Showing posts with label Jerawat. Show all posts
Showing posts with label Jerawat. Show all posts

Sunday, October 23, 2016

Homemade Jamu Kunyit Yang Mudah Disediakan



Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa dan madu atau gula merah?Air kunyit dipercayai sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Ianya boleh dibaratkan seperti jamu. Kunyit yang biasa kita tahu selalunya digunakan bagi melazatkan makanan tetapi khasiat kunyit lebih lagi dari pelazat makanan.

Apa tu Kunyit?

Kunyit adalah termasuk dalam tanaman rempah-rempah, yang masih satu keluarga dekat dengan rhizomatous. Keduanya dimanfaatkan untuk pelbagai keperluan, termasuk perubatan secara semulajadi.

Kunyit memiliki rasa yang sedikit pahit dan pedas, serta bau yang tajam, kerana adanya zat yang disebut curcumin. Kehadiram kurkumin ini adalah yang menyebabkan warna kuning pada kunyit.

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan Luaran

  • merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
  • menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit. 
  • Menghaluskan kulit wajah. 
  • Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
  • Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
  • Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
  • Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.

Khasiat kunyit untuk kecantikan dalaman wanita.

  • mencuci darah dan kekotoran dalaman, 
  • kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), 
  • kecutkan buasir, 
  • kecutkan fibroid, 
  • kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, 
  • menyuburkan peranakan, 
  • memulihkan luka2 dalaman, 
  • naikkan seri muka, 
  • buang angin, 
  • elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh
Secara saintifiknya, ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.

Jom Kita buat Jamu Kunyit Sendiri!!!

Bahan-Bahanya :

  • 5 Gelas air masak 
  • 4 Ketul ibu kunyit sederhanan besar 
  • Air Asam Jawa 
  • Gula Merah

Caranya:

1. Blender ibu kunyit dengan air
2. Tapis airnya
3. Campurkan sedikit air Asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
3. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut2 selepas darah nifas bg org bersalin. 


Untuk dijadikan amalan elok diminum skali sehari setiap pagi atau malam. Kalau suka masam tambah la lagi air asam jawa. Kalau suka manis tambah la lagi madu atau gula merah.
Ok, selamat mencuba. 
 
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/

Share:

Friday, May 1, 2015

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi

Faktor persekitaran dan jenis makanan yang diambil boleh menjadi punca banyaknya toksin terkumpul di dalam badan.Toksin ini biasanya akan disingkirkan melalui sistem perkumuhan semasa membuang air besar.Namun begitu ada juga toksin kekal di dalam badan dan mengganggu organ penghadaman seperti usus,buah pinggang dan juga hati.Sudah tentu anda perlu membuang toksin tersebut sebelum penyakit lain menjadi bertambah serius.

Proses ini di panggil detok. Detox bertindak dalam menyingkirkan toksin,racun,lemak dan bahan buangan yang tidak di perlukan oleh badan.Setelah itu,anda pasti berasa lebih sihat dan ceria.

Tanda-tanda tubuh anda perlukan detox

  • Sembelit
  • Pening Kepala
  • Perut Kembung
  • Nafas Berbau
  • Berasa letih dan tidak bertenaga
  • Sentiasa hendak makan
  • Jerawat

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi 

1.Banyakkan Minum Air   
Air dapat menyejukkan badan dan menyingkirkan toksin apabila kita membuang air kecil.anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air dalam masa sehari. 

2.Bersenam Selalu 
Toksin yang ada dalam badan dapat dibuang melalui peluh yang keluar melalui kulit.Cara mudah untuk bersenam adalah berjalan kaki dan mengemas rumah.Badan sihat rumah pun sedap untuk di pandang. 

3.Berpuasa 
Berpuasa dapat merehatkan organ pencernaan anda kerana anda tidak makan dan minum ketika itu. 

4.Buah-Buahan 
Buah mempunyai kandungan air dan fiber yang baik dalam membantu melawaskan sistem pencernaan.Ini dapat mengelakkan sembelit dari terjadi. 

5.Buah Citrus 
Anda boleh membuat air campuran antara buah oren dan juga lemon.Buah citrus dapat menguatkan imunisasi dan juga mengurangkan ketidakhadaman akibat tersalah makan. 

6.Bawang Putih 
Bawang putih dapat membuang angin dalam perut.Jadi tidaklah anda berasa kembung dan juga sakit perut selalu. 

7.Spirulina 
Dapat mencegah sembelit dan meneutralkan toksin di dalam badan. 

8.Alfalfa 
Kaya dengan klorofil yang dapat mencuci dan membersihkan toksin dalam badan. 

9.Teh Hijau 
Teh hijau adalah minuman yang tinggi antioksida  yang mampu untuk menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh kita.Kalau anda penggemar Teh yang mempunyai Taurina (bagus untuk menambah tenaga) dan sedang berdiet boleh mencuba Cinch Tea.

Pengambilan ini penting sebelum anda mengambil suplemen samada untuk kecantikan atau penjagaan kesihatan.Jika tidak nutrisi yang ada pada makanan tambahan tersebut tidak memberikan kesan yang terbaik.

Untuk lebih memudahkan anda memperkenalkan, Super Detox Set dari Shaklee. Set ni terdiri daripada: 
 3. Garlic
 Kebaikan dari pengambilan set ni adalah:
  1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  2. Membantu meningkatkan kesihatan hati
  3. Meningkatkan seri wajah
  4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh 
Jangan biarkan toksin yang terkumpul dalam badan anda menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain yang tidak diingini. Bertindaklah sekarang.  
 
Untuk mendapatkan Set Detox ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4e4f523705f88c7253fc492d5a45743a 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Tuesday, March 3, 2015

Kepentingan Zinc Complex Kepada Lelaki

Zinc merupakan antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk aktiviti enzim dan sistem badan. Secara umum, zinc membantu baik pulih luka, membantu masalah keguguran rambut dan masalah kulit, dan lain-lain lagi.
 
Namun, terdapat beberapa khasiat Zinc yang menjadikan ia mineral penting bagi LELAKI:

1. MENINGKATKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN TESTOSTERON LEVEL

                                
Digelar ‘the ultimate sex mineral’ oleh majalah Men’s Health, zinc mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Ia perlu untuk penghasilan sperma, kekurangan zinc boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan level testosterone. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan). Oleh itu bagi anda yang ingin memulakan keluarga, zinc supplement boleh membantu.

2. MENINGKATKAN MOTILITI SPERMA 
Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat untuk disenyawakan oleh ovum. Jadi, tambahan zinc dalam diet sangat membantu meningkatkan kekuatan sperma anda.

3. MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTATE
Zinc penting untuk kesihatan prostate. Kajian menunjukkan sel prostate pesakit kanser mengandungi kurang zinc berbanding sel prostate yang sihat. Kurang zinc juga menyebabkan pembesaran prostate mengakibatkan prostitis atau benign prostatic hyperplasia.
Jadi, jangan lupa tambahkan kekacang dalam diet anda untuk sumber zinc yang cukup.

4. MENGURANGKAN SIMPTOM BATUK DAN SELSEMA
Kajian menunjukkan zinc membantu mengurangkan simptom batuk selsema dengan bertindak pada bahagian badan yang menyebabkan batuk selsema, seterusnya mengurangkan simptom tersebut.

5. MERAWAT JERAWAT
Zinc berkesan mengurangkan jerawat, sama ada diambil dalam bentuk tablet atau disapu pada kulit.
Ia juga membantu merawat psoriasis, eczema, kudis dan kelemumur

6. MENGELAKKAN ATAU MERAWAT BOTAK
Tanda Alopecia (botak) mungkin terlihat dengan penipisan rambut atau kehilangan rambut yang drastik. Zinc membantu pertumbuhan semula rambut.
Kajian menunjukkan lelaki yang makan daging tanpa lemak lebih jarang menjadi botak berbanding lelaki yang makan daging berlemak kerana daging tanpa lemak merupakan sumber zinc yang tinggi.
Dos supplement zinc yang diperlukan untuk menghalang botak adalah 50-100mg/sehari.

7. ALKOHOL DAN ZINC
Kajian menunjukkan kekurangan zinc boleh mempercepat proses kerosakan hati disebabkan oleh alkohol. Zinc membantu kebolehan antioksidan hati untuk berfungsi dan meningkatkan methallotheinein,
sejenis kompaun yang membantu menyingkirkan logam bahaya dari hati.

8. MENINGKATKAN IMUNITI
Zinc bertindak sebagai anti oksidan untuk menyingkirkan radikal bebas dari badan seterusnya membaiki sel dan meningkatkan sistem imun badan.

9. MEMBANTU FUNGSI THYROID
Zinc membantu penghasilan thyroid releasing hormon, untuk penghasilan thyroxine. Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah hypothyroidism.

10. ZINC DAN BAIKPULIH
Sukan boleh menyebabkan tekanan pada sistem otot dan tulang. Tekanan ini menyebabkan kekurangan zinc yang banyak disimpan di dalam otot tubuh. Oleh kerana zinc penting untuk pembinaan semula sel, adalah penting bagi lelaki yang aktif untuk memastikan kandungan zinc yang cukup untuk pembentukan semula sel yang sihat dalam badan.
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Monday, May 5, 2014

Ketahui Rahsia Kulit Bebas Jerawat, Lembap,Bersinar,Senggugut Pun Hilang

Masalah kulit memang tidak akan habis dibahaskan. Selagi kulit memang bermasalah, selagi itulah masalah kulit tetap ada. Ini adalah kerana kulit merupakan organ terluar yang melindungi organ-organ tubuh yang lain sehinggakan sebarang gangguan atau cela yang berlaku akan nampak kesannya pada kulit. Jadi tidak hairanlah kulit jadi gelap dan kusam jika tiada perawatan dalaman.

Jika anda punya kulit bermasalah dan kusam, dan bergaul dengan orang yang punya kulit cerah dan gebu tentu sahaja anda akan merasa rendah diri dan pastinya anda akan bertanya produk apalah yang wanita itu pakai kan. 

Percaya tak kini ramai wanita yang mengamalkan supplemen kecantikan seperti A,B,C ,E dan protein untuk dalaman dan luaran, sedangkan pencuci muka yang anda pakai tu hanyalah untuk luaran sahaja.

Tak percaya lagi? Mari lah kita layan testimoni pula.


Set D ada vitamin apa?
  • Vitamin B – regenerasi sel-sel kulit mati juga melembapkan kulit.  Vitamin B menghasilkan zat panthenol yang boleh diserap pada lapisan kulit paling dalam. 
  • Vitamin C – melindungi kerosakan  dan mengaktifkan sel-sel kulit, membentuk kolagen juga antioksidan 
  • Vitamin E – mencegah penuaan, menjaga keanjalan kulit; Jika kurang vitamin E,  maka kulit berkedut dan tampak  tua dari usia. 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=37d097caf1299d9aa79c2c2b843d2d78

Vitamin tambahan yang boleh dikombinasikan dalam SET D ialah vitamin A dan ESP protein. 
  • Vitamin A – regenerasi sel-sel kulit. Kurang vitamin A maka kulit kering dan bersisik 
  • ESP protein – Cerahkan kulit, pembentukan sel baru, elakkan kulit melendut, bantu bebas jerawat  
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
Bonus buat wanita set ini juga bantu atasi masalah senggugut tau. Jadi, bagi sesiapa yang ada masalah senggugut tu boleh ambil set ini disamping cantikkan kulit anda ye.
Punca kulit bermasalah ialah kurang vitamin, minum alkohol, pengaruh kulit-kulit mati,merokok, pengaruh sirkulasi darah juga paparan sinaran matahari. Makanlah banyak sayuran, buahan  yang mengandungi vitamin -vitamin ini. Jangan lupa minum air ya kerana air juga sumber utama untuk kekalkan badan supaya tidak dihidrasi. 

Saksikan bagaimana wanita ini menyelesaikan masalah kulit beliau selepas menderita selama 7 tahun


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-                          
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/  
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com ; 

SMS/whatapps: 013-4505852   

 
 
Share:

Thursday, May 1, 2014

Rahsia Penyembuhan Dan Khasiat Ikan Haruan

  
Haruan untuk ubat? Di Malaysia, sudah sejak dulu berkembang kepercayaan bahwa haruan mengandung  ubat penyembuh luka dan amat mujarab untuk permulihan kesihatan luka bagi ibu selepas bersalin, cedera dalam kemalangan,pembedahan  atau apabila mendapat luka.
Kalau berlaku insiden insiden seperti itu barulah orang mencari haruan, itu sahajakah khasiat haruan ini ? Sebenarnya khasiat ikan haruan adalah lebih banyak daripada itu. Unsur yang terbanyak pada haruan ialah kaya dengan kandungan "asid amino" nya.
Asid amino ialah makanan kepada sel sel tubuh(DNA), asid amino kepada tubuh manusia umpama simen dan batu batu dalam pembinaan bangunan,jika sel- sel sihat maka sihatlah seluruh anggota tubuh
Kajian juga membuktikan ekstrak ikan haruan mengandungi Asid Amino yang berupaya untuk mengelakkan Ulser dan Kolagen yang dapat membantu mencantikan kulit dan agen anti kedut.
Khasiat haruan yang memang mengandungi semua asam amino esensial, zinc dan asam lemak unik yang mampu mempercepat penyembuhan luka.
Untuk memanfaatkan ikan haruan sebagai ubat, ikan haruan diambil ekstraknya dengan mengukusnya, lalu menampung airnya. Air ekstrak itu langsung diminumkan ke pesakit  yang baru dioperasi

 
Dengan cara itu, luka akan sembuh dalam tempo tiga hari lebih cepat dibandingkan dengan serum albumin.
ANTARA kelebihan zinc:-
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
Jadinya, bila anda dalam pantang, mana satu pilihan anda?...ikan haruan yang tak semua orang boleh terima tekak atau zink yang hanya sebiji sehari?
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 
Share:

Thursday, December 19, 2013

Ketahui 7 Tanda Badan Anda Berlebihan Toksin

Jika,

Anda dijauhi kerana masalah bau badan??
Anda direnung kerana banyaknya jerawat atau sering menggaru-garu??
Anda ditegur boss atau rakan sekerja kerana selalu kepenatan?

Anda mungkin ada toksin berlebihan dalam tubuh tanpa anda sedari..
Arghh..teruk juga ni..lebih-lebih lagi kalau pasangan sendiri dah mula perasan dan tegur..
Malu juga kan..

Jom kita periksa tanda-tanda ni..untuk tahu teruk ke tak masalah toksin dalam tubuh anda..jika anda mempunyai semua tanda-tanda yang disenaraikan..anda mungkin perlu cari penyelesaiannya..

7 Tanda toksin berlebihan dalam tubuh

1. Sering rasa letih

Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih. Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis..kononnya nak tambah tenaga. Sebenarnya itu akan menjadikan anda lebih cepat letih..gula daripada minuman dan makanan manis hanya memberi tenaga segera tetapi bersifat sementara..Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda..ini adalah salah satu tanda anda mungkin dah terlalu banyak toksin dalam tubuh.

2. Berat badan sukar turun

Sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang. Sebenarnya tanpa anda sedar, fungsi hormon semula jadi kita boleh terjejas oleh racun yang terdapat dalam makanan dan produk-produk penjagaan diri yang kita gunakan setiap hari. Walhal hormon-hormon ini penting untuk mengawal berat badan. Racun ini juga semakin banyak terkumpul dari hari ke hari kerana anda tidak pernah melakukan detoks. Makin banyak terkumpul dalam badan.

3. Mulut berbau

Walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.

4. Sembelit

Usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah

Selain itu anda juga kerap rasa cemas.

6. Alahan dan masalah sinus

Ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.

7. Masalah kulit

Jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.

Bagaimana caranya saya nak buang toksin?

1. Melakukan senaman:  
Bersenam dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memudahkan kita membuang toksin melalui peluh.
 
2. Minum air kosong yang banyak:  
Air mampu mengurangkan kepekatan darah. Dengan minum airsecukupnya akan membantu melancarkan proses pembuangan toksin melalui urin atau najis.
 
3. Berurut:  
Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah yang mungkin tersumbat.
 
4. Mengambil makanan semulajadi:  
Sesekali anda juga boleh amalkan mengambil makanan seperti yogut, bawang putih, cuka epal, cuka kurma, atau jus lemon untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh kita.

Detoks dengan suplemen Shaklee 

Jangan biarkan diri anda mengalami semua tanda-tanda di atas terlalu lama. Bahaya ya..boleh membawa kepada penyakit-penyakit yang lebih serius jika dibiarkan. Anda juga berasa tidak selesa mengalaminya.

Namun dalam persekitaran kita pada hari ini, agak mustahil untuk kita menghindarkan segala punca pengumpulan toksin dalam badan. Oleh itu, satu alternatif diperlukan bagi membantu badan mengeluarkan toksin dan bahan buangan ini daripada badan secara selamat dan mengembalikan kesihatan badan.

Memperkenalkan, Super Detox Set dari Shaklee. Set ni terdiri daripada:

 1. Alfafa Complex
2. DTX Complex

 3. Garlic

Kebaikan dari pengambilan set ni adalah:
  1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  2. Membantu meningkatkan kesihatan hati
  3. Meningkatkan seri wajah
  4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh 
Jangan biarkan toksin yang terkumpul dalam badan anda menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain yang tidak diingini. Bertindaklah sekarang.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
 


Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels