Showing posts with label Peppermint-Ginger Plus. Show all posts
Showing posts with label Peppermint-Ginger Plus. Show all posts

Monday, November 14, 2016

Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil Supaya Kandungan Lebih Sihat!

Kenapa Wanita Hamil Mual?

Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.

Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.

Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.

Boleh Ke Wanita Hamil Makan Jeruk?

Tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.

Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.

Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.

Tip Ambil Makanan Masam

1. Rojak Buah

Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan.

Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.

2. Sayuran Masam

Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.

3. Acar

Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.

4. Yogurt

Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Monday, August 8, 2016

Tips Membuang Angin Dalam Badan Cara Mudah



Angin dalam badan membuat ramai kurang selesa. Seseorang yang sihat juga tidak terlepas dengan sindrom angin banyak dalam badan.Masalah angin sebenarnya berpunca dari pemakanan dan sistem penghadaman. Jadi semua orang alami angin..bezanya senang keluar atau tak. Ada orang senang kentut, senang sendawa, tapi ada juga orang yang mengalami masalah penghadaman sehingga menyusahkan untuk melepaskan angin baik dengan cara sendawa atau kentut. 

Amalan berpantang Yang Kian Dilupakan 

Di sini saya kongsikan cara mengesan angin dalam badan dan cara untuk membuang angin tersebut.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga. 
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal. 
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk. 
  • Selalu menguap/mudah mengantuk. 
  • Sukar bernafas/nafas pendek. 
  • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang. 
  • Kulit kering. 
  • 'Muscle spasms' waktu tidur/jaga. 
  • Perut berangin. 
  • Sakit kepala/migraine. 
  • Perasaan mudah marah. 
  • Hilang selera makan. 
  • Hilang/kurang nafsu seks 
  • Dan rasa ketidakselesaan badan.

7 cara membuang angin dengan semulajadi.

  1. Banyakkan minum air masak/suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin. (saya suka air panas..meresap ke jiwa hehe)
  2. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.
  3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak dipasaran. tapi pastikan semulajadi ok?
  4. Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam
  5. Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara
  6. Makan dalam porsi yang kecil setiap 2 3 jam

Petua Buang Angin Dalam Badan

Cara dan Bahan-bahan :

  1. 3 sudu halba direndamkan halba dalam air dalam 2 minit dan tos-kan seketika. 
  2. 3cm halia muda diparut 
  3. 4 Ulas bawang putih 
  4. 15 biji lada hitam. 
Semua bahan-bahan di atas. Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia ,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti majun. Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas.

Jamu ini boleh diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.
Cara makan: Minum dgn air suam.

Kesannya: badan akan ringan, angin akan keluar dan mengempiskan perut. 
Perhatian: perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.

Tips Mudah Untuk Yang Malas Nak Buat Jamu

Amalkan pengambilan PEPPERMINT GINGER PLUS dan GARLIC COMPLEX. Bukan apa, malas-malas buat air halia, telan aja ni, malah sedap dibuat air..hanya larutkan 3-5 biji dan dah jadi teh halia..mudah sangat2. Boleh dibawa kemana sahaja terutama bila kita travel, makan pun tak terjaga dan tak tentu masa jadi perut mudah sebu dan masuk angin. 

Berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Wednesday, February 19, 2014

Atasi Loya dan Muntah Ketika Hamil Dengan Ramuan Halia



Mengalami alahan bagi ibu-ibu mengandung adalah perkara biasa, terutama sekali pada 3 bulan pertama. Dalam tempoh ini, ada sesetengah ibu tidak boleh makan, tidak boleh minum, malah ada yang hanya terbaring sahaja sepanjang hari kerana tidak mampu untuk membuat apa-apa.

Kini, ibu-ibu mengandung tidak perlu risau kerana, Peppermint-Ginger Plus Shaklee, mampu membantu anda mengharungi tempoh alahan tersebut.

Perbezaan Peppermint-Ginger Plus Shaklee dengan pil-pil alahan lain di pasaran? 

Peppermint-Ginger Plus Shaklee Diperbuat daripada gabungan 4 bahan utama iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis. Dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil. 
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. 
Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

Antara kebaikan Peppermint-Ginger Plus:-

  • Melegakan senak perut
  • Membantu proses penghadaman 
  • Menyamankan perut 
  • Mengurangkan mual dan muntah 
  • Membuang angin dalam badan 
  • Mengurangkan sakit gastrik 
  • Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc.)
Jika anda juga mengalami dehidrasi disebabkan oleh alahan berpanjangan, boleh add on Performance Drink. Boleh juga mengambil  ESP untuk bekalan protein dan memberikan tenaga sepanjang kehamilan. Ramai juga yang telah mencuba set kehamilan shaklee dan sangat berpuas hati dengan kesannya.



Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels