Tuesday, January 12, 2016

Jenis-Jenis Makanan Ibu Dalam pantang

 
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. 

Maka pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang amat diperlukan oleh ibu selepas bersalin disamping amalan memilih makanan semasa berpantang bagi mengelakan ibu mendapat kesan yang lebih buruk.

Setiap ibu mempunyai sistem dan ketahanan badan yang tidak sama dan jika anda bersalin anak sulung, anda harus mencuba makan makanan yang tidak boleh dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya ada orang tidak boleh makan sayur bayam dan kubis semasa pantang sebab nanti bentan dan sejuk tetapi ada juga ibu-ibu yang boleh makan sayur ini. Jadilah cubalah semua dan baru anda tahu apa yang boleh dan tidak boleh bila berpantang anak kedua nanti. Walau bagaimanapun kebiasaannya inilah amalan makanan yang patut para ibu berpantang boleh ikuti.

1. Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan:
  • Ikan masin atau ikan kering
    Kesannya: Makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. 
  • Ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang              Kesannya: Boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
  • Ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
    Kesannya:
    Boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan 
Digalakan makan:
  • Ikan yang segar 
  • Haruan 
Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.
  • Yu.
Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. 

2.Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya :

  • serai
  • lengkuas
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun kesum
  • halia
  • Daun pegaga
  • pucuk mengkudu
  • ulam raja
  • daun lemuni hitam
  • daun maaf zahir batin
  • daun sekentut
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku.   
Khasiatnya:
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
 

3. Jenis sayuran
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah: 

  • kangkung
  • timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • petola
  • labu
  • rebung
  • kacang botor
  • jeruk maman
  • petai
  • jering
  • terung. 
Jenis sayuran yang digalakan ialah:
  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih
Khasiatnya:
  • Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu 
  • Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
4. Jenis Buah-Buahan
Tidak semua buah boleh diambil oleh ibu yang sedang berpantang. Antara buah-buahan tersebut adalah:
  • nenas
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • tembikai cina
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang
  • ubi kayu, ubi keladi, sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai. 
Kesannya:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 

Jenis buah-buahan yang di galakan adalah:
 
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina
5. Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


6. Jenis Minuman
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau dan kelapa muda.

Jenis minuman yang baik diamalkan:
  • Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah. 
  • Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak. 
  • Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. 
  • Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga. 
  • Air madu memanaskan badan. 
Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Penyusuan Dan Slimming ini, anda boleh
 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive