Pemakaian bengkung bersalin adalah salah satu amalan yang penting di
dalam tempoh berpantang. Para ibu yang telah melahirkan anak digalakkan
memakai bengkung sejak dari hari ke-4 kelahiran sehingga habis tempoh
pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang.
Sejak zaman berzaman, pemakaian bengkung telah menjadi amalan
tradisional masyarakat Melayu untuk wanita yang sudah melahirkan anak.
Dengan gabungan asas rawatan di dalam berpantang moden seperti pengambilan supplement dan kaedah tradisional seperti urutan,bertungku dan penggunaan bengkung mampu melengkapkan proses pemulihan tubuh ibu kepada asal.
Berbengkung juga dipercayai boleh membantu:
1. Mengelakkan perut masuk angin
Semasa tempoh mengandung selama 9 bulan, wanita akan mengalami
pertambahan berat badan yang mendadak. Selain itu, wanita juga mengalami
masalah angin di dalam perut yang boleh menyebabkan ibu mengalami
sakit-sakit badan dan sendi. Melalui ikatan bengkung yang kemas dan sempurna, ia membantu
pengaliran angin panas dan kotor keluar dari badan ibu yang berpantang
dengan sempurna.
2. Membantu mengempiskan perut dan lemak yang berada di bahagian paha dan punggung
Bagi wanita yang mempunyai masalah perut buncit dan menggeleber,
pemakaian bengkung yang konsisten akan membantu mengempiskan bahagian
badan yang bermasalah. Selain itu, ia juga membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat
serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan
bayi mereka.
3. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin
Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa
bagi wanita selepas bersalin. Keadaan ini menyebabkan tisu perantara
yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik
ke bahagian tepi abdomen anda.
Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam
badan dan bukannya otot perut. Pemakaian bengkung akan membantu
menguatkan kembali otot-otot yang tegang an kelihatan menggeleber.
4. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik
Pemakaian bengkung baik untuk menyokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang. Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
5. Menghalang peranakan daripada ‘turun’
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot , jaringan dan ligamen. Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang
menyokong rahim menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh dan kadangkala
terkeluar dari saluran jatuh.
Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.
Bagaimana Memilih Bengkung Yang Baik?
Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang
yang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini
dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim.
Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke
atas. Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan
menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.
Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti
terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Bengkung yang pendek
juga akan membataskan pergerakan anda dan menyukarkan anda untuk
bergerak.
Tips Pemakaian Bengkung
Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah,
tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara. Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan
menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah. Bengkung biasanya tidak dipakai begitu sahaja.
- Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
- Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
- Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.
Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Penyusuan Dan Slimming ini, anda boleh
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment