahaya matahari dan alam sekitar yang boleh menggelapkan kulit
  2. Mengurangkan - kurangkan penghasilan pigmen pada kulit yang boleh menggelapkan dan warna kulit pun jadi sekata (bukan macam zebra atau panda)
  3. Menyekat - sekat pergerakan pigmen hitam dari dasar sel kulit ke lapisan kulit bahagian luar dan mencegah tompokan hitam
  4. Mencerahkan - cerahkan warna melanin (pigmen semula jadi) sedia ada dan tompokan hitam. Warna kulit secara keseluruhan juga akan menyerlah
  5. Memperbaharui - menghilangkan sel mati yang mengandungi melanin (biasanya bewarna gelap) berlebihan agar kulit berseri

Step by step penggunaan Shaklee Nutriwhite


Jom Layan video best ni cara untuk hilangkan Jeragat Dengan Mudah



Untuk mendapatkan Set Nutriwhite ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Saturday, January 23, 2016

4 Makanan Untuk Sakit Sendi Lutut

Sakit sendi lutut seperti yang saya kongsikan di entry punca sakit sendi, adalah berpunca dari terhakisnya kolagen di bahagian lutut. Bila kolagen terhakis, semua bahagian tulang akan mendapat kesan


Hari ini saya kongsikan 4 makanan yang boleh diamalkan oleh pesakit sakit sendi lutut, khasnya untuk mengurangkan radang di bahagian sendi lutut dan sebagai anti-oksidan.

4 Makanan Untuk Merawat & Menghilangkan Sakit Sendi 

1.Soya
Soya kaya dengan isoflavine dan anti-radang. Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia. Contoh makanan berasaskan soya termasuk lah tempe, kicap dan kacang soya itu sendiri


2.Buah – Buahan
Vitamin C merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren dan kiwi

3. Ikan
Minyak ikan mengandungi Omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus.

4.Rempah & Herba
Kunyit, jintan, kulit kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi.

Selain dari 4 makanan di atas, anda juga boleh amalkan Set Sendi Shaklee untuk memperbaiki sakit sendi lutut.

Pengalaman Puan Lydzar
Puan Lydzar juga pernah menghadapi masalah sakit sendi. Alhamdulillah, kini beliau boleh menemani suami beliau untuk beraktiviti lasak. Ini video pengalaman Puan Lydzar sendiri menggunakan Set Sendi Shaklee.

 


Set Sendi Shaklee – Semulajadi, Selamat & Berkesan!
Set ini terdiri dari 3 supplement wajib untuk sendi lutut iaitu:

1. Advance Joint Health Table (AJHT)
Membantu mengisi semula bendalir lutut yang telah haus yang menyebabkan sakit di antara sendi apabila kita bergerak.

2. Ostematrix
Membantu mempadatkan semula tulang yang mula lopong akibat kekurangan nutrisi kalsium harian dan juga disebabkan oleh faktor usia.

3. Omega Guard
Membantu mengurangkan radang yang menyebabkan kesakitan di sendi-sendi badan.
Berminat Untuk mendapatkan Set Tulang Dan Sendi ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee.
 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Wednesday, January 20, 2016

7 Makanan Ini Perlu Dielakan Demi Kesihatan Sendi Lutut Anda


Bila usia meningkat kita akan sering hadapi masalah lemah lutut ini. Namun ada juga walaupun umur masih muda sudah menghadapi masalah ini. Sakit sendi lutut  berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus dan semakin nipis.

Apabila permukaan sendi haus, kadang-kadang boleh membawa sendi menjadi bengkak dan kebas. Kita sebagai manusia selalu menggunakan lutut setiap hari. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut adalah, berjalan, duduk dan berlari.

Untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami suka ingin saya kongsikan beberapa makanan yang perlu anda elakkan. Berikut adalah 7 Makanan Yang Perlu Dijauhi Untuk Kesihatan Sendi:

1.0 Makanan Bergoreng & Makanan Diproses Perlu Dikurangkan   

Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.

Apa yang boleh anda lakukan: Kurangkan jumlah makanan yang digoreng dan diproses yang anda makan dan banyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.

2.0 Turunkan Paras Toksin A.G.E Kita

AGE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.
AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.

Apa yang boleh anda lakukan: Satu kajian pada 2009 mendapati bahawa mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet kita berpotensi boleh membantu mengurangkan paras AGE.

3.0 Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi

Seperti yang telah dibincang sebelum ini, jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.

Apa yang boleh anda lakukan: Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.

4.0 Kadar Pengambilan Produk Tenusu Perlu Dirombak

Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh mesesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.

Apa yang boleh anda lakukan: Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.

5.0 Sudah-Sudahlah Dengan Tembakau Dan Alkohol Itu!

Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.

Apa yang boleh anda lakukan: Sendi yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan jumlah rehat yang cukup. Semua yang boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau. Hentikan sahaja tabiat buruk itu. Pilihlah gaya hidup sihat, senaman konsisten dan tidur yang berkualiti.

6.0 Apa Lagi Kalau Bukan Tentang Garam & Bahan Pengawet
Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.

Apa yang boleh anda lakukan: Baca label untuk mengelakkan bahan pengawet dan garam berlebihan. Kurang garam boleh membantu anda menguruskan artritis. Walaupun penyediaanya mudah, makanan yang dipanaskan oleh gelombang ketuhar sering tinggi dengan kandungan garam.

7.0 Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun
Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.

Apa yang boleh anda lakukan: Gantikan makanan yang mengandungi omega-6 asid lemak dengan sihat dan bersifat anti-radang serta kaya dengan omega-3 seperti minyak zaitun, kacang, dan lain-lain. 

Cadangan Makanan Tambahan Untuk Atasi Masalah Sakit Sendi Lutut



Ini sebab utama kenapa anda patut ambil supplemen ini:
  1. Advanced Joint Health Table™ (AJHT) menyokong pergerakan dan kelenturan sendi. Ianya hasil ramuan terbaik seperti Boswellia bagi menjaga dan memastikan sendi-sendi lutut, punggung, tulang-belakang serta jari kaki dan tangan berfungsi dengan sempurna.

  2.  Omega Guard™ mampu meredakan inflamasi dan radang sendi. Dalam bentuk kapsul yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Glukosamina. Ia mampu meredakan kesakitan sendi. Kandungan Omega juga bertindak seperti pelincir untuk melincirkan sendi-sendi kita.

  3. Ostematrix™ berfungsi membekalkan keperluan nutrien harian yang diperlukan seperti kalsium. Mustahak untuk menyokong pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang-tulang sihat akan menyokong tubuh dan menggerakkan otot-otot supaya kekal cergas!
Paling mustahak ia semulajadi, selamat dan berkesan. Sudah lebih 58 tahun jenama ini berada di pasaran.
Ini pula screen-shot sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk supplemen ini:


Kenapa Anda Perlu Membuat Pilihan Dengan Berhati-hati?

Kebanyakan dari ubat sakit lutut yang dijual secara meluas di pasaran mengandungi steroid. Jika ubat yang anda makan itu serta merta meredakan sakit sendi dan otot itu adalah petanda ubat itu berkemungkinan besar mengandungi steroid. Jika berterusan mengambilnya dalam masa beberapa hari, berat badan akan meningkat mendadak dan pipi menjadi tembam. Ini sangat bahaya untuk buah pinggang dan berpotensi menyebabkan tulang reput.

Saya pernah membaca kisah dari Dr.Zubaidi Haji Abdullah tentang seorang pesakit wanita berusia lingkungan 50-an yang terjatuh dari kerusi dan tidak semena-mena patah tulang punggung. Apabila dibawa ke hospital untuk x-ray didapati beliau mengalami masalah osteoporosis akibat daripada pengambilan ubat herba yang dipercayai bercampur dengan streoid untuk melegakan sakit sendi lutut beliau.

Justeru, kita perlu berhati-hati dalam memilih ubat atau supplemen. Jangan sebab ianya mungkin murah dan memberi kesan semerta tetapi jangka masa panjang membawa mudarat kepada kesihatan kita.
Jika anda inginkan manfaat maksimum, boleh dapatkannya sekarang dari saya. 

Untuk mendapatkan Set Tulang Dan Sendi ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee.
 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Tuesday, January 19, 2016

Merawat Batu Karang Secara Semulajadi

Penyakit Batu Karang

Image result for punca batu karang  

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.

Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Terdapat juga beberapa petua yang dapat diamalkan bagi yang ingin mencuba kaedah alternatif secara semulajadi:

1. Petua Dari Dr Hamid Arshat 

Image result for punca batu karang

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
  • Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
  • Hari ke-6 jangan makan malam (dinner) 
  • Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
  • Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
  • Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

2.Tembikai dan Prune Juice

Image result for jus tembikai + jus prune

  • Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari. 
  • Pastikan 1 biji tembikai tersebut mesti dihabiskan dalam masa 24 jam selama 3hari berturut2 (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air)
  • Sebelum minum selawat 3x dan niatkan untuk kesembuhan penyakit tersebut. 
3.Nanas Sembuh Penyakit Batu Karang

Image result for punca batu karang

  • kupas sebiji nanas dan cincang. 
  • Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau
  • Cari Sulur Nenas campurkan dengan gula batu, minum hari hari...sampai dah tak ada batu karang tersebut.
4. Lobak Putih 

Image result for jus lobak putih + air kelapa

  • minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali. 
  • Jangan diamalkan hari-hari sebab air  lobak putih adalah tajam.
5. Air Kelapa

Image result for jus lobak putih + air kelapa

  • amalkan minum air kelapa tak kira yang muda atau tua tanpa campur ais..gula atau garam..minum setiap hari..In shaa Allah batu akan hancur dan keluar sendiri.
6. Dengan Ikhtiar Minyak Zaitun 

  • 1 sudu besar minyak zaitun 
  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 4 cawan air masak
Caranya:
  • Minum 1 sudu minyak zaitun. 
  • Campurkan 1 sudu besar air perahan limau nipis ke dalam secawan air (tanpa gula) dan 
  • minum bersama 3 cawan lagi air masak. 
Insya Allah ia mampu jadi ikhtiar untuk hancurkan dan keluarkan batu karang.  

Selain itu bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing. 
  2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. 
  3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. 
  4. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. 
  5. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 
  6. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. 
  7. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. 
  8. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 
  9. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol. 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Monday, January 18, 2016

Kalsium Mendap Dalam Salur Darah

Di dalam salur darah kita, selain kolesterol yang boleh melekat di dinding salur darah terdapat satu lagi unsur yang boleh melekat didinding salur darah kita. Unsur itu ialah kalsium. 

Bila kalsium termendap, ia dinamakan calcification. Kesan calcification ini, menyebabkan bahagian yang termendap dengan kalsium tersebut menjadi mengeras. Banyak tempat ia boleh termendap selain daripada salur darah seperti otak, breast, sendi & buah pinggang. Itulah  yang menjadi penyebab kepada terjadinya penyakit batu karang.

Adakah benda ni terjadi sebab kalsium berlebihan? TIDAK.

Mengikut kajian dari Universiti Harvard, pengambilan kalsium tidak mempunyai kaitan dengan batu karang dan apa-apa saja penyakit kesan dari calcification ni. Makan kalsium ke tak makan ke, sama je risikonya.

Punca utama yang dikenalpasti adalah kecederaan dalaman, jangkitan, genetik, masalah auto-imune, & pernah jalani pembedahan.

Jadi anda tidak perlu takut untuk mengambil kalsium kerana bimbang terkena batu karang ianya tidak berkaitan sama sekali.
Adakah ia boleh dirawat?
 
Menurut International Journal of Molecular Sciences, mereka ada buat test untuk mengkaji penyebab calcification... Kalsium bukan penyebab. Tapi....

- pengawet makanan
- makanan diproses
- lemak trans
- gula

Jika anda benar-benar ingin mencegah berlakunya calcification ini, anda dinasihatkan untuk mengurangkan  atau tidak mengambil sama sekali  makanan yang dinyatakan di atas.

Bagi membantu mengatasi masalah ini dalam report yang sama mencadangkan pengambilan suplemen yang mengandungi:


Jagalah pemakanan sesungguhnya apa yang anda makan, itulah yang menjadikan diri anda.
Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Kisah Siak Masjid

Sekadar hiasan
Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama; Ahmad dan Zainal Abideen. Ahmad cerdik dan pintar, tapi kurang beruntung secara ekonomi. Sedangkan Zainal Abideen adalah seorang yg biasa-biasa saja.

Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yg istimewa; di koridor wudhu, koridor tandas sebuah masjid megah dgn infrastruktur yg cantik, yg memiliki sisi pandang pergunungan serta kebun teh yg terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah mempersona.

Zainal Abideen sekarang adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, Tapi tetap menjaga jatidiri seorang muslim yang mukmin. Lazimnya setiap kali keluar ke kota, dia sempatkan dirinya untuk singgah dimasjid dimana yg ia lalui. Untuk memperbaharui wudhu, dan sujud syukur. Jika masih dapat waktu yg diperbolehkan solat sunat, maka ia akan solat sunat juga sebagai tambahan.

Seperti biasa, ia tiba di Puncak Pas, Bogor. Ia mencari masjid, dan bergegas masuk ke masjid yg ditemuinya
Di sanalah dia ditemukan dengan kawannya. Cukup terperanjat Zainal Abideen. Ia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya MasyAllah, luar biasa.
Zainal Abedeen tidak menyangka, bila hampir dua puluh tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid itu.!

“Maaf, kamu Ahmadkan ? ..kawan sekolah menengah saya dulu?”.
"Ya, saya" jawap Ahmad.
Lalu berpelukanlah mereka.
“Hebat sekali kamu ya Zainal Abideen, MasyAllah"

Puji Ahmad saat melihat Zainal Abideen yang segak bergaya korporatnya. Lengan yg digulungnya untuk mengambil wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .

“Ah, biasa ja…”balas Zainal Abideen
Zainal Abideen merasa hiba.. Ahmad dilihatnya sedang memegang kain mop. . seluarnya disentengkan, dan kopiahnya ditarik ke belakang sehingga dahinya yang lebar terlihat jelas.

“Mad… Ini kad nama saya…”.Ahmad melihat.
“Pengarah Urusan ! Wahh, hebat."
“Mad, nanti habis solat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di pejabat saya ada pekerjaan yg lebih baik dari sekedar siak di masjid ini. Maaf…”.Tegas Zainal Abideen ikhlas nak bantu kawan lamanya

Ahmad tersenyum kegembiraan. Ia mengangguk.
“Terima kasih ya.. Selesaikan saja dulu solatnya. Saya pun nak selesaikan pekerjaan bersih-bersih dulu… Silakan ya "balas Ahmad.

Sambil wudhu, Zainal Abideen tidak habis-habis berfikir. Mengapa Ahmad yang pintar, tapi cuma kerja sebagai siak di masjid? Ya, meskipun tidak menjadi kesalahan pekerjaan sebagai siak , tapi siak… ah, fikirannya tidak mampu memahamkan situasi Ahmad.
Air wudhu membasahi wajahnya…
Sekali lagi Zainal Abideen melewati Ahmad yang sedang membersih lantai masjid. Andai saja Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy”.

Tanpa sedar, ada yang solat di belakang Zainal Abideen. Sama-sama solat sunat agaknya.
Ya, Zainal Abideen sudah solat fardhu di masjid sebelumnya.
Zainal Abideen sempat melirik..
“Barangkali ini kawannya Ahmad…”, gumamnya.
Zainal Abideen menyelesaikan doanya secara ringkas. Bingkas dia bangun untuk berbicara dengan Ahmad.

“Encik,” tiba-tiba anak muda yang solat dibelakangnya menegur.
“Iya dik..?” 
“Encik, kawan lama dengan Haji Ahmad…?”
“Haji Ahmad yang mana…?”
“Itu, yg Encik bersembang tadi…”
“Oh… Ahmad?
Ya, kenal.
Kawan saya dulu di sekolah, dah haji dia?”
“Dari dulu sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…”.
Kata adik itu cukup mengejutkan.
Tapi cukup menampar hatinya Zainal… Dari dulu sudah haji…?
Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…?

Anak muda ini kemudian menambah, “Beliau orang hebat, tawadhu’. Sayalah siak masjid ini yg sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yg bangunkan masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau membina sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit mereka yg mahu solat.

Encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? Itu semua milik beliau... Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh... Iaitu gemar menggantikan tempat saya. Kerana suara saya bagus, kadang-kadang saya disuruh mengaji dan azan saja…”. tambah anak muda itu.

Terdiam Zainal Abideen, entahlah apa yg ada di hati dan di fikirannya.

Bagaimana menurut kita ?
Jika Haji Ahmad itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yang sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita memberitahu siapa kita yang sebenarnya.
Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid, maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahawa kita inilah pewaqaf dan yg membangun masjid ini.
Tapi kita bukan Haji Ahmad. Dan Haji Ahmad bukannya kita. Ia selamat dari rosaknya nilai amal, Tenang saja. .
Haji Ahmad merasa tidak perlu menjelaskan apa-apa. Dan kemudian Allah yang memberitahu siapa dia sebenarnya... jika Allah kehendaki.
MasyAllah.
(Orang yg ikhlas itu adalah orang yang menyembunyikan kebaikan2nya, seperti ia menyembunyikan keburuk2anya)

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852